Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Noryn Aziz dan Keluarga

Selasa, 6 Ogos 2013

Cantik sungguh melihat Noryn Aziz ni bertudung. Apatah lagi bertudung labuh dengan fesyen yang terkini. Ini ada gambar terbaru Noryn, Suami (Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah) dan anaknya, serta tidak ketinggalan sesi bergambar bersama Fida Ibrahim di HarianMetro. -Instagram norynaziz

Shila Amzah Ikut Chinese Idol di China (gambar)

Menurut sumber, Shila Amzah kini menyertai Chinese Idol di China baru-baru ini. Mungkin dek kerana penguasaan bahasa mandarin Shila kini dah meningkat, dia seolah-olah berani menghadapi cabaran dan begitu semangat sekali dengan rancangan yang disaksikan hampir 1 bilion penduduk itu.

Selain daripada itu, seperti biasa la, seperti Malaysian Idol, program ini perlu ada juga interview sebelum disaring ke peringkat seterusnya. Tidak dipastikan samaada dia berjaya atau tidak. Kalau berjaya, itu satu pencapaian yang bagus dan membanggakan negara kita.

Erra Fazira, Engku Alessya Berbaju Kebaya

Dengan kesempatan beberapa hari lagi mahu Beraya, Erra Fazira dan anaknya, Engku Alessya sempat bergambar bersama dengan kedua-duanya berpakain kebaya tradisional.

Dalam sesi bergambar itu, Erra sempat edit gambar berkenaan dengan memberikan ucapan Raya yang ringkas dan padat kepada peminat dan pengikutnya di laman Instagram.

Aidil Hantar SMS Cerai Kepada Rita

Akhirnya pengakhiran rumahtangga pemain bola, Aidil Zafuan dengan isterinya, Rita Rudaini akhirnya terjawab apabila Aidil menghantar SMS perceraian pada petang Ahad yang lalu.

Mengikut sumber, Bharian, Aidil membuat keputusan itu setelah melihat sisipan Bpop mengenai Rita Bengang Skandal Terbaru Aidil dipaparkan.

Panas! Gambar Nelydia Senrose Hamil/Mengandung..

Isnin, 5 Ogos 2013

Panas juga ni. Belum bernikah secara sah dah nampak perut buncit seperti orang hamil atau berbadan dua. Inilah yang terjadi kepada pelakon baru, Nelydia Senrose yang kelihatan sedemikian baru-baru ini.

Perutnya seperti orang hamil 5-6 bulan. Tapi tak tahu kenapa baru sekarang nampak perut dia besar seperti ini. Adakah dia sembunyikan hal ini selama ini.

Ning, Suami Beraya di UK (Gambar Ryan)

Mengikut portal SinarHarian, Ning Baizura dan suaminya Omar Sharif, akan beraya di Bermingham, United Kingdom (UK) bersama-sama si kecil anak sulung mereka Ryan Sky Dalton yang berusia kini 7 bulan buat pertama kalinya.

Kini mereka sudah berada di UK dan berada di sana sejak 27hb Julai yang lalu.

Gambar Adi Putra Menunaikan Umrah

Baru-baru ni kalau tidak silap akhir bulan Julai yang lalu, Adi Putra ada pergi menunaikan umrah bersama-sama rakannya. Satu aktiviti yang menjadi impian umat Islam seluruh dunia untuk berumrah di bulan Ramadan.

Baguslah kalau macam itu, ada duit lebih boleh pergi habiskan untuk beribadah di tanah suci, jangan habiskan melancong tak menentu arah kan. :) -Instargram adp_adiputra

Baju Raya Rozita Che Wan 30 Pasang!

Hari Raya dah semakin dekat, debarannya kian terasa bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bahkan persiapan juga tidak kurang hebatnya.

Dari golongan biasa sehinggalah golongan selebriti. Rozita Che Wan atau Che Ta juga tidak ketinggalan dalam persiapan Hari Raya nya kali ini

Beraya dengan bakal suami, Zain Saidin dan juga Hari Raya terakhir sebagai seorang yang berstatus janda sebelum menjadi isteri pada bulan Disember nanti.

Gambar Terkini Along Cham, Zila dan Anak

Setelah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun lebih, Along Cham dan Zila Saeron kini cukup bahagia dengan dikurnikan seorang anak lelaki yang berusia 2 tahun, Ahmad Danial.

Namun setelah melihat mereka berdua kahwin, Zila banyak mainkan peranan di belakang tadbir keluarga sebagai surirumah dan jarang mendapat apa-apa lakonan drama/filem melainkan Along Cham yang sering kelihatan.

Panas! Bung Mokhtar Sudah Bosan Dengan Zizie?

Ahad, 4 Ogos 2013

Ha biar betik apa yang dilakukan oleh suami kepada pelakon, Zizie Ezette ni, Datuk Bung Mokhtar yang dikatakan sudah tidak menghiraukan lagi apa yang diinginkan oleh isteri, Zizie sendiri.

Bah kan setiap kali ambil gambar berdua, Zizie seolah-olah disisih oleh Bung. Sepertinya Bung amat fokus terhadap handphone miliknya.

Aweera Mojo Jatuh Muflis?

Sabtu, 3 Ogos 2013

Baru-baru ni kecoh juga apabila membaca sisipan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan seorang selebriti ni dah jatuh muflis. Betul ker tu.

Jika dilihat dan diperhatikan nama dalam keratan akhbar itu adalah Nasharul Aweera Norhissam. Dan nama ini sebenarnya jika tidak silap adalah milik penyanyi Aweera band MOJO, yang popular dengan lagunya, Andai ku Bercinta Lagi.

