Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Que Haidar sakit? botakkan kepala?

Khamis, 24 April 2014

Difahamkan Que Haidar kini tampil dengan imej botak. Katanya bukan untuk bernazar atau suka-suka, sebaliknya kesanggupannya untuk sebuah telemovie Malaikat Di Pintu Babusalam.

Watak berkenaan adalah seorang pesakit kanser.

"Saya begitu cerewet dalam memilih naskhah yang diberikan kepada saya. Setiap kali menerima tawaran berlakon daripada mana-mana syarikat produksi, saya pastikan bahawa saya tahu tentang kekuatan jalan ceritanya, skrip, watak, pengarah serta para pelakon yang akan bekerja dengan saya.

"Saya berbuat demikian bukan semata-mata kerana mahu dikenali menerusi filem atau drama yang hebat tetapi proses memilih itu mampu membuatkan para penonton mengingati karakter lakonan saya sampai bila-bila. Impak tersebut yang saya mahukan dalam karier saya,

"Apabila sudah bergelar sebagai pelakon, kita tidak seharusnya meletakkan status itu sebagai penghalang untuk terus merealisasikan watak yang telah diberikan.

"Watak itu menuntut saya untuk membotakkan kepala, mengapa saya perlu menidakkan permintaan itu? Jika saya telah bersetuju untuk berlakon dalam sesebuah telemovie atau filem, maka saya juga telah bersetuju untuk mengikut jalan cerita serta watak yang telah tertulis dalam perjalanan cerita tersebut," -Que Haidar. Kosmo!

Juliza Adzlizan kini bertudung (5 gambar)

Syukur, Alhamdulillah, kini seorang lagi selebriti penyanyi tempatan kita tampil dengan menutup aurat dengan berhijab/bertudung, dia adalah Juliza Adzlizan yang nekad berbuat demikian pada hari Selasa lalu.

Juliza Adzlizan yang berusia 47 tahun ini beranggapan perubahan pada dirinya adalah kesedaran yang lahir pada dirinya sendiri, bukan melalui pengalaman aneh dan lain-lain lagi.

Gambar scan kandungan Rozita Che Wan

Rozita Che Wan yang kini berbadan dua dikatakan baru-baru ini di dalam laman sosial Instagram milik suaminya, Zain Saidin yang mereka pergi ke Klinik untuk membuat imbasan kandungan Rozita.

Imbasan itu menunjukan zuriat mereka yang masih lagi kecil dan belum dapat dipastikan jantina zuriat berkenaan.

Linda Hashim selamat melahirkan anak perempuan (gambar)

Tahniah kepada pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim dimana mereka selamat menimang anak pertama mereka.

Linda selamat bersalin seorang bayi berjantina perempuan pada 22 April lalu di KPJ Tawakkal Specialist Hospital sekitar jam 12.30 tengahari.

Nama anak mereka ini diberi nama, Jelita.

gambar Aidil, Zarema honeymoon Di pulau Krabi

Setelah sebulan bergelar suami isteri, Aidil Zafuan dan Zarema telah pergi ke pulau peranginan terkenal, Krabi di Thailand.

Memang sangat-sangat best la kenangan mereka ni. Jom lihat gambar seterusnya.

Hanif Safuan juara Lelaki Maskulin 2013/2014 - Penonton aww..

Rabu, 23 April 2014


Punya hensem kaw-kaw katakan pemenang untuk pemenang Lelaki Maskulin 2013/2014 yang berlangsung baru-baru ini. Pemenangnya adalah Hanif Safuan.

Kalau dilihatkan pencarian program ni lebih berunsur kelakian. Namun amat mengejutkan apabila ramai penontong yang hadir ketika itu dari golongan aww.

Tapi apa-apa pun tahniah kepada Hanif la kerana menjuarai pencarian program itu. Mungkin bakal menjadi pelakon meletop selepas ini, mana tahu.

Gambar Shaheizy Sam bercuti di Bali

Baru-baru ini Shaheizy Sam pergi bercuti ke pulau peranginan terkenal di Indonesia, pulau Bali. Pemergian Shaheizy ke sana bukan seorang-seorang tapi dengan kekasih dan juga ahli keluarganya.

Dengarnya kekasihnya itu bernama Najwa, Najwa satu masa dahulu adalah kekasih kepada Shaheizy dan putus di tengah jalan, tapi rasanya mereka dah ber'couple' semula.

