Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rezeki Lisa Surihani, jadi cover 2 majalah!

Isnin, 27 Disember 2010

Tuah ayam letak kat kaki, tuah orang main sport toto letak kat dukun, tuah manusia siapa yang tahu. hihi. Begitulah yang terjadi kepada Lisa Surihani, rezekinya tetap ada. Artis yang bersih daripada gosip liar ini semakin diberi kepercayaan mana-mana pihak. Apatah lagi Lisa merupakan artis pertama yang mencapai Facebook Fan 1 juta!. Jadi tidak hairanlah ramai penerbit majalah inginkan Lisa menjadi cover utama untuk edisi bulan yang baru. Nona dan Cosmopolitan merupakan majalah yang telah menampilkan Lisa sebagai cover untuk edisi Januari 2011.

Shamsul Yusof diperkenalkan 6 gadis untuk berkahwin!

Shamsul Yusof akui agak sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup. Lantaran itu, ibunya yang juga isteri kepada pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, Datin Fatimah Ismail membantu Shamsul mencari calon isteri dengan memperkenalkan anaknya itu kepada lima hingga enam wanita.

Kebanyakan wanita itu adalah anak kepada kawan Datin. Sebelum ini, dia pernah bercinta dengan pelakon Diana Danielle, namun hubungan mereka putus ditengah jalan sekitar hujung 2008. Dia mengakui mengenali ramai kawan wanita. Namun belum bersedia untuk menyunting mana-mana wanita kerana kebanyakan wanita yang ditemuinya tidak memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk.
“Saya mahu wanita yang memahami dan bermata biru.” kata Shamsul kepada mStar

Liyana ada lebih 50 seluar ketat!

Terbaca dalam sisipan Kosmo kelmarin, tergelak juga melihat pengakuan pelakon Liyana Jasmay yang mempunyai lebih daripada 50 seluar ketat (legging) dan sarung kaki. Memang tidak dinafikan lagi. Tiap kali muncul Liyana pasti berseluar ketat. Kata Liyana lagi, dia tak mahu berselindung daripada apa-apa kepunyaan dirinya, kedua-dua 'item' itu ada bermacam jenis dan warna tetapi warna yang paling banyak ialah hitam.

Liyana dikatakan jatuh cinta dengan legging sejak dua atau tiga tahun yang lepas, ketika dirinya merasakan lepas balik dari London. Maka disanalah Liyana terjumpa satu butik yang menjual bermacam-macam jenis legging dan lalu terfikir dalam fikirannya yakni ianya satu fesyen yang hebat.

Dina MI berjaya turunkan berat badan!

Ahad, 26 Disember 2010

Nampaknya usaha Dina menurunkan berat badannya benar-benar berhasil. Jika dulu Dina mengenakan baju bersaiz 18, kini dia berjaya memuatkan badannya dengan saiz 14. Satu perubahan yang cukup besar berjaya dilakukan. Tidak malu berkongsi cerita berat badanya, Dina berkata jika dahulu beratnya 99 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan berat 85 kilogram. Menurut Dina, sindiran rakan-rakan menguatkan lagi azamnya menguruskan badan.

"Dina rasa seronok sangat bila berat turun sebab sudah boleh pakai legging. Dulu memang tak muat. Dina ambil masa tujuh bulan untuk turunkan berat. Kalau dulu Dina lebih selesa dengan imej sporty, tapi sekarang rasa lebih feminin sebab dapat sesuaikan pelbagai jenis fesyen.
"Kawan-kawan kerja selalu sindir Dina bila nak pergi gim sebab mereka jenis yang jaga tubuh badan. Lama-lama Dina pun ikut dan jadikan gim sebagai rutin harian. Kesihatan dan stamina Dina pun semakin bagus sebab tak penat bila perform atau buat kerja berat. Dina tak tetapkan target berat namun buat masa sekarang, Dina akan teruskan workout," >kata Dina kepada manggaonline

Senarai penuh pemenang ASK 2010

ASK 2010 kali ini mempunyai banyak kejutan. Ramai pemenang-pemenang baru yang muncul, dari artis yang bergelar vateran hinggalah ke yang muda. Apa-apa pun,tTahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada mereka yang kalah, jangan putus asa dan teruskan usaha anda dalam memartabatkan industri seni tanah air.

