Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak penyanyi Intan Sarafina

Isnin, 23 Ogos 2010

Gambar di bawah merupakan gambar anak sulung kepada penyanyi yang top satu masa dahulu, sapa lagi kalau bukan Intan Sarafina, nama anaknya ini adalah iaitu Megat Evan Raez (Perak ek) yang lahir pada 25 Oktober 2009 tahun lalu hasil perkahwinannya dengan pemuda yang bernama Iskandar Ezzahuddin. Mungkin anaknya ini dilahirkan selepas Hari Raya pada tahun lalu, namun kini Intan bolehlah beraya pertama kali dengan anaknya ini, ada potret keluarga gitue. Semoga berbahagia selalu, comel anak Intan ni taw.

Gambar studio Jalan Ampas Singapura

Begini lah keadaaanya studio Jalan Ampas di Singapura yang pada masa satu ketika dahulu tempat paling dikenali ramai. Akibat dek dimakan arus kemodenan yang serba maju di Singapura, maka studio ini akhirnya ditinggalkan dan di biarkan begitu kosong dengan barang lamanya disimpan disana seperti tidak diurus kecuali kebersihanya yang masih lagi bersih. Sungguh diluar dugaan. Tak ubah seperti halaman kampung. Studio ni membawa kita berfikir sejenak dan mengingati mengenai filem 'Seniman Bujang Lapok' lakonan Allayarham Tan Sri P. Ramlee, Aziz Satar dan juga Samsuddin.

Ayah Ainul Aishah sakit jantung selepas dengar gosip

Ahad, 22 Ogos 2010

Penampilan pertama Ainul Aishah sebagai pelakon di filem Nana Tanjung membuatkan orang ramai semakin meminati anak gadis ini. Namun begitulah artis, tidak dapat lari dari kontroversi meskipun masih baru dalam dunia seni, Ainul yang pernah didakwa tidak memakai bra pada satu majlis pelancaran drama berjudul Spa Q 2 yang lalu mengakui perkara itu memberi kesan negatif kepada keluarganya terutamanya ayahanda tercinta.

“Perkara tersebut telah menyebabkan ayah saya sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Dia tidak boleh dengar perkara-perkara buruk seperti itu. Walaupun perkara itu tak benar tapi paling tidak 60 peratus orang yang membacanya akan terpengaruh. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak cuai sehingga boleh berlaku perkara seperti itu lagi,” jelasnya yang bakal muncul dengan drama Idola Kecil di TV9 tak lama lagi. -mStar

Jimmy Shanley, Suhaila berbuka bersama

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bertempat di Restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Kelang, Ampang yang lalu, pasangan Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy telah menghadiri majlis berbuka bersama-sama artis-artis yang lain. Namun aksi Jimmy dan Suhaila yang mendapat perhatian ketika berbuka. Minum segelas cawan dan saling suap menyuap. Tapi pelik lah, Jimmy dan Suhaila baru sahaja bertunang kan? bila masa pula mereka berdua kahwin, korang tahu ker, ya lah aksi mereka mengalahkan suami isteri pula. Huhu. Apa-apa pun semoga berbahagia. Peace

Gambar Waheeda terbaru berpurdah

Penampilan yang agak istimewa daripada pasangan suami isteri Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir baru-baru ini pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala. Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah. Kata Waheeda selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi. -mStar

Siti Nurhaliza, Saida dan Saerah berbuka puasa

Jumaat, 20 Ogos 2010

Sebelum itu, Siti Nurhaliza Production (SNP) melancarkan sebuah single Hari Raya terbaru berjudul Panggilan yang dinyanyikan sendiri oleh tiga beradik iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saida dan Siti Saerah. Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Mohd Fedtri Yahya ini merupakan lagu Hari Raya pertama daripada trio adik beradik ini. Lagu Panggilan lebih catchy berbanding lagu raya Siti sebelum ini. Dalam pada yang sama, mereka bertiga telah melancarkannya dan berbuka selepas itu. Jadi tunggu apa lagi, nantikan sahaja album berkenaan keluar di pasaran. Kepada peminat-peminat Siti, pastinya di pagi Raya, lagu Raya nyayian Siti tetap akan dimainkan. :) -mStar

