Ally Iskandar tertidur depan laptop kerana rindu

Pada: Sabtu, 21 April 2012
Ally Iskandar yang diijabkabulkan pada 20 Januari lalu mengaku terlalu rindu pada isterinya, Farah Lee, yang kini sedang berada di Korea Selatan untuk belajar. Ally menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.

“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.

“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.

“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,”-Via

Tag : , , , , ,