Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bomoh Siam guna arwah Achik Spin untuk pengiklanan

Jumaat, 23 Julai 2010

Mengikut persepsi orang mengenai gambar dibawah ini, ianya merupakan wajah milik arwah Achik Spin. Namun kebenaran sukar dikenal pasti memandangkan bahagian matanya sudah dikaburi dengan garisan hitam. Gambar iklan yang sedang beredar dalam beberapa minggu lepas ini, membuat ramai yang terkejut dengan iklan berkenaan yang mengandungi artikel bomoh siam dan juga wajah mirip arwah Achik Spin. Kalau kuat agama Islamnya memang sah, ini iklan memang harus dikoyakkan sebab bomoh ni tak boleh pakai. Tapi kalau peminat artis, mesti sungguh marah dan terkilanlah dengan cara pengiklanan berkenaan, menggunakan wajah artis yang sudah kembali ke Rahmatullah.

Gambar Lisa Surihani cover majalah

Wah bukan main lagi senyuman manis pelakon Lisa Surihani dalam cover Majalah Intrend edisi bulan Ogos ni. Muka Lisa kelihatan lembut gitu, adakah ianya teknik photoshop lagi. Besalah teknologi dah canggih manggih ni, yang dah cantik makin kasih cantik lagi. Bila sebut soal kekasih, mesti ramai orang beranggapan Lisa ni menjadi rebutan ramai orang, tapi begitulah kesudahannya, Lisa masih lagi sedang mencari-cari sebab tu lah sekarang masih single. Nak cari yang macamna? Datuk ker atau Datuk Seri.. Hehe.. Jangan marah..

Dafi meluat dengan gaya Rozita Che Wan

Tidak sangka bekas peserta Akademi Fantasia 5, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi begitu meluat dengan pelakon Rozita Che Wan. Dafi mengakui dia tidak senang dengan kelakuan dan lagak diva Rozita ketika penggambaran drama Lawaknya Fantasia Raya terbitan Astro Production Sdn Bhd yang dibuat di Kampung Serkam, Merlimau, Melaka, baru-baru ini. Kata Dafi, dia tidak suka bekerja dengan Rozita, tetapi terpaksa juga maka kenalah dia melayan sikap mengada-ngadanya walaupun tak berapa gemar caranya.

"Dia asyik buat perangai ketika berada di situ. Sepanjang penggambaran, saya memang tak senang dengan kerenahnya," luah Dafi.
Bagaimanapun, jangan terkejut dan buat andaian bukan-bukan kerana ini hanyalah watak mereka dalam telefilem yang akan disiarkan pada Aidilfitri nanti. Dafi membawa watak jurukamera bernama Dafi manakala Rozita pula membawakan watak Cik Ayu, diva popular yang berkunjung ke Kampung Tok Kecut untuk penggambaran drama Gugu Gegat Ayu.

"Di luar watak, saya sangat menghormati Rozita. Saya begitu kagum dengan bakat yang ada padanya dan gembira digandingkan berlakon dengannya. Orangnya begitu profesional ketika di lokasi. Ini kali pertama kami berlakon bersama dan saya amat gemuruh apabila diberitahu akan berlakon dengan dia. Tapi, perasaan gemuruh semuanya hilang apabila pada hari pertama penggambaran lagi dia sudah menunjukkan sikapnya yang mesra, sekali gus melenyapkan tanggapan saya mengenai dia. Dia juga tak lokek bagi ilmu pada saya memandangkan ini lakonan saya yang ketiga selepas Sayang You Can Dance dan Hotel Mania," kata Dafi.

Aksi cium Krisdayanti, Raul secara Live

Khamis, 22 Julai 2010

Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak. Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.

Ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya. Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan. Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.

Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha. -Inilah

Gambar Nasha Aziz seksi?

Wah bukan main lagi seksi Nasha ni. Gambar yang diambil ketika majlis apa pun penulis tak tahu, sebab baru kali ini gambar ini menjadi perbualan hangat. Tak sangka pula Nasha ni minat kat seksi, selalunya dia berpakaian kasual yang sukar untuk menampakkan seksi. Pakaian yang dipakai Nasha sepertinya boleh mendatangkan pelbagai cerita. Begitu 'lut sinar' dan boleh menembusi bahagian dalam. Nasha kenapa ini boleh terjadi. Hehe

DJ Anne tinggalkan Hot FM

Desas-desus penyampai Hot FM, Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli atau Anne yang baru melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Nik Mahathir Zainuddin pada Jun lalu, bakal meninggalkan stesen radio yang sinonim dengan tagline, Lebih Hangat Daripada Biasa itu bukan lagi rahsia. Difahamkan Anne mengambil keputusan itu kerana mahu mengikut suaminya yang akan bertugas di luar negara. Kalau sehari dua tidak mengapa lagi ini belum tahu berapa lama tempohnya.

