Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nabila selamat berkahwin kali ke-2 dengan..

Jumaat, 25 Disember 2015

Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd Izwan Johar dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi pada Jumaat di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah.

Mohd Izwan, 32 menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya, Nabila, 31, turut memberi tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki.
"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan seperti mana pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan kekal sehingga akhir hayat," kata Nabila.
Sementara itu, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada malam Sabtu di kediaman pihak lelaki di Shah Alam. -mStar

Inilah dia tunang Sheila Abdull (2 gambar)

Rabu, 23 Disember 2015

Penyanyi Sheila Abdull, 27, selamat melangsungkan pertunangan dengan anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir, 26, pada 20 Disember lalu di Taman Ihsan Jaya, Johor Bahru.

Sekitar Hari Jadi Dato AC Mizal yang mengejutkan (10 gambar)

Inilah sebabnya kenapa Adira kahwin dan sanggup menjadi madu...

Adira mengakui yang dia sudah berkahwin dan menjadi isteri ke-2 kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 37 di Songkhla, Thailand awal bulan Disember.

Mereka bernikah disana kerana atas sebab kesukaran urusan dokumentasi di negara ini memetik portal Utusan.

Izreen Azminda, Sherry Ibrahim kemalangan, keadaan mereka kini...


Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim ditimpa kemalanganIzreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi semalam. Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Sekitar Pernikahan Hazlin Hussain, Mir Abdul Malek Raiyani (70 gambar HD)

Syamsul Yusof Masih Tersenyum Walaupun Hampir Terbakar

Selasa, 22 Disember 2015

Kakak Sona One - Liyana Lozac'h (12 gambar)

Sekitar sambutan hari jadi Dafi (58 gambar)

Baru-baru ini berlangsung satu sambutan hari jadi ke-27 buat penyanyi Dafi pada 15 Disember yang lalu. Tema hari jadi Dafi adalah ala-ala Bollywood. Peminat Bollywood juga Dafi ni kan. -Video mStar

Inilah dia tunang Angah Raja Lawak (5 gambar)

Setelah Tauke Jambu bertunang dan Syuk juga sudah bernikah, kini seangkatan dengan mereka di pentas Raja Lawak, Angah bakal mendirikan rumahtangga pada 19 Febrauari 2016 akan datang di Melaka.
Gadis pilihannya itu juga merupakan masih lagi belajar di UiTM Lendu, Melaka

Punca putus cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim..


Status Hubungan Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza Akhirnya Terjawab
Fathia Latiff, 28, mengesahkan hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Ridza, 26, sudah berakhir dua minggu lalu. Biarpun mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, aktres itu menjelaskan dia reda dengan ketentuan Tuhan.

Anak dan baby bump Liyana Jasmay terkini (20 gambar)

Isnin, 21 Disember 2015

gambar anak Liyana Jasmay, Sofia Arissa dan bakal adiknya yang masih dalam lagi perut.

Suara serak Faradhiya akibat sihir?

Nampaknya suara naib juara Gegar Vaganza 2 (GV2)  iaitu Farahdhiya masih lagi tak sembuh dari suara seraknya. Kalau dulu, kerana suara serak Farah buatkan dia hampir-hampir mahu tarik diri dari GV2. Sehingga dah tamat GV2 pun suaranya masih tak sembuh.

Bila ditanya penyakit sebenar yang dialami Farah, dia sendiri tidak tahu dan menggelangkan kepalanya.

Neelofa kini isteri ke-3 bekas menteri?

Pelakon dan pengacara popular Neelofa, 26, menafikan dakwaan kononnya dia kini menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri. Tambahan lagi, Neelofa menegaskan yang khabar angin yang tersebar itu adalah tidak benar sama sekali.

Neelofa memberikan penjelasan menerusi akaun Instagramnya semalam bagi menghentikan spekulasi mengenai dakwaan itu.
“Ini semua sangat mengarut sama sekali,

“Tiada alasan untuk saya menyembunyikan perkahwinan. Jika berkahwin, saya memang mahu meraikannya bersama semua orang yang selama ini menyokong dan menyayangi saya,”

Sekitar resepsi Mila AF (73 gambar)

Majlis Persandingan Juara Akademi Fantasia Kelima (AF5), Norsyarmilla Jirin bersama pasangan, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, berlangsung penuh meriah di Dewan Mutiara Hotel TH, tengah hari semalam.

