Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bekas tunang Shahz Jaszle jadi duta produk

Rabu, 14 Mei 2014

Bekas tunang kepada pelakon, Shahz Jaszle iaitu Redzwani Puteri kini lebih dikenali dan familiar apabila difahamkan dia kini menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan wanita.

Beberapa gambar menunjukkan dirinya sedang menjadi model dengan raut wajahnya yang berseri-seri cantik.

Memang sayanglah mengapa Shahz memutuskan tali pertunangan mereka, tak lama lagi Redzwani akan bergelar doktor, maka siap sedialah untuk ramai yang datang melamar. Keke.

Rozita Che Wan nak berikan penampar buaya!

Jarang kita dapat melihat Rozita Che Wan marah dan berang terhadap sesuatu di laman sosial. Namun baru-baru ini, Che Ta kelihatan tidak selesa dengan seorang followernya yang telah mengkritik gambar mesra sosial dengan suaminya ketika bercuti ke Paris.

Isu yang timbul adalah rambut Zain berwarna perang itu telah menjadi perbualan hangat di sana, dan Che Ta bertindak mempertahankan suaminya dengan membalas komentar pengikutnya. -gambar portal Murai

Pertemuan anak Ning Baizura, Nurul

Sempena sambutan Hari Ibu yang lalu, portal HarianMetro telah mengandingkan Ning Baizura dengan Nurul Wahab dengan anak mereka masing-masing.

Nurul membawa Zachary Depp manakalah Ning membawa Ryan Sky. Kedua-duanya dipertemukan memandang ciri-ciri perkahwinan mereka yang berkahwin dengan Mat Salleh dan menghasilkan zuriat kacukan ditambah dengan keakraban mereka sebagai kawan.

Hidung Nasha Aziz?

Admin tak dapat pastikan ini drama atau filem apa yang dibintangi oleh Nasha Aziz di Astro Prima di dalam gambar yang ditayangkan baru-baru ini. Namun melihat daripada lakonan Nasha ini, sedikit sebanyak seperti membuatkan kita tertanya-tanya.

Apakah Nasha pergi membuat hidung? dimana kelihatan sekali hidungnya agak pelik tidak seperti manusia normal. Atau adakah kesan daripada pemakaian spek yang dipakainya.

Hoho. Banyak spikulasi ni boleh di agak. -gambar Forum Cari

Gambar Kekasih Shila Amzah?


Dengarnya ini adalah kekasih baru Shila Amzah. Dengan nama bergelar AdamTunTuah, memungkinkan mereka ini sedang dilamun cinta. Beberapa gambar menunjukkan beberapa hint mereka sedang ke arah itu.

Kalau betul, baguslah, Shila pun tidak sunyi juga mengenai dunia hidup cintanya. -gambar Forum Cari

Gambar percutian Rozita, Zain di Paris

Selasa, 13 Mei 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri selebriti terkenal, Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin telah pergi bercuti ke Paris, France dengan diikuti oleh beberapa orang teman terdekat mereka. Shopping sakan nampak mereka, dengan barangan mewah dan berjenama siap dibeli yu.

Liyana Jasmay selamat melahirkan anak perempuan

Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.

Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," Datin Habsah. petikan mStar

10 gambar Siti Nurhaliza edisi Mei 2014

Isnin, 12 Mei 2014

Sudah lama tak lihat gambar Dato' Siti Nurhaliza kan. Mari kita serbu dan lihat gambar terbarunya edisi Mei 2014 ini. Jangan tak tahu, Siti ni orangnya memang kuat berselfie juga taw. Hik hik.

Isu Hudud, Harith Iskander minta maaf!

Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud beberapa hari lalu bertujuan untuk berjenaka telah mendapat kritikan ramai.

Harith mengakui tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

“Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

“Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu,” -Harith. petikan mStar

Brian McKnight cium pembaca berita TV3?

Baru-baru ini penyanyi R&B, Brian McKnight dari Amerika Syarikat telah membuat satu konsert pada hari Jumaat yang lalu di PWTC Kuala Lumpur dengan dihadiri hampir 2000 orang penontoh

Brian McKnight difahamkan pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 yang lalu. Persembahan nyanyian seperti biasa, namun ada kejutan yang dibuat oleh Brian McKnight.

