Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Afdlin Shauki Komen Isu Panas Filem Untuk Tiga Hari

Selasa, 25 September 2012

Pengarah filem Untuk Tiga Hari, Afdlin Shauki menolak tuduhan kononnya filem itu mengangkat unsur negatif dalam sebuah rumah tangga sedangkan ia menunjukkan mesej baik bagi menghalang daripada perceraian.

Filem yang sudah pun memulakan tayangannya pada Khamis lalu itu lebih tertumpu kepada cara menangani masalah suami isteri dan sedikit pun tidak merosakkan pemikiran masyarakat ke arah keburukan.
"Saya terkejut apabila Untuk Tiga Hari dipertikaikan gara-gara lafaz cerai yang dibuat Rashidi kononnya boleh menyebabkan jatuhnya talak dia isteri sebenarnya, Vanidah.

"Mana mungkin ia boleh berlaku kerana dalam filem ini, lakonan lafaz cerai itu diungkap kepada gandingannya iaitu Ayu Raudhah.
"Tambah pula filem ini disuntik dengan pelbagai mesej positif alam rumah tangga di mana ia sekali gus mengajar untuk mengelakkan penceraian yang semakin menular di negara kita," 
Afdlin diminta mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Beritahu pengarah itu lagi, berdasarkan komen yang diberikan oleh Harussani, berkemungkinan besar mufti itu belum menyaksikan filem berkenaan dan hanya memberi komen berdasarkan soalan yang diajukan.
"Saya juga menganggap, mungkin Harussani hanya menyaksikan beberapa minit babak yang dipaparkan pada laman-laman sosial kerana percaya, jika beliau benar-benar menyaksikan keseluruhan filem itu, dia beliau tidak akan memberikan komen sebegitu.
"Walaupun menghasilkan filem cinta, hal-hal berkaitan agama tidak pernah diabaikan malah saya telah meminta pendapat orang yang lebih arif tentang perkara ini sebelum penggambaran dilaksanakan," ujarnya.
Dalam pada itu, Afdlin tidak menganggap dakwaan itu sebagai satu sabotaj terhadap filemnya malah merasakan ia sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan filem berkenaan. -Via

Anne Ngasri, Aliff Aziz Putus Cinta

Seperti trend pula kisah episod putus-putus cinta dikalangan artis ni, dari Remy dan Tiz, Yuna dan Qi, dan kini yang terbaru yang dikatakan pasangan paling hot, Anne Ngasri dan Aliff Aziz pula yang putus cinta.

Ini bukan main-main tapi betul-betul, memetik daripada portal Murai semalam, apabila Anne dihubungi. Anne menegaskan hubungannya dengan Aliff kini sudah retak dan sudah sampai ke hujung jalan yang menyedihkan. Mereka berdua membawa haluan masing-masing tika ini.

Sebab putus cinta berkenaan tidak dihebahkan kepada umum, dan menyedari kedua-duanya sedih saat ini. Dan ini adalah komentar dari Anne sendiri..
"Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami,

"Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja," -Anne
Who next??

Remy Ishak Akui Putus Cinta Dengan Tiz Zaqyah

Isnin, 24 September 2012

Desas desus pemutusan cinta Tiz Zaqyah dan juga Remy Ishak akhirnya terjawab. Remy berani tampil dengan memberikan komennya itu kepada umum agar satu Malaysia tahu, yang percintaan mereka kini sah sudah menuju penamatnya.

Bahtera percintaan selama 3 tahun yang dibina melalui slot draam Nur Kasih yang meletop-letop itu kini hanya lah tinggal kenangan. Dan yang pastinya, mereka putus cinta mempunyai alasan yang tersendiri dan bersikap matang.

Lama-lama bercinta payah juga ek dugaannya. Ini adalah komentar Remy yang dipetik melalui portal Kosmo! semalam..
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar.

Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan, "Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya.

"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.

 "Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut, "Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen,"

Siti Sarah Hamil Anak ke-2


bersama anak pertama, Uwais
 
Tahniah kepada Syuib Sepah dan juga isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan telah mengandung/hamil anak ke-2 mereka berdua. Siti Sarah yang selamat melahirkan anak sulung, Uwais Al Qarni. pada bulan Disember 2011 kini hamil anak ke-2 yang tidak tahu berapa usia kandungan kehamilan itu.

