Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Budak Aids mendakwa Yus May sebagai ayah!

Isnin, 22 November 2010

Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu berusia 9 tahun dan menghidap Aids mencetuskan misteri apabila mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, sedangkan pemuzik itu masih hidup dan langsung tidak mengenalinya. Kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai S mendakwa, ayah, ibu serta adiknya yang berusia empat tahun semuanya meninggal dunia akibat Aids dan dia dijangkiti penyakit berbahaya itu daripada ibu dan bapanya.

Ketika ditanya lebih lanjut siapa ayahnya, S mengeluarkan poster kumpulan May dan menunjukkan gambar pemain gitar bass, Yus sebagai ayahnya. Bagaimanapun, S memberitahu nama ayahnya adalah Md Nor sedangkan nama sebenar Yus adalah Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48. Ibu saudara S yang enggan identitinya didedahkan mengiakan dakwaan murid darjah tiga itu bahawa Yus ayah kanak-kanak itu.

“Adik saya sebelum ini berkahwin dengan artis kumpulan rock terkenal berkenaan sebelum dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan sembilan tahun. Namun segalanya penuh misteri apabila suami adik saya itu yang berusia 38 tahun mati mendadak kira-kira lima tahun lalu tanpa diketahui punca kematiannya, manakala anak lelaki mereka yang berusia empat tahun menghembuskan nafas terakhir tahun lalu sebelum adik perempuan saya itu mati mengejut pada Jun lalu,” kata ibu saudara S kepada Harian Metro.
Wanita itu mendakwa, arwah adiknya tidak pernah mendedahkan penyakit dialami dan dia hanya mengetahui punca kematian itu selepas dimaklumkan pihak hospital.

Nora Danish kena saman polis trafik?

Alamak. Biar betul ni. Alkisah yang terjadi kepada pelakon jelita, Nora Danish apabila diwar-warkan mendapat saman daripada polis trafik atas kesalahan di jalan raya. Pelik betul kejadian ini sebab melihat daripada sekeping gambar saman terbabit, seorang polis tu sempat possing dengan Nora untuk amik gambar bersama. Terpikat abang polis tu lihat Nora Danish kot, sebab tu amik gambar bersama. Tetapi saman tetap saman, walau secantik mana pun paras wajahmu itu. Hehe. kira polis contoh ni..

Yuna menang besar di Shout! Award 2010

Yunalis Zarai meraih pemenang keseluruhan apabila membawa pulang tiga anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu kelmarin. Tiga anugerah tersebut ialah Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.

Selain itu, kemenangan Zizan Raja Lawak sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award tidak dijangka kerana dapat menewaskan pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi. -mStar

Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna








































Gambar Erra Fazira di hari Raya Haji

Ahad, 21 November 2010

Memang sungguh tidak diduga apabila khabar angin rumahtangga Erra dan suaminya, Engku Emran semakin kencang bertiup. Namun Erra tetap bersahaja dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu meletup yakni mahu ambil tindakan. Baguslah jika begitu, kenapa mahu marah jika perkahwinan yang dibina berjalan tenang dan bahagia tambahan pula selepas kehadiran Engku Aleesya. Jadi Erra tetap dengan pendiriannya agar jangan percaya dengan sesiapa kerana percayalah cerita yang datang daripada empunya diri dan tidak kah wajar jika orang lain lebih tahu mengenai kehidupan kita. ;) Gambar ManggaOnline


Lisdawati, Fauzi beli rumah setengah juta Ringgit

Sabtu, 20 November 2010

Selepas tiga tahun menyimpan duit dalam simpanan, kini pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati gembira dengan pembelian rumah baru mereka yang bernilai lebih daripada setengah juta ringgit. Menurut Fauzi, rumah yang dibeli itu hasil daripada titik peluhnya bersama isteri dalam bidang lakonan dan mereka gembira kerana akhirnya dapat memiliki rumah tersebut.

"Alhamdulillah, impian kami untuk berumah sendiri termakbul. Dulu kami tinggal bersama keluarga Lisda. Bila dah dapat rumah sendiri, kepuasannya lain. Tambah pula bila di rumah mentua, takkan kami nak duduk menonton televisyen sambil berpelukan, nampak kurang manis. Kini, kami lebih bebas." Kata Fauzi kepada mStar.

Elyana sah jadi isteri orang!

Dengan sekali lafaz, Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, kelmarin 19 November 2010. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 pagi, Jumaat.

Sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000. Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.

Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan.

Zarina Anjoulie Lavocah bertudung!

Jumaat, 19 November 2010

Bila berbicara mengenai pelakon drama Anak Pontianak, ramai yang hanya dapat membayangkan kontroversi yang menyelubungi artis muda ini. Oh, pelakon pontianak yang ada gambar lucah tu ya! Itulah jawapan yang sering terpacul apabila ditanya pada mereka sama ada kenal pada empunya nama Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Anjoulie Lavocah.

Daripada gambar lucahnya yang tersebar di dalam alam maya, imej seksi berparti yang dikatakan melampau hinggalah kes dia ditahan pihak berkuasa berkenaan kes dadah yang sudah selesai itu. Walaupun sudah empat tahun di dalam industri seni ini, Zarina Anjoulie terus diselubungi bayangan seorang artis yang mempunyai reputasi yang kurang enak.

