Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Keluarga Aliff Aziz berjumpa keluarga Anne Ngasri

Sabtu, 24 Mac 2012

Memang kepoh dan bakal mengejutkan dunia hiburan tempatan, apatah lagi melibatkan hubungan diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz. Walaupun terdapat perbezaan umur dan usia, mungkin kita tak menyangka ini semua, kuasa Allah yang menemukan mereka berdua. Pada post yang lepas, Anne telah memberikan jawapan yang mereka berdua baru mengenal hati budi masing-masing, namun kali ini, memetik sumber GUA, yang keluarga Aliff sudah pun berjumpa dengan keluarga Anne, bukan untuk merisik namun hanya mengikat silaturahim semata-mata. :)
“Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini. Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah,” ujar Anne. -Via

Siti Nurhaliza Lunch dengan 'KFC'

Bukan KFC tu yang ayam la, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek la. Hehe. Dipetik melalui laman sosial Twiiter KFC sendiri, yang menyebut penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid sempat meluangkan masa untuk 'lunch' bersama-sama penjaga gol gawang Malaysia ini. Baguslah untuk diri KFC dapat bersua muka dengan Siti.

Adibah Yunus selebriti baru MIG

Jumaat, 23 Mac 2012

baru sahaja menjejakkan kaki dalam dunia lakonan, Adibah yunus, 24 tahun, kesudian pihak MIG untuk menawarkan dia berada di bawah syarikat tersebut membuka satu peluang yang tidak pernah diimpikan oleh dirinya.

Adibah juga amat bersyukur untuk diberi peluang bersama pelakon lain bagi memeriahkan industri hiburan negara. Adibah juga pernah menjadi perunding kecantikan sebelum terjun ke dalam dunia lakonan. Justeru tidak hairanlah andai dia amat menitikberatkan kecantikan diri, bukan sahaja secara luaran tetapi juga dalaman.
"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi. Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan," jelasnya' -Via


Fazura dan Kekasih hatinya di Singapore?

gambar Rotikaya. adakah ini TMJ?

Kalau nak diikutkan memang kita tak nah tahu siapa kah dia jejaka yang mendapingi Fazura ketika ini. Melihat daripada gambar yang diambil melalui sumber, dikatakan ini adalah kekasih Fazura yang sedang pergi ke Universal Studios di Singapura. Aksi berpegangan tangan begitu erat dan mesra lagi, jadi rasanya sah lah ini jejaka adalah kekasih Fazura. Mungkinkah Fazura bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini? kita nantikan bersama-sama.

Scha, Awal umum tarikh kahwin 27 Mac ini

Mendapat informasi daripada laman GUA, dah menjadi trend pasngan selebriti popular, dikhabarkan yang pasangan Scha al Yahya dan Awal Ashaari bakal mengadakan satu sesi sidang media bersama wartawan pada 27 Mac ini bersamaan hari Selasa di Flora Cafe Kuala Lumpur untuk memberitahu tarikh keramat bilakah perkahwinan mereka diistiharkan kepada peminat dan rakyat Malaysia. Siapa yang tahu tempat ini, boleh lah serbu terlebih dahulu.

Anne Ngasri, Aliff Aziz ke gerbang percintaan?

Khamis, 22 Mac 2012

"Buat masa sekarang kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi.” Mungkin ini adalah antara jawapan yang paling biasa dan standart diberikan oleh selebriti kita apabila mereka dikaitkan dengan seseorang lelaki/perempuan.

Sudah menjangka jawapan tersebut daripada Anne, jujurnya tidak mahu terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan.

Apatah lagi keputusan yang bakal diputuskan itu melibatkan masa depan serta tiga cahaya matanya.

Ketika ini, hubungan Anne bersama Aliff Aziz dikatakan semakin hangat dan diibaratkan seperti pasangan yang sedang bercinta. -Via

PS: ala mengaku jek ler, apa nak sembunyi-sembunyikan sangat kan, lagi disembunyi, lagi la nnati orang ramai rasa bohsan kan. kata orang, cinta di Melodi, kahwin di Nona, cerai di buletin utama. Hehe.

Enot kini bertudung, mahu perubahan hidup

Syukur Alhamdulillah kini Enot mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu. Enot akui yang dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.

"Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain,

"Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.

"Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini,"-Via

Video rakaman bulan madu Lisa Surihani, Yusry

Walaupun sudah lama berlalu episod bulan madu Yusry dan Lisa Surihani, namun pasti ada yang masih tidak mahu ketinggalan mahu melihat gelagat mereka berdua ketika brbulan madu, baru-baru ni sempat Astro rakamkan detik-detik berkenaan melalui rakaman video yang dibuat oleh pasangan ini. Enjoyed it~

Stacy ambil anak angkat, baby comel~

Rabu, 21 Mac 2012

Dalam tak disangka-sangka, Stacy juga meminati kanak-kanak apatah lagi baby. Difahamkan Stacy kini telah mengambil anak angkat dimana anak angkatnya itu masih lagi seorang bayi yang berusia sekitar satu-dua bulan. Nama bayi berkenaan adalah Bella Valentina. Mungkin Stacy mahu belajar dahulu cara penjagaa anak sebelum mendirikan rumahtangga kot, tak pun dia terasa sunyi tanpa ada yang harus dibelai-belai. hihi. :)

gambar gosip Cari

Liyana tunang Mac ini, Nikah Januari tahun depan!

