Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Bercinta dengan Fattah Amin, ini komen Mira Filzah
Pelakon Mira Filzah menyifatkan dakwaan mengaitkannya sebagai punca aktor Fattah Amin dan bekas teman wanitanya, Sherry Ibrahim berpisah sebagai gosip yang tidak mempunyai asas.
Sebaliknya Mira menegaskan yang dia tidak mengenali rapat pelakon itu dan hubungan mereka hanya sekadar rakan artis.
Sebaliknya Mira menegaskan yang dia tidak mengenali rapat pelakon itu dan hubungan mereka hanya sekadar rakan artis.
"Tidak benar dakwaan berkenaan kerana kami bukannya rapat seperti disangkakan sesetengah pihak.
"Hubungan yang wujud di antara kami hanya sekadar teman artis sahaja, tidak lebih daripada itu,
"Kalau dikutkan ada beberapa yang dikaitkan dengan saya tetapi gosip itu berlalu begitu sahaja.
"Walaupun tiada apa-apa berlaku di antara kami tetapi orang tetap kaitkan kerana mungkin status saya yang masih solo." katanya kepada mStar Online.
Elfira Roy suruh diam, tapi nak bimbingan kepada Uqasha
Pelakon Elfira Roy tampil mempertahankan rakan artis, Uqasha Senrose yang nampaknya masih lagi menerima kecaman netizen lantaran keputusannya tidak lagi mengenakan tudung baru-baru ini.
“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam.
“Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.
“Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini," ujarnya yang mengharapkan masyarakat memberikan bimbingan dan bukan kecaman sahaja.
Gandingan mantap Jasmin Hamid, Fasha Sandha (30 gambar)
Drama Lara Aishah ala latin yang diamik dari telenovela Mexico, La Cobasaluran bakal ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD pada jam 6 petang dan ulangan pada jam 12 malam.
Drama 100 episod ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. -gambar Beautifulnara

Emma, Kamal dah berbaik? jalan sedondon..
Gosip ketegangan hubungan cinta Emma Maembong dengan Kamal Adli rasanya tidak begitu indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya memang cukup akrab, dan kemungkinan sudah berbaik semula.
Ini dapat dilihat apabila mereka bersama-sama ketika hadir untuk Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 hujung minggu lalu.
Ini dapat dilihat apabila mereka bersama-sama ketika hadir untuk Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 hujung minggu lalu.
"Kami berjalan berdua di FFM28 selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami.Dan ini pula komen Emma
"Apa yang saya boleh katakan, saya dan Emma masih berbaik dan doakan yang terbaik buat kami,"
"Apa yang terjadi sebelum ini salah saya juga. Beri kami ruang dan masa. Apa yang penting, sekarang saya belajar jadi lebih 'sweet'. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali," ujar Kamal.
"Saya dan Kamal tidak pernah bergaduh. Apa yang berlaku tidaklah terlalu serius dan saya juga enggan bercerita lebih-lebih.
"Kami berjalan bersama (di FFM28) pun kerana dia (Kamal) bertanya pada saya mengenai perkara itu, dan saya OK saja," kata Emma memetik BH Online
Sebab mengapa Fara Fauzana batalkan pernikahan 17 Sept ini?
Hasrat personaliti televisyen iaitu Fara Fauzana untuk berkahwin pada 17 September ini tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan.
Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.
Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.
“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," katanya
“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.
Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
“Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.
“Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online .
Remy ishak diugut bunuh oleh seorang wanita?
Disebabkan enggan mahu berjumpa seorang wanita berstatus vip, Remy Ishak telah meneriaugutan bunuh wanita berkenaan. Remy menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali yang kemungkinan menjadi orang suruhan wanita vip berkenaan.
Namun sumber itu mengatakan Remy telah membuat laporan Polis mengenai hail ini.
Namun sumber itu mengatakan Remy telah membuat laporan Polis mengenai hail ini.
“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan. Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya. Malah beliau juga pernah membuat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya kepada Projek MMO.
Inilah nama anak Misha Omar...
Misha Omar bersyukur akhirnya Muhammad Idris Ezzwa telah dibenarkan pulang ke rumah Jumaat lalu. Pun begitu, akuinya lagi, seminggu tanpa bayi disisinya memberikan pengalaman cukup mengujikan buat dirinya apabila bayi tersebut diletakkan dibawah pengawasan doktor.
“Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan apabila doktor memaklumkan perkembangan kesihatan Idris bertambah baik dan dibenarkan pulang. Biarpun mempunyai pengalaman membesarkan dua anak sebelum ini, namun banyak perkara baharu yang saya pelajari dan cuba fahami sejak kelahiran Idris. Saya bersyukur dipilih Allah untuk melalui pengalaman ini”
“Saya memahami ramai yang ingin bersama meraikan kegembiraan apabila mengetahui saya menimang bayi. Saya menganggapnya sebagai doa, malah begitu terharu apabila menerima ucapan tahniah daripada semua. Cuma untuk sementara waktu, doktor menasihatkan saya supaya tidak menerima tetamu sehingga Idris benar-benar sihat,” katanya kepada Berita Harian Online.
Asal usul nama 'Neelofa' yang korang tak tahu... (4 gambar)
Neelofa sudah sinonim namanya di persada seni dan popular dengan kerjaya sebagai pengacara, pelakon dan usahawan yang hebat bahkan terkenal. Sebut sahaja Neelofa, semua sudah mengenalinya. Wajah yang cantik menerusi keturunan kacukan oleh ibu ayah dan nenek moyangnya, sudah pasti wajah Neelofa sedap dipandang oleh sesiapa sahaja.
Namun, pasti ramai yang menyangka nama pengacara popular Neelofa hanya sekadar nama 'glamour' sedangkan memang nama sebenarnya ialah Noor Neelofa. Bakal Hajah Noor Neelofa. Untung badan!
Tapi pernah tak anda tertanya-tanya apa makna di sebalik nama Neelofa ini? Ikuti info yang dikongsi seorang lelaki yang terus menukar persepsinya terhadap nama Neelofa. Perkongsian oleh Nazril Laharadi atau dikenali sebagai Ajil dalam kalangan rakan-rakannya setelah mengetahui kisah ini ketika melawat Turki baru-baru ini. -Forum Cari

