Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Perang Twitter Didie Alias, Azwan Ali

Ahad, 21 Ogos 2011

Aish dalam bulan penuh keberkatan ni pon masih lagi nak gaduh-gaduh selebriti kita ni. Azwan Ali pun satu, dah lah mulut terlalu leser mengalahkan pancaran leser hijau perlawanan bola sepak, hehe, bawa-bawalah bertaubat dan insafi diri, belajarlah menjaga hati dan perasaan orang lain, Nabi sendiri pun tidak menghina memaki hamu orang kafir yang baling batu dan sebagainya keatas dirinya. Nanti tiada orang maafkan susah pulak 'kehidupan seterusnya'.

Admin tak menyebelahi siapa-siapa, siapa benar dan salah itu urusan dia dengan Allah, kita cuma dapat menyedari diri kita agar menjaga kesejahteraan orang lain apatahlagi mencetuskan perbalahan itu adalah suatu bentu penzaliman yang tidak berkesudahanyang mengundang pelbagai masalah . Iskh, perwatakkan Azwan betul-betul berbeza di dalam kaca televisyen dan juga di alam cyber, admin pun susah mahu meneka perwatakkan sebenar Azwan ni macamana...

Abby, Zul berkasih sayang, motif?

Sabtu, 20 Ogos 2011

Dek beberapa hari lagi disaat pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza, kini gempar dengan paparan 'sayang-sayang' oleh bekas isteri Norman, Abby Abadi kepada pelakon muda, Zul Ariffin. Memang so sweet melihat kedua-duanya saling berbalas 'post' di Facebook masing-masing. Tapi 'sayang' yang seperti apa mereka berdua maksudkan? apa perlu di 'post' kan benda-benda seperti ini? admin rasa mereka lah artis pertama yang 'berkasih sayang' di Facebook, Lisa Surihani pon tak da 'post' seperti ini untuk buah hatinya kan. Hehe. Apa-apa jerk ler, asal bahagia.

Imam Muda Asyraf Bakal Jadi Ayah

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf kerana isterinya, Nurhusna Yusof kini disahkan hamil/mengandung 6 bulan. Baguslah macam itu kami pun tumpang gembira dan menanti-nantikan saat kelahiran seorang lagi umat Rasulullah. Tapi dalam menghadapi berita baik ini, Asyraf kurang bersama isteri, manakan tidak dia banyak menerima undangan berbuka dan menjadi imam solat. Namun walaupun kurang bersama isteri disaat-saat berbuka, Asyraf tetap komited memainkan peranan sebagai seorang suami mithali.

“Saya kasihankan isteri yang sedang mengandung, jadi sebab itu orang tidak melihat saya bersamanya kerana saya kurang mengajak dia ke majlis-majlis tertentu.

“Saya tidak mahu dia terdedah sama dengan kesibukan saya yang terpaksa berkejar ke sana sini. Lagipun, dia memang tidak suka menjadi perhatian ramai.

“Saya kasihankan isteri yang jarang dapat berbuka puasa bersama-sama saya. Jadi, apabila berada di kampung, sekurang-kurangnya dia lebih seronok apabila makan berteman.

“Sebelum ini dia selalu masak untuk kami makan sahur bersama-sama,” kata Asyraf yang mahu menghantar isterinya pulang ke kampung terlebih awal menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. -mStar

Erin Malek Tindik Lidah, Bertatoo

Jumaat, 19 Ogos 2011

Erin Malek merupakan seorang pelakon kanak-kanak yang comel waktu itu, yang pernah membintangi filem Tentang Bulan. Namun tahukah anda selepas menonton TV9, Galaksi episod minggu lepas mengenai dirinya yang dah dewasa? Cukup besar perubahan yang dilakukan oleh dirinya. Menjadi seorang yang lebih dan 'terlalu matang' dalam makna yang halusnya. Hehe.

“Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.” -Erin Malek, Galaksi TV9
Dalam rancangan itu, Erin mengakui dirinya menindik lidah dan juga bertatoo (tidak dinyatakan dibahagian mana). Namun dengan nada sinisnya, dia cukup berbangga memiliki tatoo. Wow. Admin tak tahu nak kate apa dah. Lebih baik korang jangan ikut-ikut, sebab ini akan merugikan diri anda sendiri dalam kubur, tak dapat dibayangkan, Nauzubillah. Mana peranan orang tua di sini? fikir-fikirkan bersama di hari Jumaat penghulu segala hari.

[via]

Mamat Sepah, Fida kahwin 2012?

Gambar Mamat Sepah dan Fida dibawah diambil ketika mereka membuat rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka berdua tidak segan dan malu untuk bergambar bersama ketika itu sepertinya mengiyakan episod percintaan mereka dan sekaligus tidak menghampakan permintaan jurugambar yang sememangnya sudah tahu mereka sedang dibuai asmaradana.

Mamat yang ditanya ketika itu oleh wartawan, sudah bersedia untuk berumahtangga dengan Fida yang dijangka pada tahun hadapan, 2012. Persediaan Mamat dikatakan sudah lama untuk berkahwin, dengan sebelum ini pernah bercinta dengan kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha selama 9 bulan yang akhirnya putus ditengah jalan sebelum mahu merancang perkahwinan.

Apa-apa pun kita doakan agar mereka berdua, Mamat dan Sepah selamat bernikah kelak, dan hubungan mereka kekal hingga ke saat it, memandangkan perbezaan mereka yang ketara dari sudut profesion, Mamat 'gila-gila', Fida sopan santun.

[via]

Pembaca Berita Seksi?

Bukan apa, di bulan Ramadhan ni seharusnya pihak penerbitan tahu dan dapat mengambil berat mengenai pemakaian dalam pembacaan berita sebab program berita akan mendapat rating yang tinggi dikalangan penonton dewasa, disebabkan info-info yang terkini disiarkan. Terkejut juga apabila melihat seorang pembaca berita swasta berpakaian seksi ketika bulan suci ini kelmarin. Kalau melihatkan, pembaca berita ini beragama Islam.

Mana tidak terkejut, dah lama menonton berita, semua pembacanya berpakaian ok memakai blazer tak kurang yang bertudung, kalau seksi pon yang non-muslim, lihat berita tamil, ok lagi pakai sari, tapi tak faham lah, hehe. Admin harap selepas ni ada lah peraturan dikuatkuasakan untuk pembaca berita mengenai sudut etika pemakaian, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh rahmat ni.

Dato' Siti Nurhaliza bertudung, Kerjakan Umrah Seminggu

Khamis, 18 Ogos 2011

SimplySiti yang sebelum ini menjadi kontroversi, kini semakin diberikan nafas segar dan tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa, malahan di bulan Suci ini, SimplySiti juga telah menganjurka majlis doa selamat dan berbuka puasa di Masjid Wilayah Persekutuan (tempat pernikahan mereka 5 tahun yang lalu) pada Selasa lalu. Turut hadir, penaungnya sendiri, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, yang berpakaian serba hitam dan bertudung bagi Dato' Siti.

Tetamu istimewa yang turut diundang adalah anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak dan komposer Yassin, kumpulan nasyid Now See Heart serta Imam Muda pertama, Asyraf. Selain daripada itu, Dato' Siti mengumumkan yang dia dan suaminy akan mengerjakan umrah pada 19 Ogos sehingga 28 Ogos ini.

[via 1] [via 2]

Gambar Liyana Jasmay Bertudung

Perkembangan terbaru Liyana Jasmay adalah baru-baru ini dia mengalami keracunan makanan, tidak dinyatakan oleh Liyana, cirit birit tapi muntah-muntah saja pada lewat pagi sebelum sahur. Liyana keracunan akibat berbuka puasa di sebuah restoran makanan laut. Akibat daripada itu, Liyana terpaksa terlantar dihospital 3 hari dan dimasukkan 13 drip air mengikut komennya kepada portal GUA.

