Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adakah ini punca sebenar Zizan, Emma putus?

Khamis, 8 Januari 2015

Sah akhirnya mereka berdua berpisah, Emma Maembong dan Zizan Razak. Hubungan cinta romantik yang berbulan-bulan itu akhirnya berakhir di Januari.

Sebab mengapa mereka berpisah? adakah orang ketiga? atau soal kekeluargaan? Memetik portal mStar, Ayah Emma, Ismail Embong yang mengetahui perpisahan mereka itu, lantas memberikan komennya yang berbaur tidak puas hati dengan Zizan.

Sebelum itu, Zizan pernah berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu (kononnya nak buat besar-besaran lah ni).

Ismail juga sebenarnya turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.

Seolah-olah dan berkemungkinan besar, Emma mengikuti restu keluarganya agar memutuskan Zizan jika keadaan Zizan mendesak ingin buat majlis kahwin besar-besaran dan gah diketahui umum.
"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!

"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?,

"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.

"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," -Ismail.
Dan ini pula respon Emma ketika mengesahkan perpisahannya dengan Zizan melalui text ringkas Whatsapp.
“Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham,” -Emma Maembong

Sebab baju pre-wedding Sharifah Sakinah dikecam (3 gambar)

Rabu, 7 Januari 2015

Gambar baju pengantin yang dipakai oleh Sharifah Sakinah baru-baru ini untuk pre-wedding photoshoot telah dikritik ramai akibat menampakkan bahagian dada.

Sharifah yang sudah berkahwin minggu lalu, kini dalam proses untuk membuat sesi berkenaan memandangkan tiada masa terluang sebelum berkahwin untuk mengambilnya.

Namun begitulah hakikatnya, Sharifah sepertinya kebal dengan kritikan pengikutnya, dan masih mengayakan baju rekaan Khoon Hooi itu.

Khas buat Hairul Azreen, Hanis Zalikha dari Azwan Ali (5 gambar)

Rosyam, lebih baik jangan berlakon! - Ifa Raziah

Ifa Raziah dikataka membuat kontroversi selepas sihat sepenuhnya untuk beraksi ke pentas akhir Gegas Vaganza hujung minggu lalu berikutan aksinya berpelukan dan menari dengan penyanyi, Hisyam Hamid.

Memetik portal Bharian, Dato' Rosyam Nor sebagai juri, mengakui persembahan berkenaan tidak sesuai. Namun bagi Ifa ianya hanya persembahan biasa dan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Gambar Izreen Azminda dengan siapa ni...

Dengarnya, Izreen Azminda menafikan yang dia kini bercinta dengan pelakon, Nazrief Nazri walaupun ramai menyedari, Izreen kerap memuatnaik gambar dia bersama Nazrief

BCL, Ashraf Sinclair bercuti di Los Angeles (17 gambar)

Selasa, 6 Januari 2015

Awal tahun ini pasangan selebriti, Bunga Citra Lestari dan suaminya, Ashraf Sinclair serta anak mereka, Noah telah pergi bercuti ke negara Uncle Sam, Amerika Syarikat.

Mereka telah memilih Baverly Hills, Los Angeles untuk menghabiskan masa bercuti ketika musim sejuk di sana. -Facebook bclofficialpage

Anak Benda edisi tahun baharu (14 gambar)

Dah besar dah anak-anak Bienda ni, sejak kelahiran Laxiendra Namiraz anak yang ke-2 bulan Oktober yang lalu. Kini semakin berseri-seri keluarga Bienda dengan dikurniakan sepasang cahaya mata pemberian Ilahi. -Gambar Instagram Bienda | thephotolicious.com

Pernah bercinta dengan Fazura, ini komen Shaheizy...

Beberapa hari yang lalu, rancangan TV, Facing Up to Fazura telah mendedahkan yang Shaheizy Sam dengan Fazura pernah bercinta satu masa dahulu.

Dan ini juga memberikan reaksi terhadap empunya badan si Sam. Memetik akhbar Kosmo! semalam, Sam tidak memberikan komen lebih lanjut mengenai hal itu.

Dan sepertinya mahu menjaga hati dan perasaan buah hatinya yang baharu.
“Saya rasa tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Entahlah, saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini”

“Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan kongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsi bersama peminat atau sesiapa,” -Sam

Hanez Suraya tidak peduli kata orang ramai!

Rasanya ramai orang tak menyukai cara Hanez Suraya bertunang dengan kekasihnya, Romie hujung minggu lalu. Pelbagai kata-kata kesat, negatif dan celahan diberikan keatas Hanez mengenai perkara itu.