Mizz Nina diundang ke konsert Ara*

Biar betul ni. Tapi masih lagi yang tak tahu status Mizz Nina ni beragama apa. Mizz Nina nie atau nama sebenarnya Shazrina Azman, dah tahu nama macamana jadi korang pun dah pasti lah ya dia agama apa. Kalau tidak silap, ramai bakal membidas mengenai ini, sebab memandangkan Nina merupakan anak Melayu tempatan yang beragama Islam. Memandangakan isu Ara* menjadi salah satu yang amat sensitif dikalangan umat Islam di Malaysia. Nasib sahaja dilakukan selepas berakhirnya bulan Ramadhan (tahu2 pulak konsert ni kelender Islam erk). Dunia-dunia, apa nak jadi dah nie.. Korang nilai lah sendiri ya. Wallahualam.

Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.

Those events took place internationally in the cities of Dublin, Kuala Lumpur, Lagos, New York and Yaoundé on 24 September 2009. The event was broadcast internationally on Sky TV, ITV2 and DirecTV. €6 million has been pledged to the Arthur Guinness Fund. The celebration has been endorsed by several high-profile names, such as rock star-turned political activist Bob Geldof, director and screenwriter Guy Ritchie, footballer and Guinness football ambassador for Africa Michael Essien and British celebrities such as Peter Crouch and Sophie Dahl.

Guinness drinkers are expected to raise a glass to the memory of Arthur Guinness. An 82c stamp of an Arthur Guinness portrait was also released by An Post to commemorate the anniversary. Arthur's Day 2010 will take place on 23 September.

Dayang Nurfaizah buka puasa dengan kanak-kanak istimewa

Memang berhati mulia sungguh artis kita seorang ni. Dalam bulan suci ini, Dayang Nurfaizah yang masih lagi berstatus bujang ni sempat meluangkan masa berbuka bersama-sama dengan seramai 115 kanak-kanak istimewa (tak pasti samaada OKU ataupun anak-anak yatim, tidak dinyatakan pulak) dari tiga rumah kebajikan yang berbeza di One Bangsar. Masa itu, Dayang sempat juga layan satu dua lagu untuk kanak-kanak berkenaan disamping tolong mengambilkan lauk pauk. Seperti mengalahkan pemimpin bersama-sama dengan rakyat lah, berjiwa rakyat gitue.

Yatt Haryati still maintain cun

Khamis, 19 Ogos 2010

Walaupun dah kahwin dan memiliki seorang anak perempuan, Yatt masih lagi mengekalkan keanggunannya. Untung suami kepada Yatt, Abdul Mutalib. Memiliki isteri dan juga pelakon yang serba boleh dengan keanggurnan yang ada. Apa rahsia Yatt ni yer, masih cun, sesetengah artis yang lepas kahwin malas nak urus soal kecantikan. Kalau Ramadhan dan Syawal lepas Yatt sunyi, kini bulan dia bakal tidak sunyi lagi, bahkan ditemani anak perempuannya, Suci Hanania Malika, tambahan yang pertama dalam menjadi seorang ibu.

Tini Hot FM, mengandung 5 bulan

Apabila sudah bergelar isteri, semua wanita pastinya mengimpikan saat-saat manis untuk bergelar ibu. Kini detik itulah yang dirasai oleh penyampai radio popular Hot FM, Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini. Tini mengakui sedang 'berbadan dua'. Katanya, kandungannya telah masuk lima bulan dan dijangka bakal melahirkan anak pada bulan Disember tahun ini (insyallah).