Ada lelaki nak jadikan Maya Karin sebagai kekasih hati.. Jeng2..
Maya Karin mendedahkan dirinya 'dilamar' seorang jejaka yang mahu menjadikannya teman istimewa.
"Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius.Maya tidak menolak andai dirinya dipertemukan dengan lelaki yang sesuai dengannya suatu hari nanti.
"Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan,"
"Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri," katanya memetik Bharian Online.
Selain khalwat, ini sebab Along ceraikan Zila..
Namun, antara salah satu punca Zila diceraikan oleh Along adalah kerana sikap Zila yang malas memasak dan tidak mendegar kata apabila Along menasihati beliau.
Pengakuan itu dibuat oleh Along di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.
Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama mengapa beliau mahu bercerai

Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak." -kata Along memetik Kosmo!
Kekasih hati Saida Tarudin?
Khamis, 1 September 2016
"Biasalah, dalam mana-mana perhubungan ada fasa turun dan naiknya. Ketika ikatan itu hampir terlerai, ia akhirnya dapat diselamatkan. Kami mengambil keputusan menyambung semula perhubungan.
"Saya tidak menafikan dia (Apit) antara lelaki yang rapat dan istimewa di hati saya. Kami juga sudah saling mengenali lebih empat tahun lamanya Begitupun, dalam soal perkahwinan, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan," katanya kepada BharianOnline
Akibat langgar pantang, ini terjadi kepada Yana Samsudin
Gara-gara melanggar pantang, Yana Samsudin memberitahu dia mengalami bentan ketika dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu.
Yana berkata, perkara tersebut terjadi selepas secara tidak sengaja dia melanggar pantang dengan memakan makanan sejuk yang tidak sesuai dengan ketahanan badannya.
Yana berkata, perkara tersebut terjadi selepas secara tidak sengaja dia melanggar pantang dengan memakan makanan sejuk yang tidak sesuai dengan ketahanan badannya.
"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka.
"Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan.
"Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam, walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga," ujarnya kepada mStar Online
'selepas bekahwin, saya akan menutup aurat ' - Uqasha Senrose
Setelah diasak pelbagai kritikan, kecaman dan komen negatif dari banyak pihak akibat tindakannya membuka tudung, Uqasha Senrose akhirnya tampil membuat kenyataan kepada media mengenai keputusannya membuka tudung.
Dan pastinya ini komen dia yang mengejutkan yang korang bakal baca. Tapi soal bertudung ni sepatutnya, Uqasha boleh rujuk dengan Ustazah atau pakar motivasi untuk membuat keputusan yang lebih baik, tak gitu?

Adik Uqasha - Cermin dulu sebelum mengata orang lain (isu buka tudung)
Keputusan Uqasha Senrose membuka tudung setelah 2 tahun memakainya sangat dimarahi oleh semua orang bahkan tak kurang juga yang mengkritikanya dilaman sosial.
Bagi adik beliau, Raysha Rizrose, dia mempertahankan keputusan kakaknya itu di laman sosial. Dengan menyatakan bahawa orang ramai sepatutnya mencerminkan diri dahulu sebelum mengata orang lain (Uqasha).
Teman baik artis Uqasha juga tampil membuat pembelaan keatas Uqasha seperti Elfira Loy dimana Elfira menasihati orang ramai supaya tidak terus mengutuk tindakan Uqasha tetapi lebih kepada memberi bimbingan dan tunjukkan kebaikan seorang wanita yang bertudung supaya beliau terbuka hati untuk bertudung kembali.