Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Farid Kamil kata nasi lemak 50 sen kepada Nora Danish

Jumaat, 22 Oktober 2010

Ayat yang menjadi 'famous' dikalangan remaja dan pemuda pemudi yang bermasalah zaman ini. Tidak tahu dari mana asal usul ayat ini datang dan bermaksud sedemikian lucah sedangkan ianya hanya sebuah makanan. Harga pulak ntah kenapa 50 sen, sebab sekarang jarang dapat nasi lemak harga itu, kalau RM1 paling murah adalah. Kata-kata ini juga memang tidak sesuai diperkatakan apatah lagi ketika dalam lakonan diantara Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Cuti Cuti Cinta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.


(Minit ke 1.05) Walaupun mungkin berdasarkan dialog namun ianya masih lagi mengambarkan sesuatu yang tidak elok dan kurang sopan, sebab ini negara Malaysia, kata-kata dalam filem kebanyakkannya kena tapis, kalau kat Indon itu len citer lah. Kot-kot Nora Danish pun terasa juga kot dengan kata-kata demikian. He2.

Nana X FM dah melahirkan anak perempuan

Penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che Mahazan (Nana),27, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis kelmarin 21 Oktober 2010, di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor. Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat.

Beritahu Nana, dia gembira kerana dapat melahirkan Althea tanpa sebarang masalah. Nana dan pasangannya, Mohammad Raqeem Brian, 36, telah berkahwin pada 6 Jun tahun lalu. -mStar

Majlis Potong Jambul anak Dynaz Mokhtar

Khamis, 21 Oktober 2010

Cengkerang mutiara yang menghiasi kediaman ibu bapa Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas menjadi tumpuan utama. Bukan sahaja kerana hiasannya yang cantik tetapi bayi kecil yang berada di dalamnya berjaya mencuri perhatian. Diadakan sempena majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dres kecil labuh berwarna putih. Meriah dengan kedatangan sanak saudara serta sahabat handai, majlis tersebut sepatutnya berlangsung lebih awal.

Namun, disebabkan persediaan yang tidak dapat disiapkan, majlis itu hanya berlangsung pada Sabtu lalu.
“Sebenarnya majlis ini dirancang pada saat-saat akhir. Jadi, banyak benda yang tidak dapat disiapkan tepat pada masanya. Maka, ia ditunda sehingga minggu ini.”

Azwan Ali dah bersara dari dunia blogging

Artis yang sebelum ini penuh dengan kontroversi dari segi penulisannya di dunia blog, kini Azwan Ali bakal atau sudah meninggalkan dunia berkenaan selepas 9 kali menunaikan umrah. Tidak tahu kenapa Azwan Ali berbuat demikian. Mungkin dia mahu melupakan segala-gala yang telah berlaku dalam blog berkenaan. Kata-kata itu dibuktikan lagi apabila dia memberitahu berita berkenaan dalam blognya yang diisi dengan kata-kata terakhir serta gambar umrahnya yang terkini.

Kalau berhenti daripada buat jahat itu sudah menjadi satu kewajipan dan kebaikkan, tetapi kenapa perlu Azwan Ali berhenti menulis, janganlah tulis sesuatu yang sensitif, mungkin Azwan boleh tulis perkara-perkara kebaikkan dan nasihat. Untuk peminat Azwan juga pun kan.

Apa-apa pun terserah kepada Azwan Ali diatas tindakannya itu, mungkin dia betul-betul dah berubah dunia akhirat. Menjadi seseorang yang boleh dicontohi bukan seseorang yang dicemuh dan dimaki. Tapi kalau tidak berubah, ntahlah nak kata apa lagi, kita pun layan sahaja kot. :P

Raja Farah dah bertunang

Rabu, 20 Oktober 2010

Jangan pula rasa terkejut yang melampau kepada pelakon manis, Raja Farah. Dengarnya dia dah bertunang. Tapi tak tahulah pula dibuat rahsia daripada media ataupun hanya ahli keluarganya sahaja yang datang ke majlis itu. Sebab banyak kemusykilan maka agar susah untuk kita mengetahui samaada Raja Farah sudah bertunang dengan kekasihnya, Megat Andika. Sebab pertunangan Raja Farah ni diketahui melalui laman Facebook miliknya yang belum disahkan lagi pemiliknya secara terbuka.

