Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Langkah Mawi kepada Lagak Mawi

Isnin, 25 Januari 2010

Peminat: Semenjak Mawi menjadi Juara AF3 saya boleh dikatakan sentiasa mengikuti perkembangan cerita-cerita tentang Mawi begitu juga cerita-cerita dia berjalan-jalan makan angin ke serata dunia. Daripada episod pertama Langkah Mawi saya masih teruja untuk menonton dan melihat bagaimana seorang pemuda dari Felda yang tidak punya apa-apa mengorak langkah ke setiap penjuru benua memperlihatkan bakatnya sebagai penyanyi dan mengacara program yang dikendalikan.

Kemewahan yang melingkari mungkin menyebabkan manusia itu menjadi seperti Mawi yang ada pada hari ini. Di dalam Langkah Mawi 2, Jujur saya katakan, saya cuma menonton sekejap sahaja pada episod pertamanya.

Selepas itu saya tidak menontonnya lagi kerana saya tidak lagi melihat Mawi yang dahulu. Hari ini saya melihat seorang Mawi yang kelihatan sombong dengan lagaknya bercakap sewaktu mengacara program yang dikendalikannya itu.

Lirik matanya tidak lagi telus seperti dahulu. Pandangan matanya tidak lagi tepat melainkan dengan lirikan ekor mata sahaja. Dengan isterinya yang sentiasa ada mengekori ke mana sahaja menyebabkan saya berasa muak. Saya merasakan ramai yang bersetuju dengan saya rancangan Langkah Mawi ini wajar sangat diberi judul baru,lagak mawi.

Fahrin terpaksa saman Linda Onn

Akibat dituduh sebagai lelaki kaki pukul, pelakon Fahrin Ahmad, 31, terpaksa membuat keputusan untuk menyaman bekas kekasihnya Linda Onn, 33. Kata Fahrin, tindakan itu dibuat kerana dia begitu kecewa dengan penyampai radio Suria FM itu yang berterusan memburukkan namanya sejak percintaan mereka putus dua tahun lalu.

"Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda," kata Fahrin yang amat sedih apabila Linda membuat kenyataan menuduhnya panas baran serta 'cepat naik tangan'.
Katanya, perbuatan itu memberi kesan yang amat buruk terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon selain duta kepada syarikat kecantikan Garnier dan Shell. Fahrin juga mendakwa, maruahnya lebih tercemar apabila Linda bersekongkol dengan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya yang juga bekas kekasihnya untuk terus menabur fitnah.
"Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas," katanya.
Linda dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta dan pengalaman yang sama turut dikongsi Scha. Berikutan itu, Fahrin dijadual akan mengadakan sidang akhbar Isnin ini di Hotel Palace of The Golden Horses di sini bersama peguamnya dari Tetuan Naufal & Co. untuk menjelaskan bentuk tindakan terhadap Linda.

Katanya, langkah berkenaan diharap dapat membersihkan namanya yang sudah tercalar selain terpaksa menanggung malu akibat tuduhan yang tidak berasas. Sementara itu Linda Onn gagal dihubungi dan tidak menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya. Difahamkan sejak minggu lalu, Linda cuba mengelak untuk bertemu pihak media kerana dia enggan memberi sebarang komen mengenai kemelut yang berlaku.

Gambar Bung Mokhtar, Zizie Ezette bermesra

Sebelum perkahwinan, kedua-dua orang terkenal ini saling menafikan satu sama lain status perkahwinan mereka. Sampaikan media-media korek-korek sampai dalam kisah mereka berdua, baru mereka mahu mengakui perkahwinan itu. Namun segala dah berlaku. Cuma kita tidak dapat melihat aksi manja kedua-dua pasangan ini, apatah lagi secara spontan mahupun sesi fotograpi. Namun kali, kita dapat melihat dengan lebih dekat lagi, kemesraan mereka berdua. Tapi tidak dapat dipastikan gambar berkenaan selepas atau sebelum perkahwinan.

