Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Diana Amir Sahkan Kahwin Tahun Ini

Ahad, 21 Julai 2013

Dalam tak disangka Diana Amir akan berkahwin dengan seorang pensyarah yang juga tunanganya, Habib. Maka dengan itu, maka genap la usia pertunangan mereka setahun memasuki Ogos ini.

Bab kahwin ini pula, Diana tidak nafikan mereka berdua sangat sibuk dan kemungkinan merancang akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini walaupun persediaan masih lagi 0%.

Menurut sumber Murai itu lagi, Diana juga akui yang Habib kini sibuk menyambung pendidikan tahap Master di USM
"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu perisapan pun sehingga kini belum disiapkan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"-Diana Amir

30 Gambar Selebriti Berbuka Puasa

Maaf la kerana terlambat untuk memuatnaik gambar selebriti ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Astro baru-baru ini.

Biasalah hot dengan cerita Ashraf Muslim kan, terlupa nak selitkan gambar kesayangan selebriti anda.

Ramai juga selebriti yang hadir di bangunan Astro bersebelahan KLCC ni, di antaranya adalah, Zizan Razak, Johan dan Ozlynn, Erra Fazira, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Kaka Azraff, Mia Sara, Fouziah Gous, Raja Azura, Fida, Azwan Ali, dan ramai lagi lah.

Jom layan..

Gambar Bulan Madu Izzue Islam, Isteri

Sabtu, 20 Julai 2013

Baru-baru ni pelakon, Izzue Islam dan isterinya Awin Nuri, telah berbulan madu di negara jiran, iaitu Bangkok, Thailand. Beberapa keping gambar dia dan isterinya dengan image berkualiti photograpi telah dimuatnaik di dalam laman Instagram miliknya. Mereka bernikah pada awal bulan Jun yang lalu. -Instagram IzzueIslam

Abby Abadi Selamat Jadi Isteri 9 Julai Lalu

Nah kan betul apa kata admin, bila Abby Abadi ada post gambar cincin yang dipakainya baru-baru ini menimbulkan tanda tanya. Akhirnya terjawab setelah itu, Abby sudah bernikah pada 9 Julai sehari sebelum Ramadan.

Mengikut sumber, nama lelaki itu adalah Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24 tahun yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Dan yang paling mengejutkan, hanya dua minggu berkenalan, mereka memutuskan untuk berkahwin/bernikah.

Fouziah Gous Buat Kumis/Misai

Jumaat, 19 Julai 2013


Haha. Lucu juga melihat karenah Fouziah Gous ni apabila membuat kumis/misai dan menyamakan dengan orang yang pernah rapat denganya satu masa dahulu, Iqram Dinzly.

Gambar yang dimuatnaik ke dalam laman sosial itu, tidak dipastikan samaada untuk suka-suka atau untuk satu babak drama. La tip top sekarang Fouziah jadi tunang orang dah.


Tahniah! Akma Selamat Bersalin Anak Perempuan

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3, Akma yang selamat melahirkan anak sulung dengan suaminya, Farih Hamshi pada tanggal 16 Julai yang lalu kira-kira 11 malam.

Bayi yang selamat dilahirkan itu adalah berjantina perempuan. Namun namanya masih lagi belum diketahui. -Instagram Akma AF

Fida: Mamat dah Bebaik, Zalif pula Putus!

Pelik dan inilah dunianya. Fida Ibrahim yang juga pelajar Akademi Fantasia musim terbaharu dikatakan sudah berbaik semula dengan Mamat Sepah aka mantan kekasihnya dahulu.

Dan menurut portal mStar semalam, Fida menganggap Mamat hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Baguslah kalau dah saling bermaaf-maafan, tak baik simpan dendam.

Puisi/Syair dari Dayana ?

Betul-betul menguris hati dan perasan sbagai seorang isteri yang setia, Dayana. Bahkan soal poligami dari Ashraf Muslim tidak mendapat kebenaran awalnya dari Dayana sehinggakan akhirnya dia redo dimadukan.

Begitulah kisah seorang isteri yang taat kepada suaminya, masih lagi setia walaupun suami meneruskan niatnya menambah lagi satu isteri.

Dan dibawah ini ada puisi/syair yang dikatakan ramai orang ditulis oleh Dayana sendiri.. tapi pada umumnya ianya bukan ditulis oleh Dayana. Lihat komen Facebook di bawah..

Dayana Tertipu! Ashraf Kenal Sakinah Ketika Bertunang!

Semalam berita pendedahan Ashraf Muslim kahwin lagi dengan Wan Sakinah Ahmad di Thailand telah menjadis satu bahan berita yang mengemparkan seluruh negara.

Dan yang pasti ramai pihak tidak berpuas hati dengan sikap Ashraf itu. Keluarga dari isteri pertama, Ashraf, Dayana pastinya adalah pihak yang sangat-sangat terkejut dan terkilan.

