Tini Hot FM, mengandung 5 bulan

Pada: Khamis, 19 Ogos 2010
Apabila sudah bergelar isteri, semua wanita pastinya mengimpikan saat-saat manis untuk bergelar ibu. Kini detik itulah yang dirasai oleh penyampai radio popular Hot FM, Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini. Tini mengakui sedang 'berbadan dua'. Katanya, kandungannya telah masuk lima bulan dan dijangka bakal melahirkan anak pada bulan Disember tahun ini (insyallah).

Namun Tini dan suami belum tahu jantina bayi yang dikandungnya. Tetapi Tini tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan anak yang bakal dilahirkannya itu sihat dan sempurna. Tambahan Tini, dia mengimpikan untuk mempunyai ramai anak (3 paling minimum gitue). -Gua

Tag : , , ,