Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Host rancangan tv buat hal di Litar Sepang?

Jumaat, 23 April 2010

Luahan Peminat: Perangai tak senonoh hos TV sorang ni memang dah banyak kali Ad Lib dengar. Dah naik bernanah telinga Ad Lib tiap kali dengar cerita-cerita 'kenakalan' hos sorang ni. Sebelum ni, hos berstatus ibu tunggal ni pernah didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga sorang aktres jelita tu. Tak cukup tu, hos ni juga pernah buat hal ketika datang untuk ditemubual di syarikat penerbitan sorang kawan Ad Lib tu.

Sejak hari tu, dia bukan sahaja digelar 'selebriti gatal', malah dapat satu lagi cop mohor, iaitu selebriti hipokrit!Mana taknya, bila kawan Ad Lib tu tanya tentang teman istimewa, mati-mati dia menafikan. Kononnya, nak tumpukan pada anak dan karier. Hmmm... jawapan standard artis, kan?! Walaupun, kawan Ad Lib yang pernah interbiu hos tu rasa macam nak 'termuntah' je bila dengar pengakuan 'tulus ikhlas'nya tu. Hakikatnya, baik Ad Lib mahupun sumber tu tak kisah dan tak ambil peduli pun dengan siapa dia nak bercinta. Dia punya pasallah.

Tapi yang buat Ad Lib geram tu, masa ditemubual oleh kawan Ad Lib sebelum ni, bukan main lagi dia menegaskan dia masih solo. Sedangkan pada sesi tu, jejaka yang sama turut hadir menemankan hos tu. Apa cer ni? Tak sampai sebulan pun hos jelita tu mengaku dia tengah solo, tiba-tiba sorang lagi sumber Ad Lib terserempak dengan hos tu di perlumbaan sukan F1 yang diadakan di negara kita, baru-baru ni. Kata sumber tu, terkejut beruk bila dia tengok hos tu beraksi lebih hebat dan memukau daripada perlumbaan kereta-kereta F1 tu.

Bukan main lagi, hos tu berpeluk sakan dengan penuh mesra dengan sorang jejaka yang dicanang sebagai pengurusnya selama ni. Wah... nampaknya pengurus tu sangat 'amanah' menjalankan tanggungjawabnya sehinggakan menjaga kebajikan jiwa dan raga hos tu sekali. Kata sumber tu, punyalah manjanya seolah-olah hos tu amat dahagakan kasih sayang dan belaian mesra daripada sorang lelaki. ‘Kesian’ juga sumber Ad Lib tu perhatikan tingkah-laku hos tu.

Aksi cintan-cintunnya tu benar-benar menampakkan dirinya yang kurang belaian kasih sayang. Tapi yang menjelekkan tu, perlu ke dia nak pamerkan aksi tu di Litar F1? Habis terganggu tumpuan sumber Ad Lib pada perlumbaan yang berlangsung tu dek drama kasih sayang sebabak yang dipersembahkan oleh hos dan buah hatinya tu. Babak berpeluk sakan tu satu hal, yang lebih buat sumber Ad Lib tu terbeliak biji mata bila melihatkan penampilan ‘berani mati’ hos tu. Maklumlah, perlumbaan tu berlangsung di kawasan panas terik, sah-sahlah semua penonton kepanasan. Dek kepanasan, hos tu dengan selambanya pun mula menanggalkan butang bajunya satu-persatu dan berhenti di satu checkpoint yang sangat ‘menakutkan’ untuk digambarkan.

Apa lagi, beristighfar panjanglah sumber Ad Lib tu sebab tinggal beberapa inci je lagi dah boleh nampak bahagian yang sangat sulit untuk Ad Lib huraikan kat sini. Rasanya, semua orang dapat bayangkan apakah bahagian sulit yang Ad Lib maksudkan tu. Kenapalah si hos tu tak reti nak jaga imej dan tingkah lakunya di kawasan umum macam tu. Ad Lib fahamlah acara tu bertaraf antarabangsa. Tapi itu bukan lesen untuk dia beraksi cintan-cintun dan berpakaian menjolok mata macam tu? Apa dia fikir dah cukup 'mat saleh' ke dengan penampilan macam tu?

Bukanlah Ad Lib saja-saja nak hentam hos tu cuma nak bagi pesan je agar hos tu lebih beringat di masa akan datang. Berani buat, beranilah tanggung, tak gitu?

Hafiz AF7 dan Fifi Azman dah putus?

