Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Terbaru Lisa Surihani

Selasa, 24 November 2009

Bukan main sweet lagi da, pelakon Lisa Surihani ni. Bergambar bersama 'mummy' tersayang di Sunway Pyramid baru-baru ini. Selain daripada itu selepas sahaja daripada aktiviti mereka bersantai di Sunway tue, ada function dinner dengan pemenang contest Lip Ice & Radio Era. Bertuah lah pemenang-pemenang tue, bukan setakat menang, malah jumpa dengan pelakon cun. Ngeh3.

Sosilawati Tuntut Nash, RM1.38 Juta!

Isnin, 23 November 2009

Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan Lefthanded, Nash di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor (20/11). Dia menuntut bekas suaminya mengembalikan modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) yang masing-masing RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50, selaku defendan juga dituntut mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam. Tuntutan wang dan modal lebih RM1 juta yang pernah dikeluarkan usahawan wanita itu terhadap bekas suaminya dibuat melalui firma guaman syarie, Zaidi Zain & Associates. Kes terbabit ditetapkan untuk majlis sulh iaitu perbicaraan dalam kamar pada 10 Disember depan.

Sosilawati, 46, plaintif dalam kes ini, turut memohon mahkamah mendapatkan perintah supaya harta yang membabitkan ASB, ASW 2020, Saham Public Mutual Berhad dan rumah terbabit sebagai harta sepencarian. Peguam plaintif, Datuk Zaidi Zain, berkata menerusi tuntutan itu, plaintif juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah dua pertiga daripada apa-apa keuntungan, bonus dan dividen saham dan hartanah terbabit diberikan kepada plaintif, manakala satu pertiga diberikan kepada defendan.

Lana Nordin Buat Pembedahan Hidung?

Dengar kahbar dari seorang informer mengatakan, pelakon yang pernah digelar meletop sebagai artis yang mirip Pamela Anderson versi Malaysia, Lana Nordin telah pergi ke bandar Bangkok untuk tujuan membuat pembedahan hidungnya. Tidak dipastikan lah nak bedah nak kasih kecik atau besar, cantik atau huduh, ada atau tiada. Ngeh3. Apa-apa pun pembedahan seperti ini tidak digalakkan dalam Islam kerana mengubah ciptaan Allah SWT.

Anak Rich dan Velvet

Sudah lama kian menyepi tanpa khbar berita kedua-dua pasangan suami artis dari Akademi Fantasia kini tampil dengan wajah yang cukup gembira dan lebar riang. Apa tidaknya lagu Rich berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 2009. Memang bertuah sunggu pasangan ini ditambah dengan kehadiran baby comel itu. Menaikkan dan menambahkan semangat si ayah untuk terus berjaya. Akhirnya kita lihat nanti di Final Anugerah Juara Lagu 2009.

Farah Liyana Pelakon Awan Dania 2

Memang ramai tidak mengenali siapakah dia Farah Liyana Suradi. Dia ni adalah pelakon untuk drama Awan Dania musim ke-2 dengan memegang watak sebagai Yasmin. Memang orangnya cukup bergaya dan seksi. Buktinya ada gambarnya di bawah. Diambil dari Facebook Farah sendiri menampakkan gaya seperti seorang model yang berbakat. Namun beginikah wajah pelakon baru yang mula-mula berjinak dalam dunia seni. Awal-awal lagi dah enjoy nampak? ngeh3.

</span>

Mawi dapat RM320 untuk 4 tahun

Ahad, 22 November 2009

Kesihan Mawi. Penulis pun tumpang simpati juga lah dengan nasib Mawi ni. Tidak setimpal dan berbaloi atas populariti Mawi selama ini dengan hanya di bayar RM320 untuk 4 tahun. Memang tak kenang budi langsung syarikat berkenaan dengan membayar wang berkenaan sebagai royalti terhadap persembahan Mawi yang mengaut keuntungan beriban-riban. Baca lanjut di bawah ini.

