Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anuar Zain beli Porsche bukan tajaan VIP

Sabtu, 27 Mac 2010

Tak tahulah nak cakap apa dengan tanggapan negatif segelintir pihak terhadap golongan artis. Bila mereka betul-betul mampu pakai kereta mewah dan beli rumah yang besar, ada pula yang anggap mereka tu ditaja. Contohnya macam penyanyi Anuar Zain kita yang juga adik kandung kepada Ziana Zain. Mentang-mentanglah dia dah pakai kereta Porsche menggantikan BMW 3 Series, ada pulak yang cakap kononnya kereta tu ditaja VVIP.

Kebetulan pulak Anuar memang ada banyak peminat dari kalangan pihak korporat dan VVIP. Jadi, cepatlah orang buat tanggapan yang tidak bukan-bukan. Tapi yang sebetulnya, Anuar beli kereta tu atas usahannya sendiri. Yelah, walaupun jarang muncul di media tapi Anuar Zain khabarnya memang cukup laku dengan show. Bukan setakat di Malaysia saja tetapi di Brunei dan Singapura. Jadi, kalau dalam sebulan dia boleh buat lebih daripada 3 show, bayangkanlah berapa banyak pula pendapatan yang diperolehinya. Satu show yang dijayakannya pula bukannya sedikit. -Murai

Gambar mesra Lisa Surihani, Farid Kamil

Gambar di bawah ini adalah gambar mesra dua pelakon yang sering kali digosipkan berkasih sayang yakni Lisa Surihani dan Farid Kamil. Adegan mesra ini adalah saling menyuap-yuap sebuah kek, seperti dalam majlis perkahwinan gitue. Katanya kek berkenaan adalah sempena harijadi Lisa dan juga untuk majlis menjayakan lagi filem Semerah Cinta Stilleto yang dilakonkan oleh kedua-dua pelakon. Lisa yang memegang watak sebagai Stilla yang hidup dengan kemewahan jatuh hati dengan pemuda yang berkerja sebagai penjual ikan di pasar.

Cinta mereka terhalang akibat darjat yang berbeza. Bagaimanapun selepas mengejar cita-cita masing-masing mereka akhirnya ditemukan semula oleh takdir... Sob3.

Jehan Miskin ikut jejak langkah ayah?

Jumaat, 26 Mac 2010

Mungkin andaian ini benar, memandangkan Jehan sekarang memiliki bentuk badan yang menarik dan menawan mengalahkan ahli bina badan. Jehan juga kadang kala menjadi host untuk rancangan yang berkaitan dengannya. Mengikut info yang diterima, gambar dibawah ini merupakan ayah kepada Jehan Miskin, dimana pada dahulunya, ayah Jehan memiliki bentuk badan yang boleh dikatakan menarik juga. Nak ikut jejak atau mewarisi bakat ayah memang lah sesuatu yang dibanggakan. Zaman dulu, ayahnya cuma pakai cawat, kini Jehan mungkin malu kot nak pakai cawat. Hehe.

Dr. Fazley menimang anak ke-2

Perunding motivasi, penulis, usahawan, pengacara, penyanyi, pelakon dan juga model terkenal, Fazley yang bakal memasuki usia 32 tahun menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Azrene Soraya selamat melahirkan putera kedua mereka, pagi Ahad lalu (21/3). Anak kedua itu diberi nama Fieradz atau nama timangannya Piyash. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara menerusi pembedahan.

Gambar Remy Ishak control Hensem

Remy Ishak sememangnya pelakon yang bergaya dan kacak. Dengan pakej yang dimiliki, Remy Ishak juga sudah menjadi penarik dan pelaris mana-mana majalah hiburan. Kata segelintir pembaca mengenai gambar di bawah seperti 'mat bangla' kerana gaya yang disampaikan Remy itu sendiri mirip dengannya. Tidak tahulah komen orang kan. Apa-apa pun kiter enjoy tengok gambar Remy Ishak nie dulu, walaupun dulu dia dah kena belasah dengan orang.. hehe..