Turut kelihatan Khaty Fauziah dan juga Zizie Ezette.

Gambar Lisa Surihani sebagai pengacara HBO

Tahniah kepada Lisa Surihani kerana diberi kepercayaan dengan melantiknya sebagai pengacara HBO Sentral (saluran Astro 411 dan 431). Ini merupakan satu titik permulaan bagai selebriti pertama untuk mengacarakan program tv berkenaan.

Rancangan ini akan diadakan pada 27 April ini, jam 7.15 malam.

Lagi gambar persandingan Syamsul, Syafiq

Lagi gambar terbaru dan jelas dari photographer media untuk pasangan pengantin anak produser terkenal, Datuk Yusof Haslam selamat bersanding serentak. Syamsul Yusof, 30, dan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 29, dan pasangan Syafiq Yusof, 22, dan isterinya, Aeisah Zainal, 22.

Majlis meriah itu diadakan di di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, KL -gambar MiGonline

Ruminah Sidek selamat bertunang

Pelakon yang terkenal dengan watak sebagai Opah dan juga Mak Mah atau Ruminah Sidek nama sebenarnya kini sudah bergelar tunang orang.

Majlis sederhana itu diadakan pada tanggal 20 April lalu memetik sumber portal MediaHiburan. Difahamkan tunangannya adalah orang Felda. Tahniah diucapkan. :)


Hans nak kahwin Neelofa Disember ini?

Selasa, 22 April 2014

Pengarah terkenal, Hans Isaac dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini yakni pada bulan Disember 2014. Namun kenyataan dari Hans ini tidak memberitahu siapa gadis yang dia kahwini itu.

Memang ramai yang akan mengandaikan gadis itu Neelofa disebabkan mereka kini sedang dikaitkan antara satu sama lain. Seterusnya kita dapat lihat Hans masuk Islam kot.
“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,”

“Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” -Hans Isaac.

Fesyen apa kah ini Rabecca?

Bukan apa la kan, melihat fesyen yang dipakai oleh Rabecca Nur Al Islam ni agak pelik sedikit, tak bersesuaian betul dengan pemakaian tudung/hijab yang digunakan. Kalau anda lihat pastinya juga terkejut.

Tapi itu lah manusia, mungkin Rabecca masih belajar dalam pemakaian kot, jadi jangan lah salahkan Rabecca ye, thinking positive. Kita doakan yang terbaik sahaja. :)

Gambar kekasih Iqram Dinzly?

Pelakon Iqram Dinzly dikatakan sudah mempunyai kekasih hati. Ada sumber terdekat memberitahu yang kekasih Iqram ni seorang pramugari di sebuah syarikat yang berpangkalan dekat Arab Saudi.

Kisah mereka mula tersebar, apabila Iqram mengatakan perkataan 'baby' pada laman sosial milik kekasihnya itu. Kalau betul cerita ni, baguslah, Iqram pon seorang pelakon yang kurang kontroversi mungkin dah masanya dia nak cari pasangan hidupnya.

Fiza Elite failkan perceraian?

Memetik portal Utusan semalam, dikhabarkan yang rumahtangga Fiza Elite dengan Adam kian bergolak. Usia rumahtangga yang muda yang mereka bina itu akan sudah tidak tahan lama lagi, apabila ada sumber memberitahu yang Fiza sudah memfailkan perceraian di Shah Alam sekitar hari Rabu yang lalu.

Namun dakwaan itu belum dipastikan kebenarannya lagi, memandangkan Fiza belum tampil membuat kenyataan rasmi. Kita harap berita ini tidak benar, dan mereka masih lagi suami isteri yang boleh mempertahankan mahligai.

Kekasih Baru Shah Rizal Jasle

Isnin, 21 April 2014

Isu khalwat belum selesai kini timbul isu Shahrizal Jasle yang terbaru. Dimana dia kini dikatakan sudah memiliki kekasih baru. Melihat daripada komen yang dijelaskan oleh pengikut Instagram miliknya, difahamakn wanita berkenaan adalah kekasih baru Shahrizal Jasle.

Gambar berkenaan juga didakwa sudah didelete (gambar diatas) apabila mendapati Redzwani Puteri memberikan komen. Kemungkinan besar hubungan dengan Redzwani Puteri dikatakan sudah berakhir.