Ini adalah gosip yang baru sahaja mendapat masuk dalam telinga penulis mengenai status hubungan bekas pelajar Akademi Fantiasia musim ke-7, Hafiz dan Fifi Azman kini dah retak ataupun dah 'break' dalam bahasa percintaan. Walaupun dahulu kisah mereka benar-benar sensasi dalam majalah dan media tempatan beberapa bulan yang lalu, kini keserasian itu sudah makin tiada dan bakal lenyap dalam beberapa masa lagi. Ini diakui lagi oleh sumber-sumber local yang mengatakan ianya benar dan betul.

Kebuktian ini sukar disangkal, ada satu media mengatakan ianya benar-benar berlaku (ntahlah media yg mana satu mengikut sumber ni). Selain itu situasi hubungan mereka juga terbukti bila performance hafiz masa showcase astro lepas mendapat pujian ramai. boleh lah dianggap sebagai 'his best performance since a long time'. Hampir kesumua fans Hafiz gembira melihat perkembangan ini, dimana Hafiz dikatakan mediamkan diri sebelum itu. Cuba lihat Facebook milik Fifi, untuk melihat perkembangan lanjut.

Ayu OIAM dah kahwin dan ada seorang anak

Kehilangan Ayu secara tiba-tiba sememangnya menimbulkan tanda tanya. Ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada juara OIAM musim kedua ini. Oleh kerana tidak ada sebarang jawapan yang diberikan oleh Ayu dan pihak pengurusannya, maka timbul banyak spekulasi tentang kehilangannya itu. Pelbagai cerita tidak enak timbul sebaik sahaja penyanyi berusia 21 tahun ini hilang tanpa khabar berita. Antara gosip yang hebat diperkatakan ialah Ayu didakwa telah hamil luar nikah dan telah berkahwin secara senyap-senyap kerana keterlanjurannya itu. Sejauh mana kebenaran gosip ini hanya tuan badan yang boleh memberikan jawapan.

“Saya akui saya telah berkahwin pada awal tahun lalu dan kini telah pun mempunyai seorang anak lelaki. Saya harap jawapan ini dapat menjawab persoalan yang timbul. Kehilangan saya selama ini adalah kerana saya ingin berehat panjang serta sibuk menguruskan rumah tangga dan anak saya yang masih kecil,” jelas Ayu yang melangsungkan pernikahan di Kuala Kangsar, Perak.

Ditanya mengapa dia menyembunyikan perkahwinannya itu daripada pengetahuan umum, Ayu menjelaskan dia berbuat demikian kerana menghormati permintaan keluarganya dan juga keluarga suami yang tidak mahu menghebah-hebahkan tentang perkahwinannya itu. -Gua

Haji penentu Rozita Che Wan tutup aurat?

Khamis, 22 April 2010

Perkhabaran yang kurang enak sekali lagi kepada 'jantan-jantan' ataupun juga keapda mana-mana VIP/VVIP yang mendambakan atau mengidamkan Rozita Che Wan sebagai kekasih hati atau pun sekaligus isteri, bahawasanya yang cinta janda meletop ini sudah pun di miliki. Oleh jejaka bertuah berusia 34 tahun, malahan Rozita juga menanggap dia sebagai seorang yang gentlemen atau dalam erti kata lain 'lebih kejantanan' kerana tidak pernah menyakitkan hati sepanjang bercinta (saling memahami gitue).

Dalam perkhabaran lain pula, dinyatakan juga pada 26 April ini, Rozita Che Wan & adiknya, Ayu Raudhah akan mengerjakan umrah untuk yang ke berapa kali (penulis pun tak pasti ke berapa). Umrah merupakan ibadah sunat yang digalakkan, namun hasrat Rozita adalah untuk pergi haji walaupun niatnya masih belum ada lagi. Kerana dia yakin dan berazam jika dia pergi Haji, dia tidak akan berpakaian seksi dan mendedahkan aurat lagi.

Ps: bertudung tapi ketat itu juga satu masalah. Hehe

Wan Sharmila dengan imej baru, rambut kriting

Semenjak aktres genit kelahiran Johor Bahru, Johor, Wan Sharmila, 28, mula meniti langkah di pentas lakonan tanah air, dia begitu sinonim dengan watak-watak remaja yang berwarna-warni dan penuh ceria. Malah makin lama 'lamaran' lakonannya juga bertambah banyak. Sana sini produser mahu Wan memengang beberapa watak penting. Baru-baru ini Wan mendapat tawaran menjadi guru bernama Siti Hawa untuk telefilem terbaru Bianglala Di Kaki Langit itu juga bakal menyaksikan Wan akan bertudung buat pertama kalinya. Nak bertudung rambut macam dah kembang nie. Hehe.

