Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pelakon Diari Ramadhan 2007 - Rafique (gambar)

Selasa, 23 Jun 2015


Wajah Terkini Pelakon Drama Diari Ramadhan Rafique
Drama Diari Ramadhan Rafique ini popular pada tahun 2007 dan pastinya anda masih ingat dengan wajah seorang budak yang berwajah kacukan mat saleh yang memegang watak Rafique ini.

Drama yang mengisahkan bagaimana Rafique pulang ke kampung dan cuba untuk berpuasa ini mendapat sambutan dan disukai ramai.

Dan ini wajah terkini Rafique.

Gambar anak terkini Darling Ngasri (19 gambar)

Anak Darling Ngasri, Nur Nashrullah Nur Azlin. -gambar Instagram DarlingNgasri

Tun Mahathir buat muka cute dengan cucu (video)

Agak mengejutkan apabila Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelagat lucunya dengan berteman cucu, Meera Alyanna Mukhriz dengan melakukan mimik muka yang cute.


Inikah kekasih Engku Emran (2 gambar)


Mengikuti laman sosial Instagram milik Engku Emran, ada yang pihak mendakwa gambar bersama Engku Aleesya ini adalah kekasih Engku Emran (paling kiri berbaju petak) bernama Adeena.

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran gosip ini, tapi jika melihat gambar Instagram Adeena sendiri, pastinya mereka kini ada menjalinkan hubungan istimewa.

Wan Maimunah sudah bercerai? (PANAS)

Menurut sumber daripada portal TV Selatan, Wan Maimunah didakwa kini sudah tidak lagi bersama suaminya atau bercerai, Makpol Saimon, sejak beberapa minggu lalu dan khabarnya sudah kembali ke Kuala Lumpur.

Namun belum ada pengesahan rasmi daripada Wan Maimunah sendiri kerana gagal dihubungi oleh portal berkenaan. Mengikut fakta, Makpol dan juga Wan Maimunah telah bernikah pada 14 Disember 2013 di sebuah hotel di Johor Bahru.

Harith Iskander waktu dia kecil (comel)

Isnin, 22 Jun 2015


Comelnya Harith Iskander waktu dia kecil, sama dengan anak dia yang sekarang ni juga iras-iras wajah dan keputihan kulitnya. Harith post gambar dia waktu kecil di laman Instagram untuk menyambut Hari Bapa semalam.

Fida Ibrahim terkini (8 gambar)

-gambar RotiKaya

Siti Nurhaliza timang cucu ke-2

Tahniah kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin dan Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa yang baru menimang cucu kedua semalam.Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Siti Nurhaliza di akauan Instagram miliknya.

Siti berkongsi fotonya sedang mendukung bayi iaitu cucunya yang baru dilahirkan di sisi suaminya Datuk K
“Alhamdullillah, new addition to the family. Second cucu, and hopefully many more to come”

Sebab utama pendorong Amy Mastura kini bertudung..

kenangan bergambar dengan penyanyi lagu Kun Anta, Humood AlKhudher baru-baru ini
Rupanya ini lah sebab mengapa Amy Mastura kini bertudung. Niat baiknya untuk bertudung itu turun apabila sesi bergambar untuk sebuah majalah yang diminta dia memakai tudung.
"Hasrat untuk memakai tudung itu sudah lama saya simpan tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana selain masih belum bersedia.

"Alhamdulillah sesi fotorgrafi yang memerlukan saya bertudung menjadi punca saya teruskan imej berkenaan sehingga sekarang,"

"Masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri sendiri dan menutup aurat ini adalah salah satu langkah kecil dan berharap peminat sentiasa mendoakan saya agar dapat menjadi muslimah lebih baik selepas ini," -Amy

Dikritik sebab belum bertudung, ini komen Didie Alias

Didie Alias baru-baru ini dikritik dan menerima komen negatif kerana belum lagi memakai tudung. Namun buat Didie jika dia bertudung untuk menutupi mulut orang, itu tidak ikhlas, jadi dia berharap agar peminatnya mendoakan dirinya agar bertudung satu hari nanti.
“Memang ramai bercakap mengenai perkara ini selain turut menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat tetapi saya tidak boleh hendak menutup mulut orang lain. Bagi saya berhijab atau tidak bergantung kepada niat dan keihklasan kita dalam melakukan sesuatu perkara”

“Kerana kalau tidak ikhlas dan sekadar memenuhi kehendak orang lain, memang tidak boleh,” -Didie Alias petikan portal mStar

Bila Hazama mengalunkan suara azan di masjid...

Agak bagus video ini yang ditayangkan dekat Astro. Memang ramai yang terkesan dengannya. Bahkan mualaf juga ada yang memberikan komen mengenai suara azan ini sehinggakan hatinya betul-betul tenang bila mendengarkannya.

Ada juga yang terkesan lalu datang ke masjid disebabkan laungan azan ini. Tapi ada lawak sebelum itu.. Jom tonton..

Shahir akui rapat dengan Erra Fazira.. Wow..

Ahad, 21 Jun 2015

Rasanya sebelum ini Erra Fazira menafikan yang Shahir AF adalah penyebab dia bertudung. Namun baru-baru ini Erra tidak menafikan pula kenyataan Shahir yang memetik Bharian dimana dia dan Erra kini rapat.

Malah sepertinya mengiyakan Shahir ada berhubung semula dengannya setelah kisah mereka berdua yang lalu terpadam sekitar tahun 2004.
"Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat.. tapi cukuplah setakat itu dulu. Tidak ada apa apa perkembangan yang nak diceritakan pun," -kata Erra ringkas.

Sebab Dayang Nurfaizah belum kahwin di usia 34 tahun..

Sudah mencecah usia 34 tahun, sehingga ke hari ini Dayang Nurfaizah mengakui yang dia masih tiada teman istimewa yang boleh digelar kekasih.