Beliau memilih penonton bertuah untuk naik ke pentas. Mengikut informasi peminat itu adalah, Anita (pembaca berita Nightline, TV3).

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, "sudah". Lalu Brian berkata, "kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?", "Boleh", jawab Anita sambil tersenyum.

Ada adegan Brian McKnight nak ambil kesempatan nak mencium bibir Anita, namun Anita berjaya mengelak pelawaan tak senonoh Brian McKnight itu. Tapi mereka sempat berpelukan pulak. @#$%^& -sumber MalaysianDigest | gambar Facebook SelebritiOnline

Nur Fathia dicop sebagai penipu!

Semalam, portal Utusan ada mewawancara pelakon, Nur Fathia. Ianya berkaitan isu yang melanda dirinya yang dicop sebagai artis bermasalah dan kurang berdisiplin.

Diantara komitmen di lokasi set pengambaran dan juga sesi fotograpi. Yang terbaru dikatakan pada sesi photograpi dimana pihak majalah yang mengundang Fathia untuk sesi itu telah kurang selesa apabila Nur Fathia dikatakan membuatkan mereka tertunggu-tunggu akan kedatangannya.

Dan akhirnya, Nur Fathia memberi alasan yang dia waktu itu sakit. Namun pihak majalah berkenaan berjaya menghidu bau penipuan Nur Fahtia apabila ternampak dia berjalan dengan Aiman Hakim di sekitar Kuala Lumpur. Ini dibuktikan lagi dengan gambar yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram.

Gambar perkahwinan deejay Chad, Haris

Penyampai radio Hot FM, Chad (Nur Shazrena Abd Rahim), sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan Klangit, Mohd Haris Muhamad di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka pada malam Jumaat.

Akad nikah berlangsung sekitar jam 9.41 malam dengan mas kahwin RM100 dan hantaran berjumlah RM20,000.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang berupa tas tangan, kek, jam tangan, sirih junjung dan sepersalinan telekung bersama sejadah. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang berupa jam tangan, buah-buahan, coklat manisan, kasut, sirih junjung, sejadah dan sepersalin baju.

Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung di kediaman Chad pada Sabtu, 10 Mei 2014.

Chad dan Haris mengikat tali pertunangan pada tanggal 18 Ogos 2013. -sumber portal GUA

Gambar Selfie Fiza Elite dikecam

Sabtu, 10 Mei 2014

Bergambar selfie tidak ada salah sebenarnya, tapi tanggapan orang yang melihatnya selalu nampak salah. Tidak tahu mengapa. Gambar Fiza Elite yang sudah bercerai berselfie dengan anaknya ini juga ramai yang mengecamnya di laman sosial Instagram.

Kritikan itu dibuat kerana peminat beranggapan aktres berusia 34 tahun itu tidak patut keluar rumah kerana masih dalam proses Edah. Selain daripada persoalan siapa yang ambil gambar mereka berdua ini? kalau buat tanggapan negatif pastinya seorang yang bakal mengantikan tempat Adam AF, kalau nak buat tanggapan positif, mungkin pembantu rumahnya.

Warna Rambut, Tiz bagi nasihat kepada Follower

Jumaat, 9 Mei 2014

Lain pula ceritanya dengan Tiz Zaqyah, apabila dia mewarnakan rambut dan kemudian dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Tapi tidak dapat dipastikan ianya untuk persendirian atau pasal lakonan. Jadi disitu ramai followernya mula mengkritik dan memberikan nasihat.

Dan ini komen Tiz untuk membidas sebarang komen yang dianggap menghentam/menyindir dirinya. -gambar portal GUA

Gambar peluk GF, Hazama nasihatkan follower!

Dengar khabar gambar pelik tak berapa mesra dari Hazama kepada teman wanita, Genervie Kam telah menimbulkan seribu komen kritik dan pedas oleh pengikut mereka masing-masing.

Difahamkan gambar berkenaan adalah gambar dimana Hazama yang kini sedang bercuti ke Boston, Amerika Syarikat.

Ini komen Hazama untuk pengomen yang mengkritik/negatfi terhadapnya. -gambar Gua

Video Fara Fauzana ke fasa 2 pemakaian tudung?