Gambar Finaz Yunus Dengan Askar

Khamis, 18 Julai 2013

Finas Yunus ni memang selalu anda lihat jika buka TV al Hijrah, pastinya dia akan selalu bertugas di bahagian berita atau pembaca berita. Namun tidak disangka, dia juga ada aktiviti luar. Siap dengan abang-abang askar kita tu. Wah tercabar iman abang askar kita melihat kecantikan dan keayuan Finas Yunus. Apa-apa pun selamat bertugas yer abang-abang askar di bulan Ramadan ini. Finaz Yunus dah kahwin pun juga. Hehe.

Fahrin Ahmad Ke Gym di Bulan Ramadan

Ha korang jang terperanjat bila membaca tajuk di atas, bukannya Fahrin Ahmad ni tidak puasa, pasti tidak sama sekali dan itu jauh sekali tekanya.

Sebenarnya Fahrin ni seorang yang aktif gitu, dia menitikkan soal kesihatan badan dan juga ibadahnya. Memetik portal Murai semalam, dia akui membahagikan masa dengan berpuasa dengan masanya untuk pergi ke gym.

Tambahan lagi, bagi menghormati bulan Ramadan, Fahrin tidak mengambil apa-apa bahagian dalam sesi pengambaraan filem/drama sehinggalah lebaran nanti.
"Selalunya saya akan ke gimnasium sekurang-kurangnya selama sejam selepas menjalani solat terawih. Bukanlah mengangkat besi yang berat sangat, tapi cukuplah sekadar berlari di atas treadmill dan membuat sedikit senaman fizikal.

"Entahlah ada yang kata saya ni sudah kurus dan ada yang kata pula saya ni tak patut kurus. Tapi bagi saya bersenam adalah jalan terbaik untuk sentiasa tampak cerdas dan kekal sihat.

"Malah saya tak mahu berhenti bersenam di bulan ramadan ini kerana dalam usia 30-an saya takut kalau berhenti semingu atau dua, ia akan menyebabkan momentumnya akan lari dan juga menyebabkan saya malas untuk memulakannya semula.

"Bukan bersenam saja, malah saya akan menyertai perlawanan bola sepak persahabatan tidak lama lagi yang dianjurkan teman-teman saya," -Fahrin

Gambar Irma Hasmie Terkini

Dah makin berseri-seri pula Irma Hasmie ni setelah melahirkan anaknya, Redza Syah Irfhan. Apatah lagi kini rezeki melimpah ruah begitu, dari pengacaraan di TV al Hijrah sehingga menjadi model beberapa buah butik busana muslimah. Baguslah, semoga berbahagia kehendaknya.

Aaron Bengang Pengikut Komen Nasihat di Instagram

Dengar cerita Aaron Aziz berang baru-baru ini melalui laman sosial Instagramnya, sepertinya ini bukan pertama kali dia berang namun ada juga kes terdahulu Aaron naik hangin gara-gara komen pengikutnya yang Aaron tidak boleh terima.

Terbaru mengenai gambar anaknya. Memetik portal forum Cari, ceritanya bermula apabila pengikut Instagramnya itu memberikan komen seperti (lebih kurang) untuk mengajar anak dengan elok-elok, ajaran awal bermula dari rumah sebab ajaran dari rumah akan diingati bila dia besar nanti, dan lain2 lagi.

Komen seperti itu dikeluarkan apabila Aaron memuatnaik gambar anak-anak kesayangannya. Lah maka jadi lain pula, orang komen nasihat, sekali kena 'bedal' dengan Aaron. Dan ini diantara kata-kata Aaron..
aaron535aziz : bodoh betul eh manusia skrg
aaron535aziz : korang byk baik Lah bila mati nanti malaikat pun Akan soal korang apa niat korang tegur anak aku hari ni den lidah tak leh tipu kenalah. To me you org org mcm ni plain stupid, nak tunjuk baik n just want to have something 'right' to say in public. well anak anak aku aku yg tanggung jadi simpan nasihat bodoh yg tak munasabah korang semua tu kat dlm jamban.
aaron535aziz: bagus dpt aku block and delete 5 comment tu. yg tak kena delete my msg BUKAN dituju pada anda ok.
Ha kasarnya bahasa encik abang oi. Bulan puasa ni..

Ashraf Kahwin Sakinah di Thailand, Dayana Redo!

Hai apa sudah jadi dengan Asyraf Muslim ni, dulu menafikan sekarang dan terhantuk kepala. Kan dah ketahuan. Tak pa la hal dia tahulah dia nak uruskan.

Semalam dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bersama isterinya, Noor Dayana untuk  menarik balik permohonan berpoligami yang sebelum ini dia memfailkan untuk permohonan berkenaan.

Ini disebabkan Ashraf sudah pun bernikah yang pernah digosipkannya dan dinafikan oleh Ashraf dahulu, Wan Sakinah dimana mereka bernikah di Thailand pada minggu lepas.

Ashraf dikenakan perintah Mahkamah untuk membayar RM8000 iaitu sebagai bayaran kepada Noor Dayana. Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar Ashraf berpoligami.