Ini disebabkan Dayang sangat disiplin mengenai jadual hariannya, sehinggakan sukar bergaul aka bersosial sekaligus membuatkan hasratnya untuk mendirikan keluarga agak sukar untuk tercapai.
Siapa tidak cemburu bila melihat teman sebaya semua sudah berkahwin. Andai ada jodoh, memang saya ingin berkahwin. Tapi jujur tidak ada sesiapa pun yang cuba mendekati.

Mungkin saya sendiri kurang bercampur, biasanya selepas kerja saya terus bergegas pulang ke rumah. Jika tidak bekerja pula, saya lebih banyak meluangkan masa melayan anak buah di rumah. Saya tidak mempunyai masa melepak seperti orang lain.

Saya memang tidak suka berkepit dengan telefon, ada kalanya saya sendiri lupa di mana saya meletakkan telefon bimbit saya. Memang sepanjang berada dalam bidang ini, tidak ada pula saya menerima mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan kerana tidak ramai yang tahu nombor telefon peribadi saya, hanya keluarga terdekat saja yang ada.

Saya pun sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan umum. Bagi saya biarlah kisah hati eksklusif untuk saya saja, bukan apa saya bimbang jika sesuatu terjadi kepada perhubungan, ia akan menjadi bahan peminat.

Emma Maembong akui tiada SPM, tapi...

Emma Membong mengakui tidak mempunyai kelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan ini dijadikan bahan kecaman segelintir pihak yang melihat Emma tidak mempunyai masa depan.

Namun bagi Emma tanpa SPM dia juga mampu menyara kehidupannya seharian tanpa bergantung kepada orang lain.
“Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara

“Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM. Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripada orang lain. Saya boleh sara keluarga, itu sudah memadai,” -Emma petikan portal Kosmo!

Buka Tudung Kerana Belum Bersedia! - Diana Johor

Jumaat, 19 Jun 2015


Respon Diana Johor Isu Hijab
Ini lah respon Diana Johor yang sebelum ini dikecam di laman sosial kerana kembali membuka hijab.
“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini”

“Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,” jelasnya kepada Harian Metro.

Bila Sheila Rusli menari (video)

Ha ni la penangan Dubsmash yang tak ada kesudahannya. Bersama-sama Rita Rudaini dan 2 lagi rakan beliau, Sheila menari ikut lagu yang tak tahu tajuknya. Pengakhiran video yang kejam. keke.


Tayang pakwe di Instagram, satu kebetulan - Atikah Suhaime (2 gambar)


Pelakon Singapura, Atikah Suhaime mengakui memuatnaik gambar pakwe nya di laman sosial adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Bahkan kalau boleh selepas ini, dia mahu 'menyorok' kisah cintanya itu daripada orang ramai.

Neelofa di bahu jejaka kacukan? (PANAS)

Siapa lelaki yang Neelofa sempat berpaut pada bahunya ini. Jejaka ini sebenarnya adalah Malek Marcus Mccrone (Kanada-Malaysia) yang juga seorang model untuk CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2015.

Malek Marcus telah memuatnaik gambarnya bersama Neelofa yang mungkin boleh menimbulkan kontroversi dengan tangan Neelofa diletakkan di bahu Malek.

Tapi mungkin juga 'camera trick' ataupun itu kembar Neelofa. Ini caption untuk gambar itu.
malekmccrone Had so much fun working with @noorneelofa over the weekend. Such a wonderful person! #naelofaraya #outdoorshoot #penangtrip

Nora Danish, Fasha Sandha bergambar bersama (5 gambar)

Nora Danish membuktikan hubungannya dengan Fasha Sandha kini semakin baik. Fasha sempat meluangkan masa apabila menghadiri anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli, 6 tahun untuk temasya Sukan Sekolahnya.

Turut kelihatan Fasha Sandha serta Jejai yang bekas suami Nora dahulu. Mereka juga sempat ber selfie bersama di acara itu.

Panggilan Hangit dikecam gara-gara buat panggilan kepada isteri...

Khamis, 18 Jun 2015


Difahamakan program di Radio Hot FM iaitu Panggilan Hangit telah dikecam di laman sosial. Walaupun untuk bersuka sahaja, namun kadang kala boleh menjatuhkan maruah.

Inilah yang terjadi kepada isteri Norfarhan iaitu Sue apabila terkena panggilan hangit ini. Ramai yang memuji sikap isteri pemain bola sepak ini yang cool dan tidak menggunakan emosi menyelesaikan masalah.

Namun ramai juga yang tidak senang dengan cara terkini program ini dijalankan.

Adam Shah, Fatin Afeefa bergelar ibu bapa, timan anak (gambar bayi)


Pelakon Adam Shah dan juga Fatin Afeefa yang telah menimang anak pertama mereka berjantina perempuan pada 15 Jun lalu pukul 6.15 petang.

Safee Sali selamat menimang anak sulung, nama dan jantina ialah... (gambar)

Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali telah menimang anak sulung bayi perempuan beliau bersama isteri, Fitria Elfina.

Bayi berkenaan diberi nama Sanika Salsabila itu telah dilahirkan dengan berat 2.8 kg pada jam 9.22 pagi Isnin semalam di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru.
Alhamdulillah..semua nye selamat..wife saya melahirkan seorang bayi perempuan..tiada apa yang lebih bermakna dalam dunia jika kita bersama keluarga yang sudah sempurna.." -Safee petikan Instagram miliknya
Safee Sali bernikah dengan Fitriana Elfina seorang warganegara Indonesia pada 21 Disember 2013. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Safee dimana sebelum ini beliau mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2012. Hasil perkahwinan terdahulu, Safee dikurniakan dua orang cahaya mata.