Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rafidah di Manchester, England (15 Gambar)

Isnin, 13 Oktober 2014

Baru-baru ini Rafidah ke beberapa bandar di England seperti Manchester. Mungkin bercuti kot dengan rakan-rakannya.

Cantik sungguh melihat Rafidah ni terpegun juga melihat banyak kali. Single lagi tu. Sapa nak berkenen, nah silakan. keke.

Hanez Suraya di banned oleh stesen TV?

Memetik portal Utusan, Hanez Suraya sudah di gam @banned untuk tidak menerima apa-apa tawaran lakonan.

Rasanya pihak televisyen juga jarang memaparkan kelibat Hanez di dalam rancangan mereka, tak tahu lah kalau ada kan, tapi rasanya macam tiada.

Menurut sumber orang dalaman sebuah stesen TV, mereka sudah tidak berani lagi untuk mengambil Hanez kerana bimbang akan rating merundum dan dikeji oleh penonton.

Tambahan lagi, ada orang kuat disebalik semua ini, dia merupakan 'pemerhati' ketat untuk menyenaraikan senarai artis untuk berlakon atau tidak.

Selain Hanez, selebriti yang terlibat dengan politik extreme juga telah di gam.

Yang pelik bin hairan, ramai juga selebriti yang terlepas untuk mendapat lakonan walaupun pernah di label sebagai artis bermasalah.







Punya lawa Hanez ni.. kiki..

Gambar anak Eira, Azad terkini (21 gambar)

Ha dah lama tak nampak anak comel dari Eria Syazira dan Azad Jasmin kan rasanya post terakhir September tahun lalu. Ini adalah foto terbaru mereka sekeluarga. Amarra Sofea Rose kini sudah berusia setahun 6 bulan.

Paling best kena belajar berdoa oleh ibunya. Lihat video terakhir di bawah sekali.-Instagram eirasyazira

Linda, Beego mahu tinggalkan anaknya..

Memetik portal mStar, suami isteri, Linda Hashim dengan Beego menyifatkan anaknya Jelita Clarissa, yang kini berusia 5 bulan sebagai pembawa rahmat dimana ramai ahli keluarganya yang mahu menjaganya.

Jelas kenyataan itu merupakan salah satu faktor kesibukan mereka berdua jika bergiat semula dalam bidang lakonan.

Hot! Bukti Aidil mengenai pembohongan Rita & Pembunuh Upahan..

Agak memeranjatkan, apabila Aidil Zafuan telah memuatnaik gambar berbentuk bukti yang sepertinya kukuh dia tidak berbohong mengenai nafkah anaknya terhadap bekas isterinya, Rita Rudaini.

Dengan trasaksi bank-in online berjumlah RM2000 sebulan, SMS tidak terbalas dan keratan sebuah akhbar adalah diantara beberapa bukti yang menunjukkan Aidil berada di pihak yang benar.

Rita mengulas gambar-gambar berkenaan dan dia tidak gentar akan bukti berkenaan kerana dia juga berada di pihak yang benar dan mahu melawan Aidil di Mahkamah.

Ianya menjadi lebih hangat apabila isu keselamatan Rita dipersoalkan disebabkan ada pengikut Aidil yang memberikan cadangan untuk membunuh Rita melalui pembunuh upahan.

Panas! Emma Maembong peluk siapa tu.. (5 gambar)

Ahad, 12 Oktober 2014

Bukan main romantis lagi Emma Maembong ni memeluk sebuah makhluk yang kadang kala menakutkan ramai orang. Tapi buat Emma haiwan peliharaannya ini adalah yang terjinak dan terbaik buat dirinya.

Bermanja-manja tanda Emma juga sayangkan haiwan seperti spesis monyet ini dan haiwan lainnya. Korang mampu?

Sekitar malam berinai, pernikahan, resepsi Erin Malek (73 gambar)

Jom layan gambar-gambar sekitar malam berinai, pernikahan dan resepsi diantara pelakon Erin malek dengan suaminya, Mohamed Farriz.

Sebelum itu mereka selamat bergelar suami isteri yang berlangsung pada hari Khamis lalu (kalau tidak silap) bertempat di rumah Erin dekat Duta Suria Residency, Ampang.