Mengikut informasi yang dipetik melalui laman GUA, pelakon, Liyana Jasmay bakal bertunang dengan Fathuddin pada 28 Mac ini dan bakal mendirikan rumahtangga pada Januari 2013. Suatu masa yang lama untuk bertunang, kemungkinan ini bakal mengundang dugaan begitu besar bakal melanda. Semoga berjaya dan bersabar selama setahun ni yer Liyana, kami doakan agar tiada apa-apa yang terjadi selama proses bertunang ini. :)

gambar malaysiandigest.com
“Buat apa nak berpacaran, baik terus kahwin saja. Berpacaran ini remeh, jika dah tunang, ada juga ikatan yang betul. Bagi saya, kalau ‘couple-couple’ ini, zaman sekolah bolehlah,” ujar Liyana. -Via

Siti Saerah selamat melahirkan anak ke-2

Tahniah kepada penyanyi dan juga adik kepada Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah kerana melahirkan anak ke-2. Difahamkan bayi berkenaan berjantina lelaki dan dilahirkan pada waktu senja di hospital berdekatan Kuantan pada 18 Mac yang lalu. Tahniah sekali lagi kepada Siti Saerah dan keluarga. :)

Anith berlakon filem sulungnya, Jangan Pandang Pandang

Selasa, 20 Mac 2012

Yang kita tahu, Anith Aqilah merupakan seorang penyanyi. Namun dalam tidak disangka dia sudah berjaya mnjadi pelakon dalam sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Memang sesuatu yang memberangsangkan kalau melihat prestasinya yang tidak se'champion' mana-mana selebriti. Mungkin inilah rezeki namanya, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Saksikan filem pertama, Anith Aqilah yang bernama filem Jangan Pandang-Pandang pada 29 Mac ini, yang juga menampilkan Zizan RL dan Sara Ali sebagai peneraju utama filem ini. Boleh join di FB filem ini di facebook.com/janganpandangpandang







Aaron Aziz berbadan sasa di atas katil

Haha. Kadang-kadang dapat kita melihat Aaron menayangkan aksi buka bajunya dikhalayak ramai, namun kali ini pastinya anda terpegun melihat badannya yang cukup sasa di atas katil. Bukan aksi porno la yang ditampilkan Aaron, namun aksinya adalah ketika bermesra-mesra dengan anak-anak kesayanganya. :)

ehsan RotiKaya.com

Shikin Dangdut setahun tidak sebumbung, belum lagi cerai

Shikin (dangdut) tidak lagi tinggal lagi serumah bersama suaminya lebih setahun yang lalu. Walaupun sudah hampir setahun tidak tinggal bersama, Shikin memberitahu bahawa dia tidak mahu bercerai lagi buat masa ini kerana memberitahu bahawa mereka lebih selesa sedemikian.

"Keputusan yang kami buat sejak setahun yang lalu telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Kami telah berbincang dan memutuskan untuk tidak tinggal bersama. Ini kerana ingin memberikan ruang kepada masing-masing," ujarnya.
Shikin turut memberitahu bahawa hubungannya bersama suami, Ahmad Zuki Mohd Zain, sudah tiada jodoh namun menyerahkan segala takdir kepada Allah untuk menentukan hubungan mereka.

Oleh yang demikian, Shikin turut tidak mahu menfailkan penceraian kerana memikirkan terpaksa berulang-alik ke mahkamah.

Hubungan mereka seperti sahabat dan ini dibuat demi anak tunggal mereka Qistina Balqis yang berusia tujuh tahun. -Via

Anak Rozita Che Wan hilang?

Isnin, 19 Mac 2012

Dengar cerita kini heboh memperkatakan yang anak kepada jelitawan, Rozita Che Wan hilang. Anak yang hilang itu bernama Aniq Ezra. Berita ini terima melalui laman sosial Twitter yang hangat diperkatakan. Admin ada terbacanya di whotalking.com, memang banyak Twiit kalau nak d lampirkan di sini, kalau korang nak baca dengan lebih lanjut isu ini, silalah ke whotalking.com/Rozita+Che+Wan . Kita doakan agar anak Rozita selamat dan dalam jagaan Allah Taala.