Anne Ngasri bakal bercerai dengan suami

Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi. Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi baru-baru ini enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya.
Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan. -hMetro

Adik Suriani Abdul Rahman

Rabu, 21 April 2010

Terkejut juga melihat adik kepada pengacara tv dan pembaca berita RTM ni. Dalam forum Cari ada mengatakan yang adiknya ni, memakai lambang salib di dada. Nauzubillah. Tapi Wallahualam lah kalau ianya pelanduk dua serupa seperti yang dinyatakan oleh kesahihannya oleh orang yang berforum di sana, malah ianya menjadi isu yang sangat sensitif apatah lagi melibatkan soal agama. Penulis kureng pasti dan yakin mengenai gambar yang ditampakkan kerana masih samar-samar dengan gambar ke-2 keaslian wajahnya.

Bung Mokhtar, Zizie mengaku bersalah poligami tanpa izin

“KES ini (poligami tanpa izin) terlalu peribadi. Jadi, biarkan pihak mahkamah tentukan pada 18 Mei ini,” kata aktres Zizie Izette berhubung perkahwinannya dengan Datuk Bung Moktar Radin yang didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin. Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun lalu sah mengikut hukum syarak.

“Pernikahan kami sah mengikut hukum Allah dan syarak, ada wali dan saksi. Cuma kami bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia. Bagaimanapun, kami tidak perlu mempertikaikan tentang pernikahan ini kerana ia terikat dengan kuasa undang-undang. Kita tunggu sahaja keputusannya pada 18 Mei ini dan lihat apa yang akan berlaku selepas itu,” ujar Zizie.
Bung Moktar dan Zizie telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (20/4) untuk menghadapi dakwaan berpoligami tanpa kebenaran. Kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim menetapkan 18 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman. Bagi Zizie, biarlah dia simpan sahaja cerita tentang mengapa perkara itu berlaku kerana tidak elok untuk menceritakan tentang kisah peribadi mereka ibarat membuka pekung di dada. -mStar

'Mask Rider' versi Malaysia

Pelakon wanita yang terkenal, Daphne Iking kini digandingkan dengan pelakon lelaki kacak yang masih baru dalam dunia seni, Lash Mokhtar. Jejaka tampan ini bakal memengang watak sebagai 'mask rider' (bukan nama sebenar). Mereka masih lagi dalam shooting drama ni, jadi tidak ada perkembangan lanjut mengenainya, kiranya nanti nak buat kejutan kepada peminat di kaca tv, katanya menggunakan efek teknik CGI paling canggih setakat ni di Malaysia. Kalau macam tue, baguslah, satu peningkatan yang membawa satu lagi pembaharuan dalam industri drama aksi di Malaysia.

Ulang tahun ke-15 Siti Nurhaliza

Selasa, 20 April 2010

Alkisah Siti Nurhaliza lagi, kang ada movie 'lagi lagi Siti' penulis terbitkan, hehe. Pada jam 8 malam pada 16 April 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Album Duo Sairah dan Saida berjudul Apresiasi di mana majlis ini diadakan serentak dengan Majlis Meraikan Ulangtahun ke-15 Dato’ Siti Nurhaliza di Persada Seni. Memang sungguh meriah acara ini, dihadiri ramai rakan artis, keluarga, dan juga media-media. Mana taknya menampilkan anak beranak kat pentas dan luar pentas, tapi napa Datuk K tak ikut sekali bila 'keluarga' berkenaan nyanyi bersama-sama atas pentas? malu kot Datuk K ni. hehe.
























Ibu Ezlynn pilih 11.11.11 untuk kahwin

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan pada hari kelmarin bersamaan dengan 19 April, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn telah mendedahkan bahawasanya ibunya telah memilih tarikh 11.11.2011 untuk dia mendirikan rumah tangga atau lebih dikenali sebagai perkahwinan. Malah, Ezlynn juga telah mengakui dirinya sudah memiliki insan istimewa iaitu seorang lelaki bujang berusia 30 tahun. Menurut Ezlyn lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan itu cukup rapat dengan dirinya dan dia mengharapkan perhubungannya kali ini menjadi. Baguslah, tapi tidak kenapa pilih tarikh berkenaan ya? ikut 'skill' orang Cina kot. Hehe. -Gua

