Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tahniah! M. Nasir kini bergelar Dato'

Jumaat, 25 Mac 2011

M.Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang pada 24 Mac 2011. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.

Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia. -Gua

-Tahniah Dato' M. Nasir, kamu memang layak mendapatkannya. :)

Sekitar Majlis Baby Shower Sazzy Falak

Khamis, 24 Mac 2011

Terkejut penulis apabila diberitahu Sazzy Falak ni hamil kembar. Wah kalau macam itu, tahniah lah dengan berita ini. Bukan semua orang dapat merasai kelahiran anak kembar. Tapi itulah kita berdoa sahaja la, semoga kelahiran kembar berkenaan selamat. Oleh itu, diatas perkhabaran ini, maka baru-baru ini Sazzy Falak dan suami tercinta serta keluarga sebelah Sazzy dan suami serta rakan-rakan artis turut datang dalam majlis Baby Shower untuk anak kembar Sazzy. :)

Tahniah! Miera Liyana cemerlang SPM 2011

Miera Leyana yang kini namanya hangat diperkatakan ekoran kontroversi baju seksi yang diperagakan pada majlis baru-baru ini, cukup puas dengan keputusan SPM yang diumumkan kelmarin (23/3), dengan mendapat kebanyakannya A dalam mata pelajaran yang diambilnya. Jumlah sebenar "A" yang diperolehinya tidak didedahkan kepada umum. Miera sendiri tidak menyangka akan mendapat keputusan yang cukup memuaskan, tambahan dia agak sibuk menjalani pengambaran filem juga drama.

'Mungkin, antara kunci kejayaan saya adalah pembahagian masa di antara pelajaran juga kerjaya dalam bidang seni. Keluarga saya juga menjadi pendorong kejayaan ini dengan memberi sokongan dan mereka bersyukur dengan keputusan yang diterima," tambah Miera lagi. -Gua!

Lagi gambar mesra Abby Abadi, Zul Ariffin

Aisehemen. Bukan main mesra lagi nok. Melihat artis yang berstatus janda dengan seorang anak muda yang tampan dan tegap ni. Hehe. Siapa lagi kalau bukan Abby Abadi dan Zul Ariffin. Gambar ni tak tahu bila dan dimana tempat bergambar, cuma ada pengirim yang hantar kepada penulis. Ya, kita doakan sahaja agar mereka berdua cepat disatukan, itupun kalau mereka berdua sedang bercinta. Abang Norman dan Auntie Memey pun dah bertunang, Abby dan Zul lagi lah pas ni. hehe. :)



Faezah Elai mahu kahwin akhir tahun ni

Rabu, 23 Mac 2011

Dalam kisah panas sensasi, gaduh sana, gaduh sini kemudian dikaitkan pula dengan suami orang, Faezah Elai rupa-rupanya sedang bersiap sedia untuk berkahwin pada hujung tahun ini. Mulanya cuma dengar-dengar, tapi lepas Faezah sendiri membuka mulut kepada seorang teman@sumber, sahlah dia akan menamatkan zaman bujang.

Kata teman@sumber, Faezah mahu simpan perkara itu sebagai kejutan, yang penting lelaki pilihannya itu bukan daripada kalangan orang seni, bukan pelakon, pengarah atau penerbit. Nyatanya, bukan si pengarah suami orang yang digembar-gemburkan ada skandal dengannya. Baguslah kalau macam tu. Lepas ni, mai pakat ramai-ramai turun Pulau Pinang, pekena nasi kandar sempena kenduri kahwin Faezah! -Kosmo!

Lisa Surihani melanjutkan pelajaran di UiTM?

Tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini, sebab Lisa pun belum lagi buat kenyataan mengenainya. Sebab sebelum ini Lisa dah tamat belajar kat Help University College and Aberystwyth University in Wales, United Kingdom dalam jurusan undang-undang, dan dah pun konvoksyen. Cuma mungkin Lisa nak sambung belajar lagi kot nak tambah degree ke-2. Siapa student UiTM Shah Alam tue, boleh lah share-share kan kat sini erk, mana tahu korang ada nampak kelibat Lisa di tempat korang. Hehe.