Keputusan Penuh ASK 2010

Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2010 (8TV
Lakon Layar Terbaik Filem : Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Drama Komedi Terbaik : Simpang 3 (TV3)
Lakon TV Terbaik : Antara Garisan (Astro)
Rancangan Hiburan Terbaik : ABP 2009 (TV9)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)
Laporan Khas/ Berita Terbaik : Aduan Rakyat (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)
Videografi Terbaik : Datang Bulan (Astro)
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nor Khiriah (Antara Garisan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Filem : Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pengarah Drama Terbaik : Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik : AJL 24 (TV3)
Anugerah Khas Juri : Shaheizy Sam
Drama Rantai Terbaik : Nur Kasih (TV3)
Filem Terbaik : Muallaf
Drama Terbaik : Antara Garisan (Astro)

-Sumber Gua

Pemuda Melayu bangga diri jadi GAY!

Sabtu, 25 Disember 2010

Sambil santai cuti Krismas ni, penulis nak stop sehari menulis artikel mengenai artis. Sebab hari ini mesti ramai santai dok kat umah jerk. Tip top sekekap nak beralih sehari kepada krisi dalaman seorang pemuda 'Melayu' yang bangga dirinya menjadi Gay awal 30-an. Aish apa nak jadi dengan mamat yang bernama Azwan Ismail ni. Bukan dok main bangga menjadi gay sampai menyalahkan para alim ulama dan para cendikiawan.

Nak kata xada 'skul' mungkin tidak, sebab pakai spek kerana bekerja sebagai jurutera, tak tahu lah pakai spek sebab 24 jam tengok web porn. Hihi. Penulis memang anti kepada golongan gay ni rasa nak tumbok sepak terajang bila berjumpa golongan ni. hihi.


Apalah perasan mak ayah dorang kalau dapat anak yang menjalinkan hubungan sesama sejenis ni. Renung-renungkanlah golongan seperti ini perlu dibantu atau diberi pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan. Sedangkan Allah sudah memberi pengajaran kepada kaum yang terdahulu. Zzz.

Gambar artis ketika kanak-kanak

Jumaat, 24 Disember 2010

Siapa kah gerangannya empunya gambar artis ini? kelihatannya sangat comel ketika diusia kanak-kanak. Mungkin paras rupanya juga tidak banyak berubah bila dia meningkat dewasa ke saat ini. Sekarang dia memang giat berlakon dan sedang hangit berpacaran dengan pengarah muda. Siapa yang fanantik sangat tu dengan artis ni, mungkin dapat meneka nya dengan pantas dan tepat. Hehe.

Farah AF2 bakal dilamar hujung bulan ini?

Masih lagi menyangkut paut soal Akademi Fantasia punya pelajar dengan tajuk yang hampir sama dan samar-samar lagi kebenarannya. Masih kenal lagi dengan finalist Akademi Fantasia ke-2 ni, Farah.? Farah sekarang dah bertudung dah. Lagi manis daripada dia tak bertudung. Manis depan suami lah nanti. Hehe. Jangan marah erk. Ni baru dapat infomarsi daripada sumber yang local mengatakan bahawasanya Farah akan bertunang tidak lama lagi.

Dikhabarkan, Farah dan keluarganya bakal menerima kunjungan tetamu besar, yakni pihak keluarga lelaki pada tarikh 25 Disember 2010 di kampung halaman Farah kat negeri Kedah diatas hajat yang besar kot. Lelaki yang dinyatakan ini merupakan bakal suami kepada Farah yang juga merupakan seorang ahli perniagaan (businessman) yang diperkira berusia bawah 30 tahun.