Sebagai isteri, sudah pasti tempatnya di sisi suami. Sejak AG beralih waktu kerja untuk menguatkan lagi siaran Hot FM AM Krew, Ikhwal terpaksa bertugas sendiri untuk Hot FM Zon apabila Anne digandingkan dengan Kieran untuk siaran petang. Difahamkan stesen radio berkenaan sedang mengadakan sesi uji bakat terbuka untuk menggantikan tempat yang bakal ditinggalkan Anne nanti.

Perkahwinan Memey, Norman pada 24 Julai 2010 ditangguhkan!

Rabu, 21 Julai 2010

Diminta penjelasannya mengenai penangguhan majlis perkahwinan mereka berdua pada 24 Julai ini, Memey dan Norman mengakui kesibukan kerja di antara mereka berdua menjadi penyebab utama majlis tersebut terpaksa ditunda. Katanya spekulasi yang mengatakan dia dan Norman terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana hubungan cinta yang terjalin di antara Memey dengan Norman sudah musnah langsung tidak benar. Malah menganggap spekulasi tersebut disebarkan oleh pihak yang tidak mengenali serta mengetahui mengenai hubungan mereka berdua.

Kata Memey: "Bila isu ini keluar, Norman banyak memberikan nasihat kepada saya supaya bersabar. Ujar Norman, kalau nak hantar sebarang SMS atau lakukan apa sahaja, perlu banyak berfikir sebab orang lain mungkin berfikir benda yang tidak sama seperti kita fikirkan," ujar Memey yang selesa memanggil Norman dengan panggilan 'abang'.
Kata Norman: "Kita sekarang cuba usahakan lepas raya. Sudah hampir dua tahun saya melalui hidup sebagai ayah tunggal. 'I want to move on.' Saya inginkan satu 'improvement' dalam hidup saya. Sekarang ni saya rasa 'stagnant', 'stuck'. Saya rasa hidup tak tenteram, tak aman. Ada teman yang menasihatkan saya, sebelum saya nak fokus pada apa-apa, saya kena 'settle'-kan dulu semua benda-benda ni. Institusi keluarga itu penting bagi saya sebab itu saya tak pernah terlepas doa agar benda yang baik dipercepatkan. Tapi kadang-kadang bila kita nak pergi ke benda yang elok kami diberi pelbagai cabaran." -Gua

Kekasih baru Sam Bunkface?

Ramai peminat artis tempatan yang sedang tertanya-tanya mengenai apa kesudahan yang terjadi dengan hubungan Juliana Evans dengan Sam Bunkface pada suatu masa dahulu. Dikhabarkan mengikut sumber yang sahih, Juliana dan Sam sudah lama membawa haluan masing-masing sejak dari awal tahun ini, maksudnya putus ler tue. Yang terbaru mengenai Sam, adalah penganti Juliana, dengarnya kini Sam sering kelihatan bersama Jeanny yang juga merupakan Model Iklan Coffee Mate. Orangnya pun tak kalah cun juga.

Danny X-Factor tidak malu promosi tuala wanita

Pelakon Danny, tidak malu untuk terlibat bagi mempromosikan tuala wanita jenama She dan menolak tanggapan kononnya dia terdesak melakukan pekerjaan itu bagi menampung sumber kewangannya. Danny berkata, tindakan itu adalah sebahagian dari usahanya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik kerana setiap pembelian tuala wanita itu akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Malaysia (Makna).

“Saya tidak malu atau terdesak kerana ini adalah satu projek yang dilakukan dengan kerjasama Makna. Ia bukan hanya untuk wanita tetapi ia juga baik untuk golongan lelaki supaya mereka mengetahui cara penjagaan yang dilakukan wanita. Saya nak galakkan kaum lelaki supaya tidak malu untuk mengambil tahu tentang kepentingan tuala wanita sebab saya juga dilahirkan daripada rahim ibu saya," katanya.

