Pada:
Khamis, 25 Mac 2010
Dia bukan sahaja enggan menjawab beberapa soalan yang diajukan, tetapi dia juga mentertawakan rakan itu apabila ditanya sama ada ingin berlakon atau tidak. Bukan gelak seorang diri, tetapi gelak bersama-sama mereka yang menemaninya. Pelik! Apa lucunya soalan itu? Menurut rakan itu lagi, kalau dia gelak biasa-biasa bolehlah dimaafkan lagi, tetapi ini dalam nada mengejek. Tak tahulah apa hendak jadi dengan penyanyi lelaki yang seorang ini. Ini bukan kes pertama dia dikatakan bersikap kurang ajar, tetapi sudah beberapa kali. Sebelum parah, lebih baik dia mengubah sikapnya itu. -Gua
Tag : Cinta , Gossip Artis , Majalah , Penyanyi

