Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Liza Hanim bertudung manis

Selasa, 22 Jun 2010

Kemungkinan ramai yang menonton rancangan program realiti Mentor di TV3 baru-baru ini, sudah pun melihat penampilan terbaru penyanyi Liza Hanim. Liza dahulu dan sekarang sudah jauh berubah. Pada usia 31 tahun, dia memilih untuk menutup aurat. Dengan imej bertudung, Papa dapat lihat Liza semakin anggun dan manis sekali. Biar sudah bertudung, Liza memberitahu, dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya tetapi semuanya harus mempunyai batasan.

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Suatu pagi, sebaik bangun tidur saya terfikir sudah sampai masanya untuk saya berubah dan menutup aurat. Dan apabila saya memaklumkan hal ini kepada suami, dia juga merestui serta mendoakan yang terbaik untuk saya," kata Liza

Gambar pelakon Zarynn Minn

Isnin, 21 Jun 2010

Artis yang serba boleh yang sering kali berceloteh bila berlakon, siapa lagi kalau bukan Zarynn Minn. Pelakon siri drama ini memang tak asing lagi, seperti 'Aku Terima Nikanya', Kaber Hero Kaber Zero, Pantang Larang, Rafflesia dan banyak lagi lah. Jadi kali ini kita lihat gambarnya yang dekat pula, orangnya hitam manis pun ada. Tak tahu lah pula kalau statusnya masih bujang. Memandangkan dia masih lagi bersih daripada gosip-gosip liar yang bakal datang sebagai penyakit kepada siapa-siapa bergelar artis. :)

Gambar anak Dynaz Mokhtar

Jarang dapat lihat gambar anak sulung (yang selamat lahir) kepada Dynaz Mokhtar ni. Kalau ada gambar formal lagi lah susah nak tengok. Macam main sembunyi-sembunyi lah pula anaknya ni. Jadi yang ada pun ada kat Twitter miliknya yang kurang jelas gambarnya. Ntah tak diketahui kenapa Dynaz mahu menyembunyikan gambar anaknya kepada umum dan media. Agaknya belum bersedia lagi kot Dynaz ni. Sebab tue jarang sekali kita nampak anak dia sejak kelahirannya yang lalu.

Aizat, Liyana tak ada apa-apa hubungan istimewa?

Aizat menyifatkan segala gosip yang mengatakan dia berpisah dengan aktres remaja, Liyana Jasmay sejak kebelakangan ini sebagai salah faham semata-mata. Aizat juga menafikan mereka pernah bercinta dan menolak kononnya hubungan mereka sudah putus disebabkan Liyana mempunyai kekasih lain (dengar-dengar macam Pasha Ungu - Band dari Indonesia). Tambahan lagi, Aizat menegaskan, dia dan Liyana adalah kawan baik sejak dahulu sewaktu Liyana menghasilkan album pertamanya.

"Kami tidak pernah bersama, saya rasa orang salah anggap yang kami bercinta. Ia adalah gosip yang tak benar sebaliknya kami masih berhubung sehingga hari ini. Kawan dia adalah kawan saya juga. Kita pun duduk dekat. Dari situ terpupuklah persahabatan yang rapat" katanya. -mStar

Gambar Baby sosial ahli kumpulan Restu?

Ahad, 20 Jun 2010

Artis baru muncul ada sahaja masalah mereka. Atau mereka sentiasa diperhatikan gerak geri atau juga diintai bagi mengetahui rahsia disebalik kejayaan mereka itu. Namun itulah hakikat, manusia tak lari daripada membuat kesilapan, makin besar kesilapan mereka, makin ego lah kita memberi komen. Gambar dibawah ini adalah pelakon baru yang bernama Baby atau Lily Zarina Khalil yang juga ahli kumpulan Restu. Selain itu dia juga merupakan salah sorang pelakon dalam teater Puteri Gunung Ledang yang diadakan di Istana Budaya kalau tidak silap.

Gambar dibuang atas permintaan pengirim gambar asal.. :)
last edit: 10.00am 21 Jun

Siti Nurhaliza belum lagi hamil

Semuanya berpunca daripada kenyataan Dato' Siti Nurhaliza yang memberitahu mahu bercuti panjang daripada aktiviti seni. Ekoran daripada itu, terdengar desas-desus yang mengatakan Siti kini berbadan dua dan mahu mengurangkan aktiviti seni bagi menjaga kandungannya. Siti, yang sememangnya sudah terbiasa dengan isu tersebut, sambil tersenyum memberitahu buat masa ini dia belum hamil. Malah dia mengambil keputusan untuk bercuti panjang bukan kerana hamil, sebaliknya mahu berehat sempena kehadiran bulan Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi.