Scha: Awal 'Original', Fahrin 'Spicy'

Ahad, 24 Januari 2010

Rata-rata sudah tahu Scha kini sedang menjalin hubungan dengan Awal. Malah sejak akhir-akhir ini, mereka berdua selalu sahaja dilihat ke mana-mana bersama. Seperti di Alibi Cosmic Concert dua minggu lepas, di mana Awal membuat penampilan pertamanya sebagai seorang penyanyi. Scha sudah pastinya berada di kalangan penonton memberikan sokongan.
"Sebenarnya, Scha datang lambat, jadi tak sempat tengok dia nyanyi. Sedih tapi Scha sudah selalu dengar dia nyanyi. Dia mempunyai 'tone' suara yang lunak. Dia memang boleh nyanyi. Di mana-mana 'family event' Scha, dia akan 'perform'. Dia memang kenal rapat dengan keluarga Scha dan Scha pun sudah bertemu dengan keluarganya. Dia okay dengan family Scha," ujarnya yang menggelarkan Awal, Broery Marantika Junior.
Jika sebelum ini Scha kelihatan agak keberatan untuk bercakap tentang hubungannya dengan Awal, gadis jelita berusia 26 tahun ini sudah mula bersikap lebih terbuka dalam mengakui perhubungan mereka.
"Kami sedang menuju ke arah itu (bercinta). Kita harapkan yang terbaik. Jika ada jodoh, Scha tak tolak. Tapi untuk 'declare', rasanya terlalu awal lagi. Biarlah kita berkenalan dulu."
Bercerita mengenai sifat Awal yang berjaya menambat hatinya, kata Scha, jejaka itu seorang yang 'original'.
"Dari segi karektornya. Apa yang kita lihat, itulah diri sebenarnya. Dia bukan seperti segelintir orang di mana di depan kita, perangainya lain, bila di belakang, dia lain. Dia seorang yang tulus dan terus-terang."

Aizat sambut harijadi di Hospital

Tidak dapat dipastikan kenapa Aizat terlantar di Hospital di ibu negara baru-baru ini. Kata sumber terdekat, Aizat terkena 'gastric' kerana selalu mengamalkan diet. Mungkin juga benar sumber ini memandangkan Aizat memiliki bentuk badan yang 'comel'. Pun begitu, harijadi Aizat juga terkena pada hari berkenaan, dan dia sambut harijadi berkenaan di dalam bilik hospital berkenaan. Apa lagi nak diperkatakan, Liyana Jasmay tetap berada di belakang Aizat dengan memberi komen dalam Twitter miliknya.

Perkahwinan Along Raja Lawak, Zila

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, mengenakan kain lilitan putih pada songkoknya semasa upacara pernikahan dengan pasangannya, penyanyi dan pelakon Nur Azilah Seeron, 21, (Zila AF4) di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, kelmarin, 23 Januari 2010. Dengan dua kali lafaz, pasangan yang bertunang selama setahun sebulan ini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM200 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM17,119.

Dulang hantaran pengantin lelaki termasuk cincin jenama Habib Jewels, al-Quran, sejadah, telekung, sirih junjung, kasut dan beg tangan. Sementara Zila membalas dengan sembilan hantaran seperti al-Quran, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung, kemeja, kasut, sejadah, coklat Ferrero Roche dan cincin emas putih. Dulang hantaran kedua-dua belah pengantin disediakan oleh isteri penyanyi Mawi, Ekin dari ME World Collection dengan konsep warna emas (Along) dan perak (Zila).

Bengang dengan Malaysia Hari Ini (MHI)

Sabtu, 23 Januari 2010

Peminat Motivasi: Aku menonton MHI kt TV# suku td, apa nak jd ngan dia org ni...pg2 talkshow kenala letak pengacara yg bagus2, supaya penonton suka nak tgk rcgn yg berbentuk ilmu ni. Ngapa diletaknya Anahitta yg pelat dan prasan Mat salleh celup yg cakap ada slang.....sebagai pengacara? berbulu telinga aku dengar, dia selitkan perkataan Inggeris setiap kali bercakap...plg ketara masa dia interview si Aliff Satar..