Gambar Memey berpakaian Cina

Gambar Memey dibawah ni bagaikan Puteri Hang Li Po menunggu lamaran Raja Melaka, Sultan Mansur Shah. Memang sungguh unik dan menarik pakaian yang dikenakan oleh Memey ala-ala tradisi Cina moden. Pakaian memang jarang-jarang sekali dapat dilihat, tapi tak tahu perspektif orang mengenai dirinya lagi, tak habis-habis Memey ditindas oleh orang ramai, yang tue penulis enggan mengulas kenapa ianya berlaku, walaupun kata Memey baru-baru ini, 'Abang Norman' ada mengajaknya kahwin pada bulan Julai ini. Baguslah dapat menamatkan kontroversi dengan segera. :) - foto AZLINA ABDULLAH

Rumah Siti Nurhaliza bak Istana! -Media Indonesia

Isnin, 19 April 2010

Hari-hari cerita mengenai Siti Nurhaliza. Tak per lah, kan Siti Nurhaliza adalah aset berharga negara yang harus dipertahankan. Tanpa Siti orang kat luar negara juga tak akan membeli album Siti seterusnya menambah masuk aliran KDNK negara (masuk bab kewangan jap). Di negara jiran, Indonesia, baru-baru ini, mereka telah menghantar beberapa orang 'reporter' untuk mewawancara Siti dan juga suami di kediaman rasmi Siti. Memang mereka terpegun dan tertarik dengan keindahan rumah Siti. Sampaikan menganggapnya sebagai Istana. Tengoklah suaminya, kan seorang perniagaan kontraktor yang hebat. Hehe.

Amir Luqman dulu dan sekarang

Amir Luqman adalah seorang pereka fesyen yang semakin hari semakin meningkat naik namanya. Dah ramai artis yang menjadi model dan peragaan baju yang direkanya. Termasuklah Ida Nerina. Tidak ada apa-apa yang boleh dihebohkan disini, cuma bentuk fizikal Amir makin lama juga makin berubah. Kata orang dia memiliki bentuk badan yang kini lebih kearah Slim and slander, bila ditanya kepada empunya badan, Amir sendiri, rahsianya adalah tak payah makan nasi. Lihatlah gambar dibawah, gambar miliknya yang berada dalam Facebook.

Aleeza Kassim pergi Jakarta semasa kes cerai

Berita mengenai runtuhnya mahligai perkahwinan model dan artis popular, Aleeza Kasim bukan lagi rahsia. Dalam diam-diam, Aleeza Kassim rupa-rupanya sudah bercerai talak satu sejak Februari lalu. Menurut maklumat yang disiarkan, perceraian mereka berlaku di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Entah apa masalah Aleeza dengan bekas suami, Mohd Fauzi Che Ros, tiada siapa yang tahu. Apa yang penting, perceraian mereka bukan berpunca daripada peranan orang ketiga, tegas Aleeza.

Perkahwinan mereka hanya dapat bertahan tiga tahun dan tujuh bulan sahaja. Betapa hebat dan cerianya majlis persandingan Aleeza di Palace Of The Golden Horses sekitar Julai 2006 lalu. Meriah! Lain ceritanya pula, apabila menurut sumber rasmi mengatakan desas desus, Aleeza sekarang sedang berada di Jakarta. Dia terbang ke sana petang Khamis lalu dan dijangka pulang hari ini (19/4).

Tidak dipastikan sama ada Aleeza membawa hati patah atau mencari kekuatan jiwa. Apa-apa pun, tunggulah 21 April nanti, sebab, diberitahu menjelang tarikh itu, kes perceraian mereka akan dibacakan di mahkamah. -Kosmo

Siti Nurhaliza gusti lengan dengan peminat

Ahad, 18 April 2010

Tengok daripada video, mungkin dah lama dah kot, memandangkan video itu menunjukkan Siti Nurhaliza belum lagi mengayakan atau memakai apa-apa penutup kepala. Tapi itu kisah dahulu, yang menariknya Siti juga pandai gusti lengan. Lawannya juga tidak kurang hebatnya, agak lama juga mereka bergusti. Sungguh mendapat perhatian umum ketika itu, almaklumlah waktu itu juga berlangsungnya pertandingan gusti lengan untuk lelaki di Putrajaya. Turut hadir juga, suami tercinta, Datuk Seri K. Siapa pemenang diantara Siti Nurhaliza dan peminatnya? anda saksikan sendiri. Hehe.

Gambar Fasha Sandha dan Zamarul Hisyam

Kes mengenai ini sudah menjadi liputan luas termasuk juga media tv. Dalam rancangan Melodi yang lalu, ada juga isu ini dibangkitkan. Sampaikan isteri kepada Zamarul, Diana Rafar juga tahu mengenai kejadian berkenaan. Namun Diana mengambil sikap positif dan professional dengan memahami keadaan kerjaya suaminya itu. Memang sesuatu yang membanggakan kerana Diana seorang isteri yang memahami. Pun Begitu Fasha juga sudah memohon maaf diatas kesilapannya itu, dengan harapan agar dia tidak mahu dilibatkan lagi dalam isu berkenaan kerana tidak mahu terjadi lagi seperti isu Nora Danish dan Jejai berulang.