Gambar Sari Yanti mengandung 5 bulan

Pelakon drama komedi, Kaisara, Sari Yanti kini dikhabarkan sudah hamil lima bulan. Berita yang mengembirakan ini pasti dinanti-nantikan oleh peminatnya. Pelakon kecil molek ini mengakui setiap pagi selama 4 bulan dia melakukan ‘morning sickness’ dan tidak mengidam apa-apa makanan pun, seperti kehidupan seharian biasanya sahaja. Sari Yanti dan suami juga belum tahu sama ada lelaki atau perempuan. Bukan kerana tidak pernah ‘scan’ tetapi tidak nampak atau guraunya baby berkenaan main sorok2.. keke..-Gua

Siti Nurhaliza layan Facebook

Khamis, 25 Mac 2010

Ketika semua orang sibuk dengan Facebook masing-masing, ternyata kesibukan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi diri mereka. Tapi luar biasa bagi pemilik Facebook 'Siti Nurhaliza Tarudin Official's' yang melayan Facebook miliknya. Kadang-kadang Facebook Siti Nurhaliza jarang di'updates' mungkin kerana kesibukan yang dijalankan oleh dirinya, namun kadang2 ayat yang disampaikan memakan 'comment & like' yang banyak, almaklumlah, fan Facebook dia pun dah mencecah 112,000. Kali ini dia bergambar dengan Facebooknya di hadapan komputer sambil men tunjuk2 lagi.. hehe.

Gambar Pertunangan Jimmy Shanley

Rupa-rupanya gossip pertunangan yang melanda diri pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 ini adalah benar dan sahih. Gossip yang dikeluarkan menyatakan bahawa Jimmy telah memakai cincin pertunangan, namun tidak ada pengakuan dari pihak Jimmy mengenai hal berkenaan. Last sekali, kantoi, apabila gambar majlis pertunangan dia dah tersebar di Internet, namun siapa wanita berkenaan, yang tue masih dalam persoalan minda. Apa-apa pun tahniah lah kepada Jimmy, benda elok tak payah nak disembunyikan pun..

Dynas buat doa selamat dan tahlil arwah

Sebelum ni Dynas dikecam banyak pengomen pedas-pedas berkaitan dengan acara Baby Shower yang diikutnya. Tidak dipastikan lagi reaksi Dynas Mokhtar berkaitan hal demikian. Namun pada minggu lepas, Dynas dan keluarga telah membuat bacaan doa selamat untuk kandungan Dynas kali ini dan tahlil untuk arwah anak pertama mereka yang gugur tahun lepas. Bagus lah macam ni, mungkin ini adalah yang terbaik untuk dilakukan bagi mendapat keredhaan Allah SWT.

Penyanyi Popular Lelaki kurang sopan

Gosip yang didengar kali ini melibatkan seorang penyanyi lelaki popular yang sedang bercinta dengan seorang artis juga. Gosip ini disampaikan oleh rakan yang bertugas di salah sebuah syarikat penerbitan majalah. Menurut rakan itu, baru-baru ini majalahnya ada mengundang penyanyi lelaki tersebut untuk satu sesi fotografi. Apabila ditemubual, penyanyi lelaki ini tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya apabila bersikap acuh tidak acuh.

Dia bukan sahaja enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan, tetapi dia juga mentertawakan rakan itu apabila ditanya sama ada ingin berlakon atau tidak. Bukan gelak seorang diri, tetapi gelak bersama-sama mereka yang menemaninya. Pelik! Apa lucunya soalan itu? Menurut rakan itu lagi, kalau dia gelak biasa-biasa bolehlah dimaafkan lagi, tetapi ini dalam nada mengejek. Tak tahulah apa hendak jadi dengan penyanyi lelaki yang seorang ini. Ini bukan kes pertama dia dikatakan bersikap kurang ajar, tetapi sudah beberapa kali. Sebelum parah, lebih baik dia mengubah sikapnya itu. -Gua

Vie Shantie makin cun semasa kehamilan anak ke-2

Rabu, 24 Mac 2010

Vie Shantie isteri kepada pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof, yang mengandung anak ke-2 mereka beberapa bulan sungguh bahagia dan begitu teruja sekali. Tengok Blog suami isteri ini, sepertinya sudah tidak aktif lagi mengenai perkembangan dunia mereka. Mungkin terlalu sibuk kot. Apa-apa pun tahniahlah kepada pasangan ini diatas kehamilan anak ke-2 berkenaan. Selain daripada itu, selepas kelahiran anak ke-2 berkenaan, Vie juga semakin ayu dan cun, pipi makin tembam dan hidung semakin mancung.

Ashraf Muslim buka pusat perubatan Darussyifa?

Pelakon yang terkenal dengan babak Islamic dan alim, Ashraf Muslim dikatakan telah membuka satu pusat pengamal perubatan tradisional berlandaskan Islam dan al Quran, yakni Pusat Perubatan Darussyifa' yang diasaskan oleh Ust Harun Din. Tiada info yang menguatkan dakwaan itu, tapi ada seseorang telah lalu dihadapan rumah mak dan ayah Ashraf di Telok Mas, Melaka dan kelihatan berduyun orang berada di rumah itu untuk berubat.

