Pada:
Rabu, 18 November 2009
kata AC pada peringkat awal, kedai yang dibuka itu hanyalah kecil dan dijadikan bahan pameran, lagi pun mereka bercadang mahu menjadikan ia sebagai tempat persinggahan sebelum memasarkan gelang dihasilkan itu ke Eropah. Bagaimanapun dia tidak menyangka apabila gelang yang dihasilkan dalam pelbagai corak itu digemari masyarakat di sana.
Sambutan hangat itu juga jelas AC bertitik tolak daripada gaya hidup orang di New York yang memang menitikberatkan hal berkaitan kesihatan. Apabila mengetahui gelang dipasarkan itu mampu membantu melancarkan perjalanan darah ia terus menjadi perhatian. Jelas AC lagi, dia tidak menyangka dalam tempoh singkat perniagaannya itu sudah membuahkan hasil lumayan dan kini mereka sedang merangka untuk membuka lagi beberapa cawangan di negeri utama seperti di Florida, Miami dan Los Angeles.
Tag : AC Mizal , Berita Artis , New York , Perniagaan