Waheeda Latih anak Menyanyi

Penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy akan terlibat dalam sebuah program realiti yang berunsurkan keagamaan pada tahun hadapan. Tambah Akhil yang berumur 40 tahun itu, pihak ASTRO akan merujuk dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menghasilkan program ini. Dalam mendidik anak-anaknya pula, Akhil akan sentiasa menitikberatkan hubungan diantara mereka.

“Saya tidak percaya dengan keadah merotan, kerana itu menyalahi tuntutan agama Islam. Anak-anak boleh diberi amaran tetapi janganlah merotan sehingga mencederakan mereka. Saya lebih rapat dengan anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka bagaikan seorang sahabat,” ujar Akhil.
Selain itu, Akhil juga berkata Waheeda akan melatih salah seorang daripada anak lelakinya untuk menyanyi dan mengeluarkan album yang berjudul ‘Zikirallah.’

“Sebenarnya Waheeda sepatutnya menyanyi dalam album ini. Oleh kerana isteri saya itu telah berundur dari dunia seni, dia akan melatih salah seorang daripada anak lelaki kami untuk menyanyi.
Dalam pada itu, Akhil juga mengakui isteri barunya itu jarang masak di rumah dan beliau sering membawa keluarganya bersama apabila menghadiri sebarang majlis atau ceramah. Akhiri Akhil, isterinya suka membuat sarapan pagi ala-barat seperti sosej dan telur dadar untuk mereka sekeluarga.

Sharifah Sofea Bertudung

Sharifah Sofea yang sudah dihijab kabulkan pertengahan bulan Oktober 2009 yang lalu kini tampil dengan gaya penampilan bertudung. Ini dibuktikan lagi dengan kemunculannya pada Telemovie bersempena Hari Raya Haji pada 27 November ini di TV2. Selain Sharifah Sofea, drama Sekudus Doa Arisa juga menampilkan lakonan berkesan Esma Daniel, Norwati Sadali dan Kismah Johar. Jadi ini adalah penampilan pertama Sharifah selepas bergelar isteri.

Parti Hari Jadi Azza Elite

Sabtu, 21 November 2009

Sudah lama artis dan kumpulan Elite tidak menampakkan bayang, walaupun masing-masing sudah membuat kerjaya tersendiri. Azza di antara yang masih menampakan bayang, dengan terbaru daripadanya adalah parti hari jadi nya yang ke-? di salah sebuah pub di ibu negara. Tidak tahu mengapa lokasi sebegitu menjadi pilihan di hatinya. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan tempat berkenaan kot.


Faizal Tahir Muntah Darah

Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara. Faizal kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.

"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah" kata Edris.

Mak Cik Gembira Dapat Autograf Nasha

Iskh-iskh sungguh terharu melihat seorang mak cik begitu gembira dan teruja mendapatkan tandatangan (autograf) artis popular, Nasha Aziz. Mak cik berkenaan terserempak dengan Nasha Aziz di kedai menjual alat kecantikan. Mungkin Mak Cik ni sudah lama meminati Nasha Aziz dengan melihat penampilannya di kaca TV sahaja dan sekarang baru dapat melihatnya dengan dekat. Lepas ni, kena gantunglah autograf Nasha Aziz di dinding rumah mak cik erk. Ngeh3.

Ayu OIAM sudah Beranak?

Penyanyi finalist OIAM, Ayu yang berasal dari Sabah telah digossipkan oleh segelintir pihak yang tidak berwajib dengan mengatakan bahawa Ayu telah melahirkan seorang bayi. Bayi berkenaan adalah hasil daripada hubungann luar nikahnya dengan seorang pekerja restoran yang tidak tahu lokasinya dimana. Cerita ini belum lagi ada kepastian dan kesahihan dari Ayu sendiri lagi. Semoga ianya tidak benar.

Penyanyi Malaysia Ditangkap Mencuri

Jumaat, 20 November 2009

Seorang penyanyi rock popular Malaysia dalam lingkungan usia awal 30-an tahun telah ditahan pihak polis di sini semalam setelah dikatakan mencuri telefon bimbit milik seorang artis Singapura. Telefon bimbit terpakai yang lesap itu yang berjenama Samsung dan dibeli pada harga $280 dipercayai dilarikan penyanyi itu dari rumah artis Singapura berkenaan pada pagi Jumaat lalu.

