Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Duit Bayaran Tidak Halal ! - Harun

Khamis, 12 Disember 2013

Siapa tidak sedih jika pengorbanan tugas dalam persatuan tidak diutamakan apatah lagi disingkir dengan cara tak hormat. Itu lah yang terjadi kepada bekas Presiden SENIMAN, Harun Salim Bachik yang akan mengundurkan diri daripada persatuan yang pernah dia terajui itu.

Mengulas lebih lanjut daripada portal BHarian berkenaan, Harun sebenarnya masih lagi ahli Seniman, namun difahami yang jasanya tidak dihargai. Jika dia dikehendaki gagal dalam kes saman yang berlaku kepada dirinya terhadap kes Seniman ini, Harun akui tidak menghalalkan duit tersebut, kerana dia tahu dia berada di pihak yang benar.
Buat apa saya mahu bersama SENIMAN, sedangkan persatuan itu sendiri yang menyaman saya?

Buat apa saya memperjuang persatuan yang menganiaya saya dan saya pula yang perlu membayar saman atas usaha yang saya lakukan untuk mereka?

Sekarang, apabila semua ini terjadi, kepada siapa saya harus mengadu? Apabila artis ada masalah, mereka akan mengadu kepada SENIMAN. Kini, apabila saya ada masalah, siapa nak tolong saya?

Dengan apa yang berlaku, saya mengharapkan perubahan pada SENIMAN, Malangnya, persatuan turut terheret ke mahkamah akibat sikap tidak puas hati beberapa pihak. Jadi, saya rasa sekarang ini SENIMAN sudah tercemar disebabkan perkara yang terjadi ini. Sedangkan sebelum ini, nama SENIMAN tidak pernah ke mahkamah. -Harun

Wang Syiling RM11,200 di Dermakan Mangsa Banjir - Rebecca


Isu wang syiling yang menjadi tanda tanya akibat daripada bayaran Erma Fatima kepada Rebecca Nur al Islam berjumlah RM11,200 itu telah didermakan oleh Rebecca untuk mangsa banjir di kawasan Kuantan baru-baru ini. Mungkin dalam bentuk makanan atau pun peralatan lainnya.

Kenyataan Rebecca memetik daripada Utusan semalam.
"Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut," -Rebecca

Malam Berinai Rozita Che Wan, Zain Saidin

Rabu, 11 Disember 2013

Rozita Che Wan, 40 tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam semalam.

Rozita memasuki dewan kira-kira pukul 9 malam sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya, Zain Saidin, 29.

Rozita menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.

Inai yang dipakai oleh Rozita mendapat tajaan daripada My Beautiful Henna.

Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.

Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.

Pasangan ini bakal dinikahkan pada malam Rabu (hari ini) di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam. -mStar

Emma Maembong Kini Bertudung?

Tak dipastikan pula kalau Emma Maembong kini dah berubah ke arah bertudung penuh. Memandangkan ada juga beberapa gambarnya yang masih belum bertudung kelihatan di Instagram miliknya. Namun baru-baru ni dia kian memuat naik gambar memakai tudung.

Dan tidak dinafikan Emma kelihatan agak manis dan cantik sekali bila bertudung, sejuk mata memandang gitu. Kalau betul bertudung, Alhamdulillah lah kan.

Tasha, Hen Chen Akui Tempah Baju Pengantin!

Ah biar betul Tasha Shila dah nak rancang nak nikah secepat ini? dengarnya dia dah tempah baju pengantin memandangkan sekeping gambar yang diupload ke Instagram miliknya mencetuskan tanda tanya.

Gambar itu menunjukan Tasha dengan seorang lelaki yang kini diisukan rapat dengan dirinya, Hen Chen dan juga seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai pereka fesyen, Ezuwan Ismail. Sepertinya Tasha menempah busana baju pengantin daripada nya.