Tue lah Liyana, hati-hati makan kat luar ni, kan bagus berbuka di rumah, masak sendiri, kang jadi isteri, kenalah belajar memasak. Hehe. Gambar Liyana bertudung diatas diamik sempena majlis berbuka bersama anak-anak yatim Rumah Rabeka di Restoran Ikan Sungai baru-baru ini.

[via]

Gambar Siti Shahrizah Bertudung

Nampak manis sekali apabila pelakon, Eja atau Siti Shahrizah memperkenakan tudung dan pakain busana muslimah pada dirinya. Terserlah keayuan dirinya. Tapi tidak dapat dipastikan perubahan ini kekal atau tidak, memandangkan dalam bulan Ramadhan pastinya ramai selebriti yang berlumba-lumba nak pakai tudung dan menutup aurat pada bulan suci ini. Kita doakan agar semoga perubahan Eja ini kekal lah yer. Bertambah lah artis kita yang terima hidayah selepas ni.

[via]

Bienda Buka Gerai Tudung di Bazar Ramadhan

Rabu, 17 Ogos 2011

Bazar Malam Downtown, Cheras, yang mula berniaga pada pukul 10 malam hingga 4 pagi pada hujung minggu sempena Ramadhan ini memberikan 1 tarikan unik. Dalam ramai-ramai peniaga, ada salah seorang peniaga dari golongan selebriti yang setiap malam berada di tapak gerai nombor satu. Dia adalah Bienda. Bienda akui ini merupakan tahun ketiga Bienda berniaga tudung di bazar berkenaan setiap kali Ramadhan dan mula berniaga sejak 5 Ogos lalu.

Gerai Bienda menawarkan10 jenis fesyen tudung termasuk jenama Syria yang dijual dalam pelbagai jenis serta selendang serendah harga RM10-Rm20. Memang berbaloi, dah ramai pelanggan senyum lebar selepas keluar dari gerai berkenaan. Tak tahulah dapat t/t Bienda pada tudung. Hihihi. Jadi pergilah serbu gerai Bienda untuk persediaan Aidilfitri nanti. :)

[via]

Iklan Seksi Aidilfitri Nurul

Panas dan sungguh memberikan respon yang pelbagai daripada pihak-pihak yang peka terhadap kesensitifan beragama. Itu kebanyakkan luahan yang dilemparkan apabila melihat iklan AidilFitri oleh sebuah syarikat untuk pelanggannya. Menggunakan artis tempatan yang bernama Nurul sebagai model, memang tidak salah menjadi model/duta pengiklanan. Namun isu pemakaian Nurul sepertinya tidak seswai dan seksi, ditambah pula 'possing' didalam simbol masjid. Adakah ini memang Nurul yang inginkan atau pihak syarikat yang mahu kan seperti itu untuk menarik pelanggan? fikir-fikirkanlah bersama.


Nabil Kahwin September ini?

Desas desus yang kuat mengatakan Nabil Raja Lawak finalis Maharaja Lawak musim pertama, akan bernikah dengan pilihan gadisnya yang juga seorang pramugari penerbangan swasta milik AirAsia, Nazira. Ini dah dibuktikan lagi melalui akhbar Berita Harian edisi baru-baru ni. Tapi episode ini sepertinya agak samar-samar rasanya, memandangkan cerita perkahwinan Lisa dan Yusry tahun depan yang didakwa oleh Berita Harian disangkal/dinafikan oleh Yusry di laman portal GUA.

