Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi dipeluk wanita, Ikhwan DJ Hot FM Komen

Isnin, 23 April 2012

Penyampai radio Hot FM, Ikhwan, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau sebarang kaitan dengan wanita seksi dalam sebuah foto yang disebarkan di internet. Foto yang menunjukkan wanita itu memeluk erat dirinya dirakamkan di sebuah kelab malam di Johor Bahru yang dikunjunginya bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

"Wanita itu tiada kaitan langsung dengan saya, dia hanya pengunjung biasa yang mahu bergambar dengan saya, mungkin juga dia seorang peminat.

"Bagi saya tidak manis jika permintaannya untuk bergambar ditolak. Malah, saya tidak memeluknya, sebaliknya wanita itu yang memeluk saya ketika bergambar,"

"Saya terkilan apabila ada beberapa pihak terutamanya golongan penulis blog cuba melebih-lebihkan isu ini kononnya ingin menunjukkan saya seorang yang begitu sosial.

"Memang benar saya pergi ke kelab tetapi saya tahu menjaga kelakuan diri,

"Terkejut saya apabila isu ini timbul. Mujurlah ia tidak menjejaskan sedikit pun kerjaya saya," katanya. -Via

Maya Karin seksi hiasi Majalah Eh!

Aset Maya Karin makin lama makin meningkat, walaupun jarang ada gosip liar melanda, namun dirinya tetap menjadi perhatian ramaai. Apatah lagi lakonannya dalam filem Ombak Rindu, telah membuatkannya bangun dari tidur yang panjang. Yang terbaru adalah, Maya menjadi cover muka hadapan Majalah Eh! untuk edisi Mei 2012. Kali ni agak seksi sikit penampilan Maya. Owch

Bob Kuman terima sumbangan SuperSpontan

Ahad, 22 April 2012

Sape ada tengok rancangan SuperSpontan di Astro Warna pada hari Jumaat yang lalu pasti ada melihat babak yang menyedihkan dalam rancangan berkenaan. Rancangan itu telah mendermakan wang dalam bentuk cek dengan diwakili oleh Harun Salim Bachik, Bell Ngasri dan juga Tauke RL kepada Bob Kuman dan bantuan itu terus disalurkan kepada Bob di rumahnya, Bob terharu walaupun nampak sedikit sihat. Video minit ke 1.51. Kita doakan agar semoga Bob kembali sihat.

Marsha belajar solat 5 waktu!

Sabtu, 21 April 2012

Filem Qada lakonan Marsha memang sesuatu yang mencabar buat dirinya, memandangkan dirinya bukan dari golongan muslimah, maka dia juga belajar untuk memahami solat 5 waktu yang ditekankan dalam watak filem berkenaan. Mungkin sedikit sebanyak Marsha juga telah belajar mengenai Islam, bukan untuk memaksa Marsha memeluk Islam, biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting, saksikan lakonan Marsha sebagai seorang muslimah dalam filem Qada ni nanti.

"Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan." -Via

Ally Iskandar tertidur depan laptop kerana rindu

Ally Iskandar yang diijabkabulkan pada 20 Januari lalu mengaku terlalu rindu pada isterinya, Farah Lee, yang kini sedang berada di Korea Selatan untuk belajar. Ally menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.

“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.

“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.

“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,”-Via

Zarina lancar perang Twitter dengan Lufya

Jumaat, 20 April 2012

Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina An Julie. Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Dan yang terbaru episod perang Twitter bersama Zarina, Zarina yang sentiasa berani membidas orang secara terbuka, kali ini menyalahkan Lufya yang tidak tahu apa-apa.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.” -Sumber

Gambar Neelofa yang cun macam pelakon Korea

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil oleh jurugambar, AnnasEaskey yang telah menangkap beberapa keping gambar Neelofa yang sedang dok posing cun tahap Korean drama la katakan. Jangan silap, Neelofa shot gambar ni ketika dia berada di Paris ketika rancangan Nona disuting di sana. Cantik kan.

Gambar Harijadi ke-28 Zizan Raja Lawak

Gambar dibawah adalah gambar pelawak terkenal, Zizan yang menyambut ulang-tahun harijadinya ke-28 baru-baru ini. Acara ini diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang bersama anak yatim dari Rumah Anak Yatim Syifa, Gombak. Memang satu niat yang murni, bahkan jarang ada artis seperti Zizan meraikan bersama-sama anak-anak yatim.

Kumuplan The Nobodies bakal menapak di Malaysia

Khamis, 19 April 2012

Baru-baru ni admin dihubungi oleh salah seorang wakil artis yang mahu mengakui dirinya sebagai Jocelyn. Jocelyn melaporkan yang dia adalah wakil kepada kumpulan The Nobodies. Kumpulan ini memang masih asing ditelinga kita lagi, sebab kumpulan ini bakal menapak di Malaysia dalam masa yang terdekat. Kumpulan ini telah mengeluarkan video klip mereka atau album single pertama mereka di Youtube, yang bertajuk 'When the Light Goes off' - Alisam ft. IBI & Julia yang dibuat Jalan Liew Weng Chee, KL, yang di'upload' pada 2 April yang lalu, dan sehingga kini hampir 1,100,000 juta yang view. Satu pencapaian yang cukup membanggakan juga. Facebook mereka disini.

