Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Saleha dan tunang akan berkahwin pada...

Jumaat, 13 Januari 2017


Pelakon Siti Saleha bakal menamat zaman bujang tidak lama lagi. Dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar, 31, selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Bagaimanapun, buat masa ini dia dan Lutfi masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

"Insya-Allah saya akan berkahwin pada tahun ini iaitu selepas raya Aidilfitri tapi belum ada tarikh yang tepat lagi buat masa ini.

"Sebenarnya saya tidak mahu terlalu merancang dan setakat ini belum beli apa-apa lagi. Tema untuk majlis pun saya belum ada, masih mencari-cari. Cuma akan ada beberapa majlis yang kami akan adakan," ujarnya kepada mStar Online.

Penampilan terbaru Atikah Suhaime berambut pendek (4 gambar)

Tampil dengan imej baru, pelakon Atikah Suhaime berambut pendek paras bahu dengan bentuk badan lebih langsing.

Nad Zainal tunaikan permintaan suami selepas berkahwin...

Pelakon Nad Zainal mengakui selepas berkahwin dengan Muhamad Faliq, dia disuruh menunaikan permintaan suaminya itu untuk menjaga kecantikan wajahnya.

"Saya membuang sifat malas untuk bersiap dan mengamalkan pengambilan Audela setiap hari. Malah, saya tidak akan memakai solekan tebal sekiranya tidak bekerja. Paling penting ialah penggunaan pelindung matahari untuk menjaga kulit.

"Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin semakin baik dan paling penting saya kini lebih feminin, terutamanya dari segi penampilan dan imej. Saya semakin mudah bangun pagi dengan rutin sebagai isteri dan ibu.

"Anak kami, Fahad, juga mudah dijaga dan tidak memberi masalah. Paling penting, dia boleh tidur dalam keadaan bising, mungkin kerana sejak lahir jiran ubah suai rumah, jadi dia sendiri sudah lali," katanya kepada BH.

Syamsul tak teruja timang anak sulung TAPI..

Khamis, 12 Januari 2017

Syamsul yang kini menunggu kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana pada April depan memberitahu tidak mahu terlalu berasa teruja.

Katanya, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

Mahu berkahwin, Elfira mahu cari kekasih hati


Elfira Loy memberitahu diri sentiasa bersedia menjalinkan hubungan cinta dan berumah tangga, namun belum mempunyai lelaki yang sesuai.

Elfira mengakui kebanyakan lelaki yang cuba mendekati tidak berjaya membuka pintu hatinya untuk dijadikan sebagai teman istimewa.

"Saya sentiasa bersedia untuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang sesuai dan benar-benar serius untuk ke arah itu.

"Pada saya kalau lelaki itu betul-betul serius inginkan saya, mereka boleh terus masuk meminang kerana saya bukan seorang yang suka bercinta-cinta," ujarnya kepada mStar Online

Nikah diadakan secara kecil-kecilan! Nora-Nedim


Nora Danish memberitahu tiada sebarang majlis besar-besaran untuk meraikan perkahwinan dia dengan Nedim Nazri, sebaliknya ia sekadar akad nikah di rumah sahaja.

Nora berkata, dia tidak akan membuat sebarang sidang media untuk menguar-uarkan tentang perkahwinan mereka kepada umum.

"Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran.

"Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran," ujarnya kepada mStar Online.

Percutian Eina Azman & keluarga ke Eropah (17 gambar)

Sekitar harijadi ke-38 Siti Nurhaliza (18 gambar)

Kekasih Fadlan Hazim yang cantik sangat (7 gambar)

Rabu, 11 Januari 2017

Dengar khabar yang pelakon drama Papa Ricky, Fadlan Hazim sudah menghebahkan siapa kekasih hatinya. Kekasihnya itu dikenali sebagai Julie Ann Kang juga seorang model terkenal.

Dalam pada itu juga, pasangan Fadlan dan Julie dikatakan sudah menyulam cinta sejak dua tahun yang lalu. -MediaHiburan

"Pinang saya cepat-cepat" - Rita Rudaini


Baru-baru ini Rita Rudaini ada memuatnaik video berdurasi 5 saat dengan ayat seperti ini, "Siapa nak pinang saya? Cepat-cepat, siapa cepat dia dapat,"

Video berkenaan menjadi viral di pelbagai media sosial dan ianya amat menyedihkan Rita sendiri.

Sekitar majlis babyshower Adira AF (24 gambar)


Bakal bersalin anak sulungya bersama suami, Datuk Red sekitar bulan Mac depan, penyanyi Adira dikejutkan oleh kelab peminatnya apabila mereka menganjurkan majlis baby shower khas buat Adira pada petang Ahad minggu lalu, di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Sambutan harijadi Anzalna Nasir di Paris (10 gambar)

Selasa, 10 Januari 2017

Inilah tarikh perkahwinan Sharnaaz, Nabila

Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati, Noor Nabila Mohd. Nor yang juga kakak kepada Neelofa pada 31 Mac 2017.