Heliza Helmi, Hafiz Hamidun bakal bertunang?

Mengikut sumber, Hafiz Hamidun bakal akan bertunang dengan seorang artis bertudung yang cantik daripada Akademi Fantasia iaitu Heliza Helmi. Pada mulanya susah nak percaya sangat dengan perkhabaran yang diterima ini. Bukannya apa, adakala cerita sebegini tercetus selepas orang melihat seseorang artis itu saling akrab dan mesra di depan khalayak ramai.

Seorang jejaka kacak tampil dengan memberitahu bahawa kisah mereka berdua bakal bertunang ini sebenarnya akan diumumkan tidak lama lagi. Apapun, sumber berkenaan tidak pula mengetahui bila tarikhnya tetapi paling cepat pun, pasangan ini akan bertunang pada tahun depan. Jika benarlah cerita ini, kita doakan agar hubungan mereka akan kekal bahagia. Jika tidak benar maka anggap sahaja cerita ini sebagai gosip pertama diantara mereka.

Dalam pada itu, pasangan double H ini (Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun) khabarnya akan mengeluarkan minyak wangi jenama tempatan yang meletakkan kedua-dua nama mereka dalam minyak wangi itu.

Jenis minyak wangi itu tidak pula Murai Batu tahu tetapi selain mengeluarkan produk berbentuk wangian tersebut, mereka berdua akan berganding bahu dengan menerbitkan sebuah filem hantu. Katanya, mereka masih mencari siapakah hero dan heroin untuk filem ini. -Murai

Juliana Evans, Zizan RL gambar bersama!

Khamis, 23 Disember 2010

Akhirnya desas desus gosip cinta antara Juliana Evans dan Zizan RL bakal terungkap tidak lama lagi. Cuma saat ini mereka masih lagi 'suam-suam' cinta, jadi susah nak ungkapkan yang mereka tengah betul-betul bercinta. Namun baru-baru ini mereka berdua dipelawa untuk bergambar bersama dalam sisipan PancaIndera. Mungkin ini satu peluang untuk mereka meluahkan apa-apa mengenai cinta dalam sisipan berkenaan sambil bergambar bersama.

Selain itu, penampilan mereka dalam sisipan berkenaan cukup cocok, Zizan yang ala-ala koprat ditambah hensem serius gitu bergandingan Juliana yang seksi dan menawan hati. Cocok tetap cocok.

Mawi buat album baru - 'Mawi Idolaku'!

Lama sudah tidak mengambil cerita mengenai Raja SMS kiter ni, si Mawi. Dengar khbar terbaru dia sudah berjaya membuat album terbarunya yang diberi judul Mawi Idolaku. Senyap-senyap rupanya buat album baru, patutlah jarang dapat berita. Selain itu Mawi juga membuat penafian mengenai perkahwinanya dengan gadis Pahang apabila diberi temuramah oleh wartawan ketika itu.

Mungkin disebabkan buah mulut orang maka puncanya bermula sebab Mawi duduk bersebelahan dengan tok imam untuk acara akad nikah pada waktu itu sebagai seorang saksi. Kemudian orang pula mengambil gambar dan mungkin dari situ gosip timbul. Tapi semuanya tak betul. Hanya Ekin satu-satunya orang yang Mawi cintai, sehingga dah tip top nak masuk bulan ke-2 perkahwinan mereka berdua. -Gambar ManggaOnline.

Tiz Zaqyah akan nikah anak Ahli Parlimen?

Semua orang memang sudah sedia maklum tentang kisah diantara anak Ahli Parlimen Kuala Nerus Aizat Fikri dan pelakon popular Tiz Zaqyah. Ada khabar mereka pernah keluar negara bersama dan sebagainya. 2 hari lepas kelihatan mereka berdua disebuah restaurant mewah di Kuala Lumpur, lebih tepat di Menara KL. Mereka berdua kelihatan sungguh intim.