Majlis itu dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk sanak saudara, kenalan dan peminat yang tiba seawal jam 10 pagi untuk menyaksikan pasangan pengantin. Mila, 28, dan suami, Ahmad Ailis, 36, yang tiba di dewan kira-kira jam 2 petang menaiki kereta mewah, disambut paluan kompang dan penari kebudayaan Seri Lembayung Sari.

Pasangan itu sebelum ini diijabkabulkan di Kuala Lumpur 11 November lalu. Ahmad Ailis menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,001 berserta wang hantaran RM23,128.70 dengan pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. -Bharian | gambar Instagram Mila_jirin

Syuk selamat menjadi suami (3 gambar)

Tahniah pelawak, Syuk dan pasangan melangsungkan perkahwinan hari ini. Lokasi di Kg Ulu Sapi Beluran Sandakan, Sabah.

Hanis Zalikha disahkan hamil anak sulung (5 gambar)

Ahad, 20 Disember 2015

Tahniah kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha kerana bakal menimang cahaya mata dan sekaligus menjadi ayah dan ibu.

Berita gembira itu dikongsikan mereka melalui laman Instagram Hairul.

Sesi photo studio anak Diana Danielle, Farid Kamil (7 gambar)

Comelnya anak kepada Diana Danielle dan juga Farid Kamil ini iaitu Nur Aurora. Mereka sekeluarga berkesempatan membuat sesi bergambar anak mereka itu disamping anak sulung, Muhammad.
“Assalamualaikum, Hello everyone! Let me introduce to you my lovely little daughter… Happy One Month old my darling Nur Aurora! You are our biggest blessing along with your brother Muhammad. I’m very lucky to have such a calm and happy baby. Syukur Ya Allah for my little family,” jelas Diana di Instagram.
Gambar - Camora Arts

Hubungan Erra Fazira, Shahir.. ini komen Erra..

Hubungan Erra Fazira dengan Shahir AF masih menjadi tanda tanya, dimana kedua-duanya sebelum ini enggan mengomen. Namun Erra tampil memberitahu mengenai hubungan mereka baru-baru ini melalui sisipan Harian Metro.

Rumahtangga Fatin Afeefa bergolak disebabkan ini? (3 gambar)

Sabtu, 19 Disember 2015

Bulan Jun tahun ini menyaksikan pelakon Fatin Afeefa telah selamat melahirkan anak sulungnya. Namun baru-baru ini tedengar khabar yang Fatin telah sakit hati dimana dia membaca mesej perbualan suaminya dengan wanita lain.

Fatin memuatnaik perbualan itu dilaman sosial instagram miliknya dimana perbualan itu dikatakan sedang merancang untuk berjumpa namun pertemuan dibatalkan kerana hari telah lewat dan juga turut ada sebentuk love emoticon.

Bagaimanapun, gambar tersebut sudah dipadam selepas beberapa jam.

Sekitar pernikahan Nad Zainal (50 gambar HD)

Sekitar malam berinai Nad Zainal (46 gambar)

Jumaat, 18 Disember 2015

Majlis malam berinai Nad Zainal baru-baru ini berlangsung dengan sederhana dan juga dimeriahkan dengan kehadiran seperti Nabila Huda, Marsha Milan, Anzalna, Siti Saleha, Sherry AlHadad, Jehan dan juga artis lain.
"Segala persiapan teramsuk dewan, makanan alhamdullilah setakat ini semuanya baik sahaja kerana diuruskan sendiri oleh kami tanpa ada menerima mana-mana tajaan. hanya pakaian dan solekan sahaja ditaja oleh Alha Alfa.


"Selainnya saya uruskan sendiri kerana percaya dengan kemampuan diri selain akan lebih berpuas hati," ujar seperti dipetik di akhbar Sinar Harian.
Pasangan ini akan bernikah pada 18 Disember selepas solat Jumaat di Bulit Jelutong,