Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Intan Ladyana Yang Manis!

Rabu, 3 April 2013

Memang tak dinafikan yang pelakon Intan Ladyana merupakan salah seorang pelakon manis yang sentiasa memikat hati penonton apabila melihat kelibatnya dalam drama mahupun filem.

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagramnya menunjukkan dia seorang yang periang dan sangat comel. Dan siapalah jejaka bertuah yang berdamping dengannya sekarang ni kan. Masih lagi menjadi satu misteri~..

Video Kelahiran Anak Sulung Irma Hasmie


Irma Hasmie yang selamat melahirkan anak sulungnya disamping dengan suaminya, Redza Syah Azmeer pada 29 Mac jam 9 pagi yang lalu dengan diberi nama Redza Syah Irfhan kini telah diabadikan dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh di laman sosial YouTube.

Video yang berdurasi sekitar 30 saat itu adalah hasil kerjaya sebuah syarikat video editing tempatan, Awan Studio Malaysia, yang boleh dikatakan sudah menjadi trend nak rakam video sama seperti majlis perkahwinan. Takpelakan, mungkin dah sangat teruja nak menimang anak sulung, mestilah dikenakan dengan sebuah kenangan.

Gambar Ekin dan Aien

Selasa, 2 April 2013

Isteri kepada Mawi, Ekin dan kembarnya, Datin Aien memang tidak dapat dipisahkan walaupun kedua-duanya sudah mendirikan rumahtangga. Pastinya korang ingin melihat gambar mereka bersama kan.

Gambar dibawah seperti anak kepada Mawi, Cahaya Malika yang berusia setahun.


Gambar Nur Fazura di AIFFA 2013

Majlis gilang gemilang AIFFA 2013 yang berlangsung di Kuching Sarawak Baru-baru ini adalah satu malam yang tidak dapat dilupakan apabila ramai selebriti kita memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan.

AIFFA merupakan kolaborasi dan kerjasama di antara Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam memartabatkan industri perfileman Malaysia di mata dunia.

Ini senarai pemenang.. Dan dibawahnya adalah gambar-gambar selebriti terutama Nurfazura dan rakan-rakannya tempatan mahupun luar negara.
Pengarah Terbaik Riri Riza (Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia)

Filem Terbaik Aksi: Songlap (Malaysia)
Drama: Sta. Nina (Filipina)
Komedi: Istanbul Aku Datang (Malaysia)

Pelakon Wanita Terbaik Alessandra De Rossi (Sta. Nina - Filipina)

Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anita Linda (Sta. Nina - Filipina)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bugoy Carino (Alagwa - Filipina)

Lakon Layar Terbaik Bunohan (Malaysia)

Suntingan Filem Terbaik Sang Martir - Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

Pengarah Fotografi Terbaik Rahmat Ipung Syaiful (Rayya - Indonesia)

Anugerah Khas Juri Kayan Beauties (Myanmar)
Rectoverso (Indonesia)
Ada Apa Dengan Rina (Brunei)
Taxi! Taxi! (Singapura)

Anugerah Penghormatan Khas Hanyut (Malaysia)

Anugerah Sepanjang Hayat Datuk Seri Michelle Yeoh (Malaysia)

Anugerah Semangat ASEAN Cinta Tapi Beda (Indonesia)

Lagi Aksi Diranjang Filem Tempatan!

 Filem tempatan semakin lama semakin menunjukkan taring dan keberanian dalam adegan di ranjang. Memang mungkin menjadi satu teknik untuk menarik minat penonton untuk melihatnya.

Namun pihak berwajib seperti Penapisan Filem Negara telah terlebih dahulu bertindak sebelum kebanyakkan filem dikeluarkan kepada umum.

https://www.youtube.com/watch?v=7uYRQPIzl-U

Filem Amukan Azazil lakonan Diana Danielle dan Remy Ishak itu menampilkan aksi di ranjang yang sudah ditapis oleh pihak berwajib sebelum ditontonkan. Video yang berdurasi kurang 2 minit itu menampilkan aksi ranjang yang cukup ghairah.

Namun video itu telah pon dihapuskan sehari selepas di muatnaik di dalam laman YouTube. Ntah tak tahu kenapa.

Dan kalau tak silap ada di laman Facebook di muaturun oleh sebuah fan page.


Fara Fauzana Sombong?

Terkejut juga apabila membaca keratan akhbar online Utusan edisi mingguan yang mengatakan deejay dan pelakon, Fara Fauzana sombong.

Kisahnya bermula apabila editor Utusan berkenaan pergi ke sebuah majlis kenduri untuk makan nasi minyak yang juga turut dihadiri oleh beberapa golongan selebriti tempatan.

Namun apa yang terjadi ketika itu adalah seorang rakan editor berkenaan telah mengadu yang Fara berlagak. Berlagak yang dimaksudkan disini adalah lokek senyum, ditambah dengan sombong dengan meminta gambar sepertinya tidak dilayan.