Dan tidak dipastikan sumber dari mana, dah ramai blogger-blogger hiburan klaim yang Nabil akan melangsungkan detik-detik indah itu pada bulan September ini. Tak tahulah benar atau tidak. Lihat artikel Berita Harian, takde pulak tarikh dan bulan yang disebut-sebutkan. Atau pun admin yang tak 'alert' kot. Zz.. Mana-mana jerk ler. Asalkan bahagia Nabil dengan Nazira. :)

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi, Ahmad Nabil Ahmad, 28, membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisangberbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. -Bharian

Keluarga Bahagia Norman Hakim, Abby

Selasa, 16 Ogos 2011

Dipetik melalui Facebook milik Abby Abadi Fan Page, gambar dibawah ini diambil ketika bulan Ramadhan baru-baru ini. Norman Hakim berbuka puasa bersama-sama anak-anaknya. Sehinggakan detik-detik manis ini diphoto oleh Abby sendiri. Anak-anak Norman masih lagi sayangkan papanya. Korang layan lah dulu foto kat bawah ni, manalah tahu ada buat korang sedih. Hehe.

Gambar Kekasih Hadi Yahya

Gambar dibawah ini didakwa oleh seorang pengirim/peminat izyan.com yang mahu dikenali sebagai Miss Q (terima kasih Miss Q) merupakan kekasih kepada pemain bola sepak Terengganu yang juga pemain bola sepak Kebangsaan yaitu Hadi Yahya. Nama kekasihnya ini tidak dinyatakan. Kalau sebelum ni kisah Khairul Fahmi sebagai bahan cerita, kita beralih angin pulak kepada pemain yang boleh dikatakan serba mantap/berbisa di bahagian serangan hadapan ni.

Ana Dahlia, Anak Chef Wan bercinta

Pelakon baru, Ana Dahlia digosipkan tengah bercinta dengan anak lelaki kepada Chef Wan, Mohd. Nadzri. Hubungan mereka ini dikatakan semakin intim. Sehinggakan mereka berdua kelihatan bersama-sama di program rakaman Melodi Raya baru-baru ini. Bahkan baju yang mereka peragakan/pakai juga sama warna dan juga fesyen. Desas desus pulak mengatakan, Nadzri akan melamar Ana dalam waktu yang terdekat. Memang secocok/sepadan lah mereka berdua ni, semoga berbahagia dengan cinta yang ada. :)

[via]

Erra Fazira Miliki Motor Berkuasa Tinggi

Isnin, 15 Ogos 2011

Pelakon bertaraf lima bintang, Erra Fazira kini dah tukar selera nak mencuba sesuatu yang lebih lasak dan mencabar. Motorsikal berkuasa tinggi kini bukan sahaja dimonopoli oleh golongan lelaki, namun wanita juga sudah menunjukkan mahu ke arah itu, memandangkan potensinya hanya untuk sekadar hobi dihujung minggu. Erra bakal menjejak kaki sama seperti Fauziah Latiff, Linda Onn, Maznah Zolkefli, dan Datuk Siti Nurhaliza yang masing-masing memiliki motorsikal berkuasa tinggi mencecah puluhan mahupun ratusan ribu ringgit.

Baru-baru ini juga, Erra tidak sabar untuk memiliki motor berkenaan. Sekali dia 'sambar' sebuah motorsikal berjenama Harley Davidson VRSCDX Night Rod Special berkapasti 1250 cc pada baru-baru ini. Motor Harley ni kalau harga dia memang mesti RM100,000 keatas memang tak sah. Semoga berhati-hati lah yer Erra selepas ini di jalan raya. :)

[via]

Gambar Ning Baizura di Amerika Syarikat

Ning Baizura sekarang dalam rangka lawatan dan kerjanya ke US selama sebulan di bulan puasa ini sekaligus beraya Aidilfitri di US bersama suaminya yang tersayang. Lawatan ini merupakan lawatannya untuk persedian konsert meganya nanti pada 2,3 September. Memandangkan Ning akan memberikan satu konsert yang cukup hebat dalam sejarah Malaysia. Jadi Ning pergi ke US untuk melihat konsert mega, Celine Dion sebagai 'presentation' untuk dipelajari. Selain itu, Ning juga dikhabarkan melihat anak tirinya disana.

[via]