Nasha Aziz tangguh perkahwinan diusia 39 tahun

Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, 39, untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun 2010 terpaksa ditangguhkan. Mereka berdua yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi. Nasha yang baru-baru ini ditemui agak sukar untuk membicarakan berkenaan dengan hal peribadinya kepada pihak media. Kata Nasha, mereka masih lagi pasangan kekasih sejiwa setulus hati.

"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah). tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan. Saya memang ingin membantu kepada orang yang ingin tahu tentang Islam. tapi kalau belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Ia akan hadir sendiri jika sudah bersedia.
"Pada awal tahun depan saya akan menunaikan umrah dan jika dia mahu ikut, terpulang. Sesiapa sahaja yang nak ikut pun boleh. Hal-hal agama, terpulang pada orang. Saya boleh memberi sokongan, tetapi bukan memaksa." kata Nasha. -mStar

Yusry KRU, Maya Karin tengah bercinta?

Dimaklumkan bahawasanya alkisah seorang yang bergelar duda dan seorang lagi bergelar janda dikatakan tengah bercinta. Kisah diantara penyanyi Yusry KRU yang pernah menghawini Erra Fazira dahulu dan Maya Karin yang pernah mengahwini jejaka mat salleh. Mereka berdua dikatakan tengah bercinta. Memang sukar hendak dipercayai, tetapi itulah cinta, tanpa diduga ianya datang. Nak kata benar atau tidak, belum dapat dipastikan lagi sebab kedua-duanya belum lagi membuat apa-apa komen mengenainya.

Dakwaan cinta diantara mereka berdua dikuatkan lagi dengan seorang 'informer' yang mengakui dan mendakwa telah menampak kelibat kedua-dua artis ini berpegang-pegangan tangan di Alamanda. Tapi seeloknya, baik buat kenyataan lah masa terdekat ni, takut pula dijadikan fitnah. Nak kata secocok, memang mereka berdua cocok pun, Duda dan Janda. ;)

Gambar Malek Noor terkini

Selasa, 19 Oktober 2010

Dah lama kita tidak melihat bekas atlit kebanggaan Negara ni dan juga artis, Malek Noor yang kini dah berusia 53 tahun. Memang dah berusia, namun usianya itu tidak disia-siakan Malek Noor yang memiliki pangkat 'datuk' mengurusakan 5 buah syarikat salah satunya, Sportec’s Divemate Sdn. Bhd., KK Design dan Universal Fitness and Leisure (UFL). Malek Noor kelihatan berisi apabila beliau dijemput ke rancangan Selami Jiwa yang dihoskan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah baru-baru ini bersama-sama juga, Amy Search.

Memey berlakon dalam Awan Dania 3

Pelakon yang dah tak berkontroversi lagi, Memey Suhaiza kini bakal berlakon drama Astro, Awan Dania bersama-sama pelakon suka ramai, Scha al Yahya. Semua sudah maklum, Memey dan Norman Hakim dah pun bertunang pertengahan September 2010 yang lalu (tak tahu lah kenapa harus tunang, padahal mereka dah lama berkenal). Jadi kemana Memey pergi, kali ini mesti ada Norman Hakim. Di Awan Dania 3 juga Memey ditemani Norman Hakim dimana Memey memakai pakaian penerbangan sebelum/selepas pengambaraan drama berkenaan.


Selepas kes khalwat, Azahari masih lagi kekal!