Difahamkan lagi pengadu itu juga sampai tak sempat nak makan dengan usahanya yang tidak berbaloi berulang kali meminta gambar dengan Fara tetapi tidak dilayan.

Agak pelik dan jangal melihat kelakuan Fara, namun menjadi persoalan adakah Fara orangnya begini? dan yang kita tahu Fara memang cepat mesra. Mungkin kurang sihat kot. Wallahualam..

Gambar Akikah Anak Eira, Azad

Hari Ahad yang lalu, pelakon suami isteri, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan satu majlis cukur hambul atau akikah untuk anak perempuan mereka, Amarra Sofea Rose yang berusia 3 bulan.

Majlis yang nampak sederhana itu dihadiri oleh rakan-rakan, keluarga dan juga beberapa orang selebriti. Norman Hakim dan anak sulungnya juga turut dibawa (gambar terakhir). -Gambar Instagram Eira.

Lagi Gambar Anak Johan, Ozlyn?

Isnin, 1 April 2013

Gambar anak kepada pelawak Johan dan Ozlyn memang agak sukar untuk didapati di mana-mana kat internet ni. Memang jarang sekali mereka mereka memberi nampak kepada umum dengan tidak diketahui sebab-sebab munasabah.

Namun kadang-kadang tertanya-tanya juga, Ozlyn ada memuat naik gambar seorang bayi ke dalam laman sosial Instagramnya. Dan mungkin juga gambar itu anak kepada mereka yang sebelum ini diketahui isteri Johan ini telah selamat melahirkan anak awal Januari 2013 yang lalu.

Wallahualam..




Didie Alias Berlaga Pipi Dengan Pelakon Muda?

Bukan main lagi Didie Alias dengan berlaga pipi dengan seorang pelakon baharu. Memang tidak dinafikan memang ketika ini mereka sedang dalam set lakonan drama/filem, tapi melihatkan 3 keping gambar gaya Didie sepertinya nampak pelik sedikit.

Kita berpandangan positif sahaja la, mungkin sedara dia kot, ke dia anggap lelaki tu sebagai anak dia sendiri. Tak pun memang babak dalam drama/filem itu sendiri yang menampakkan pelakon lelaki ini sangat istimewa wataknya. Keh Keh.

Tahniah Nurul Wahab Hamil 3 Bulan!

Tahniah kepada bekas isteri kepada komposer Ajai, Nurul Wahab kini disahkan mengandung anak sulungnya dengan suami baharunya, Eric Daniel Depp.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Nurul melalui laman blognya nurulwahabdepp.wordpress.com . Boleh baca di link ini sebab terlalu panjang eseinya. Hehe.

"Ya, minggu ini dah tiga bulan, Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua, jangan teruja sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah tiga bulan.

"Aku juga ikut jejak langkah teman aku, Ning Baizura. Caranya itu betul dan Ning juga merupakan kawan yang pertama tahu (tentang kandungan) manakala Ayu orang yang kedua kerana dia berada di sekolahnya di Johor. " - Nurul. -mStar

3 Bulan Berkenalan, Ezad Terus Nikah. Tahniah!

Tahniah kepada penyanyi bekas vokalis Exist yang pernah popular dengan lagu Jesnita, Ezad Lazim yang selamat dinikahkan dengan pasangannya Nor Azeana yang juga pengurus jualan di Masjid Tunku Abdul Rahman, Sungai Limau, Kulim, Kedah pada 30 Mac yang lalu.

Menurut portal HarianMetro, majlis berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.

Ezad bersyukur kerana urusan yang dirancang berjalan lancar dan mereka disatukan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Menurutnya, perkenalan singkat tidak sampai tiga bulan membawa kepada bibit percintaan antara mereka selepas kali pertama bertemu di stesen KL Sentral pada 3 Januari 2013 lalu. -gambar  facebook.com/thephilosophypictures
“Saya bersyukur dan gembira apabila sudah bergelar suami dan berharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab baru sebaik mungkin. Saya berdoa perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya,” kata Ezad.

Gambar Anak Ayu Raudhah, Zaquan


Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh 29 Mac 2013 lalu bersamaan dengan kelahiran anak sulung Irma Hasmie.

Disamping itu suami Ayu, Zaquan juga turut berada disamping beliau ketika bersalin dengan kelihatan sungguh teruja menjadi seorang ayah dan sentiasa mengemaskini perkembangan kelahiran anak sulung mereka di laman sosial.

Turut bersama kembar Zaquan, Aidil Zafuan juga bersama dengan mengajar cara mendukung bayi berkenaan. Walaupun lambat untuk dua hari yang berlalu, apa-apa pun tahiniah diatas perkhabaran baik ini.