Berita ini dihebakan melalui plotfom yang lebih pantas dan juga trend masa kini selebriti menyampaikan berita mereka dengan menggunakan laman sosial Twitter.  Apa-apa pun tahniah sekali lagi, semoga selamat melahirkan anak ke-2 nanti. :)



Pertunangan Diana Amir Dirahsiakan?

Pada tarikh 21hb September yang lalu, berita Diana Amir bertunang dengan seorang yang berprofile sebagai Ustaz sudah tersebar luas di media-media tempatan dan juga blog-blog hiburan. Berita ini dikatakan tersebar akibat dek saling balas-balas Twitt di laman Twitter milik Diana Amir.

Diana Amir tidak memberikan sebarang komen mahupun penghebahan berita ini kepada umum terhadap pertunangannya itu. Tidak tahu kenapa dia berbuat demikian, namun akhirnya orang dalam juga yang menghebahkannya, dan yang pasti kita juga berkongsi berita kegembiraan ini bersama.



Gambar Wawa Zainal Bertudung

Ahad, 23 September 2012

Gambar di bawah adalah gambar pelakon serba manis, Wawa Zainal mengenakan tudung pada dirinya. Perubahan ini bukanlah satu perubahan yang sudah kekal pada dirinya ianya adalah untuk sebuah filem terbaru, Aji Noh Motor. Filem ini bersinopsis yang Wawa menaruh hati dengan seorang jejaka yang bernama Noh (Zalif Sidek).

Nak tahu lebih lanjut mengenai filem ini, sudah ditayangkan bermula 20 September 2012 yang lalu. -gambar MiGonline

Siti Nurhaliza Hiasi 3 Majalah

Sabtu, 22 September 2012

Lama sudah kita tidak melihat kelibat Dato' Siti Nurhaliza dalam menjadi penghias majalah hiburan, mungkin dek kepadatan jadual dan urusan perniagaan maka susah nak dapatkan khidmat Dato' Siti lagi.

Mungkin tidak kita sedari, Dato' Siti telah muncul dalam beberapa buah majalah tempatan edisi bulan ini dan bulan hadapan. Majaalh itu adalah Majalah Lisa, Keluarga dan juga Harmoni.

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Tidak terlambat untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada penyanyi muda, Shila Hamzah yang telah mengharumkan nama Negara ketika dia menjadi juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu.

Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila  berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying). -Via


Rozita Che Wan Buka Facebook Baru!

Jumaat, 21 September 2012

Kalau tidak silap, Rozita Che Wan adalah selebriti yang terkini yang mahu menggunakan platform laman sosial untuk berkomunikasi dengan peminatnya. Dia bercadang hendak membuka laman sosial Facebook sebagai salah satu langkah mengeratkan hubungan dirinya dengan peminat selain menapis beberapa laman sosial 'fake' yang dibuat atas nama Rozita Che Wan,

Untuk mengetahui berita dirinya dan seumpamanya yang itu sudah pasti menjadi keutamaan. Tidak tahu pula kalau selain itu, kot-kot mencari jodoh ke apa ke kan. Sebelum ni Rozita mengakui dirinya single dan mahu mencari jodoh. Semua ini dalam perancangan, kalau sesiapa yang rajin check Facebook tu, pasti sudah like page berkenaan. =.= http://www.facebook.com/RozitaCheWanRCW

“Saya bersetuju untuk membuka akaun FB dan menggunakan medium laman sosial untuk  berkomunikasi dengan para peminat. Saya juga ingin berkongsi dengan para peminat mengenai perjalanan seni saya serta aktiviti-aktiviti terbaru,” -kata Rozita melalui portal GUA

Hunny Madu kini Hamil 6 Bulan

Penyampai radio Fly FM, Hunny Madu dikatakan sudah hamil. Usia kehamilannya sehingga ke hari ini adalah enam bulan. Dan ini memberikan satu berita baik kepada peminat radio Fly. Setelah dua tahun mendirikan rumahtangga dengan Khairul Azhar kini sudah masanya Hunny dan suaminya bakal menimang cahaya mata sulung mereka.

Yang peliknya, kehamilan Hunny dirahsiakan terutama kepada kawan-kawannya. Dia berkata kehamilannya pada usia 4 bulan baru dia mahu memberitahu yang dirinya hamil. Tidak tahu apa sebabnya mahu berahsia atas berita baik itu, namun yang pasti, kita tidak sabar untuk melihat anak Hunny Madu dilahirkan nanti.

