Pada:
Selasa, 13 Januari 2015
Mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun 2016 memandangkan Effy masih lagi belajar di salah sebuah IPTS tempatan.
"Saya akan melangsungkan pertunangan pada bulan hadapan. Cuma saya boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan berusia awal 20-an.
"Saya tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti bakal tunang saya itu memandangkan perlu menjaga privasi dia kerana ketika ini dia masih belajar lagi,"
"Kalau ditanya apa yang membuatkan saya tertarik dengannya, saya lihat dia seorang yang sangat lemah-lembut dan begitu menghormati orang tua.
"Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang berakhir pada pertengahan 2016," Hafiz petikan portal mStar.
Tag : Berita Artis , Hafiz AF7 , Kuching , Penyanyi , Tunang Artis