Gambar terakhir Shah akui yang wanita berkenaan adalah kekasihnya. -gambar Forum Cari

35 Gambar selebriti di pelancaran mStar

Dengan tema Summer Chic, ramai selebriti yang menghadiri majlis pelancaran wajah baru portal mStar minggu lalu. Dengan pelbagai fesyen dan pakaian, maka menjadi warna warni pada majlis itu. Jom layan. -gambar RotiKaya

Gambar terbaru isteri ke-4 Salleh Yaacob

Kata orang berpoligami itu menyakitkan hati, tapi rasanya melihat kebahagian Salleh Yaacob yang berbini 4 ini pastinya bahagia apatah lagi dengan bininya yang ke-4 yang sentiasa dibawa kemana sahaja.

Bini ke-4 nya itu, masih muda lagi, berusia 26 tahun. Setelah berkahwin sejak 2011, kini belum ada khabar gembira yang isteri ke-4 nya itu hamil/mengandung. Apa-apa pun semoga berbahagia lah Salleh. :)


Gambar Fasha Sandha hamil terkini

Baru-baru ini Fasha Sandha telah mengadakan satu sesi photoshot untuk sebuah majalah tempatan, majalah EH! edisi akan datang. Ketika photoshot itu, terserlah kejelitaan ibu yang sedang hamil seperti Fasha. Jom layan.

Afiq akui kesilapan, bawa ibu pergi umrah!

Difahamkan hubungan diantara pelakon Afiq Muiz dengan ibunya, Hasliza yang berlaku kontroversi beberapa bulan lalu dimana Afiq di klaim sebagai anak derhaka kini semakin jernih dan baik.

Afiq akui dirinya yang bersalah dan memohon maaf keatas ibunya, memetik portal mStar. Dan berita baik lainnya dia kini menetap dengan ibunya sejak bulan Januari yang lalu.

Afiq mahu membalas jasa baik ibunya dengan bersama-sama menunaikan umrah pada Januari 2014 dan pada Hari Ibu Mei ini pula, dia akan meraihkan bersama-sama ibunya juga.
"Saya mengaku semua kesalahan saya sebelum ini terhadap ibu dan syukurlah hubungan kami kembali pulih. Saya telah memohon ampun kepadanya dan ibu memaafkan saya. Ibu menerima saya kembali.

"Alhamdulillah segala-galanya telah pun selesai dan saya berjanji tidak akan mengulangi semua kesilapan yang dilakukan sebelum ini,"

"Ibu adalah girlfriend saya sekarang dan saya akan cuba membahagiakan dia. Saya juga ingin melupakan semua kisah lalu yang pernah berlaku diantara kami," -Afiq

Luahan Hati Wan Sakinah

Sabtu, 19 April 2014



Kalau diikutkan penyakit yang menimpa anak kepada Ashraf Muslim hasil perkahwinannya dengan Wan Sakinah adalah penyakit kebiasaan yang berlaku kepada mana-mana bayi yang baru dilahirkan.

Tapi Wallahualam lah itu akibat daripada 'tempias' orang yang membenci Wan Sakinah kerana bermadu dengan Ashraf Muslim.

Sebab melihat daripada luahan hati Wan Sakinah, dia merasakan ianya adalah karma yang menimpa anaknya. Apa-apa pun banyak2 bersabar Wan Sakinah, apa yang terjadi ada hikmah daripada Allah.

Biarkan orang yang membenci kamu itu terkubur bersama-sama bencinya, seperti Firaun yang tenggelam dengan keegoan dan kesombongannya. -gambar Hotlips Corner

Tak salah sambut pesta Songkran - Remy Ishak

Tahun baru Thailand atau pesta Songkran di Bangkok Thailand bukan sahaja dihadiri oleh penduduk tempatan tapi juga orang luar yang sama-sama meraihkannya, tidak ketinggalan artis dari Malaysia.

Remy Ishak juga turut bersama-sama ketika itu, namun beberapa keping foto yang dimuatnaiknya dikecam ramai peminatnya.

10 Gambar resepsi Syamsul dan Syafiq

Pasangan pengantin anak produser terkenal, Datuk Yusof Haslam selamat bersanding serentak di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, KL.

Kelihatan dalam gambar pasangan Syamsul Yusof, 30, dan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 29, dan pasangan Syafiq Yusof, 22, dan isterinya, Aeisah Zainal, 22. -gambar bicaramakdara.com | hMetro | MiGOnline