Black Tertipu RM30,000 Wang Kahwin!

Pada: Jumaat, 2 Ogos 2013
Menurut portal Gua semalam, Black Mentor dan tunangnya dikatakan menerima ujian paling besar dalam pertalian mereka sebagai bertunang saat ini.

Dugaan itu adalah ditipu oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal perkahwinan mereka. Pihak ini juga adalah orang yang dikenali rapat oleh Black sendiri. Jumlah kerugian akibat dek ditipu ini adalah RM30,000!

Dan kini Black telah membawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan. Segala urusan dan pengurusan perkahwinannya selepas ini diuruskan oleh Monkey Bone. Namun menafikan jika perkahwinanya ini ditaja sepenuhnya.
“Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil,

“Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini,

“Di atas permintaan pihak pengurusan, sebuah sidang media bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengumumkan tarikh, lokasi serta pelbagai informasi mengenai perkahwinan saya itu nanti. Saya berbesar hati kerana mereka memilih untuk membantu menguruskan perkahwinan saya,” ujar Black

Tag : , , , , ,