Turut kelihatan anak kepada Ahli Parlimen Tenggara dan Setiu yang tiba berasingan. Aizat Fikri dan Tiz kemudiannya meninggalkan tempat itu bersama dan kelihatan menaiki kenderaan bersama. Khabarnya mereka akan bertunang dan terus bernikah pada bila-bila masa. -SelatanOnline.Net

Lisa Surihani sedang comolot?

Rabu, 22 Disember 2010

Eik? comolot? apa tu comolot? comolot adalah aksi cium yakni bahasa moden anak-anak yang suka bercium. Cium apa? fikirkan lah sendiri erk. Hehe. Lisa Surihani juga sedang comolot dengan seseorang. Tapi orangnya bukanlah lelaki, tetapi wanita juga. Les? oh yang pastinya tidak mungkin, pastinya ianya sesuatu yang menarik untuk dilihat. Korang tengoklah sendiri. Hehe2.

-
-
-
-
-

Boyfriend baru Sabrina Ali

Biarpun ikatan perkahwinannya bersama Shahrin Mohd Abdul Halim baru sahaja berantakan pada Jun lalu, namun jodoh Tuhan tiada siapa dapat menduga. Sabrina Ali kini telahpun bertemu pengganti yang pastinya masih bujang dan kacak. Biarpun baru sahaja enam bulan meraikan cinta, namun hati si kekasih kini meronta-ronta mahu memiliki Sabrina secara sah.

Sabrina yang ditemani kekasih hati pada majlis tayangan media Khurafat di Mid Valley semalam nyata bahagia dengan senyuman tidak lekang di bibir. Sang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 28, malu-malu apabila diminta bergambar bersama namun keduanya begitu sporting memenuhi permintaan ManggaOnline.

Maya Karin, Yusry KRU dating!

Adakah ini menjadi petanda gossip yang terdahulunya yang mendakwa Maya Karin tengah 'hot2' dengan Yusry KRU adalah benar? memang tidak ada penafian lagi selepas mereka berdua diserbu 'wartawan' ketika menonton wayang baru-baru ini dan beberapa minggu yang lalau di Alamanda yang tidak kantoi. Wah. Kata Maya hubungan mereka bukan lagi satu rahsia, dan mereka beranggapan cuma kawan rapat sahaja. Ala tak kisahlah, dua-dua pun dah bercerai juga, jadi sekarang dah solo, Yusry jangan kasih lama, nanti dikebas orang. Hihi.

Selebriti di majlis pelancaran produk

Selasa, 21 Disember 2010

Majlis ni kira special sikit sebab dirasmikan oleh Datuk Rosnah Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan). Mengikut pengirim gambar, gambar ini diambil pada 13 Disember yang lalu bertempat di Concorde V, Concorde Hotel Kuala Lumpur, mungkin kerana kesibukan waktu, jadi gambar ini sedikit berlalu. Tapi tak per, majlis ini dihadiri oleh selebriti-selebirti tempatan, termasuk juga komposer terkenal, Ajai bagi memeriahkan majlis berkenaan. Majlis ini bersempena pelancaran produk penjagaan kesihatan yang terbaru di pasaran, yang bernama Balung.

Fasha Sandha naik helikopter!

Jarang manusia di Malaysia ni dapat menaiki helikopter kalau bukan TUDM atau polis udara. Kalau orang biasa sudah tentu orang kaya raya yang dapat naik. Artis? mungkin sedikit sahaja, termasuklah juga Fasha Sandha yang baru-baru ini dikhabarkan oleh sumber menaiki helikopter bersiar-siar. Mungkin ada dua prihal disini samaada Fasha Sandha bersiar-siar atau sekadar set dalam bidang lakonan. Tak tahu lah yang mana satu, gambar dah ada, cuma Fasha posing diluar helikopter jerk, kat dalam tak de pulak. Apa-apa pun hanya Fasha yang tahu. Hehe.

klik untuk pembesaran yang jelas. he2.