"Buat masa ini belum ada tanda-tanda lagi. Kalau betul saya mengandung, saya akan beritahu kepada semua. Jangan bimbang. Saya mahu bercuti panjang kerana pada bulan Ramadhan biasanya saya mengambil kesempatan itu untuk beribadah dan menunaikan umrah. Malah semua program raya juga saya habiskan awal supaya ia dapat memudahkan saya menyusun aktiviti dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga," katanya. -Gua

Apa kena dengan perut Alyah ni

Sabtu, 19 Jun 2010

Gambar dibawah merupakan gambar Alyah telah memenangi pertandingan GAH1 anjuran RTM yang dilangsungkan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada akhir bulan Mei yang lalu. Ketika itu lyah membawa pulang hadiah berjumlah RM50,000 iaitu RM40,000 untuk Anugerah Lagu Terbaik dan RM10,000 (Persembahan Terbaik). Tapi dalam tidak disangka-sangka, ada juga gambar pelik yang berlaku pada Alyah, perutnya lain macam jak seperti yang dibayangkan tubuh badannya yang kecil molek begitu. Apa dah jadi agaknya. Ramai beranggapan ianya hasil PhotoShop. Tak tahulah pula penulis kalau soal itu, kita fikir positif jerk ler. :)

Gambar terbaru Ella, ratu rock Malaysia

Ella atau nama sebenarnya Norzila binti Haji Aminuddin lahir pada tahun 1966, jadi sekarang dah menjangkau usia 44, dengan memulakan krier penyanyi pada tahun 1985. Pun begitu wajah Ella masih lagi dianggap muda dan masih awet gitue. Mungkin Ella pandai menjaga dan mengetahui keperluan kecantikan pada dirinya. Rahsianya cuma dia sahaja yang tahu. Soal jodoh pula, tidak ada pula berita mengenainya yang kita dengar. Tapi kalau dapat kahwin nanti, Ella lah artis yang mendapat perhatian ramai peminat dan juga media. Kami doakan Ella dapat jodoh yang baik. :)

Gambar Percutian Heliza di Beijing

Jumaat, 18 Jun 2010

Pada tarikh 10 sehingga 15 Jun 2010 yang lalu, Heliza AF kita telah ditaja oleh al Mukminin Travel Agensi untuk pergi bersiar-siar sekitar kota metropolitan Beijing dan juga Tembok Besar China. Heliza tak pergi berseorangan, ada juga lah kawan-kawan rapat dia ikut sama. Pelbagai gelagat dan aksi Heliza tonjolkan ketika berada di sana. Aksi memakai kostum pun ada juga. Memang seronok sakan lah Heliza AF kita ni kat sana. Gambar dibawah ini adalah diambil melalui Facebook miliknya. :)

Zizan Raja Lawak buka kedai perniagaan pakaian Indonesia

Mohd. Raizizan Ab. Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan dari program realiti, Raja Lawak musim yang pertama itu bakal bergelar usahawan tidak lama lagi. Perkara itu sebaliknya diluah sendiri daripada mulut Zizan sendiri baru-baru ini. Zizan memberitahu, dia dalam perancangan membuka kedai menjual pakaian. Stok-stok baju yang ingin diletakkan di premis perniagaannya diambil dari negara seberang, Indonesia. Buat masa ini, dia sedang berbincang dengan individu-individu tertentu bagi merealisasi hasratnya bergelar ahli perniagaan.

Malah, dalam waktu sama, Zizan sedang mencari artis-artis popular tanah air walaupun tidak dikeetahui apa sebabnya. Sama ada dia mahu melantik mereka jadi duta, pelawa rakan artis tolong merasmikan kedainya atau ajak mereka buat persembahan pada pelancaran butiknya, sama-samalah kita nantikan. -Kosmo

Apek dibebaskan dengan ikat jamin polis

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan. Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

Pada hari Rabu baru-baru ini, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga Khamis kelmarin. Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan. Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah. -mStar

Perceraian Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim

Khamis, 17 Jun 2010

“Breaking news: HRH Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar has been divorced and lost her title as a result.” – via Rano Iskandar.
Dan yang dibawah ini petikan terakhir dari Wikipedia yang mengandungi maklumat Azrinaz Mazhar bekas personaliti TV itu,
“On 16 June 2010, it is announced that the Sultan of Brunei divorced Azrinaz and hereby removed all titles that was given to her.”

Terkejut juga dengar berita ini. Apatah lagi ianya melibatkan perceraian tahap high level personal. Tidak dapat dipastikan apa sebab utama Sultan meletakkan talak satu terhadap Azrinaz. Apa-apa pun jika anda mahu melihatnya anda bolehlah pergi menonton video pengumuman rasmi dari pihak istana di Brunei News.