Gambar Terkini 2 Anak Shuib, Sarah

Inilah gambar kedua-dua anak Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang terkini. Kedua-duanya sudah besar, yang sulung Uwais al Qarni, dan yang bongsu Dzakirat al Ita Zahara yang berusia 2 bulan.

Kedatangan Dazkirat membawa erti yang besar untuk Shuib dan Sarah yang kali ini berempat bersama-sama di dalam bulan Ramadan. Teruja Shuib melihat kedua-dua anaknya bangun bersama untuk bersahur.

Black Tertipu RM30,000 Wang Kahwin!

Jumaat, 2 Ogos 2013

Menurut portal Gua semalam, Black Mentor dan tunangnya dikatakan menerima ujian paling besar dalam pertalian mereka sebagai bertunang saat ini.

Dugaan itu adalah ditipu oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal perkahwinan mereka. Pihak ini juga adalah orang yang dikenali rapat oleh Black sendiri. Jumlah kerugian akibat dek ditipu ini adalah RM30,000!

Dan kini Black telah membawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan. Segala urusan dan pengurusan perkahwinannya selepas ini diuruskan oleh Monkey Bone. Namun menafikan jika perkahwinanya ini ditaja sepenuhnya.

Gambar Photoshoot Raya Jehan Miskin, Isteri

Dah nak masuk 3 bulan usia perkahwinan Jehan Miskin dengan isterinya yang berasal dari Korea, Julie Camelia Rhee. Kini kehidupan mereka mungkin lebih bermakna setelah pertama kali menyambut ketibaan dan bersama-sama menjalani ibadah puasa Ramadan.\

Julie Camelia Rhee dikhabarkan belum lagi hamil/mengandung. Kini mereka sudah bersedia untuk menyambut ketibaan AidilFitri dengan Jehan sempat memuatnaik gambar Instagram photoshot Raya berdua dengan isterinya itu.

Gambar Anne Ngasri Yang Terkini

Apa khabar dengan Anne Ngasri ek, lama sudah tidak melihat kelibatnya bermain drama/filem kan. Harap-harap sihat sahaja lah disamping keluarganya.

Anne banyak melakukan aktviti luar di bulan Ramadan ni, umum mengetahui yang dia kini sedang hamil 7 bulan lebih hasil perkahwinannya dengan Mohd Sumali.

Norish Karman Enggan Beraya Dengan Anak

Inilah cerita disebalik setiap kali tiba Raya buat Norish Karman apabila diberitakan yang dia tidak akan beraya dengan anak-anak dari bekas suaminya (Malaysia) malah mahu beraya dengan ibu Norish sendiri (Singapura) bersama anak bongsunya, Luftie.

Benjy, Isteri Sah Cerai Talak Satu

Dah lah kes dadah yang tidak tahu sudah atau belum selesai timbul pula satu musibah yang melanda Khaeryll Ibrahim atau nama famousnya, Benjy semalam diberitakan yang dia dan bekas isterinya, Safiya Stephanie Kar Leng Lee disahkan bercerai talak satu semalam di mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Mereka mendirikan rumahtangga sejak tahun 2004 lagi dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 7 tahun, kini Benjy berasa amat bersyukur kerana segala masalahnya sudah selesai, kini mahu bebas bak burung yang terbang di udara.

Gambar Lana Nordin Sesi Photoshoot Bharian

Khamis, 1 Ogos 2013

Cantik melihat Lana Nordin berpakaian Raya awal ni untuk sesi photoshoot untuk Berita Harian mungkin untuk edisi Minggu nanti.

Turut bersama Lana photoshoot adalah Zarina An Julie dan juga rakan baik Lana, Maria Farida yang cantik tu~

Gambar Faezah Elai Bertudung

Faezah Elai dah bertudung? belum lagi, dia bertudung untuk babak untuk telemovie Sesuci Kasih Ummi je. Tudungnya itu disponser oleh Fareeda.

Nampak Sweet dan anggun melihat Faezah Elai ni gambar yang dimuatnaiknya sendiri ke dalam laman sosial Instagram miliknya (faezahelai).

Gambar dibawah lagi tu gambar dari Kosmo!, Faezah dan suaminya serta anaknya, Dealova Heyrinna yang kini nak masuk 6 bulan.

Komen Negatif buat Fida Bersemangat Masuk AF

Bila Fida Ibrahim layak ke Akademi Fantasia musim terbaharu, ramai peminat hiburan tempatan yang sepertinya tidak bersetuju dan kurang senang duduk melihat seorang selebriti boleh layak ke pertandingan seperti itu.

Keadaan itu sebenarnya didorong sebab populariti selebriti bakal menenggelamkan bakat-bakat pelajar yang ada kerana persaingan untuk itu sepertinya luas dan tinggi untuk Fida. Namun tidak tahulah kalau persembahan Fida nanti boleh memukau penonton/juri atau sebaliknya.

Shila Amzah Hiasi Majalah Remaja Ogos

Kalau tidak silap Shila Amzah akan beraya Aidilfitri di Beijing, mungkin kerana masih ada kerja yang belum disiapkan dari syarikat penerbitannya disana.

Tidak dipastikan Raya ke berapa dia ke sana. Mungkin selepas Raya pertama atau kedua. Namun jangan risau, anda boleh follow Shila di laman sosialnya.

Gambar Nora Danish dengan Nadem

Kisah Nora Danish mengenali anak pak Menteri, Nadem yang kini disahkan oleh Nora sendiri selama 7 tahun baru-baru ini mendapat liputan yang luas.

Bahkan ramai juga sebilangan peminat Nora yang mengomen baik dengan mengatakan mereka pasangan cocok, ideal dan muka sama tapi ada juga yang tidak bersependapat sebaliknya. Tapi tidak tahu kesahihan yang mereka berdua ini bercinta buat masa ini, Nora juga menafikan yang mereka berdua bercinta.