Klik untuk membaca, dan tekan 'ctrl dan +' untuk zoom bagi pengguna Mozilla

Anak Rina Kembar Rini Meninggal Dunia

Berita sedih ini dipetik melalui portal MediaHiburan, dikatakan Rini yang sebelum ini diberitakan kehilangan anak beberapa hari selepas dilahirkan akibat jatuh dari atas katil, kini nasib yang sama menimpa kembarnya, Rina AF.

Anak Rina sebenarnya belum dilahirkan lagi, namun disahkan doktor yang anaknya itu meninggal dunia di dalam kandungannya. Dan ini adalah kali ke-2 Rina hamil yang pertama dia mengalami keguguran.
"Ikutkan semalam Rina pergi untuk mengadakan pemeriksaan seperti biasa di Hospital Kajang, tapi ketika pemeriksaan dijalankan doktor memberitahu anak di dalam kandungan sudah tidak bernyawa.
Bagaikan tidak percaya, Rina membuat imbasan semula dan hasilnya juga sama. Bagaimanapun Rina reda dan menerima ketentuan Ilahi. Apa yang saya lihat, Rina cukup kuat menerima musibah tersebut,
Kita harapkan kedua-dua pasangan kembar ini tabah dan redo atas tiap-tiap yang berlaku pada diri mereka.

Gambar Sambutan Hari Jadi Fazura

Khamis, 20 September 2012

Dibawah ini adalah gambar sambutan hari jadi Nur Fazura pada hujung minggu lalu. Sebenarnya ini adalah sambutan paling awal dari tarikh sebenar Fazura lahir. Tarikh hari jadi Fazura sebenarnya pada 27 September.

Dah dibuat oleh rakan-rakan yang tidak mahu melepaskan peluang itu, maka sambutan perlu lah di awalkan.

Selain mendapat hadiah yang banyak, kek juga dihiasi dengan patung perempuan sebagai penghias dan mengunikkan lagi kek. -gambar RotiKaya

Yuna Akui Sudah Putus Dengan Qi

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Yuna dikatakan sudah berpisah atau dalam bahasa popular, break. Ini disahkan sendiri Yuna melalui portal Gua, dimana ketika dia menghadiri satu majlis yang dinamakan majlis pelancaran Homecoming Concert.

Ketika itu, Yuna telah meluahkan rasa hatinya itu bahawa dia dan Qi Razali dengan mengungkap "are taking a break from our relationship". Sebab utama perkara ini terjadi adalah jarak diantara mereka yang jauh diatara US dengan Malaysia.

Sebab lain tidak diketahui pula, mungkin Yuna mahu lebih fokus dengan kerjayanya. Dan menganggap Qi sebagai kawan baik yang seperti kawan-kawan lainnya juga.

Gambar Ning Baizura Hamil 5 Bulan

Umum sudah mengetahui yang penyanyi, Ning Baizura sudah pon hamil melalui khabar tidak rasmi minggu lalu. Dan janji Ning, dia akan buat pengumuman rasmi media semalam. Ning berkata, dia dan suami bersyukur sebab dia kini hamil sebab dua tahun yang lalu dia mengalami komplikasi pada rahimnya yang menyebabkan sedikit gangguan untuk hamil.

Namun pun begitu, Ning dan suami, Omar Omar Sharif Christopher Layton Dalton tetap berusaha mencari jalan ikhtiar, dan akhirnya Ning mengamalkan makanan sihat seperti tauhu, kurma, susu kambing, sayur, buah-buahan dan oat akibat dek nasihat doktor. Dan kini Ning sihat mengandung dengan usia kandunganya adalah 5 bulan.

gambar sumber mStar (atas) dan Gua (bawah)

Sharifah Khasif Kahwin Dengan Dato' Seri

Rabu, 19 September 2012

Kenal tak dengan Sharifah Khasif. Ala selebriti Qariah yang memenangi peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa tahun-tahun yang sudah. Kini tip top dia sudah berkahwin dengan seorang VVIP, Dato’ Seri Mohamad Hizal mengikut sebuah blog hiburan. Tidak ada maklumat lanjut mengenainya, ita doakan mereka berdua kekal untuk selamanya. Amin.

Muka Edry KRU dah Lain?

Apa sudah jadi dengan wajah Edry KRU yang memetik daripada portal Murai ketika ditemui ketika Edry dilihat di rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu. Kata wartawan yang pergi ketika itu, perbezaan ketara dibahagian hidung milik Edry yang begitu berbeza dari dahulunya

Tidak ada sebarang komentar yang dikeluarkan oleh Edry sendiri, samada ianya surgery atau pun terlibat dengan kemalangan. Perbandingan wajah dahulu dan ketika berjumpa sudah dibuat, dan ini hasilnya...

