Abby di goda oleh Jutawan gatal

Pada: Jumaat, 22 Januari 2010
Taktik yang pernah mereka gunakan (golongan VIP) untuk menjerat Abby Abadi ialah tawaran menemani salah seorang daripada mereka yang bergelar jutawan untuk minum teh di sebuah negara Eropah. Apa maksudnya ‘minum teh di luar negara’ itu? menjadi persoalan di kepala Abby Abadi dan Abby percaya ia bukan minum teh biasa tapi ada tujuan lain yang tidak bermoral.

Oleh itu, Abby Abadi menolaknya mentah-mentah. Selain itu, saya juga berkali-kali ditawarkan pakej melancong ke mana-mana destinasi luar negara dengan nilai ratusan ribu ringgit untuk bersama jutawan berlainan dengan dijanjikan pelbagai kemewahan ketika bercuti. Pun begitu, Abby menolak mentah-mentah kerana dapat merasakan ianya bukan satu tawaran yang jujur sebaliknya ada niat tersembunyi.

Biasanya, individu terbabit menggunakan orang tengah untuk mengatur tawaran itu. Lebih teruk lagi, ada pelakon yang turut terbabit mengatur untuk ‘mendapatkan’ Abby Abadi. Ada juga yang mengirim SMS menyatakan hajat untuk rapat serta tawaran tidak masuk akal. Ada yang Abby balas untuk menolaknya dan ada juga yang Abby biarkan terus kerana sudah muak dengan perkara seperti itu.

Tag : , , ,