Erin menerima 7 dulang hantaran berbalas 9 dari pihak lelaki. Mas Kahwin pula berjumlah RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Bulan madu mereka adalah di Los Angeles, Amerika Syarikat. -Gambar instagram ErinMalek | jurufoto Project2Pi

Farhan AF selamat bergelar isteri (gambar)

Jumaat, 10 Oktober 2014

Dengan sekali lafaz, Farhan Azizan, 29, sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Alhasanah, Bangi jam 10.15 pagi tadi. Mereka dinikahkan berwali bapa Farhan sendiri iaitu Azizan Mohd Khir.

Wang hantaran dirahsiakan manakala pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin lelaki.

Sepatutnya pasangan ini bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tetapi lokasi bertukar pada saat akhir.

Keadaan Nurul Depp ketika berada di Prague, Czech (4 video)

Baru-baru ini penyanyi Nurul Depp telah memuatnaik video kenangan dia dengan anak sulungnya ketika berada di sebuah bandar di Republic Czech iaitu Prague. Nurul memuatnaik video nya itu di laman sosial Youtube bukan di Instagram mahupun Facebook.

Nurul agak teruja dengan Prague kerana keindahan bandar itu.
“Memang saya sangat takjub dengan keindahan Prague. Benarlah seperti mana yang ramai orang katakan bahawa Prague merupakan mini Paris.

“Malah bagi saya bandaraya ini terlalu indah, romantis, ditambah pula dengan masyarakatnya yang turut mempunyai paras rupa yang cantik, tidak kira lelaki mahupun wanita,” -Nurul petikan portal Murai









Baby Bump isteri Black Hanifah (3 gambar)

Wah bukan main besar dah kandungan anak yang dikandungi Chria, isteri kepada penyanyi Black Hanifah. Usia kandungannya kalau tak silap 5-6 bulan. Gambar ini diambil ketika mereka pergi bercuti ke Bangkok, Thailand.

Instagram Abby-Norman reaksi Memey...

Laman Instagram yang memaparkan beberapa mesej Whatsapp yang diantara Abby Abadi dengan bekas suaminya, Norman Hakim membuatkan Memey Suhaiza isteri kepada Norman tidak merasakan apa-apa pelik yang perlu dicemburukan.

Akui Memey memetik portal mStar, tiada sebab munasabah yang harus di cemburukan memandangkan hubungannya dengan Abby sudah baik sekian lama dan memahami suaminya itu seorang yang setia.
"Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

"Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,"

"Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik.

"Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya," -Memey

Hetty Sarlene dah putus cinta ke..

Menurut laman sosial Instagram milik Hetty Sarlene, ada beberapa keping foto yang dimuatnaik olehnya yang sepertinya dia kini sudah tidak lagi bercinta dengan jejaka yang sering selalau dengannya satu masa lalu.

Foto yang menulis perkataan 'single' dan ayat-ayat jiwang itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya adakah ianya benar atau sekadar mencari publisiti.

Post mengenai kekasihnya itu ada lah pada bulan Mac 2013 yang lalu. SINI

Anak comel Izreen Azminda (5 gambar)

Khamis, 9 Oktober 2014

Minggu lalu, Mahkamah Syariah telah memutuskan bahawa Izreen Azminda berjaya mendapatkan hak penjagaan anaknya, iaitu Muhammad Umar Adrian yang berusia 15 bulan selepas bercerai bulan Jun yang lalu.

Namun anaknya boleh pergi dengan ayahnya pada bila-bila masa tetapi tidak boleh bermalam dengan ayahnya itu.

Gambar Aqasha terkini (3 gambar)

Agak terkejut melihat penampilan pelakon Aqasha yang terkini di laman sosial Instagram miliknya. Berat badan dia semakin menyusut akan kurus sedikit berbanding badannya beberapa tahun lalu yang dianggap sangat tegap.

Kurang berlakon di drama juga merupakan faktor Aqasha jarang dapat dilihat secara langsung. Tak tahu pula kalau dia sakit.

Kita doakan yang terbaik sahaja la kan.

Gambar anak angkat Stacy terkini (23 gambar)

Inilah gambar anak angkat Stacy yang bernama Bella Valentina. Dah besar dah anak angkat Stacy ni. Mungkin tak lama lagi nak pergi tabika. Apa-apa pun jom layan edisi Oktober gambar anak angkat Stacy ini.

Kayda ikut jejak ibunya, Sheila Majid jadi penyanyi

Sepertinya anak kepada Ratu Jazz Datuk Sheila Majid telah mengikuti jejak kerjaya ibunya sebagai seorang penyanyi.

Anaknya bernama Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz yang berusia 23 tahun lulusan ijazah sarjana jurusan psikologi itu telah berjinak-jinak untuk menjadi seorang penyanyi.