Gambar Fasha Sandha, Jejai berlaga pipi

Selasa, 20 Julai 2010

Penulis pun tak tahu nak kata apa, nanti ada lagi orang 'bengong' komen penulis ni ada 'link2', anti, pro dan sebagainya kat Fasha Sandha. Memang dah tugas penulis sampaikan apa yang hot dan panas. Dah lain artis semuanya rehat, jadi agak sukar untuk menyampaikan berita mengenai mereka. Ni yang Fasha pun rajin buat kontroversi jadi, kita sebagai 'peminat'nya mahu atau tidak, terpaksalah layan dengan gelagat Fasha ni. Fasha pun anggap semua tu o.k. jer bagai dirinya. Kira Fasha ni baik orangnya. Mungkin kerana kesilapan lalunya, ramailah orang nak pertikaikan kewibawaannya. Manusia ni tidak sempurna mana juga pun. Ada juga kesilapan yang dilakukannya. Artis ni ada sesetengahnya rajin buat kontroversi untuk menarik orang mengenali dirinya.

Gambar Anuar Zain berduet dengan Datuk Sheila Majid

Yang buat acara ni, Datuk Sheila Majid ketika membuat rakaman Konsert Aku Cinta Padamu… Sheila Majid pada Jumaat lalu di Dewan Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM. Pada mulanya persembahan itu amatlah membuatkan ramai penonton teruja. Tapi selepas Datuk Sheila Majid menjemput Anuar Zain naik ke pentas, maka ramai lah penonton sorak gembira bagai tahap dewa, takhtala melihat artis kacak ini muncul. Kata Datuk Sheila ianya suatu 'kejutan' disamping berduet dengan Anuar Zain. Jangan-jangan Datuk Sheila pun terpikat dengan Anuar kot. Hehe. Jangan Marah erk.

Gambar suami Annahita Bakavoli, bulan madu di England

Pelakon Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Bahar Datuk Mohd Arshad yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu selamat diijabkabulkan pada 10 Julai lalu di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor. Dalam majlis itu pengantin perempuan menerima wang hantaran RM21,212.12, mas kahwin RM2,000 serta lima dulang hantaran. Pihak perempuan kemudian membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.

Mereka berdua berlepas ke England Ahad lalu untuk berbulan madu selama sepuluh hari. Annahita berkata, dia dan suami akan melawat beberapa tempat menarik antaranya Windsor, Stratford Upon Avon, Lake District, Manchester, Oxford dan Cambridge. -mStar

Gambar Scha al Yahya berpakaian sekolah

Isnin, 19 Julai 2010

Jarang sekali sudah kita melihat dan mendengar khbar berita daripada pelakon senyap-senyap kontroversi ini, Scha al Yahya. Sejak peristiwa gambar di Bali bulan yang lalu, sepertinya isu itu tidak mendapat liputan yang sungguh meluas. Media tak nampak kali atau memang ianya bukan sesuatu yang asing lagi. Mengenai perkembangan Scha yang terbaru, dia ada membuat shooting untuk drama/filem K.I.T.A - Behind The Scenes yang mengisahkan gelagat kehidupan remaja di kampung dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti. Dalam drama berkenaan walaupun dah habis siri pertama, Marsha Londoh juga digandingkan bersama-sama dengan Scha. Gambar agak lewat sedikit sebab Scha baru upload dalam fb miliknya..

Hubungan cinta Memey, Norman retak?

Lebih seminggu lalu, ada mendapat perkhabaran kononnya Memey sudah beralih kasih daripada Norman Hakim. Awalnya, sukar juga untuk mempercayai cerita yang disampaikan itu. Apatah lagi sebelum ini, baik Memey mahupun Norman begitu asyik berkongsi perancangan perkahwinan mereka dengan para media. Namun begitu, apabila terbaca temuramah bekas isteri Norman, Abby Abadi di dalam Harian Metro beberapa hari kemudian - 'SMS Memey kejutkan Abby' - kenyataannya seakan mengiyakan gosip mengenai terputusnya cinta Memey dan Norman.