Achik Spin Meninggal Dunia akibat kemalangan jalan raya

(updates:video) Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang 17 April 2010. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) (kata sumber Toyota Estima yang penulis dengar) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Ps: al Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk keluarga arwah dari blog ini

Gambar Hajah Sheila Rusly dekatkan 'sesuatu'

Sabtu, 17 April 2010

Gambar ni kalau tak silap dah lama dalam simpanan penulis, cuma penulis terlupa nak siarkan, kerana ketelanjuran lupa berkenaan. Hehe. Gambar dibawah ni merupakan gambar Hajah Sheila Rusly dan seorang pelakon lelaki. Mungkin gambar ini tidak disengajakan dan tidak berniatkan sesuatu, tapi ramai beranggapan kolot bahawa, sepertinya Sheila ada mendekatkan 'sesuatu' ke dada pelakon lelaki berkenaan. Tak tahu kenapa isu itu ang dijadikan bahan, kalau mahu diikutkan Sheila di sini cantik dan menawan, kulit pun debu dan mulus, sesuai baju yang dikenakan sekali. :)

Suami Pelakon ajak Zarina 'tidur' bersama

Pelakon muda, Zarina Ann Julie tidak habis-habis gossip yang datang lagi dengan kisah seks beliau yang tiada kesudahan. Ada sahaja cerita mengenai dirinya timbul daripada beberapa golongan tertentu. Yang terbaru daripada seorang yang tidak dikenali melalui forum Cari mengakui bahawa Zarina Ann Julie ada mendedahkan kepada seorang wartawan media tempatan di mana ada seorang pelakon lelaki bergelar suami orang menghantar SMS mengajak/menyuruh untuk berasmara bersama dengannya.

Menurut wartawan tersebut, Zarina Ann Julie tidak bercakap kosong atau menafikan kata-katanya apabila dia menunjukkan isi kandungan SMS tersebut kepada wartawan media berkenaan. Ramai yang beranggapan tanpa bukti yang kukuh dan sah bahawa pelakon lelaki berkenaaan adalah Fauzi Nawawi, suami kepada Lisdawati.

Pada lumrahnya, memang hanya Zarina Ann Julie dan wartawan berkenaan sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya pelakon lelaki gersang yang menghantar SMS tersebut. Ada isteri tapi masih tidak puas lagi agaknya. Yang Zarina ini juga satu, kalau di rahsiakan semua bukankah bagus dan dapat menyembunyikan rahsia sebenar pribadi. Nak mencari publisiti murahan namanya kalau begini akibat dok lama tak main filem atau drama buat masa ni. -RotiKaya

Perkahwinan Tan Sri Isa Samad

Memang kalau dah kaya tak salah berbini empat, asalkan adil dan saksama. Itu dah jadi lumrah manusia zaman ini. Jangan lah pula main skandal-skandal dan ada perempuan simpanan itu lagi tak elok, dan menjijikkan. Terbaru Tan Sri Isa Samad yakni merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 - 2004 telah selamat mengahwini bekas setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza baru-baru ini. Tan Sri menjadi duda selepas kematian isteri beliau disebabkan kanser pada tahun 2005 yang lalu.

Mawi sedih kena boo..

Jumaat, 16 April 2010

Peristiwa di'boo' penonton ketika malam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABPBH) yang berlangsung baru-baru ini, penyanyi dan penerbit, Asmawi Ani memberitahu perkara tersebut masih menimbulkan persoalan kepadanya. Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor ini, dia keliru dan tertanya-tanya kenapa perkara begitu berlaku kepadanya di dalam majlis yang gilang gemilang itu.

"Saya sendiri tertanya-tanya kenapa perkara begitu boleh terjadi kepada saya, saya tidak buat salah. Secara jujur kalau boleh saya nak tahu jawapannya. Bagi saya kalau mereka tidak suka, tidak perlu 'boo'. Sebab kita datang ke sesebuah majlis adalah untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan bukan untuk merosakkan atau memalukan orang.
"Saya sedih sebab sebelum ini belum pernah terjadi perkara-perkara sebegitu dan saya harap ia tidak berulang pada majlis anugerah yang akan datang," ujar Mawi. -mStar