Kayda juga tidak senang jika dia di label sebagai menumpang populariti ibunya, namun mahu berdiri sebagai dirinya sendiri.

Memetik portal MalaysianDigest, Kayda meluahkan rasa kesalnya itu.

Kamal Adli sanggup melutut demi kembali kepada Intan Ladyana

Dengar cerita, Kamal Adli pernah melutut aka merayu kepada bekas kekasihnya, Intan Ladyana untuk meraih simpati cintanya kembali.

Luahan yang sangat menjiwang juga diluahkan oleh Kamal kepada seluruh dunia bahawa dia masih memerlukan cinta Intan dan membuktikan untuk berkahwinnya pada tahun ini, tapi semuanya tinggal harapan je. Nada sepertinya dia menyalahkan Intan yang melulu mahu mengakhiri percintaan tanpa sebarang alasan.

Ini dibuktikan lagi dengan luahannya melalui sisipan BiPop hujung minggu yang lalu.

Almy dituduh sombong dan berlagak sebab...

Rabu, 8 Oktober 2014

Gosip panas yang dilemparkan kepada pelakon Almy Nadia adalah seseuatu yang keterlaluan. Terbaru dia dituduh oleh pengikutnya di laman sosial dimana bersikap sombong di sebuah restoran terkenal.

Almy menafikan hal itu kerana dia tidak mengenali orang itu dan ketika itu jugalah dia bersama suaminya, Fizz Fairuz untuk makan malam.

Untuk penjelasan mungkin peminat yang harus tegur artis, tidak mungkin artis mahu tegur semua orang yang ada disitukan.

Memetik portal mStar, Almy merasa terkejut dengan tindakannya itu.

Farhan AF4 mula edar kad kahwin (3 gambar)

Agak sibuk dibuatnya untuk mengedar kad jemputan perkahwinan yang diimpikan setelah bertunang sejak 12 Februari 2012. Itulah yang dibuat sekarang oleh Farhan Azizan (finalis Akademi Fantasia musim ke-4) dengan tunangnya, Ahmad Rashadan.

Kad berkenaan berjumlah hampir 300 dan diserahkan kepada keluarga, media dan rakan-rakan dengan menyasarkan 700 tetamu akan hadir.

Majlis perkahwinan aka resepsi mereka memetik portal mStar akan diadakan pada jumaat ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya. -Gambar Bharian | mStar

Erma Fatima terima madu, demi kebahagian Bade!

Agak mengejutkan apabila Erma Fatima telah memuatnaik gambar dia bersama madunya Aida Abdul yang juga isteri ke-2 suaminya, Bade Azmi.

Ini sekaligus, memberikan gambaran yang jelas dimana Erma menerima kehadiran orang baharu di dalam kehidupan sehariannya dan gosip mengenai bakal bercerai telah terkubur.

Memetik portal Bharian, Erma redha dengan kehidupannya sekarang dan ikhlas asalkan Bade bahagia.
"Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia.

"Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu,

"Saya tak peduli. Tiada cinta yang kekal pun di dunia ini. Kenapa saya perlu berperang dan bermusuh hanya untuk berebut cinta.

"Bagi saya, cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian. Namun kita tetap bertahan meneruskan kehidupan.

"Lihat saja contoh, cerita Romeo dan Juliet, Laila Majnun atau Uda dan Dara. Semua cinta yang dipapar hancur di tengah jalan. Tapi itu juga cerita cinta agung yang dibanggakan seluruh pelusuk dunia.

"Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta,

"Saya mahu ikhlas menerima dia (Aida) sebagai adik demi kebahagiaan mereka," katanya.

Peminat doa agar Abby kembali kepada Norman

Baru-baru ini Abby Abadi ada memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan perbualan Whatsapp diantara bekas suaminya, Norman Hakim dengan dirinya.

Isinya lebih kepada nasihat dan juga kata-kata semangat. Memandangkan Abby kini dilanda pelbagai dugaan di dalam hidupnya setelah bercerai kali-2 dengan Farhan dan kurang dapat tawaran berlakon.

Anak-anak Irma Hasmie edisi Oktober (9 gambar)

Selasa, 7 Oktober 2014

Dah besar-besar anak Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nurnaylie. Terutama Nurnaylie yang kini nak masuk 3 bulan usianya.

Rasanya ada sambutan harijadi untuk suaminya baru-baru ini diadakan. Apa-apa pun semoga bertambah comel dan sihat keadaan mereka sekeluarga. :) Jom layan.