Pengacara program Bang Bang Boom!, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, tahu kesalahan diri. Kejadian itu sepatutnya boleh dielakkan jika dia berfikir lebih panjang semasa hari kejadian dan akibatnya ditangkap khalwat dengan isteri orang. Namun apa yang mengembirakan pengacara ini adalah dengan tiada tindakan apa-apa yang diambil pihak penerbit keatas dirinya. Penerbit program itu, Tengku Mohd. Ismail Tengku Ibrahim pula berkata, pihak produksi masih memerlukan khidmat Azahari. Bahkan, tiada tindakan diambil walaupun insiden tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan kesan sendiri.

“Kita bersikap profesional dengan tidak mencampurkan hal peribadi dan kerja. Lagipun, Azahari tiada masalah dengan pihak produksi. Jadi, kami hormati setiap ruang personalnya,” jawabnya. -Kosmo
Memanglah tidak mencampurkan hal pribadi, tapi kalau dah latar belakang macam tue, tak kan masih nak kekalkan juga, nanti pengacara yang lain juga akan ikut-ikut, jadi masalah buang pekerjaan tidak menjadi beban dan tak payah difikirkan, bebas buat khalwat, kena tangkap pun No Hal punya, karier masih ada. Adeh~.

Imam Muda Asyraf tunaikan Haji

Isnin, 18 Oktober 2010

Juara Imam Muda di Astro Oasis, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, telah bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad kelmarin, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

“Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri (Nurhusna Yusof). Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana." -mStar

Remy Ishak, Tiz Zaqyah tengah bercinta?

Menurut sumber, sedang dia asyik memerhatikan awek-awek yang menarik di sekitar acara Moto GP, dia terpandangkan seorang gadis putih gebu berpegangan tangan dengan seorang lelaki perkasa. Bila ditilik-tilik, rupanya dia kenal benar dengan dua jasad yang berada di depannya. Terus dia terimbaskan kembali ikatan kasih sayang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam kisah Nur Kasih. Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka berdua ini sudah mendapat nur untuk membina perhubungan cinta.

Tetapi kata sumber, aksi berpegangan tangan mereka sudah jelas menunjukkan mereka seperti berada dalam sebuah perhubungan yang suci. Tiz dan Remy memang sudah bersahabat baik sejak sama-sama menjadi tunjang drama berkenaan, lantas persahabatan itu terbawa hinggalah ke luar lokasi dan selalulah mereka bertanyakan khabar jika jarang bertemu. Kalau benar mereka bercinta janganlah berahsia. Takut pelbagai cerita keluar nanti. -Kosmo

Kembar Lisa Surihani?

Sebelum ini penulis telah memaparkan kembar pelakon Diana Danielle, kali ini kembar pelakon manis, Lisa Surihani. Mereka bukanlah kembar siam/kembar apa-apa ketegori tapi kembar kebetulan. Tidak disangka-sangka paras wajah mereka berdua hampir sama. Tapi mesti ada sedikit perbezaan diantara mereka. Perbezaan itu, cuma mereka sahaja yang tahu. Nama kembar Lisa ni tiada info mengenainya. Tidak dapat dikesan. Tapi anda semua layanlah dulu gambar ni, sama atau tidak dengan Lisa.

atas: Lisa Surihani
Bawah: kembar Lisa


Yalal Chin Meninggal Dunia

Ahad, 17 Oktober 2010

Yalal meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, 12.15 pagi, Sabtu 16 Oktober 2010. Sebelum ini Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM sejak 3 Oktober lalu. Jenazah Allayarham selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka pada pukul 11.30 pagi, Sabtu. Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan al Fatihah kepada arwah Yalal semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Mizz Nina berpakaian 'sopan'

Sabtu, 16 Oktober 2010

Siapa tidak kenal Mizz Nina. Mungkin di serata Asia dah mula mengenali Mizz Nina. Lagunya yang top seperti 'what you waiting for' sememangnya mengasyikkan remaja-remaja, pemuda-pemudi, belia beliau. He2. Tapi tak sangka-sangka pula Mizz Nina kali ini berpakaian agak 'sopan'. Dia ditemui ketika Shout Award Nomination. Pakaiannya agak simple dan menutupi segalanya. Sebelum ini juga Mizz Nina ada berpakaian Melayu kurung. Memang manis lah dia berpakaian berkenaan, jarang dapat tengok nie.