Namun Tini dan suami belum tahu jantina bayi yang dikandungnya. Tetapi Tini tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan anak yang bakal dilahirkannya itu sihat dan sempurna. Tambahan Tini, dia mengimpikan untuk mempunyai ramai anak (3 paling minimum gitue). -Gua

Sesi bergambar bersama, Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini

Setelah enam tahun melalui konfrantasi, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza akhirnya dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas bersempena Aidilfitri. Sebenarnya usaha mengadakan sesi fotografi ini dimulakan oleh Editor majalah URTV, Huzz. Pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian juga turut mengusahakan sesi pertemuan kedua-dua bintang bersuara merdu itu.

"Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru," kata Siti.
"Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat. Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini. Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa. Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku," kata Sharifah Aini. -ManggaOnline

Kekasih Aida Aris ke nie?

Rabu, 18 Ogos 2010

Dalam rancangan Galaksi TV9 baru-baru ini, pelakon Aida Aris ada diwawancara. Dalam rancangan tue, terselit seseorang jejaka yang bernama 'Farid'. Mengikut isinya, Farid ni seorang yang kuat baca buku dan juga bekas teman belajar kepada suami Sharifah Norhaslinda adik-beradik kepada Sharifah Shahira dan isteri keapada Datuk Reezal Merican. Mengikut pandangan, mungkin Farid ni daripada golongan VIP kot. Nampak penampilannya yang segak. Kalau betul, bertuah badan lah Aida Aris ni. Peace.

Fazren Rafi tak pandai parking kereta? kereta mahal pulak tu

Luahan Peminat: Peristiwa ini sudah agak lama berlalu, bulan Julai lepas rasanya, tetapi apabila saya membaca akhbar hari ini, saya tersenyum sendiri. Sedang saya memandu di sebuah kawasan di UM, saya ternampak sebuah kereta Mazda RX-8 selang sebuah kereta di hadapan saya. Mazda RX-8 merah tersebut ingin dipandu masuk ke petak parking di tempat tersebut. Maka, seperti biasa, orang belakang (termasuk saya) terpaksa bersabar untuk beri ruang kepada pemandu tersebut membetulkan kedudukan keretanya dalam petak yang disediakan.

Nak dijadikan cerita, pemandu tersebut mengambil masa yang sangat lama! Go ahead, go astern, go ahead, go astern…. dalam 30 saat tak siap-siap. Saya yang sedang memandu Honda Accord milik Zulfadhli masih bersabar. Akhirnya, kesabaran saya agak memuncak. Ingin sahaja menekan hon kereta. Tidak sempat saya tekan hon kereta yang saya pandu, saya sudahpun mendengar hon lain.
“takpe la, tak payah hon, org lain dah honkan“.
Saya lihat, kenderaan yang membunyikan hon tersebut adalah jenama Honda. Tetapi, bukan Honda Civic, Honda Accord, mahupun Honda Jazz, tetapi hanya Honda EX-5.

Setelah selesai, saya terus berlalu. Sempat juga menjeling ke arah RX-8 tersebut, dalam hati
“cantik juga no platnya!”
. Dan sejak itu, ada la beberapa kali saya terjumpa Mazda RX-8 tersebut di tempat parking tersebut. Menariknya, akhbar hari ini melaporkan, kereta itu milik seorang artis, yang juga merupakan mahasiswa UM, Fazren namanya. Saya tersenyum sendiri. Maaf ya kepada artis berkenaan! Saya takkan lupa Honda EX-5 dan Mazda RX-8 tersebut.

Tiz Zaqyah di negara Jordan

Pelakon Tiz Zaqyah tidak ditemani seorang diri berada di negara berkenaan, dia juga ditemani pelakon yang top, Fizz Fairuz dan Remy Ishak. Kedatangan mereka ke negara Jordan adalah atas pembuatan filem Nur Kasih The Movie. Filem yang diadaptasi melalui drama Nur Kasih yang mempunyai jutaan peminatnya, sehinggakan Tiz sendiri tercalon untuk beberapa anugerah berprestij. Filem ini akan bersama-sama anda pada bulan Mac 2011 akan datang. Jadi jangan tunggu lagi, nantikan kemunculan filem ini. Peace.