Ayim takda niat nak hina lagu arwah Achik Spin

"tu lah si ayim tu berlagak sngt kutuk lagu arwah achik spin...apa daaaaaa perasan je lebih..muka dahlah tak hensem. xdew belas kasihan pada ayim... laen kali kutuk la arwah achik manyak2 k.... sedar diri ckit.. ko 2 baru nk naek namer.. tp arwah dh adew lam seni ag lamer.. so dh trang tang2 la yg arwah manyak peminat ag dari ko... mula2 nk naek dh belagak... so.. lantak ko la...."

Itu antara beberapa luahan pembaca apabila protege Mus May, Ayim diumumkan sebagai peserta kedua selepas Shaq, yang gagal menempah tempat ke pusingan separuh akhir pertandingan Mentor 4. Bila ditanya tuan empunya badan kesahihan dakwaan tersebut, Ayim sendiri pun pelik mengapa boleh timbul tuduhan sebegitu. Seingatnya, dia tidak pernah mengutuk lagu arwah. Ketika konsert kedua Kumpulan A, Ayim telah digandingkan dengan Ila, protege Joe Flizzow untuk mempersembahkan lagu popular arwah dan Siti Nordiana, "Paling Comel".

"Rasanya takde kot. Tetapi jika ada, Ayim tak berniat dan Ayim minta maaf pada peminat-peminat arwah". ujar anak kelahiran Lahad Datu, Sabah.
Sempat menonton semula rakaman episod enam Mentor musim keempat, punca salah faham itu mungkin tertimbul ketika Ayim sedang menjawab persoalan Nas Ahmad, yang bertanyakan jika Ayim berasa "geli" ketika di pentas menyanyikan lagu "Paling Comel", memandangkan mentor-nya, Mus sedang cuba membentuknya sebagai seorang 'rocker'. -Gua

Diana Rafar baca al Quran ketika hamil 5 bulan

Selepas 11 bulan (16 Mei 2009) mendirikan rumah tangga dengan Zamarul Hisham, pelakon Diana Rafar antara insan yang amat bertuah kerana dia sekarang sudah hamil lima bulan. Diana menyedarinya berita gembira itu selepas berat badannya meningkat secara mendadak pada bulan kedua kehamilan. Diana berkata, dia sangat gembira dan bersyukur kerana hasratnya menimang anak bersama suami tercinta akhirnya tercapai.

Mengenai petua-petua menjaga kandungannya, Diana berkata, dia membaca Al-Quran serta makan makanan berkhasiat seperti vitamin C. Sementara itu, Zamarul berkata, dia akan menguruskan kerja-kerja di rumah kerana mahu isterinya banyak berehat. -mStar

Zahnita kena balik saman RM15 Juta daripada Gulati's

Rabu, 16 Jun 2010

Saman - Bunyinya agak mengerun dan menakutkan kepada sesiapa sahaja jika melibatkan amaun yang terlalu besar dikenakan. Tetapi bagi mereka yang sudah melalui proses ini, mereka akan memberitahu ia sesuatu yang memang leceh dan memakan masa. Namun di dalam keghairahan nak saman-saman orang ni, ramai yang mungkin terlupa, pihak yang hendak disaman itu juga boleh juga memfailkan saman balas ke atas anda. Itulah senario yang sedang dihadapi model-pelakon Zahnita (Zahnita Dorothy Hussein Wilson).

Jika yang dituntut Zahnita daripada Gulati's - yang dikatakan telah menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat tanpa kebenarannya - dari segi ganti rugi am sebanyak RM2 juta, kini Gulati's ingin menyaman balas Zahnita untuk jumlah RM15 juta! Jangan cakap Zahnita, tak ramai artis atau sesiapa sahaja yang mempunyai duit simpanan sebanyak itu (melainkan Siti Nurhaliza kot).

Duit dalam RM2.5 Juta

Menurut laporan Kosmo! baru-baru ini, Gulati's membuat tuntutan tersebut apabila mendapati Zahnita telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah kepada media sewaktu memfailkan saman RM2 juta terhadap mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada tahun lalu. -Gua

Gaya mengoda Zahida Rafik, nafi jual badan dengan VIP

Suatu hal yang dikagumi oleh sebilangan besar wartawan/penulis hiburan mengenai aktres Zahida Rafik ialah dia tidak pernah melenting apabila orang bercakap yang bukan-bukan mengenai peribadinya. Namanya sering dikaitkan dengan orang kenamaan atau VIP. Ada yang mengatakan kemewahan yang dinikmati itu kerana dia 'dibela' oleh orang kenamaan, kaya dan berpengaruh. Malah lebih masyuk lagi, ada mendakwa kononnya dia menjual tubuh untuk hidup mewah. Namun, entah dari mana Zahida memperoleh kekuatan dan tahap kesabaran untuk mempertahankan diri sucinya sehingga segala umpat keji masyarakat padanya tidak langsung meninggalkan kudis buatnya. :) -Utusan