Kalau ada sesiapa yang pernah gi sana, boleh lah inform kan kat ruangan komen dibawah ni, untuk kebaikkan pembaca yang lain juga kan. Ashraf sebelum ni merupakan host untuk rancangan perubatan juga di Astro Oasis, Syifa al Hidayah yang diasaskan oleh Hj Lokman yang bertempat kat Sg Pusu Gombak. Bagus benor keje si Ashraf ni membantu orang yang ada penyakit, jika benar cerita ini, semoga kerja Ashraf ini dapat berkat dan limpah kurnia daripada Allah SWT.

Tom juara My Starz kerja di kelab malam demi anak

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram (juara My Starz LG 3) juga tidak kisah jika orang bercakap mengenai kerjayanya sebelum ini iaitu sebagai penyanyi kelab malam kerana bagi Tom dia tahu niatnya itu demi mencari wang bagi membesarkan Adam. Malah, walau selepas bergelar juara dan sementara dia memperoleh wang tunai RM100,000 hasil kemenangannya itu, Tom tetap seperti dahulu, menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur supaya dapat menyediakan pakai minum buah hatinya itu.

Mungkin bagi juara rancangan realiti lain, mereka dapat bersenang-lenang sementara menunggu hadiah mereka, tapi bagi Tom, sebagai seorang ibu dia sanggup kembali ke kehidupan asalnya demi Adam. Anak lelakinya itu juga menurut Tom, senang menghidap sakit sejak lahir seperti lelah dan dia juga pernah mendapat jangkitan pada paru-paru membuatkan Tom perlu sentiasa berkerja keras demi menampung perbelanjaan perubatan anaknya. -Utusan

Gambar mesra Eira Syazira, Azad Jazmin

Jika gosip sebelum ini tertumpu hanya kepada pelakon lincah, Eira Syazira selalu keluar dengan seseorang, kini sudah terbukti yang Eira keluar dengan juga seorang pelakon, iaitu Azad Jazmin, yang popular dalam filem Anak Mami The Movie (2002). Keluar bersama pada mulanya dengan adik-beradik Eira, tapi last-last 'episod' membawa seorang 'bayi', sepertinya macam suami isteri sahaja kemesraan yang mereka berdua lakukan. Ntah lah kalau itu salah satu babak dalam sebuah filem/drama.

Scha al Yahya memakai gaun pengantin

Selasa, 23 Mac 2010

Usia dan semakin meningkat. Scha juga semakin lama semakin matang dalam mencari cinta. Jadi tidak payah tunggu lama-lama lagi, nanti melepas. Itu lah harapan setiap mereka yang bergelar bujang. Scha nie sekarang popular untuk menjadi cover mana-mana majalah tempatan, mungkin pakej yang dimilikinya mampu menarik para pembeli untuk beli majalah berkenaan. Terbaru untuk majalah NONA edisi April 2010, Scha mengayakan gaun pengantin yang sungguh cun sungguh, namun macam tidak lengkap, kerna tidak ada pengantin lelakinya. Seperti Scha kahwin dengan bayang-bayang.. hehe..

Izwan Pilus pergi umrah dengan mak ayah

Terdengar cerita seorang artis telah berada di Makkah menyahut seruan agama (umrah) iaitu Izwan Pilus yang popular dengan lagu Indah Lelapku. Izwan juga abang kandung bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril, berangkat ke Makkah pada 16 Mac lalu bagi menunaikan umrah bersama ibu dan dan bapanya. Izwan dijangka pulang ke Malaysia pada 29 Mac ini. Pemergian Izwan ke Tanah Suci, ramai yang tidak tahu termasuk rakan terdekat. Difahamkan Izwan enggan hal ini dihebohkan kepada orang ramai kerana bimbang timbul salah faham terhadap niat ikhlasnya untuk beribadah itu.

Makanya, eloklah dia merahsiakan pemergiannya itu. Diceritakan di sini sebab ingin menguar-uarkan perkara yang baik agar kita dapat mendoakan pemergian dan kepulangan Izwan dan keluarga di sana. Izwan yang dikenali seorang anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga serta disenangi ramai orang. Mana tahu selepas ini mendapat jodoh yang baik pula. -hMetro

Umie Aida ikut langkah Siti Nurhaliza

Kalau Siti Nurhaliza sering kali berjumpa dengan golongan VVIP, almaklumlah dah jadi kerabat VIP dan VVIP, dulu yang dijumpanya adalah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz. Namun pun begitu, Umie yang dah jadi kerabat VIP tidak mahu ketinggalan apabila dibawa oleh suaminya, Datuk K untuk bertemu dengan Tun Mahathir di kediamannya. Tidak pasti apa tujuan mereka berdua datang ke sana, mungkin mengeratkan silaturahim atau pun Datuk K rapat dengan Tun.