Namun memetik portal Bharian, Tasha dan Hen Chen mengakui mereka menempah busana itu namun bukan untuk milik mereka. Busana itu adalah untuk mereka gayakan ketika persandingan Rozita Che Wan dan Zain Saidin nanti, dengan tema hitam putih, maka Tasha dan Hen Chen akan bersama-sama memperagakannya.

Wan Maimunah Akan Kahwin Lagi

Wan Maimunah akan bernikah lagi pada usianya yang kini mencecah 60 tahun. Menurut portal Utusan semalam, Wan bakal akan bernikah dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari negeri Johor berumur 53 tahun.

Perkenalan mereka bermula 2 bulan yang lalu lantas tanpa membuang masa untuk menjadi suami isteri yang sah dalam masa terdekat ini..
"“Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir Allah.

“Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang,

“Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

“Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya,"

13 Gambar Siti Nurhaliza Membantu Mangsa Banjir

Selasa, 10 Disember 2013

Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid juga turun padang bersama-sama memberikan bantuan dan keperluan asas lain kepada mangsa banjir di Kuantan Pahang, negeri tempat kelahiran Siti sendiri.

Diatas kerjasama Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, maka sumbangan dalam bentuk 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu telah diberikan kepada mangsa di bencana alam berkenaan. -mStar

Yasmin Hani Dedah Wajah Anak Dengan Jelas

Dalam usia nak masuk dua bulan anak kepada Yasmin Hani ini yang bernama Noah Ismail Wong memang agak sukar untuk melihat full wajahnya di Instagram milik Yasmin sendiri.

Namun semalam, Utusan mendedahkan wajah anaknya itu yang dikatakan akan ditayangkan untuk rancangan ekslusif tv akan datang.

Namun Yasmin menganggap ianya tidak melanggar kontrak dan dikenakan saman memandangkan kedua-duanya tidak membuat sebarang perjanjian hitam putih (surat).

Mawi, Ekin Turun Padang Bantu Orang Susah

Baru-baru ini pasangan Mawi dan Ekin telah membuat satu kerja amal apabila mereka bersama-sama pergi membantu golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur.

Memetik sumber MediaHiburan, kerja amal itu adalah bersempena 'Jelajah Uneqeuin' dengan memberi fokus golongan berkenaan di sekitar Jalan Chow Kita, Jalan Sultan dan Jalan Petaling yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
"Ruginya buat baik menunjuk2."
Namun ada sesetengah pihak/follower yang menyatakan mereka berdua ini menunjuk-nunjuk apabila gambar ini mula dimuatnaik. Persepsi orang memang begitu, cakap sahaja lebih, komen tahap dewa, buat tak nak pula.

Erma Fatima Harus Professional! -Rebecca

Isu diantara Erma Fatima dengan Rebecca Nur al Islam kini semakin parah apabila kedua-duanya saling tidak berbaik-baik.

Bahkan Rabecca menegur Erma dengan mengatakan yang dia harus menghormati keputusan mahkamah dan bersikap professional disebabkan isu pembayaran balik yang menyindir Rabecca dengan pemberian wang syiling dan kitab suci al Quran.
"Ya, peguam saya ada menerima duit syiling itu daripada peguam Erma. Namun, saya tidak melihat sendiri duit dan al-Quran itu dan hanya melihat menerusi gambar yang dihantar peguam saya sahaja.

"Peguam saya menolak bayaran berkenaan kerana saya difahamkan, wang syiling hanya boleh digunakan sekiranya bayaran itu bernilai RM30 ke bawah.

"Sekiranya melebihi nilai itu, ia perlu dibayar dalam bentuk wang kertas atau cek,"

"Sebagai peguam, dia perlu menasihati anak guamnya agar menggunakan cara yang betul dan tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang.

"Tak mungkin peguam dia tak tahu mengenai perkara ini. Malah, saya dimaklumkan bahawa ia adalah permintaan Erma sendiri untuk membayar dalam bentuk wang syiling," Rebecca. SinarHarian

5 Gambar Anak Akma AF3

Isnin, 9 Disember 2013

Pada bulan Julai yang lalu, Akma Abdullah AF3 selamat melahirkan anaknya yang berjantina perempuan. Namanya sepertinya berbunyi Awatif Husna Hamshi.

