Heliza Helmi, Hafiz Hamidun bakal bertunang?

Pada: Jumaat, 24 Disember 2010
Mengikut sumber, Hafiz Hamidun bakal akan bertunang dengan seorang artis bertudung yang cantik daripada Akademi Fantasia iaitu Heliza Helmi. Pada mulanya susah nak percaya sangat dengan perkhabaran yang diterima ini. Bukannya apa, adakala cerita sebegini tercetus selepas orang melihat seseorang artis itu saling akrab dan mesra di depan khalayak ramai.

Seorang jejaka kacak tampil dengan memberitahu bahawa kisah mereka berdua bakal bertunang ini sebenarnya akan diumumkan tidak lama lagi. Apapun, sumber berkenaan tidak pula mengetahui bila tarikhnya tetapi paling cepat pun, pasangan ini akan bertunang pada tahun depan. Jika benarlah cerita ini, kita doakan agar hubungan mereka akan kekal bahagia. Jika tidak benar maka anggap sahaja cerita ini sebagai gosip pertama diantara mereka.

Dalam pada itu, pasangan double H ini (Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun) khabarnya akan mengeluarkan minyak wangi jenama tempatan yang meletakkan kedua-dua nama mereka dalam minyak wangi itu.

Jenis minyak wangi itu tidak pula Murai Batu tahu tetapi selain mengeluarkan produk berbentuk wangian tersebut, mereka berdua akan berganding bahu dengan menerbitkan sebuah filem hantu. Katanya, mereka masih mencari siapakah hero dan heroin untuk filem ini. -Murai

Tag : , , ,