Berita Artis,
Izwan Pilus,
Makkah,
Umrah,
Terdengar cerita seorang artis telah berada di Makkah menyahut seruan agama (umrah) iaitu Izwan Pilus yang popular dengan lagu Indah Lelapku. Izwan juga abang kandung bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril, berangkat ke Makkah pada 16 Mac lalu bagi menunaikan umrah bersama ibu dan dan bapanya. Izwan dijangka pulang ke Malaysia pada 29 Mac ini. Pemergian Izwan ke Tanah Suci, ramai yang tidak tahu termasuk rakan terdekat. Difahamkan Izwan enggan hal ini dihebohkan kepada orang ramai kerana bimbang timbul salah faham terhadap niat ikhlasnya untuk beribadah itu.
Makanya, eloklah dia merahsiakan pemergiannya itu. Diceritakan di sini sebab ingin menguar-uarkan perkara yang baik agar kita dapat mendoakan pemergian dan kepulangan Izwan dan keluarga di sana. Izwan yang dikenali seorang anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga serta disenangi ramai orang. Mana tahu selepas ini mendapat jodoh yang baik pula. -hMetro
Tag
:
Berita Artis
,
Izwan Pilus
,
Makkah
,
Umrah