Dedah Abby, dia telah menerima SMS daripada Memey yang mengharapkan agar dia berbaik semula dengan Norman. Komen Abby seterusnya membawa kepada 1,001 persoalan.
“Saya tak tahulah apa yang berlaku pada hubungan mereka sekarang kerana selama ini daripada cara mereka bercerita pada media, nampak macam pasangan kekasih yang bahagia. Pun begitu, saya juga tidak terkejut andai kata mereka sudah berpisah tetapi jangan memandai hendak mencampuri urusan hidup saya. Atau mungkin Memey mengirim SMS itu semata-mata untuk menarik perhatian saya."
Bagaimanpun, jika anda sempat membelek sisipan B*Pop kelmarin, ruangan Teropong, gosip yang telah disampaikan mengenai Memey dan Norman itu ternyata jauh sekali tersasar. Dari mulut tuan empunya diri, Memey berkongsi bahawa perhubungannya dengan Norman "baik-baik saja" malah tarikh perkahwinan sudah ditetapkan pada 24 Julai. Persiapan termasuk pakaian pun sudah disiapkan. Tetapi apakan daya, jadual kerja masing-masing tidak mengizinkan. Kerana itu, perancangan mereka untuk bernikah pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan, kemungkinannya selepas Hari Raya Puasa. -Gua

Ac Mizal Saman Bekas Isteri

Ahad, 18 Julai 2010

Dipetik daripada Facebook milik AC Mizal: Lagi kita diam lagi dia (Shafnie Zainudin) naik tocang,Mahkamah dah larang dia tetap nak buat, dah dua kali di Mahkamah dia kalah sebab tak ada bukti yg saya gagal membayar dia failkan kembali, nak tipu masyarakat sebab nampak baik? setiap nafkah yg saya berikan ada reeceipt, sekarang siapa yg salah! TETAPI ini dah melampau, so terimalah saman! kepada masyarakat yg tak tahu cerita.... DIAM... sebab saya ada bukti yg saya betul, so yg mulut celupar diam n saksikan saya pulak beraksi, kita tak nak mengaibkan tetapi kalau dah melampau kau terimalah padahnya, biar masyarakat tahu siapa sebenarnya yg menipu.... 9 tahun aku tahan!

Isteri desak Que Haidar bersara dunia anak seni?

Sabtu, 17 Julai 2010

Hasrat pelakon Que Haidar untuk berhenti berlakon bukanlah kerana sifat cemburu isterinya, Linda Jasmine seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini. Sebaliknya, Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, berkata, keputusan yang dibuat itu adalah atas kehendaknya sendiri kerana mengutamakan ahli keluarga serta bisnes yang telah dirancangkan. Katanya, keputusan itu juga tidak bermakna dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia lakonan.

"Isteri saya tidak cemburu. Itu semata-mata adalah gosip liar. Mana mungkin saya lari daripada bidang lakonan. Dan saya bukannya mata duitan apabila berlakon. Saya berlakon kerana minat mendalam saya dalam bidang lakonan," kata Que.
Sekiranya mendapat watak yang bagus serta tawaran berlakon yang menarik, Que berkata, dia pastinya akan menimbang sama ada akan membintanginya atau pun tidak. Mengenai bisnesnya, Que menjelaskan ia masih dalam perancangan. Katanya, dia tidak dapat mengulas lanjut kerana takut perancangan bisnesnya tidak menjadi. -mStar

Maya Karin sah kena cerai, Steven masih Islam

Di dalam satu kiriman SMS yang dihantar oleh pihak pengurusan Maya Karin Roelcke, Satu Entertainment, bagi pihak Maya dan bekas suaminya, Mohamed Ali @ Steven David Shorthose, para media dimaklumkan bahawa pada hari ini, mereka secara persetujuan bersama telah mendapatkan perceraian dari Mahkamah Syariah.

"Keputusan kami untuk berpisah dibuat atas persetujuan bersama, dan telah dilakukan setelah melalui banyak pertimbangan dan dibuat dengan perasan kesal yang mendalam. Kami percaya dengan ini akan menutup segala pertanyaan tentang isu ini dan kami amat menghargai jika privasi kami dalam perkara ini dapat dihormati tanpa sebarang lagi spekulasi di dalam media." kata Maya.
Lain cerita pula, Steven tetap dalam agama Islam dan meneruskan hidupnya dengan cara Islam. -Gua