Polis mengesahkan pihaknya menerima panggilan sekitar 12.15 tengah hari mengenai kes curi yang melibatkan penyanyi itu di Lorong 24 Geylang. Menurut pelakon bebas Singapura yang berusia 26 tahun itu, penyanyi rok itu tiba di Singapura dan menginap di rumahnya sejak 3 November lalu.

Pada sekitar 8 pagi 14 November lalu beliau mendapati penyanyi Malaysia itu telah menghilangkan diri dan telefon bimbitnya itu turut hilang. Usaha artis Singapura itu menghubungi telefon bimbitnya serta penyanyi itu tidak membuahkan hasil.
'Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya. Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya,' ujarnya.
Artis Singapura itu pula mendapat tahu penyanyi itu akan ke Sims Lane untuk mengambil barangnya dan terserempak dengannya pada sekitar 11 pagi. Beliau mengekori penyanyi itu hingga ke Lorong 24 Geylang, dan dengan bantuan rakannya, memaksanya masuk ke dalam kereta rakannya itu. Mereka menghubungi polis.
'Di dalam kereta, dia merayu kepada saya supaya melepaskannya. Katanya dia perlukan wang kerana bekas isteri dan anaknya sakit,' kata pelakon Singapura itu lagi.
Menurutnya, penyanyi itu dikatakan merancang mengeluarkan album di bawah kontrak dengan syarikat rakaman setempat tetapi menghadapi masalah untuk menerbitkannya.Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.

Kumpulan Artis Berparti

Ramai juga yang menghadiri majlis parti yang diadakan ni. Terutama pelakon-pelakon hebat dan mantap di layar seni, termasuk juga pelakon-pelakon vateran dan juga yang baru. Memang suasan parti langsung bila dilihatkan. Sudah lah membuat parti, pakaian pula seksi seksi. Siap minuman ker** menjadi juadah pembuka selera. Iskh3.. apa nak jadi da..

Eja Janji Perkenalkan Anak

Dari dahulu lagi, Eja memang misteri orangnya dan ini tidak terkecuali tentang anak kandungnya sendiri, Nur Eishal. Di temui pihak media di majlis perasmian Islamic Fashion Festival (IFF) yang berlangsung di JW Mariott Hotel, KL baru-baru ini, Eja masih belum mahu imej anaknya di’rakam. Apabila di tanya mengenai bila Eja akan perkenalkan Nur Eishal oleh media, ini jawab Eja..

“Eja faham diluar sana ramai tertanya-tanya bila Eja akan memperkenalkan anak Eja. Banyak perkara perlu difikirkan. Keadaan dan masa yang tidak mengizinkan, tambahan pula Eja bersalin tiga minggu lebih awal dari jangkaan”
Nur Eishal yang membawa maksud ‘cahaya bunga syurga’ merupakan anak pertama hasil perkahwinan Eja yang di’rahsiakan lebih 10 tahun. Eja yang kini di ikat sebagai duta Bio-Essence selama dua tahun kini mengakui tidak lagi pentingkan kerjaya kerana sudah bergelar ibu. Bercakap tentang Nur Eishal, Eja mengakui satu sifat yang diikut oleh anak kecil itu adalah kegemaran akan warna merah.

Zahida Rafik Pakai Tudung

Setelah sekian lama melihat Artis Zahida Rafik tanpa memakai tudung dan berpakaian seksi seksa kini tidak disangka-sangka dia telah memakai tudung. Atas tujuan apa, yang itu penulis tidak di beritahu. Mungkin untuk majlis yang dihadirinya ketika itu kot. Tapi apa-apa pun penampilan Zahida Rafik memakai tudung bukan sesuatu yang baru dan mengemparkan, cuma perubahan yang dilakukan amat pantas. (mencari 'perhatian'?)

Datuk K kini Lebih Macho?