Gambar Betty Benafe dan Nash di Majlis perkahwinan

Hubungan kasih antara aktres jelita Betty Banafe dan penyanyi rock Nash Lefthanded bukan satu rahsia. Malah ramai yang meneka dalam kesamaran bagaimana agaknya kesudahan cinta mereka. Nash juga sentiasa memberi dia dorongan untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya. Ditanya samada hubungan mereka sudah sampai ke peringkat yang lebih serius, Betty hanya tersenyum dan tidak berani membuat sebarang spekulasi. Betty juga enggan meletakkan harapan yang tinggi pada hubungannya dengan Nash.

Siti Nurhaliza di Sidang Media AIM17

Isnin, 22 Mac 2010

Baru-baru ini ada sidang media AIM17 mengenai pencalonan artis-artis dalam pertandingan tersebut. Semua terdiri daripada artis baru dan juga lama. Dalam diam-diam, Siti Nurhaliza juga menghadiri majlis berkenaan. Pakaian simple, cuma penampilan dari sudut lain ada bezanya seidikit (yang tue korang nilai sendiri yer). Lain-lain cerita, AIM 17 akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini menerusi saluran NTV7, bagaimanapun 4 episod Prelud AIM 17 akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 8 April, jam 8.30 malam di saluran yang sama.

Berikut adalah senarai 5 finalis bagi 24 kategori yang dipertandingkan.

Artis Baru Terbaik
Azlan & The Typewriter
Bunkface
Prema Yin
Tomok
Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Faizal Tahir (Bercinta)
Hazami (Survivor)
Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia)
Riz (Kehilangan Kamu)
Vince Chong (Buah Hati)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Dato Siti Nurhaliza (Ku Percaya Ada Cinta)
Dayang Nurfaizah (Hilang)
Jaclyn Victor (Bertamu Di Kalbu)
Juwita Suwito (Sejak Hadirmu)
Yuna (Dan Sebenarnya)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti (Amarah)
DJ Fuzz & Malique feat Salam (Cerita Kedai Kopi)
InTeam (Allahu Rabbi)
Rabbani (Kejora Sinar Zaman)
Ruffedge (Pemuja Dari Jauh)

Kulit Album Terbaik
Sarah Joan Mokhtar (To Prevent The Earth From Moving With You – Disagree)
Aida/Nizam Rahmat (Liyana Jasmay – Liyana Jasmay)
Ong Chen Han (All About Rynn – Rynn Lim)
Rewan Ishak (The Great Battle – Sevencollar T-Shirt)
Anthony Ho (Kronologi Cinta – Vince Chong)

Rakaman Album Terbaik
Akasha (Into…Akasha)
Ayu (Inspirasi)
Dayang Nurfaizah (Dayang Live)
Hattan (Inderawala)
Prema Yin (Eyo Eyo)

Video Muzik Terbaik
Fiqir-Fiqir (Ahli Fiqir)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Oh! Sizuka (Pop Shuvit)
Eyo Eyo (Prema Yin)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Dusta Berkalang (Aiman)
Penangan Rindu (Ghazal)
Barangkali (Mawi)
Enjut (Noraniza Idris)
Inang Anak Perantau (Saujana)

Album Nasyid Terbaik
Syukran (Hafiz Hamidun)
Allahu Rabbi (InTeam)
Suatu Perjalanan (Marjan)
Mahabbah ( Rabbani)
Nota Cinta (Saujana)

Lagu Nasyid Terbaik
Allahu Rabbi (InTeam)
Dia Muhammad (InTeam)
Kejora Sinar Zaman (Rabbani)
Mahabbah (Rabbani)
Syahadah (Rabbani)

Album Rock Terbaik
Adrenalin (Faizal Tahir)
Rasa (Flop Poppy)
Mencari Konklusi (Hujan)
Prolog 2009 (Maximus)
Rasopariso (XPDC)

Lagu Rock Terbaik
Kelibat Si Penyair (Azlan & The Typewriter)
Situasi (Bunkface)
Bencinta (Faizal Tahir)
Mencari Konklusi (Hujan)
Drama King (Meet Uncle Hussain feat Black)

Album Pop Terbaik
Tahajjud Cinta (Dato Siti Nurhaliza
CTKD (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Dayang Live (Dayang Nurfaizah)
Aku Stacy (Stacy)
Kronologi Cinta (Vince Chong)

Lagu Pop Terbaik
Pergi (Aizat)
Masih Jelas (Hafiz)
Permaisuriku (Jay Jay)
Cinta Ada (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Dan Sebenarnya (Yuna)