Terdahulu, Sharnaaz menghantar rombongan merisik Nabila pada 18 Disember lalu.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan di kediaman Nabila di sini yang dijadualkan pada sebelah malam. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 2 April di sebuah hotel di sini. Manakala majlis bertandang akan berlangsung pada 16 April di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, pasangan yang sudah hampir dua tahun bercinta ini merahsiakan nilai mas kahwin serta jumlah wang hantaran. -Utusan

Lagu dari Fattah Amin, Wajib Dengar!

Siti Nurhaliza marah dengan iklan seks ini, mahu saman!

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar. -sumber Cari Forum

Hubungan Fattah-Neelofa kini semakin pulih?

Ramai yang mengetahui hubungan Fattah Amin dan Neelofa renggang diakibatkan oleh pihak ke-3 yang tak diketahhui kebenarannya. Memetik akhbar Mingguan Malaysia di slot Pancaindera hujung minggu lalu, hubungan Fattah dan Neelofa sudah kembali pulih. Khabarnya, Fattah lah yang berusaha untuk memujuk hati Neelofa dan meneruskan kisah mereka ke arah yang lebih baik.

Dilabel sebagai 'kaki menunjuk', ini jawapan Aliff Syukri..

Isnin, 9 Januari 2017

Ramai yang mengkritik dan dikecam sikap Datuk Aliff Syukri kerap memuatnaik pelbagai gambar dan video hasil perniagaannya di laman sosial sebagai tanda munjuk-nunjuk.

Terbaharu, Aliff ada berkongsi sebuah video meluahkan rasa tidak puas hatinya dan kecewanya terhadap tuduhan segelintir pihak seperti itu

Sementara itu, Aliff memaklumkan bulan Mac depan, dia memperuntukkan RM250,000 kepada sesiapa yang memerlukan seperti fakir miskin dan golongan kurang upaya

Sekitar majlis akikah anak bongsu Sharifah Shahirah (75 gambar)


Sabtu lalu, Sharifah Shahirah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul Adeena di rumah kelab Sunway Montana, Desa Melawati. Anak bongsunya itu dilahirkan pada November lalu. -gambar Ig ShieraIjoy

Fasha Sandha berjaya turun berat badan 5kg!


Fasha Sandha berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak lima kilogram hanya dalam masa tiga minggu bagi menjayakan peranannya menerusi filem terbaharu berjudul Badang.

Fasha, 33, berkata, dia perlu mengurangkan berat badannya kepada bentuk ideal memandangkan dia perlu mengenakan sut mengikut bentuk tubuh selain ingin melakukan aksi lasak dalam filem berkenaan.

"Alhamdulillah dalam masa tiga minggu saya berjaya mengurangkan berat badan hampir lima kilogram dan kini mendapat berat ideal iaitu 59 kilogram.

"Saya perlu pakai sut ala 'cat woman' dalam filem itu jadi saya perlu kurangkan berat badan tambahan pula ada aksi lasak yang perlu saya jayakan.

"Dalam saya mengurangkan berat badan dapat juga menambahkan stamina ketika berlakon aksi lasak itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Zoey Rahman tiada duit untuk bayar khidmat desinger poster?

Memetik portal forum Cari, penyanyi Zoey Rahman dikatakan tidak membayar seorang designer mengenai permintaannya membuat beberapa poster. Beberapa chat yang dikatakan dari Zoey tidak dibalas olehnya setelah beberapa hari membuat permintaan.

Adakah tiada duit untuk menjelaskannya ketika itu atau sibuk dengan kerjayanya sehingga lupa untuk membayar? hanya Zoey tahu jawapannya..

Sekitar perkahwinan Farah Asyikin (11 gambar HD)


Dengan sekali lafaz, Farah Asyikin Zulkifli, 37, sah menjadi isteri kepada pengurus sebuah syarikat minyak dan gas, Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51, kira-kira jam 11.57 pagi Sabtu lalu. Majlis berkenaan dilangsungkan di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara yang dihadiri 500 tetamu.

Selain menerima mas kahwin RM80, Farah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin lelaki manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ia merupakan perkahwinan ketiga Farah, manakala yang kedua buat suaminya. Hasil perkahwinan keduanya, Farah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, manakala Raja Iskandar mempunyai tiga anak.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya mengenali suami sejak setahun lalu dan pada Mac lalu, dia melamar saya.

“Suami sempat mengenali arwah bapa yang meninggal dunia pada bulan dia melamar saya dan hubungan kami direstui keluarga. Arwah bapa dan keluarga begitu menyayanginya," katanya kepada Berita Harian.
Farah mengenali suaminya ketika terbabit dalam kerja amal bersama Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan program kemanusiaan. -gambar Facebook Farah Asyikin

Sekitar perkahwinan Ainan Tasneem (15 gambar HD)

Sabtu, 7 Januari 2017


Ainan Tasneem Redzuan sah bergelar sebagai isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi dengan hanya sekali lafaz pada pukul 5.55 petang Jumaat, semalam.

Pada majlis tersebut Ainan, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh hantaran kepada pihak lelaki . Bagaimanapun pasangan tersebut merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ainan selamat dinikahkan oleh jurunikah Adib Mahyuz, yang berwalikan bapanya, Dr. Ridzuan Mohd. Sagir dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah , Shah Alam, Selangor. -sumber MyNewsHub | gambar IG Ainan Tasneem