Pada:
Isnin, 23 November 2009
Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 50, selaku defendan juga dituntut mengembalikan wang RM480,000 yang dikeluarkan Sosilawati untuk menyelesaikan pinjaman bank dan bayaran berkaitan ke atas rumah di Seksyen 7, Shah Alam. Tuntutan wang dan modal lebih RM1 juta yang pernah dikeluarkan usahawan wanita itu terhadap bekas suaminya dibuat melalui firma guaman syarie, Zaidi Zain & Associates. Kes terbabit ditetapkan untuk majlis sulh iaitu perbicaraan dalam kamar pada 10 Disember depan.
Sosilawati, 46, plaintif dalam kes ini, turut memohon mahkamah mendapatkan perintah supaya harta yang membabitkan ASB, ASW 2020, Saham Public Mutual Berhad dan rumah terbabit sebagai harta sepencarian. Peguam plaintif, Datuk Zaidi Zain, berkata menerusi tuntutan itu, plaintif juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah dua pertiga daripada apa-apa keuntungan, bonus dan dividen saham dan hartanah terbabit diberikan kepada plaintif, manakala satu pertiga diberikan kepada defendan.
Tag : Berita Artis , Lefthanded , Mahkamah , Nash