Album Hip Hop Terbaik
Irama Berirama (Ahli Fiqir)
Jian (Altimet)
1212 (Colabr8)
K.O. The Mixtape (DJ Fuzz & Malique)
The Turning Point (Point Blanc)

Lagu Hip Hop Terbaik
Chantek (Altimet)
Syukur (Altimet)
Sayang-sayang (Altimet, DJ Fuzz)
Masih Hip Hop (DJ Fuzz & Malique feat Daly & Altimet)
Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique)

Album Inggeris Tempatan Terbaik
Yeah (Amanda Imani)
To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)
Running (Hazami)
The Turning Point (Point Blanc)
The Great Battle (Sevencollar T-Shirt)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Prom Queen (Bunkface)
Haley (Disagree)
Osaka (Disagree)
Survivor (Hazami)
Deeper Conversation (Yuna)

Album Cina Tempatan Terbaik
Stardom (Andrew Tan)
One & Only-Jeanie (Jeanie Lee)
I’m Karen (Karen Kong)
All About Rynn (Rynn Lim)
Thomasjack (Thomasjack)

Lagu Cina Tempatan Terbaik
Stardom (Andrew Tan)
Na Han (JK Chen Jia Kai)
Insane (Jovi Theng)
Tian Shan (Karen Kong)
Sunrise (Vinx Lim Yi Xin)

Album India Tempatan Terbaik
Paarthu (Diwan)
SMS (Emergency)
Neethikku Poraatnam (Masta Clan)
Life Is A Mystery (Shruthi)
Saran Z Ennavaley (Saran Z)

Lagu India Tempatan Terbaik
Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan)
Thuli Thuli Mazhai Thuli (Preeta Prasad)
Uyirile Ondrage Kalantida (Sidharthan)
Talattu Paade (Sitharthan)
Megathul (Sivakumar A/L Jayabalan)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Teruskanlah (Agnes Monica)
Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)
Madu Tiga (Muhammad Dani)
Terlanjur Cinta (Rossa feat pasha Ungu)
Nuansa Bening (Vidi Aldiano)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Aubrey Suwito (Dato Siti Nurhaliza & Kris Dayanti)
Acis (Hafiz)
Aubrey Suwito (Juwita Suwito)
Jenny Chin (Karen Kong/Dato Sheila Majid/Jaclyn Victor)
Greg Henderson (Prema Yin)

Persandingan Zizan Nin, Fazilah Hani

Majlis persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan Nin, 37, dan Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun meriah di Dewan Perdana Felda, malam kelmarin (20/3). Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan menggunakan gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi denganbunga-bungaan yang menceriakan lagi majlis. Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin.-mStar

anggota Ekamatra ditahan kerana pecah rumah

Salah seorang anggota kumpulan Ekamatra yang popular sekitar tahun 1980-an dengan lagu 'Sentuhan Kecundang', baru-baru ini sedang ditahan reman. Gara-gara tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah, pemuzik berkenan menerima musibah yang akhirnya memalukan diri sendiri. Ramai yang hendak tahu siapakah anggota berkenaan? Populariti kumpulan Ekamatra pun bukan setakat suam-suam kuku, tetapi sudah tak suam langsung. Jadi, tak hairanlah kalau orang tak tahu siapa yang dimaksudkan.

Siapa yang kena? dipercayai akan tahu juga nanti sebab walaupun sudah dapat tahu siapa, tak bolehlah melampaui tugas pihak berkuasa. Apa yang boleh katakan beginilah keadaannya bila orang yang pernah popular terlibat dengan masalah yang memalukan. Walaupun sudah bertahun tak pegang mikrofon, artis akan tetap dikaitkan sebagai artis, sampailah dia orang ni sudah masuk kubur sekali pun.

Jadi, kepada artis-artis semua, walaupun sudah pencen jadi artis, jangan anggap orang sudah tak kenal atau orang lupa. Bila ada satu kes panas, memang nama anda akan diingati semula. -Utusan

Yanie Mentor TV3 meninggal dunia

Menurut sumber yang boleh dipercayai sangat-sangat melalui seorang reforumer, Yanie yang merupakan salah seorang peserta rancangan realiti tv, Mentor di tv3, disahkan meninggal dunia petang kelmarin (21/3) di Hospital Keningau, Sabah. Soal penyebab kematian arwah, adalah akibat ketumbuhan pada paru-paru arwah setelah menderita sakit berkenaan selama empat bulan. Apa-apa pun salam takziahlah daripada blog izyan.com kepada keluarga Yanie, semoga roh dicucuri rahmat Allah. Amin..