Rosyam Dapat Ijazah Dari UMK

Tahniah kepada Rosyam Nor kerana telah mendapat Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersempena konvokesyen kali ke-2 pada Sabtu lalu. Mengikut portal mStar, Rosyam menerima Ijazah ini adalah diatas 26 tahun dia bekerja keras dalam bidang anak seni.

“Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

“Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya,” kata Rosyam.


Tiz Zaqyah, Remy Ishak Bercinta di Eropah

Selasa, 18 September 2012

Sisiapan Kosmo! baru-baru ini ada melampirkan kisah hot cinta antara pelakon Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Tajuk sahaja menampakkan mereka berdua memang memiliki cinta yang diibaratkan jauh daripada pandangan mata kasar orang lain. Di Eropah bukan calang-calang menjadikan satu tempat untuk bercinta, apatah lagi berbulan madu, pasti menyeronokkan.

Itu semua adalah perancangan bersama Tiz dan Remy untuk pergi bercuti di Eropah sekaligus untuk menjayakan Drama, Cinta jangan Pergi pada pertengahan bulan Oktober ini. Destinasi pilihan mereka adalah, London, Paris dan New Zealand selama 20 hari. Jangan 'nakal-nakal' sudah.. hehe..

Misha Omar Ambil Anak Angkat?

Misha Omar yang kini masih lagi mengikat tali pertunangan dengan pasanganya, Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu kini dikatakan mengambil anak angkat mengikut sumber yang masih lagi tertanya-tanya mengenai hal yang sama. Namun ada juga yang menyatakan ia adalah anak kepada ahli keluarga Misha yang sudah berkahwin.

Mana satu diantara atas itu memang susah untuk ditentukan, sesiapa yang tahu bab ini rasanya boleh lah berkongsikan bersama. Dimaklumkan juga, Misha dan Firos yang bakal berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri terpaksa akan berkahwin pada tahun hadapan atas sebab-sebab tertentu.

Filem 29 Februari 3D hanya kutip RM400,000

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kegagalan filem 3D pertama terbitan syarikatnya iaitu 29 Februari disebabkan faktor ekonomi apabila ia hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 sahaja.

Norman berkata, penonton di negara ini mungkin masih belum bersedia untuk membayar lebih tiket untuk menonton filem berkenaan yang agak mahal bagi format 3D hingga menyebabkan ia gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam.

Mereka tidak akan berhenti daripada menghasilkan filem berformat 3D sebaliknya akan meneruskan usaha berkenaan dalam filem terbaru iaitu Vikingdom dan Cicakman.

Sebagai seorang usahawan dia perlu mengambil risiko dan pada masa sama memberi sesuatu yang baru kepada penonton bagi memastikan industri perfileman negara terus berkembang dan tidak berada di takuk lama. -Via

PS: satu pencapaian yang terbaik dalam industri perfileman negara, namun orang-orang kita juga tidak memberi sokongan. aduiya.

Gambar Nurul Syuhada Bertudung, Resign Sebab Pengorbanan

Isu perletakan Nurul Syuhada Nurul Ain dalam Media Prima bukanlah menjadi perbualan hangat gara-gara dia tersasul cakap mengenai keterlanjuran dirinya menggunakan kata yang menimbulkan pelbagai reaksi ketika laporan lintas langsung sewaktu Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada awal September lalu.

Ianya juga bukan juga khabar angin yang menyatakan dirinya di 'offer' gaji tinggi di syarikat televisyen lain. Sebab utama adalah mengenai rumahtangganya, dan Nurul nekad letak jawatan setelah mengenakan tudung pada dirinya.

Memetik portal Kosmo! semalam, Nurul memberitahu dirinya sebenarnya hanya mahu meluangkan masa sebagai seorang isteri dan surirumah kepada Raja Amir Raja Azwa yang dikatakan selepas setahun berumahtangga masing-masing sibuk dengan kerjaya dan setelah 6 bulan bernikah mereka berdua seperti tidak memberi ruang untuk menikmati kehidupan normal sebagai suami isteri.

Selain itu, dikhabarkan juga Nurul akan melanjutkan pelajarannya tidak lama lagi disamping berada disisi suaminya. Semoga berjaya. :)