Gambar pertunangan Jimmy Shanley, Suhaila

Jimmy Shanley yang selamat ditunangkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, menafikan Jimmy memilih anak jutawan itu kerana harta. Menurutnya, tiada istilah mencari kekayaan dalam memilih kekasih terutamanya dengan wanita yang bakal berkongsi hidup dengannya. Jimmy yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini selamat bertunang dengan Nursuhaila Eliani di rumah pihak perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Jumaat lalu, 11 Jun 2010.

Gambar pelakon Linda Hashim

Selasa, 15 Jun 2010

Kenal pelakon muda dan manis, Linda Hashim? sekarang ni dia bakal nak mempopularkan diri dengan menarik ribuan peminat daripada Facebook. Linda Hashim baru sahaja melancarkan fan Facebook miliknya. Memang baru diakui agaknya yang laman web sosial ini mampu mengeratkan diantara peminat dengan artis kesayangan mereka. Tak pun mungkin Linda Hashim dapat jodohnya di sana, seperti Harith Iskander dan isterinya baru-baru ni yang kahwin dan sebelumnya berkenalan melalui Facebook. Gambar di bawah adalah sebilangan kecil dalam Facebook milik Linda Hashim.

Gossip Awal, Ashraf dating bergiliran?

Ada seorang mamat ni kebetulan berada di Papa Rich Kopitiam, Damansara. Dalam tidak disangka-sangka mamat ni terserempak dengan dua artis lelaki yang popular pada masa kini, Awal Ashaari dan Ashraf Muslim. Namun tidak dikenali pula siapa wanita yang berada disamping mereka ketika itu yang berada di tempat yang sama. Sepertinya orang lain dan bukan daripada artis sahaja. Kalau dari artis dah sah mamat tue dapat tangkap siapa gerangan wanita berkenaan kan. Di bawah ini ada situasi yang mamat berkenaan nampak..

Artis A : Awal asyari masuk dulu, bawa awek yang agak gempal,nampak lebih berumur dari dia, awek tu kira kaya pakai beg LV, cari port yg tepi dinding, nak cover lah tu, dia bawa BMW 2 pintu, plat no AW41..
Artis B : Ashraf Muslim masuk 20 min kemudian, dia bawa awek yg lebih muda, macam2 budak kolej jer, juga cari port hujung.. -Forum Cari
Dan yang paling sedih kata mamat tue adalah awek-awek tue tak cun sangat. Adess...

Gambar aksi manja Natasha Hudson

Gambar di bawah tidak lah keterlaluan sangat. Memang aksinya begitu tidak disangka-sangka juga, diambil daripada Utusan edisi kelmarin, akhbar Melayu yang popular. Disana diceritakan mengenai kekasih Natasha Hudson yang berada di Jakarta. Mengikut sumber daripada pihak yang terbabit, Natasha Hudson didakwa berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Jakarta banyak kali. Memang tidak dinafikan lagi, sumber berkenaan melihat mereka berdua di sana. Memang kalau dah cinta, sehari tak jumpa memang tak boleh, Natasha Hudson juga yang ulang alik sana mari.

Lagi gambar tanpa tudung Nur Fathia pelakon Nur Kasih

Isnin, 14 Jun 2010

Sebelum ni ada menayangkan gambar yang pertama sekali Nur Fathia tak pakai tudung. Dalam drama/iklan dia pakai tudung tapi diluar set dia tak pakai, dan rambut jelas diwarnakan menjadi keemas-emasan. Tapi jangan kita silap menyangka pula, mungkin memang itu yang diingikan oleh Nur Farthia sebagai trend dan strategi penarik peminatnya, yang terkenal kerana lakonannya dalam Nur Kasih dan juga iklan Sunsilk (futsal). Sapa-sapa pembaca yang 'ustaz' or 'ustazah' boleh lah ceramah cikit. Hehe.

Perkahwinan Anne Hot.FM

Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000.

Anne turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,181 sebagai simbolik hari lahir Anne pada 11 Januari 1981. Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran antaranya sebentuk cincin De Gem, jam tangan Tag Hauer, dompet Prada, senaskah Al-Quran, sireh junjung, coklat Patchi, kek cawan dan set wangian Gucci. Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan berkonsepkan warna merah jambu dan perak, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan tengah hari (13/6) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Damansara. -Gua