Dan ini pula komen Sakinah...
"Saya kenal dia sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan (perkahwinan). Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia reda.

"Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saja keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya," -Sakinah, HMetro


Ac Mizal Akui Rindu Anaknya, 3 Tahun Tidak Jumpa

Rabu, 17 Julai 2013

Tak sangka pula, kalau diikutkan menurut sumber MediaHiburan, dimana Dato' Ac Mizal merasa sedih kerana tiada kesempatan untuk berkasih sayang dengan anaknya yang terdahulu iaitu anak kepada bekas isterinya, Shafnie Zainuddin.

Paling maenyedihkan lagi, Ac dikatakan bertemu dengan anaknya itu pada tahun 2010 yakni 3 tahun yang lalu ketika prosiding mahkamah melibatkan kes tuntutan nafkah.

Buat masa ini Ac amat merindukan anaknya itu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, dan berharap akan bertemu dan kembali ke pangkuannya semula.


Radhi, Ayu Akan Kahwin Tahun 2014

Akhirnya pasangan kekasih diantara penyanyi Radhi OAG dan kekasihnya, Nur Shahira Ayu dikhabarkan memetik portal mStar semalam yang mereka akan merancang untuk menamatkan zaman bujang mereka pada tahun hadapan.

Baguslah kalau seperti itu, mana tidaknya, sudah masanya percintaan yang di bina selama 4 tahun itu akan berakhir dengan tali pernikahan yang sah.

Tambahan lagi Ayu kini sudah berubah imej kepada bertudung bermula Disember tahun lalu, dan itu adalah langkah pertamanya sebelum bergelar isteri kepada Radhi.
“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” -Ayu.

Gambar Terkini Tini 3R Mengandung 7 Bulan

Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini 3R yang juga merupakan seorang deejay kini dikhabarkan telah hamil juga. Tahniah la kalau seperti itu. Difahamkan usia kandungannya kini sudah masuk 7 bulan dan yang bakal menimang anak ke-2.

Namun masih juga aktif untuk beberapa bahagian penting pengacaraan. Sebagai info, Tini berkahwin dengan suaminya, Nur Sulhi Jasmin pada Februari 2009 yang lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 2 tahun lebih. -Instagram Kartini Kamalul

Tahniah! Betty Banafe Mengandung/Hamil (Gambar)

Tidak ketinggalan juga diucapkan tahniah kepada pelakon, Betty Banafe yang diberitakan sudah mengandung/hamil anak sulung berusia 4 bulan hasil perkahwinannya dengan suaminya Dargous pada bulan Disember 2012 yang lalu.

Betty dan suaminya yang dihubungi portal SinarHarian semalam turut merasa gembira dengan perkhabaran baik ini. Tapi belum mengetahui jantina kandungannya buat masa ini.

Tahniah! Gambar Anak Ke-3 Eizlan Yusof, Vie Shantie

Tahniah kepada pelakon, Dato Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Shantie kerana selamat bersalin untuk anak ke-3 mereka pada hari Ahad, 14 Julai yang lalu.

Bayi berkenaan berjantina perempuan dan kebetulan lahir pada tarikh lahir yang sama dengan Eizlan sendiri. Namanya Vie Zaalia. Anak mereka yang lain adalah Vie Zara, 5, dan Zaaref Yusof, 3. -Instagram eizlanyusof

Gambar Wawa Zainal Bertudung Terkini

Selasa, 16 Julai 2013

Cantik sungguh melihat Wawa Zainal bila bertudung. Tudung bukan mini tapi labuh pula tu. Wah baguslah, tapi tidak pastilah samaada kekal atau untuk drama/filem je. Hope kekal la ye.

Gambar Anak dan Faezah Elai Terkini

Setelah 5 bulan berlalu sejak melahirkan anak sulung Faezah Elai, Dealova Heyrinna kini Faezah kelihatan lebih ceria dan bertenaga selepas mendapat anak sulung. Wajahnya kelihatan sungguh anggun dan kembali aktif dalam dunia lakonan seperti sedia kala.

Namun kehadiran Dealova sepertinya membawa satu sinar kebahagian di dalam rumahtangga, bahkan kedatangan bulan Ramadan ini juga turut diwarnai bersama Dealova yang pertama kalinya bersama-sama ibu dan bapanya menjalani ibadah Ramadan. -Instagram faezahelai

Siti Nurhaliza Tidak Pergi Umrah Sebab Datuk K

Kalau tidak silap setiap menjelangnya Ramadan tiba, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K pastinya akan menunaikan umrah di Tanah Suci Kota Makkah. Namun kalau kita lihat Instagram Siti, pastinya korang perasan mereka berdua tidak akan pergi umrah tahun ini.

Ini disebabkan oleh Datuk K sendiri yang terpaksa membatalkan hasrat itu. Menurut laporan Utusan semalam, ini berikutan kesihatan Datuk K sendiri yang tidak boleh menjamin dirinya untuk ke Tanah Suci. Disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya tahun lalu.