Shila OIAM, Haziq Zikri suam-suam cinta

Penyanyi Shila OIAM mengakui sedang berkawan rapat dengan pemain bola sepak Harimau Muda negara, Haziq Zikri Elias dan sering digosipkan keluar bersama. Namun begitu, Shila berkata, tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka, malah memberitahu dia dan Zikri lebih senang menjadi kawan rapat. Sebelum ini, Shila dikaitkan dengan pelakon yang juga aktif sukan tersebut, Fizo Omar. Mereka bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan.

"Saya dan Zikri hanya sekadar kawan baik sahaja, memang kami selalu keluar bersama-sama malah dia juga sering datang melepak di rumah saya. Persahabatan kami bukan berdua tapi kami ada lagi seorang rakan baik perempuan bernama Bella. Mereka berdua baru sahaja pulang dari United Kingdom dan tidak banyak kawan di sini,"
"Saya senang berkawan dengan mereka sebab pemikiran mereka lain. Mereka lebih terbuka dan tidak cepat merajuk. Buat masa ini memang saya selalu keluar membeli belah atau menonton wayang bersama-sama, malah ibu bapa saya sudah percaya jika keluar dengan mereka," katanya. -mStar

Nokia C3 Celcom Bluecube

Nokia C3 adalah yang model pertama dari tiga peranti messaging baru untuk menyelesaikan masalah phone berbentuk smartphone hari ini. Walaupun kini nama iPhone dan BlackBerry lebih menonjol berbanding Nokia namun itu adalah impian mereka yang memiliki duit poket yang lebih dan tebal, jika tidak tebal, baik beli Nokia yang ekonomi. Nokia dengan konsep semua boleh miliki dan memiliki ribuan aplikasi kini melancarkan phone berbentuk pelengkap. C3 yang dibuat untuk pengemar laman sosial dan juga aktiviti-aktiviti seperti blogging, twitter dan Facebook.

Phone C3 ini memang amat ekonomi dari segi harga yang kurang daripada RM500 dan lebih menjimatkan masa untuk si pemakai dari segi kepantasan menulis SMS. Setanding dengan Nokia E-Series yang lainnya. Tidak dengan ciri-ciri istimewa daripada sudut reka bentuknya yang menarik dan juga dengan hanya menjadi kelengkapan software sosial di C3 malah C3 juga menawarkan kesambungan Wi-Fi untuk mereka yang tahu menggukannya, kamera dengan beresolusi 2 Megapiksel, layar skrin 2.4 inci dan menyokong sehingga 8GB simpanan pada kad microSD. Menyokong EDGE, dan belum support untuk 3G.

Untuk lebih informasi mengenainya, sila klik kat sini (celcom.com.my/celcomexec/promotions/nokiac3). Jangan tunggu lama lagi, miliki phone Nokia C3 ini secepat mungkin, memang mudah dan menyeronokkan, penulis pun dah beli satu, SMS cepat dan masa nak tidur pun boleh masih main Facebook. 9.5/10 rating penulis berikan.

klik untuk besarkan gambar Nokia C3


Fesyen terbaru Alyah tiru Lady Gaga?

Jumaat, 15 Oktober 2010

Penyanyi Alyah baru-baru ini ada mengadakan nyanyian di Party Nominasi Shout Awards 2010. Kalau nak diikutkan memang kita akan perasan yang Alyah mengayakan fesyen ala-ala Lady Gaga. Nak diikutkan trend ke yang tu tak pasti pula, kalau nak diikutkan banyak cerita Lady Gaga yang tak sedap didengar seperti isu kepercayaan (tak kan nak dijadikan idol kot). Tapi nak buat macamna, dah hak Alyah nak buat apa yang dia suka, jadi kita sebagai peminat muzik mesti terima apa yang seadanya dan layanzZ.