Khamis, 19 November 2009

Apa yang machonya di sini, cuba anda fikirkan. Memang tiada apa yang besar berlaku pada Datuk K cuma Datuk K kini menyimpan janggutnya sampi di paras mulut. Wah memang dah menjadi kekuatan lelaki dengan adanya janggut berkenaan. Pada masa yang sama juga, majlis yang di hadiri (gambar dibawah), Siti Nurhaliza adalah majlis untuk makan malam mengutip dana untuk Yayasan Universiti Multimedia (YMU) dan majlis ini berjaya. Dan berjaya mengutip lebih daripada RM200,000.

Gambar Maria Farida

Pelakon yang terkenal dengan kejelitaan dan juga keayuannya kini muncul kembali dengan senyuman yang mengoda. Siapa tidak kenal dengan Maria, pernah digelar juga pelakon seksi suatu masa dahulu. Maria Farida juga sudah lama menjanda hampir nak dekat 10 tahun dah. Memang suatu tempoh masa yang agak lama. Diharap Maria bertemulah dengan jodoh yang secocok selepas ini.

Azwan Ali Penyokong Dr Asri

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin juga mempunyai peminatnya yang tidak kurang hebat pengaruhnya, Azwan Ali. Perubahan yang dilakukan oleh Azwan Ali sememangnya menampakkan semangat kepolitikan dan keagamaannya. Dr. Asri yang merupakan simbol ikon kepada penceramah yang bermutu pernah di tangkap beberapa bulan yang lepas atas dasar tutszz. Turut bersama juga adalah bekas menteri besar Perlis, Shahidan Mohd Kassim.

Kekasih Baru Nora Danish?

Isu mama janda anak satu, Nora Danish masih lagi belum reda. Selepas isunya dengan Fasha Sandha melanda beberapa hari yang lalu kini ada lagi gossip terbaru mengenainya. Ada pihak mendakwa Nora sudah mempunyai kekasih baru yang telah dibuktikan melalui gambar dibawah diambil pada bulan November ini. Tapi bagi penulis, seperti bukan Nora Danish sahaja, tak kan dia mahu makan di warung macam ni. Ngeh3.


Tudung Bunga Telur Siti Nurhaliza

Rabu, 18 November 2009

Unik dan menarik tudung yang dipakai oleh Siti Nurhaliza kali ini. Berbentuk seperti bunga telur di majlis perkahwinan dengan disertakan pemakaian gaun berwarna ungu. Siti mempergayakannya sempena Konsert Seribu Warna yang diadakan pada 14 atau 15 November yang lalu hasil kerjasama bersama M. Nasir. Kira-kira 9,000 orang dan Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain dan juga Faizal Tahir.

AC Mizal Buka Kedai di New York

Perniagaan gelang berkuasa magnet diusahakan pengacara dan pelakon popular AC Mizal semakin berkembang, malah ia kini sudah mula dipasarkan ke luar negara. Baru-baru ini, dia sempat bertanya khabar dan bercerita mengenai perkembangan terbaru pengacara rancangan Akadami Fantasia dan Ac Sempoi itu. Jelas AC, dia dan rakan kongsi niaganya kini sibuk menguruskan kedai mereka yang sudah dibuka di New York, Amerika Syarikat. Mendengarkan cerita AC itu, peminat pun ramailah tumpang bangga kerana bukan mudah untuk anak tempatan memulakan perniagaan di negeri yang turut popular dengan gelaran Big Apple itu.

kata AC pada peringkat awal, kedai yang dibuka itu hanyalah kecil dan dijadikan bahan pameran, lagi pun mereka bercadang mahu menjadikan ia sebagai tempat persinggahan sebelum memasarkan gelang dihasilkan itu ke Eropah. Bagaimanapun dia tidak menyangka apabila gelang yang dihasilkan dalam pelbagai corak itu digemari masyarakat di sana.

Sambutan hangat itu juga jelas AC bertitik tolak daripada gaya hidup orang di New York yang memang menitikberatkan hal berkaitan kesihatan. Apabila mengetahui gelang dipasarkan itu mampu membantu melancarkan perjalanan darah ia terus menjadi perhatian. Jelas AC lagi, dia tidak menyangka dalam tempoh singkat perniagaannya itu sudah membuahkan hasil lumayan dan kini mereka sedang merangka untuk membuka lagi beberapa cawangan di negeri utama seperti di Florida, Miami dan Los Angeles.