Namun Hanez juga mempunyai pendapat dan pandangannya tersendiri mengenai hal itu.

Panas! Emma, Zizan nak putus?

Menurut sumber daripada wartawan Utusan, hubungan Emma Maembong dengan Zizan Razak kini dah bergelora. Rasa-rasanya nak sampai tahap putus.

Ini berikutan, sumber berkenaan menyatakan yang Emma enggan meneruskan hubungan mereka buat masa ini. Dan ini dibuktikan lagi dengan Emma pergi bercuti ke luar negara dengan kawan-kawannya untuk menenangkan diri.

Tidak dinyatakan punca sebenar Emma berbuat demikian. Bukan sebab orang ketiga atau mereka ada salah faham atau sebagainya, masih juga menjadi misteri.

Harap sumber ini tidak benar, dan kita doakan agar mereka berdua boleh bersatu dengan ikatan yang sah. Zizan pun rasanya dah cukup mampu, tapi tak tahu kenapa di tangguh-tangguh. humm..

Ziha AF berani berseksi

Isnin, 5 Januari 2015

Ziha AF 2014 (akaedemi fantasia) kini dikecam gara-gara berpakaian jarang di satu majlis ulang tahunnya ke-20 di sebuah restoran sekitar Johor Bahru memetik portal AstroGempak.

Skirt yang dipakai Ziha agak jarang dan ini memberikan reaksi yang negatif dan sedikit sahaja yang memberikan nasihat. Namun Ziha mengakui hal itu dan segera memberikan respon terhadap kecaman para pengikut laman sosialnnya itu.

Gambar anak Fasha Sandha edisi Tahun Baharu (12 gambar)

Dah nak masuk usia 2 bulan dah anak ke-2 Fasha Sandha, Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima. Selain Putera Rayfal yang nak berumur 2 tahun bulan Mac nanti.

Punca Awie akui dirinya anak derhaka!

Awie yang kehilangan arwah ayahnya 3 tahun lalu dan terbaru arwah ibunya mengakui dirinya sangat terikilan kerana tidak menjaga ibunya dalam tempoh jangka masa panjang.

Awie tidak menafikan dirinya sebagai seorang anak derhaka! Awie juga berharap agar apa yang berlaku pada dirinya menjadikan dirinya lebih terdidik dan menyayangi orang di sekeliling.
“Saya ralat kerana arwah emak menjaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja. Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana sebab itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak saya baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya. Saya mengambil pengajaran dari kehilangan arwah ayah yang mana saya menjadi sasau hampir empat bulan sehingga pelbagai gangguan jahat datang. Jadi saya mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut,”

“Penderitaan itu yang memberi kesedaran kepada saya dan saya bertekad untuk memberikan sinar baru dalam keluarga saya tanpa duka cita. Saya tahu banyak pihak mempunyai tanggapan negatif terhadap saya namun ia sama sekali tidak memberikan kesan kepada saya kerana sudah lali dengan perkara itu.

Malah arwah bapa juga turut berpesan kepada saya untuk menjadi diri sendiri dan perkara itulah yang menjadikan saya sebagai diri saya sendiri hingga ke hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada kata-katanya itu yang menjadi kata-kata semangat buat diri saya,” - Awie petikan portal GUA

Keadaan sepenuhnya Ifa Raziah terkini..

Alhamdulillah, Ifa Raziah dikhabarkan sudah sihat sepenuhnya dari penyakit yang dihadapinya minggu lalu. Ifa keluar bersempena Maulidur Rasul yang lalu.

Dan baru semalam dia aktif keluar untuk program TV, final Gegar Vaganza.

Abang Romie romantik dan akan lindungi saya! -Hanez Suraya

Hari Sabtu lalu, Hanez Suraya telah membuat kejutan yang sememangnya tidak mengejutkan ramai pihak, dan teka teki hubungan mereka sudah pun terjawab, apabila secara rasmi, mereka kini bertunang.

Dan ini respon Hanez memetik portal mStar, mengenai hari pertunangan mereka itu terjadi Sabtu lalu. Mereka akan merancang untuk berkahwin pada bulan Jun atau Julai 2015 nanti.

Hanez Suraya, Romie sah bertunang lepas Isya tadi..

Ahad, 4 Januari 2015

Bharian: Sah Hanez Suraya melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.

Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka.

"Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana rekaan Fizi Woo
.

Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan.

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan.

Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu.
"Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya.

