Pada:
Khamis, 15 Januari 2015
Bayi berkenaan seberat 2.09kg. Black turut berkongsikan pengalaman pertama bersama-sama isterinya ketika dia nak bersalin di wad.
"Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk. Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.
"Saya rasa terlalu teruja sehinggakan tidak berselera untuk makan. Manakan tidaknya, sekejap-sekejap saya akan menjenguk isteri, sekejap-sekejap saya akan menjenguk anak," -Black petikan MediaHiburan
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Bersalin , Black , Penyanyi