Kini usianya dah nak masuk 5 bulan. Kelihatan memang comel dan berisi anaknya ini. Gambar-gambar ini diambil pada bulan Disember ini. Jom layan.

Saya Dengan Caprice Memang Rapat! - Neelofa

Menjawab isu hubungan yang dikatakan rapat diantara Neelofa dengan penyanyi rap Caprice adalah tidak di nafikan oleh Neelofa sendiri.

Caprice ada membuat kenyataan di Melodi lalu dengan menyatakan mempunyai hubungan dengan Neelofa. Neelofa sebagai selebriti yang menjadi perhatian kaum Adam ini, pastinya mahu memberikan balasan komen segera melalui portal GUA kepada orang ramai agar tidak salah faham dikemudian hari.

Gambar Seksi Marsha Londoh Terkini

Marsha Londoh ni memang pelakon yang sentiasa tampil berani dengan aksi berani mendedahkan keseksiannya. Terbaru dia menjadi model untuk sisipan HarianMetro.

Tapi dia non-muslim, jadi tak kesah sangat kalau ianya mampu memberikan keuntunan pada dirinya.

Tapi budaya Malaysia ni sopan santun, rasanya Marsha perlu tahu soal itu kan. :) -gambar forum Cari

RM3 Juta Lah, Bukan RM13 Juta! - Rozita

Bila pengumuman Rozita Che Wan dan Zain Saidin untuk majlis pernikahan mereka yang dikatakan bernilai RM13 juta itu menjadi bualan ramai, ramai yang menghentam mereka gara-gara angka berkenaan.

Sebenarnya perkahwinan mereka pada Rabu ini, 11 Disember, adalah bernilai RM3 juta sahaja. Dan nilai barangan hantaran diantara kedua-dua pihak bernilai RM100,000.

Namun angka itu masih juga terlalu besar untuk diperkatakan, mungkin satu DUN kot kena jemput.. Hehe.

Ini komen Rozita di Utusan semalam.
"Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderamata dan solekan,

"Kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya,"

"Saya tak kejar pun gelaran Wedding of the Year itu. Langsung tidak ada, sebab pada peringkat awal saya mahu majlis perkahwinan secara ringkas. Majlis nikah kecil-kecilan pun tak mengapa."

"Saya bayar zakat pendapatan setiap tahun. Saya bagi kepada orang yang berhak, seperti anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Saya buat pada bulan Ramadan sebab nak keberkatan bulan itu. Takkanlah setiap kebaikan yang kita buat itu perlu dihebahkan? Sebab itu saya yakin tiada yang telah teraniaya sewaktu majlis saya berlangsung." - Rozita Che Wan.

Rantai Apakah Ini oleh Suami Daphne Iking?

Takkan lah Daphne Iking punya suami ni, Azmi Abdul Rahman seeorang perniagaan memakai rantai yang disangkakan ramai berbentuk salib memetik gambar yang dimuatnaik ke dalam laman Instagram Daphnie.

Kalau diikutkan kedua-duanya adalah muslim, dan Daphnie dah masuk Islam sebelum kahwin pada Januari 2011 yang lalu kan.

Cuba korang perhatikan betul-betul, salib ke atau parang kampung yang dipakainya tu. Hehe.

Fizo, Mawar Bercuti di London & Paris

Ahad, 8 Disember 2013

Setelah berbulan madu di Dubai, kini Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah menyambung percutian mereka ke beberapa buah kota negara di Eropah terutamanya London dan juga Paris. Mari lihat kemesraan mereka disana.

Tarikh Pernikahan Farawahida adalah....

Sabtu, 7 Disember 2013

Penyanyi Farawahida akan melangsungkan pernikahan dan perkahwinannya pada 16 Disember 2013 ini yang dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping bermula jam 7.30 petang sehingga jam 12 tengah malam. Info ini memetik kehadiran Farawahida ke pejabat Murai beberapa hari yang lalu.

