Pada:
Khamis, 17 Jun 2010

Itu antara beberapa luahan pembaca apabila protege Mus May, Ayim diumumkan sebagai peserta kedua selepas Shaq, yang gagal menempah tempat ke pusingan separuh akhir pertandingan Mentor 4. Bila ditanya tuan empunya badan kesahihan dakwaan tersebut, Ayim sendiri pun pelik mengapa boleh timbul tuduhan sebegitu. Seingatnya, dia tidak pernah mengutuk lagu arwah. Ketika konsert kedua Kumpulan A, Ayim telah digandingkan dengan Ila, protege Joe Flizzow untuk mempersembahkan lagu popular arwah dan Siti Nordiana, "Paling Comel".

"Rasanya takde kot. Tetapi jika ada, Ayim tak berniat dan Ayim minta maaf pada peminat-peminat arwah". ujar anak kelahiran Lahad Datu, Sabah.Sempat menonton semula rakaman episod enam Mentor musim keempat, punca salah faham itu mungkin tertimbul ketika Ayim sedang menjawab persoalan Nas Ahmad, yang bertanyakan jika Ayim berasa "geli" ketika di pentas menyanyikan lagu "Paling Comel", memandangkan mentor-nya, Mus sedang cuba membentuknya sebagai seorang 'rocker'. -Gua
Tag : Achik Spin , Ayim , Gossip Artis , Luahan Peminat , Mentor