Gambar skodeng Abby Abadi dan Zul Ariffin

Jumaat, 16 Julai 2010

Bukan setakat di Hollywood sahaja ada paparazi ni, kat Malaysia pun ada juga. Memang berani sungguh kerja paparazi ni, sanggup meredah apa jua untuk mengambil gambar artis dalam artis berkenaan sedari. Itulah yang berlaku kepada pasangan 'kawan' Abby Abadi dan Zul Ariffin ketika mereka membuat aktiviti riadah pada waktu pagi (mungkin hari Ahad). Tapi Abby sepertinya tak bersenam, mungkin cuma menemankan Zul sahaja kot. Zul pun tangkap lentoklah dengan berpakaian seksi dedah aurat depan Abby. Fuh~

Farah Asyikin bertunang untuk lelaki ke-6 yang melamarnya

Farah Asyikin menyatakan kini dirinya sudah menjadi tunangan orang. Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang hubungannya dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura seperti dihebahkan oleh media tempatan sejak Oktober lalu. Namun, dia menafikan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini selepas mengikat tali pertunangan pada Jun lalu. Mereka saling mengenali sejak setahun lepas.

“Saya akan umumkan tarikh pernikahan kami apabila tiba masanya. Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang perkahwinan kami terlebih awal kerana belum tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya pernah berkahwin sebelum ini dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kerana ia tidak mendatangkan kebaikan sebaliknya keburukan,” katanya.
Khabarnya, selepas Farah diceraikan oleh bekas suaminya Dr. Fariz Yahya, 32, pada 26 Mei 2008, dia pernah dilamar oleh lima orang lelaki. Namun akhirnya dia memilih untuk menerima pinangan lelaki yang keenam yang menjadi tunangannya sekarang ini. Apakah keistimewaan lelaki itu, biarlah ia menjadi rahsia Farah.

Tunangannya menetap dan bekerja di Macau, sebagai jurutera bunyi. Disebabkan kesibukan tunang dan dirinya sendiri, sebab itu dia mengambil jalan untuk tidak memberi komen tentang tarikh pernikahan mereka. -mStar

Fasha Sandha, Jejai tengok World Cup

Walaupun World Cup 2010 dah pun berlalu dan orang ramai dah pun puas dengan menontonnya selama sebulan dan sanggup tengok lewat pagi, kini dah kembali kepada asal, bekerja dengan rajin di mana-mana. Hehe. Tapi tahu kah anda, pasangan paling bahagia setakat ini, Fasha Sandha dan Jejai telah pun pergi menonton World Cup sama-sama. Setakat ni takda pasangan artis yang kantoi tengok World Cup sama-sama. Cuma pasangan ini sahaja yang sempat diamik gambar ketika itu. Apa-apapun berbahagialah korang ya. :)

Nani, Ayim lagi bercinta ke? -Mentor 4

Khamis, 15 Julai 2010

Tak sangka rancangan Mentor dah mula menunjukkan gossip-gossip panasnya, mula daripada Tom. Dan yang terbaru dikatakan bekas pelajar Mentor 4 tengah hangat bercinta. Daripada sumber yang dipercayai telah mengakui bahasanya Nani Mentor 4 meminati Ayim dalam mentor yang sama juga. Namun apakan daya, mereka sepertinya main sembunyi-sembunyi pula. Umur diantara Nani dan Ayim juga sangat jurang, Nani umurnya 24 dan Ayim umurnya 19 tahun. Kalau dah jatuh cinta, umur tidak akan dipandang, asal memenuhi kehendak 'hati'. Semoga berbahagia kalau dah bercinta cintun.

klik untuk besarkan

Dynas Mokhtar, Awal gulung tikar kedai pakaian?

Beberapa tahun dahulu sebelum ini, pelakon yang tidak asing lagi, Dynas Mokhtar dan pengacara TV paling ngetop, Awal Ashaari ada mengasaskan sebuah kedai pakaian berbentuk perkhidmatan online yang mereka berdua namakan kedai online berkenaan sebagai DnA Celebrity Style. Namun baru-baru ini, menurut kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh Dynas Mokhtar sendiri melalui Twitter miliknya, mereka berdua sepertinya sedang menguruskan hal-hal untuk berkaitan penutupan perniagaan berkenaan. Sebab apa yang itu kurang pasti pula.

Sebagai info lain pula, DnA ini juga bukan sahaja membuka perniagaan secara online, namun mereka juga mempunyai kedai fizikal atau realiti yang terletak di bandar Sri Hartamas.