Dato' Siti Nurhaliza dalam rancangan akhir Adik-Adik Ku 2011

Kali ini penampilan Dato' Siti Nurhaliza dalam rancangan akhir Adik-Adik Ku baru-baru ini tajaan JAKIM di RTM 1, menampakan Dato' Siti memakai tudung sambil menyanyi lagu 'ketika cinta'. Memang manis Dato' Siti bertudung, tudung litup lagi tue. Mesti ramai yang setuju kalau Dato' Siti pakai tudung macam ni. Lagi sweet daripada sebelum ini. Kan.. Kan..

Bila Daphnie Iking bertudung

Selasa, 22 Mac 2011

Umum sudah mengetahui yang pengacara cantik, Daphnie Iking sudah kahwin buat kali-2 pada 8 Januari yang lalu di Sabah dengan seorang 'businessman' yang bernama Azmi Abdul Rahman selepas memeluk Islam. Namun episod pernikahan itu tidak sepertinya mendapat liputan yang luas oleh media, ntah kenapa. Sebab itu kita tak dapat nak lihat gambar perkahwinan berkenaan yang dikhabarkan Daphnie memakai tudung berlitup. Setelah sekian lalunya, gambar Daphnie bertudung pun dapat dilihat itupun hanya sekeping sahaja mungkin ketika sesi photoshoot pernikahan berkenaan. :(

tahniah! Faizal Tahir timang anak ke-4

Tahniah kepada penyanyi serba boleh, Faizal Tahir dan syukurlah selamat buat isteri Faizal kerana dapat menimang anak ke-4 pada 20 Mac 2011 jam 1 pagi. Bayi perempuan yang sihat itu seberat 3 kilogram lebih. Berita kegembiraan ini dikongsi bersama Faizal Tahir dalam laman Fan Page Facebooknya yang hampir ke angka 600,000 tu. Cuma gambar baby perempuan comel tue Faizal belum 'tempek' lagi buat masa sekarang, mungkin sibuk benar si Faizal ni. Hope Faizal dapat 'tempek' gambar tue. Tak sabar nak lihat. :)

Gambar sekitar pertunangan Danny x-Factor

Ini merupakan satu berita yang mengembirakan bagi mereka yang meminati Danny x-Factor dan juga mereka yang setia dengan AirAsia. Berita ini merupakan saat dimana Danny pada 20 Mac yang lalu telah selamat bertunang dengan calon yang dipilih Danny sendiri dari yang asalnya merupakan seorang pramugari AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) di Kampar, Perak. Pertunangan ini serba sederhana sahaja, tak lah besar-besaran, tapi pertunangan Danny ni seperti orang yang nak bernikah jak pulak kan. Lucu kan, siap ada banner lagi tue, uall mampu ke? hehe. Gurau jerk la. Apa-apa pun tahniah kepada Danny dan tunangnya, Zaidatul, semoga cepat bernikah selepas ini. ;)

Foto pernikahan Kris Dayanti, Raul Lemos

Isnin, 21 Mac 2011

Aktress Kris Dayanti dan jutawan, Raul Lemos sah diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul. Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.

Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris di dalam masjid berkenaan. Mereka berdua akan bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini. -gambar Gua | KapanLagi


Gambar terbaru Irma Hasmie bertudung

Selepas pulang mengerja umrah untuk pertama kalinya dalam hidup Irma, selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari yang lalu, kini baru lah kita faham mengapa Irma Hasmie bertudung. Semua itu kemungkinan hidayah Allah yang turun kepada Irma supaya menutup aurat. Baguslah kalau macam itu Irma, kami disini juga berasa bangga mempunyai artis sehebat anda. Semoga menjadi artis muslimah yang baik. Gambar di bawah diambil ketika Irma menghadiri majlis makan Malam Gala ABP Rafflesia baru-baru ini. ;) gambar mStar | Budiey

Irma Hasmie Bertudung

Irma Hasmie Bertudung

Irma Hasmie Bertudung

Irma Hasmie Bertudung


Gambar fesyen terbaru tudung Yuna

Sejak beberapa bulan tinggal kat US ni, Yuna semakin nampak sedikit perubahan. Perubahan daripada segi pemakaian tudungnya. Mungkin kena ikut juga trend US. Fesyen di sana lebih maju dan terkini. Jadi Yuna pun menyesuaikan diri juga kat sana. Nanti orang di sana anggap yang bukan-bukan pula kat Yuna. Biasalah orang US ni masih lagi trauma dengan serangan 11 September. Orang bertudung pun disangkakan teroris. Apa-apa pun buat yang terbaik Yuna, jangan hampakan kami disni.. Hehe.