*updates: syukur sudah dijumpai

Badan Black dah semakin sasa

Black mengakui perubahan drastik pada fizikalnya yang semakin sasa telah banyak meninggalkan impak positif dalam hidupnya sejak setahun yang lalu. Black berasa bahagia dan gembira dengan tubuh sasa yang dimilikinya itu kerana telah meningkatkan keyakinan dirinya berbanding sebelum ini. Black menafikan dirinya bangga diri.

“Saya sangat suka dengan tubuh saya kini. Usaha saya melakukan senaman sejak setahun yang lalu telah membuahkan hasil. Ia memberikan kebahagiaan buat saya.

“Jika sebelum ini, saya sering berasa rendah diri, kini saya semakin yakin khususnya ketika berdepan dengan peminat atau tempat umum,

“Percaya atau tidak, ramai yang memberikan respons yang positif pada tubuh saya. Sejak bertubuh sasa, saya semakin yakin untuk menayangkan badan di khalayak umum selepas bersukan atau bermain bola sepak.

“Ada juga peminat perempuan dan lelaki yang mengusik tetapi saya tidak kisah kerana ia adalah perkara biasa,” baca lagi..

Gambar Isteri Tomok Hamil

Akhirnya dapat juga kita melihat yang isteri Tomok, Ayu kelihatan hamil. Kemungkinan kehamilan Ayu berusia dalam 6 bulan, memandangkan berita kehamilan Ayu sudah pun di post kan pada bulan akhir Oktober 2011. Dibawah ini saat mereka tengah bercuti, kemungkinan di Singapura. Enjoyed it.

ehsan syokkahwin.com/blog

Gambar Fasha Sandha berbaju pengantin

Ahad, 18 Mac 2012

Cantik nyer Fasha Sandha mengayakan gaun pengantinnya khas untuk sesi photoshot Harian Metro. Memang debaran hangat tak lama lagi terasa untuk Fasha dan juga bakal suami. Rasanya tahun ini ramai selebriti terkenal bakal mendirikan rumahtangga. Enjoyed it!

ehsan facebook.com/welovefs

Gambar Scha al Yahya pakai baju pengantin

Sabtu, 17 Mac 2012

Memang tak perlu diperkatakan lagi mengenai Scha al Yahya dan Awal Ashaari yang bakal berkahwin tahun ini, maka tidak hairanlah pelbagai persiapan telah dilakukan. Scha juga berkesempatan mengambil sesi fotoshoot mengayakan baju pengantin rekaan Syaiful Brides yang mempunyai rekaaan yang cantik dan sesuai untuk si pemakai, apatah lagi Scha yang pakai. Korang layan lah dulu gambar di bawah ni. Memang cantik-cantik belaka.

Akma AF3 bakal bertunang dengan Farih

Memetik daripada sumber asal, Murai, yang Akma AF3 bakal bertunang dengan seorang pegawai ekskutif Petronas beranam Farih Hamshi. Umur mereka hanya dibezakan setahun tua daripada Akma. Episod percintaan mereka berdua dalam masa 5 tahun cukup mencabar dan pertemuan mereka telah membuatkan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang.

Akma dirisik pada 3 Mac yang lalu
"Insya-Allah, mengikut perancangan, saya akan bertunang dengan Farih pada 6 Mei depan. Saya mula mengenali dia, selepas saya habis program AF3. Kawan saya yang memperkenalkan saya dengannya,

"Sebenarnya saya juga tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya. Dalam masa lima tahun, kami tidak berjumpa sehinggalah awal tahun 2011 kami berjumpa semula. Setelah bertemu semula, alhamdulillah kami mengambil keputusan untuk bertunang," jelasnya. -Via

Izara Aishah pelakon baru yang cantik

Jumaat, 16 Mac 2012

Siapa Izara Aishah ni? ala dia ni bekas finalis Dewi Remaja tahun yang lalu. Selain tu, mesti korang perasan kelibat dia dalam Vanila Coklat kan. Pelakon baru ni, jadi korang kena kenali dia. Muka dia juga sebijik Sharifah Amani kan. Kini dia dah makin ngetop, jadi penghias muka hadapan majalah. Nak tahu lebih lanjut mengenai Izara dan kehidupannya? selami adakah sudah mempunyai teman lelaki atau belum? belilah majalah ini yang berdekatan dengan rumah anda segera. Hehe.

Ehsan Gosip Cari

Siti Nurhaliza di Era FM (video)

Tetamu Johara di Era FM. Baru-baru ini, Dato Siti Nurhaliza telah dijemput menghadiri satu rancangan di udara bersama Johara di Era FM. Dalam rancangan ini, Siti telah menyanyi lagu Anuar Zain dengan iringan piano oleh Johan (Johan apa lagi penuh eksyen da). Bagi peminat Era FM, mungkin ada yang sudah mendengarkan isu ini, namun bagi mereka yang tak berkesempatan untuk mendengarnya, jangan risau, sebab Era FM sempat rakam videonya sekali.