Kembar Artis Tempatan dan Barat

Gambar dibawah dipetik daripada forum gosip Cari. Mungkin kita tidak menyangka, artis tempatan kita terutama golongan wanita juga mempunyai kembar mereka sendiri. Tidak terlalu iras dari segi wajah mereka, namun boleh kita lihat penampilan dan gaya mereka yang hampir serupa. Mungkin kebetulan ataupun disengajakan oleh artis berkenaan untuk meniru satu sama lain. :)


Identiti pemukul deejay Mikael Adam diketahui

Sebelum ini admin ada mengeluarkan satu post dimana, deejay Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter miliknya.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.
"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice,"
TMJ tidak pernah mengakui Tunku Mishal dari kerabat diraja, dan menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus?

Rabu, 18 April 2012

Kalau nak diikutkan, suasana ABPBH 2011 dah lama berlalu, namun tempiasnya kadang-kadang masih lagi menyengat. Korang perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe.

klik untuk besarkan

Isteri Nabil RL, Zira disahkan hamil 5 minggu

Dikhabarkan yang isteri kepada Nabil Raja Lawak, Zira disahkan hamil 5 minggu. Ini memetik daripada sumber portal MediaHiburan Online. Nabil dan Zira bernikah pada Oktober 2011 tahun lalu. Soal jantina tu, mungkin tidak dapat dipastikan lagi, sebab usia kandungan yang begitu muda, apa-apa pun tahniahlah kepada Nabil dan juga isterinya, Zira.

"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira.

Amy Search terima Johan sebagai menantu

Amy Search dengan senang hati akan menerima pelakon, Johan Arrif As'ari sekiranya dia ditakdirkan menjadi menantunya (kahwin dengan Nabila Huda sebagai seorang suami isteri yang sah).

"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu.

"Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.

"Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak," ujarnya. -Via

Bila Yusry, Lisa jadi Cikgu Sekolah!

Selasa, 17 April 2012

Gambar dibawah adalah gambar sepasang suami isteri, Yusry dan Lisa Surihani tengah jadi seorang guru/cikgu di sebuah sekolah dekat Klang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya. Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris. Aktiviti ini adalah anjuran NGO, TFM sepenuhnya. Bertuah la pelajar-pelajar disana melihat gelagat cikgu Lisa dan Yusry mengajar kan.

gambar Bernama

Mikael Deejay Hip Hop dibelasah kerabat diraja!

Rapper, SonaOne (Mikael Adam Mohd Rafae) cedera teruk dimuka dan badan selepas dia telah dipukul seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

Dipetik dari BHarian, Mikael (artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop) menyatakan kejadian itu berlaku pada pukul 3.50 pagi menyebabkan dia pengsan dan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

ketika itu, Mikael berada dalam sebuah kereta bersama 2 lagi rakannya di luar shopping complex, yang kemudiannya didatangi seorang lelaki yang dikenalinya dengan tiba-tiba menariknya keluar dari kereta.

"Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa merpertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan untuk mengelak kecederaan.

"Saya cuba minta pertolongan rakan dan orang ramai tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,"

Keadaan Bob Kuman yang lemah, perlu bantuan korang!

"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Powersaya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047) -Via

Gambar Dato' Siti Nurhaliza di pelancaran SimplySiti

Isnin, 16 April 2012

Setelah selesai ABPBH 2011 yang lalu, kini Dato' Siti Nurhaliza sudah pun selesai membuat satu perasmian produk terbaru keluaran SimplySiti Eau De Parfum (haruman untuk lelaki) yang berlangsung dengan tema Masquerade Ball bertempat di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini. Duta produk ni pun turut hadir gak, Khairul Fahmi@apek. Selain tu kawan karib Siti, Rossa dan pengarah filem, David Teo juga turut kelihatan. Selain perasmian, acara memotong kek bersama suami tersayang, Datuk K.

gambar Budiey

Khairul Fahmi sah kini single, takde awek!

Ops, kepada peminat penjaga gawang gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) telah disahkan kini 'single' aka available. Ini disahkan oleh majalah hiburan URTV dalam satu ruangan mengorek kisah tentang dirinya telah putus dengan bekas pacarnya, Dahlia Teck.

Ini kata Apek di URTV:

"Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan."
Ini pula respon Dahlia Teck:

"Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta."

Gambar Pernikahan Natasha Hudson

Tahniah kepada Natasha Hudson kerana telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Khalid Kamal@Carleed Khaza yang juga seorang komposer pada pagi semalam di Masjid Jalan Duta. Menurut portal GUA, Natasha menerima 5 dulang hantaran berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Khalid pula terima 7 dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

gambar GUA