Fara hadir untuk memberikan kad jemputannya sekali. Sekaligus memberitahu nama bakal suaminya iaitu Abdul Shukur Mohd Zain, seorang yang bertugas di pusat rawatan jantung di ibu negara selain menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Fara.

Lydia Izzati Boleh Tahan Juga

Khabarnya Lydia Izzati ni adalah artis baru yang mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia seni melalui dunia laman sosial, Youtube dan Facebook melalui lagu-lagunya. Orangnya memang ada pakej, bentuk badan, suara dan paras rupa.

Selain itu juga ada orang gelarkan dia kembar kepada Neelofa. Boleh tahan juga kan.

Mahali Atau Hans Yang Akan Pinang Tasha Shila?

Jumaat, 6 Disember 2013

Tasha Shila yang pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, kini Tasha sedang dikaitkan menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Hans yang juga peninjau Muay Thai. Rasanya anda sudah pernah melihat gambarnya sebelum ini kan.

Tapi kali ini, Tasha memang akui yang dia dengan Hans baru berkenalan dan hanya sebagai kawan sahaja. Dan hubungan dengan Mahali juga masih utuh seperti biasa.
"Saya dengan dia baru berkawan. Baru tiga bulan kami kenal. Saya diperkenalkan pada Hans oleh seorang teman kami, di satu majlis. Hans ni seorang yang pemalu. Walaupun dia berketurunan Cina, saya tak kekok berkawan dengan dia sebab saya dah biasa. Lagipun saya ada kawan-kawan saya dikalangan bangsa Cina juga bangsa lain.

"Walaupun saya kawan dengan Hans, saya juga masih kawan baik lagi dengan Mahali. Secara kebetulan kedua-duanya atlit.

"Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak)", -Tasha.

Rita Minta RM5000 Nafkah, Tidak Masuk Akal!

Lusa semalam, kes diantara Rita Rudaini dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan telah disebut semula. Ianya masih dalam kaitan tuntutan Rita terhadap Aidil mengenai nafkah dua orang anak mereka.

Kata Aidil, Rita menuntut bayaran nafkah sebanyak RM5,392.00 sebulan untuk kedua anaknya itu, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2. Namun Aidil agak terkejut dan menganggap ianya satu angka yang tidak masuk akal dan munasabah.

Aidil mengakui menerima gaji sebulan RM10,000 dengan kerjaya bola sepaknya di pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Namun bagi Rita, Aidil menerima gaji lebih daripada itu.

Yang mana satu benar? -Kosmo


Kad Kahwin Rozita, Zain Saidin

Ada kurang seminggu lagi pasangan tunang selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan disatukan menjadi suami isteri yang sah sekaligus memperlihatkan perkahwinan yang dikatakan 'wedding of the year' tahun ini.

Di dalam proses menuju tarikh keramat 11/12/13, mereka sudah mempersiapkan kelengkapan dan persedian kahwin itu, difahamkan kad perkahwinan mereka juga sudah diedarkan kepada mereka yang dikenali sebagai jemputan di hari bahagia itu.

Kad kahwin itu dibuat seperti bentuk album lagu, walaupun kedua-duanya bukan dari bidang nyanyian. Nampak simple dan ceria kan kad mereka ni.

Nabila Huda Sambut Harijadi Dengan Kekasih Baru?

Baru-baru ni Nabila Huda telah menyambut ulang tahunnya yang ke berapa tak pasti pula. Namun sambutannya itu telah diraihkan secara sederhana.

Di dalam gambar yang dimuatnaik oleh Nabila menunjukkan seorang lelaki tengah menyuap kek kepada Nabila ketika sambutan ulang tahun Nabila itu.

Di percayai, jejaka itu adalah kekasih terbaru kepada Nabila. Antara lainnya, Nabila menerima hadiah bunga daripadanya.