Baby bump Eina Azman kelihatan! (2 gambar)

Sabtu, 3 Januari 2015

Dengarnya Eina Azman baru-baru ini menyambut tahun baharu dengan suamina, Datuk Paduka Kaiser. Dalam sibuk menyambut tahun baharu itu, Eina yang memuat naik gambar ke dalam laman sosial Instagram, dan kebetulan menamppakkan perutnya yang baby bump.

Ramai yang menyangka Eina mengandung, namun belum lagi Eina membuat kenyataan rasmi mengenai hal ini, kalau betul, Tahniah lah kan. :)

Fouziah Gous kini pengacara Nona (6 gambar)

Tahniah buat Fouziah Gous yang kini dipilih untuk mengantikan Neelofa dan Fara Fauzana untuk menjadi pengacara Nona yang berakhir 28 Disember lalu untuk mereka berdua.

Difahamkan, Fouziah berseorangan tanpa sebarang pembantu bersama.

Fazura, Shaheizy pernah bercinta, putus

Jumaat, 2 Januari 2015

Mungkin ada yang masih ingat dimana pelakon, Fazura pernah digosipkan menjalinkan cinta dengan pelakon Shaheizy Sam satu masa dahulu.

Namun gosip itu sepertinya lama kelamaan terkubur dan tidak diketahui umum lagi. Tapi baru-baru ini Fazura mendedahkan yang dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Shaheizy Sam 3 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011 ketika mereka berlakon bersama untuk filem lakonan mereka, Manisnya Cinta Di Cappadocia (cinta lokasi).

Hubungan mereka dikatakan putus ditengah jalan tanpa sebarang sebab sehinggalah dakwaan kawan Fazura, mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehinggalah penayangan filem mereka itu ditayangkan.

Baru-baru ini memetik sebuah blog hiburan tempatan, Fazura di dalam rancangan kendaliannya, Facing Up To Fazura telah meminta pandangan rakan-rakannya untuk bagaimana hendak memulakan semula hubungan secara interaksi dengan Shaheizy Sam agar kerja profesional mereka tidak terganggu.


Panas! Hanez, Romie bertunang esok?

Biar post dari forum Cari ini berkata-kata dan tunggu komen dari Hanez Suraya sendiri samanda benar atau tidak mengenai perkara tersebut. :P

TV3 pilih Azwan Ali jadi pengacara Melodi?

Sherry Alhadad dan Zulin Aziz yang dikenali kerana mengacara rancangan paling panas, Melodi akan menamatkan kontrak mereka, kalau tidak silap beberapa minggu lagi bulan Januari 2015 ini.

Ini sekaligus membuat kejutan dimana Awal Ashaari dikekalkan manakala penganti Sherry dan Zulin mengikut sumber yang boleh dipercayai selebriti berkenaan adalah Azwan Ali.

Dan ini dibuktikan lagi dengan pengakuan misteri Azwan di laman sosial Instagramnya dengan menunjukkan gambar dan tarikh 14 Januari nanti sebagai hint daripada teka teki siapa penganti Sherry dan Zulin. Tunggu~

Punca Nurul Wahab mengalami pendarahan banyak...

Dikhabarkan Nurul Wahab akan melahirkan anak ke-2 nya tidak lama lagi yakni pada bulan depan atas sebab Nurul menghidapi masalah uri dibahagian bawah beliau.

Nurul kini ditahan dekat Pusat Perubatan Prince Court pada hari Rabu lalu. Memetik portal mStar, Nurul yang kini mengandung anak ke-2 lapan bulan akan melahirkan anak beliau dengan cara pembedahan jika keadaannya itu memaksa beliau berbuat demikian atas nasihat doktor.

Apa-apa pun semoga selamat melahirkan anak nanti. :)
"Saya mengalami pendarahan yang banyak pada pagi Rabu lalu dan suami terus membawa saya ke hospital. Doktor mandapati pendarahan tersebut disebabkan uri saya berada di bawah.

"Kandungan saya memasuki lapan bulan dan jika keadaan uri masih tidak bergerak saya akan bersalin bulan ini juga secara pembedahan. Sekarang saya masih dalam pemerhatian doktor selama 48 jam,"

"Alhamdulillah, bayi sihat ketika sampai sahaja di sini, doktor terus memeriksa keadaan bayi dan kadar degupan jantungnya.

"Buat masa ini saya tidak dibenarkan angkat benda berat termasuk mendukung anak saya Zachary yang kini 11 kilogram, selain itu saya tidak dibenarkan bergerak aktif kecuali ke tandas sahaja," -Nurul