Video ini adalah babak Fara Fauzana dengan Neelofa untuk rancangan Nona. Namun memperlihatkan penampilan Fara, dia sepertnya berada di tahap 2 untuk berada di tahap 3 memakai tudung.

Mungkin inlah proses pembelajaran yang dia lalui. Apa-apa pun kita berharap Fara akan bertudung penuh kelak.


Hafiz Hamidun not my taste - Heliza

Agaknya bila kita memberikan bayangan jika Heliza Helmi mempunyai hubungan cinta dengan Hafiz Hamidun, pastinya ramai yang akan menyokong.

Tapi sebaliknya kepada Heliza sendiri yang mengakui Hafiz bukanlah taste dia, tapi lebih kepada seorang abang yang boleh memberikan nasihat.
"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," -Heliza. petikan mStar

Harith Iskander bergurau perkataan hudud,,,

Khamis, 8 Mei 2014

Difahamkan pelawak, Harith Iskander seperti sedang bergurau mengenai perlaksanaan hukum hudud di laman sosial Twitter miliknya.

Pengikut di laman sosialnya lebih ramai mengecam dengan statusnya itu. Pengikutnya juga ada yang menasihati dan juga ada yang membela Harith.

Ramai juga bersependapat yang Harith menganggap ianya hanya bergurau semata-mata dan tidak berniat mahu memperli perlaksaan hukum hudud itu nanti.

Kereta Awie kena curi lagi

Sebuah kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero milik pelakon dan penyanyi terkenal, Awie atau nama penuhnya Azhar Othman, 46, dilaporkan lesap dilarikan penjenayah ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, kenderaan itu dipandu pembantu peribadi Awie, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu.

Mohd Khyrull berkata, kejadian berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin.

“Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama,” katanya.
Dia yang mahu keluar untuk bekerja pagi semalam bagaimanapun terkejut apabila mendapati kenderaan pacuan empat roda itu hilang dicuri.
“Saya cuba mencari kenderaan itu di kawasan sekitar pangsapuri, namun gagal. Malah, saya turut menghubungi rakan untuk meminta bantuan mengesan kenderaan itu,”

“Abang Awie memang baik. Dia tidak pernah berkira dan selalu meminjamkan kenderaannya bagi memudahkan saya menguruskan hal persembahan dan perkara berkaitan kerja seninya,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu sudah dilaporkan ke Balai Polis Setapak.

Tasha Shila tayang 'aset'

Admin pun ada ternampak gambar ni kat laman sosial Instagram milik Tasha Shila, tapi tak pergi komen. Namun dalam banyak-banyak komen yang diberikan peminatnya tu, mereka lebih mengomen mengenai 'aset' Tasha Shila.

Memang tidak dinafikan pakaian yang dipakai oleh Tasha agak ketat sehingga menampakkan bahagian bentuk badannya. Adakah ianya kesan daripada minuman yang diminum olehnya? atau gambar berbaju t-shirt putih itu hanya kebetulan?

Minuman kesihatan yang dipegang itu sebenarnya menjadi viral. -sumber asal Murai

Shahz Jaszle padam foto kekasih baru?

Menurut laporan Murai, Shahz Jaszle telah memadam gambar kekasih barunya di laman Instagram miliknya. Tidak diketahui kenapa Shahz berbuat demikian.

Adakah mungkin mahu menyembunyikan identiti kekasih barunya itu lagi, atau mereak sudah putus dan Shahz kembali kepada kekasih setianya dulu, Redzwani.? masih menjadi tanda tanya..

Kalau korang tak percaya, boleh sergah kat sini, http://instagram.com/shahzjaszle

Tapi itulah, kalau selagi tak nikah/kahwin fitnah tetap muncul.

Pian Cecupak, Boy Iman dan Nash bergelar Dato'

Menurut laman sosial milik Boy Iman, dia kini telah bergelar Dato. Dilampirkan gambar dia dengan dua lagi artis, Pian Cecupak dan Nash yang sama-sama bergelar Dato'. Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga.

Tapi pelik, apa sumbangan mereka kepada negara ek.. hmm (gambar forum Cari)