Kontroversi gadis berusia 24 tahun ini lebih meletup dan dibicarakan berbanding kerjayanya sebagai seorang pelakon. Namun, apabila melihat kelibat artis berkenaan di pentas peragaan Festival Fesyen Islam (IFF) yang berlangsung di Hotel JW Mariott, Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang terkejut melihat si seksi itu manis menutup aurat.

Lengkap bertudung menutupi setiap sudut aurat malah disertai jubah yang indah membaluti tubuhnya, tiada siapa menyangka pada mulanya dialah artis yang penuh kontroversi itu. Melihat sisinya yang lain pada majlis itu, ada yang tertanya-tanya adakah dia sudah mendapat seru untuk ke arah itu ataupun Zarina yang mesra disapa Anjou masih Anjou yang seksi, hanya bergaya mengikut arahan si pereka.

“Saya mengaku penampilan saya hari ini hanyalah sekadar menjalankan tugas saya sebagai model bagi koleksi busana Khadani Sdn. Bhd. Saya mengagumi rekaan Khadani kerana gabungan jubah dan corak batik ini membuatkan si pemakai kelihatan elegan walaupun menutup aurat.
“Malah saya ada berangan andai kata saya mahu bertunang ataupun bernikah suatu hari nanti, saya mungkin akan cuba mencari busana yang sesuai di Khadani. Soal sudah mendapat hidayah atau tidak saya rasa tidak perlulah dibicarakan sebab itu antara saya dengan Tuhan dan saya percaya ianya perlukan keikhlasan tanpa paksaan sesiapa.
"Saya mula memperagakan pakaian Khadani sejak berumur 19 tahun lagi namun, ini adalah pertunjukan fesyen terbesar saya bersama mereka. Mungkin sebelum ini tidak ramai yang perasan. Yalah, bila saya pakai seksi barulah para wartawan lebih perasan bukan? Asal berjumpa sahaja, mesti ditanya tentang imej seksi seperti tiada cerita lain yang mahu dicanang.
“Janganlah tanya tentang saya seksi atau apa. Saya dah muak dengan soalan itu dan saya yakin pembaca di luar sana pun dah tak larat dengar cerita-cerita yang tidak membangun ini," ujar Anjou kepada Utusan.

Diana Amir tak tolak berjodoh dengan Zizan RL

Diana Amir bagaimanapun tidak akan menolak sekiranya sudah ditakdirkan jodohnya nanti akan bersama dengan Zizan. Selesa berkawan dengan Zizan Raja Lawak, Diana Amir mengakui sifat merendah diri dan bersahaja Zizan membuatkan dia tertawan untuk berkawan serta mendampingi jejaka kelahiran Terengganu itu. Tambahan lagi, Diana tidak menolak sekiranya Zizan adalah pasangan yang ditakdirkan bersamanya.

"Saya memang berkawan dengan dia sejak empat tahun lalu. Kadang-kadang keluar sama-sama sebab dia seorang yang kelakar dan senang untuk diajak berbual. Tapi kalau nak kata bercinta belum sampai ke tahap itu lagi kot, sebab saya dan dia masing-masing sibuk mahu memperkukuhkan dahulu kerjaya kami,"
"Jodoh di tangan Tuhan, saya tak menolak kalau dia adalah pasangan saya. Tak berani nak cakap lebih-lebih sebab kita tak tahu masa depan. Tapi saya memang selesa dan suka berkawan dengannya sebab dia seorang yang cukup ceria dan menyenangkan," katanya kepada Murai.

Remy Ishak dipilih duta Dashing

Pernah lihat iklan pengharum bagi lelaki yang terkenal, Dashing yang terbaru di kaca tv tak? siapa lelaki kacak tu kalau bukan Remy. Inilah penglibatan pertama Remy sebagai duta produk dalam dunia anak seni. Dengarnya kebetulan dia sendiri sememangnya menggunakan Dashing sejak zaman remajanya lagi. Sekarang impiannya bakal sebuah mimpi yang tercapai, manakan tidak, Remy ni kan memiliki tubuh badan yang boleh dikatakn menarik, apatah lagi Remy seorang pelakon yang paling top buat masa ini, jadi tidak ada sebab kenapa Remy dipilih syarikat berkenaan untuk dijadikan duta.

pernikahan Siti Saerah, Siti Nurhaliza tak datang!

Khamis, 18 November 2010

Sewaktu majlis pernikahan Siti Saerah dan Saiful Anuar yang diadakan di kampung Siti Nurhaliza iaitu di Lipis, semua adik beradik Saerah sempat hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan tersebut. Namun kakaknya, Siti Nurhaliza seorang saja yang tidak hadir (Bukan ke Siti sangat rapat dengan Saerah?) Dengarnya, sewaktu majlis diadakan, Siti ada terlibat dengan satu majlis yang tidak dapat dielakkan. Yelah, dah nama pun penyanyi nombor satu negara. Sudah tentu jadual Siti telah pun ditetapkan dari awal. -Facebook Rozi Abdul Razak