Aku rasa nak katakan rcgn melayu, bukan, nak kata talkshow omputih pun bukan.....lebih la pulak opmutihnya tu. Pas tu pengacara cina aso tu..ayoo..cyoi lor...dah la muka OUT...suara pun agak kureng la jugak.....tersepit aja mereka berdua ni.

Apa yg TV3 nktonjolkan? 1 malaysia? Hr tu Apa2 Aja..si achi kencana dewi tu..ayo achi...jerit2 mcm mabok todi jugak. alahai...dulu bila penonton x mau mazidul...kau org replace pulak ngan si pelat anahita dan nyonya tu. w/bagaimana pun aku puji Ally...dia cakap BM dgn lancar,begitu juga dang Ahmad Fedtri, kita nak org sebini jd host..bukan yg ada slang....baik tgk TV singapore lagi.... Wake up top guna TV3.........................jgn buat kerja bodoh ni.

Syawal, Noni berada di Ujibakat AF8

Rasanya sudah agak lama tak mendengar perkembangan berita terbaru daripada penyanyi Noni AF5. Selepas berlakon dalam sebuah drama bersiri 'Kau dan Aku' rasanya Noni tidak terlibat dalam mana-mana penggambaran drama yang lain lagi agaknya. Namun dalam hal yang lain, Noni ditemui ketika sebuah sesi ujibakat AF8 yang diadakan baru-baru ini, di Bukit Jalil. Syawal yang pernah digosipkan dengan Noni dulu kini menunjukkan taring dengan aksi mesra mereka di tempat berkenaan.




























Scha al Yahya belajar takraw?

Alahai dah makin garang nampaknya pelakon Scha al Yahya ni. Belajar main takraw? biar betul. Memang itu tidak dinafikan lagi apabila dia berbuat demikian kerana dia sedang berlakon untuk filem 'Libas'. Mahu tidak mahu, terpaksa Scha berlatih, mungkin perempuan pertama melayu yang bermain sukan berkenaan. Dalam hal lain, filem Libas yang di bariskan dengan pelakon mantap seperti Rosyam Nor, Scha, Johan Raja Lawak, Fazly, Beego dan Adam Corrie Lee akan mula ditayangkan di pawagam pada Julai 2010 nanti. Masih lama lagi waktu penayangan filem ini.

Tanda Merah di buah dada Marsha?

Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah berjaya menangkap gambar Marsha sedang kena make-up untuk acara yang Marsha lakukan. Namun dalam tidak disangka, di bahagian buah dada Marsha terselit tanda merah yang digembar gembur ramai blogger sebagai 'kiss bite'. Tapi bagi penulis ianya bukan macam yang dimaksudkan, mungkin cuma tanda jerawat di bahagian dada..

Imej Baru Nana AF

Jumaat, 22 Januari 2010

Nana Af yang sekarang terkenal kerana menjadi deejay salah sebuah stesen radio di Malaysia ni kini makin menyepi tanpa sebarang aktiviti selepas perkahwinannya dengan Brian tahun lepas. Bukan mahu menyepi sangat-sangat, mungkin tanggunqjawab Nana sekarang sudah semakin besar. Kemunculan Nana baru-baru ini sangat memukau apabila dia telah menukar fesyen rambutnya ke bentuk yang lebih simple. Tue mesti keras tue rambutnya macam pisau dah kena spray. Ngeh3.

Noryn Aziz buka Kelas Menyanyi

Penyanyi bersuara mahal dan kelas gitue~, Norazmahwati Abdul Aziz atau nama glamornya Noryn Aziz yang telah 12 tahun berkecimpung di dalam industri seni tempatan menyimpan hasrat membuka sekolah nyanyian suatu hari nanti. Melihat kepada perjalanan kariernya yang semakin gemilang, dia berjaya meletakkan namanya sebaris dengan artis-artis kelas Diva tanah air.