Shahir AF8 bermasalah disiplin, balik kampung!

Shahir yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak. Kata ibunya melalui mStar, kesihatan Shahir agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran/berehat. Ibunya juga minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama yang sebaiknya.

Shahir dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir (masalah pribadi). Selain itu, dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini, dan tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor (sebab migrain).

WUF120 plat no motorsikal FIZO

Isnin, 20 Disember 2010

Dengar cerita, pelakon Fizo kite ni murah rezeki, kini Fizo dah membeli superbike Kawasaki berkuasa tinggi. Mungkin harga motorsikal berkuasa tinggi ni berpuluh-puluh ribu jugak. Tapi paling menarik sekali adalah nombor plat motor berkenaan, WUF120 (F120=FIZO). Hebat bukan. Ramai artis-artis memiliki nombor plat seakaan nama mereka. Apa-apa pun siapa banyak duit, boleh lah memiliki nombor plat yang menarik dan bermaksud. ;) -Gambar RunWitme

Norkhiriah hamil 6 bulan anak ke-2

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Norkhiriah dan suaminya kerana bakal menimang cahaya mata kedua tahun depan. Kata sumber, kandungan Norkhiriah juga sudah masuk enam bulan dan tinggal tiga hingga empat bulan lagi dia akan bersalin. Berita baik ini disampaikan Norkhiriah kepada sumber yang membuat liputan pertandingan akhir mencipta lagu patriotik di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Norkhiriah yang menjadi pengacara pada malam itu sempat bergurau bayinya yang menendang perutnya kepada penonton pada malam itu. Pada mulanya, ramai hairan melihat perutnya yang besar ketika pakai baju polis pada malam itu. Namun, apabila Norkhiriah jelaskan dia mengandung barulah penonton tahu yang dia sarat mengandung.

Apapun, sumber sempat memuji Norkhiriah dan rakan pengacara, Ivan Toh mengacara program itu sebagai bagus dan berjalan lancar sehingga ke akhir program. -hMetro

Pasangan Razif juara Mari Menari

Pasangan Mari Menari, Razif dinobat sebagai juara musim pertama yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, Sabtu lalu. Kuasa penonton menerusi 100 peratus undian SMS telah meletakkan pasangan Razif dan isteri sebagai pemenang dengan 52 peratus. Sementara pasangan Ariz yang mendapat 48 peratus menyusul di tempat kedua.

2 pasangan yang kurang bernasib baik iaitu Zul (19 peratus) dan Fahmi (14 peratus) masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat. Kesemua finalis menampilkan dua persembahan wajib yang bertemakan hip hop dan kontemporari untuk pusingan awal.

Dua pasangan yang mendapat peratusan tertinggi iaitu Razif dan Ariz mara ke pusingan akhir untuk cabaran tarian bertemakan Latin.

Selaku juara, pasangan Razif membawa pulang sebuah kondominium mewah The Haven di Ipoh, Perak yang bernilai RM350,000 dan percutian ke Bali tajaan Hard Rock Bali. -mStar

Abby Abadi sambut harijadi Zul Ariffin

Ahad, 19 Disember 2010

Tak tahulah apa hubungan Abby Abadi dengan Zul Ariffin ni, nak kata berpacaran, tak juga, tapi mesra banget sih. Takpa lah dah dunia mereka berdua, mencari pasangan untuk menemani kehidupan seharian, kita jangan dok hipokrit sangat mengenai mereka berdua, doakan sahaja mereka bakal disatukan. Kemesraan mereka jangan mudah betul ditafsirkan, hanya mereka berdua sahaja yang tahu mereka bercinta atau sekadar bercinta. Dan yang terbaru mengenai mereka berdua adalah, Abby sempat sambut 'befday' Zul, mungkin yang ke-22 kalau tidak silap. Korang layan dulu lah ya, kalau boleh nyanyikan lagu 'befday' sekali. Hehe. -gambar Facebook Abby Abadi