“Saya memang suka mengajar, ini juga merupakan pendapatan sampingan selain dari menyanyi. Setakat ini saya mempunyai 20 orang murid. Saya mengajar dari segi vokal dan teknik menyanyi. Kebanyakan yang datang berusia sekitar lima hingga 15 tahun dan saya juga ada menyediakan silibus sendiri untuk mengajar mereka. Impian saya memang untuk buka sekolah yang khusus dalam bidang nyanyian, ini mungkin juga bisnes selepas saya tidak aktif menyanyi lagi, suatu hari nanti,” ujar Noryn.
Noryn yang sudah tujuh tahun aktif sebagai guru vokal mengakui pernah mendapat tawaran dari sebuah sekolah muzik swasta sebagai guru vokal. Dia juga menganggap hobi yang pada asalnya secara suka-suka ini mampu meningkatkan mutu suaranya disamping mampu menjadikan wang tambahan bagi pembikinan albumnya.
"Selain itu juga, sedikit sebanyak saya dapat kumpul duit untuk pembikinan album sendiri yang sedang dalam proses ini," ujarnya lagi.
kan baik buka kelas mengaji al Quran. tak gitue~

Abby di goda oleh Jutawan gatal

Taktik yang pernah mereka gunakan (golongan VIP) untuk menjerat Abby Abadi ialah tawaran menemani salah seorang daripada mereka yang bergelar jutawan untuk minum teh di sebuah negara Eropah. Apa maksudnya ‘minum teh di luar negara’ itu? menjadi persoalan di kepala Abby Abadi dan Abby percaya ia bukan minum teh biasa tapi ada tujuan lain yang tidak bermoral.

Oleh itu, Abby Abadi menolaknya mentah-mentah. Selain itu, saya juga berkali-kali ditawarkan pakej melancong ke mana-mana destinasi luar negara dengan nilai ratusan ribu ringgit untuk bersama jutawan berlainan dengan dijanjikan pelbagai kemewahan ketika bercuti. Pun begitu, Abby menolak mentah-mentah kerana dapat merasakan ianya bukan satu tawaran yang jujur sebaliknya ada niat tersembunyi.

Biasanya, individu terbabit menggunakan orang tengah untuk mengatur tawaran itu. Lebih teruk lagi, ada pelakon yang turut terbabit mengatur untuk ‘mendapatkan’ Abby Abadi. Ada juga yang mengirim SMS menyatakan hajat untuk rapat serta tawaran tidak masuk akal. Ada yang Abby balas untuk menolaknya dan ada juga yang Abby biarkan terus kerana sudah muak dengan perkara seperti itu.

Majlis Harijadi Umie Aida

Semakin lama semakin berusia artis-artis kita ni. Makin lama jugalah dalam proses pencarian jodoh tambahnya. Umie Aida selamat menyambut harijadinya yang ke-? baru-baru ini di kediaman milik Umie. Dengan dihadiri oleh tunang tersayang, abang K dan juga Erma Fatima serta juga artis-artis kenalan rapat Umie yang lain, seperti Erra Fazira. Majlis bertambah manis lagi apabila acara memotong kek di potong bersama-sama dengan abang K.

Gambar Tiz Zaqyah makin cun

Khamis, 21 Januari 2010

Siapa sangka kemunculan sulungnya di Nur Kasih yang mencecah hampir 5 juta penonton sehari mengangkat namanya setaraf dengan artis-artis lain. Nur Kasih yang sudah selesai beberapa hari lepas kini menunjukkan hasil yang begitu mengujakan. Tiz Zaqyah pula makin menawan dan anggun dengan tudungnya yang dalam Nur Kasih sudah hilang. Mungkin ini penampilan sebenar Tiz, lebih selesa dengan tanpa memakai tudung, dengar-dengarlah. Ngeh3.