Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Ana Rafali Terkini

Jumaat, 8 Mac 2013

Sudah setahu Ana Rafali mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Ahmad Aznai. Namun rasanya berita mengenai kehamilan/berbadan dua anak sulung Ana belum lagi kedengaran.

Mungkin belum ada rezeki lagi dan masih berusaha ke arah itu. Namun tidak mengapa, kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Ana Rafali. Gambar dibawah menunjukkan Ana kini semakin berisi. -Gambar GUA






Remy Tidak Tolak Maya Jadi Isterinya

Episod hubungan diantara Remy Ishak dan Maya Karin sememangnya hangat diperkatakan, gambar 'percutian' yang beredar di internet beberapa minggu lalu telah menimbulkan satu persoalan samaada mereka serius atau sebaliknya.

Namun Remy menganggap mereka sampai masa kini hanya teman biasa, dan tidak menolak jika dijodohkan bersama dengan Maya menjadi isteri kepadanya.

Dan ini petikan yang dipetik melalui portal GUA semalam.
“Saya tak tahulah kalau pada masa hadapan hubungan saya dan Maya jadi macam mana. Itu semua ketentuan Tuhan. Kalau dah kata jodoh saya dengan dia, saya terima. Bagi saya Maya seorang wanita yang bijak, aktif,berpengetahuan luas dan cantik. Secara ringkas, dia seorang yang menyenangkan,

“Gambar yang peminat lihat itu dirakamkan ketika kami mengikuti ‘trip’ ke ‘Imbak Canyon’, Sabah. Kami ke sana atas jemputan Yayasan Sabah. Maya tanya saya kalau saya berminat nak ikut. Saya dari dulu memang suka panjat gunung dan lihat alam semulajadi,” ujar Remy yang menyatakan Maya memiliki hobi yang sama dengan dirinya.

Fahrin, Tasha Shila Ada Anak!

Tasha Shila dan Fahrin Ahmad sudah dikurniakan cahaya mata? biar betul? memang tidak disangka itulah yang terjadi, tiada berita dan angin mereka sudah menimang anak sulung.

Fahrin sempat updates status di Twitternya dengan mengucap 'Syukur Alhamdulillah' atas nikmat ini. Namun jangan lah fikir bukan-bukan, mereka cuma berlakon jew, dalam drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

Macam? cocok tak?




Shiro, Ustaz Azhar Idrus Berlakon Bersama

Wah tak sangka kumpulan lawak yang sedang meningkat naik namanya, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh  Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol) dan Mohamad Hanaffi Bin Razak (Ajak) yang juga tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2012 dan Juara Raja Lawak Musim ke-6 bakal menjadi pelakon star tidak lama lagi.

Sudah menjadi rezeki Shiro dengan bakat yang mereka ada, mereka kini bakal digandingkan bersama-sama ustaz yang diminati ramai, Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaru bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang.."

Filem ini yang diarahkan oleh Pierre Andre terbitan MiG ini merupakan filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun gandingan Ustaz Azhar seperti Johan dan Zizan tidak dapat direalisasikan kerana mungkin faktor-faktor tertentu.

Selain Shiro, filem ini bakal mempamerkan pelawak lain seperti Zalif Sidek, Along Raja Lawak dan Mikail Andrea. Filem berunsur Islamik ini pastinya satu filem yang diyakini menutup aurat dan pastinya lawak.

Bahkan rezeki Shiro tidak terhenti di sini sahaja mereka kini bergiat aktif dalam program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro.


Iqram Dinzly Merajuk

Khamis, 7 Mac 2013

Kasihan pula melihat Iqram Dinzly yang dikatakan merajuk akibat dek ditukarkan tempatnya sebagai pengacara melalui program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) kepada Qi Razali.

Namun bukanlah Qi yang mahu merampas kerjaya Iqram itu, namun itu semua adalah rancangan pihak penerbitan program tv itu yang inginkan Qi kembali bersama-sama JJCM
“Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit”

“Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,

“Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP”

“Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja & konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja,” -Iqram

Gambar Aliah Lee Terkini

Nor Aliah Lee merupakan bekas isteri kepada produser, Aziz M. Osman. Namun Nor Aliah Lee telah membina rumahtangganya semula dengan seorang lelaki pilihan bernama Mohammad Zekri awal tahun 2010 yang lalu.

Difaham kan dahulu Aliah pernah mengalami dua kali keguguran untuk mendapatkan zuriat pertama mereka, dan kini masih lagi berharap agar dapat dikurniakan anak hasil daripada perkahwinan mereka. Apa-apa pun semoga berbahagia.






Ibu Doakan Naira Mikayla Jadi Anak Solehah

Sudah menjangkau anak masuk 4 bulan usia anak Nabil, Naira Mikayla ni. Kalau nak diikutkan Ahmad Nabil sepertinya tiada laman sosial Instagram untuk memuat naik gambar anaknya melainkan Instagram isterinya.

Melalui Instagram isteri Nabil ni, banyak photo anak Nabil dapat dilihat, nampaklah sihat-sihat sahaja Naira. Ibunya sempat memberi satu ucapan khas melalui memo/nota kepada anak ini supaya menjadi anak yang solehah kelak. Amin, -gambar Instagram Isteri Nabil



Umrah dan Mimpi Kisah Cinta Linda, Beego

Beego dan Linda Hashim akan mendirikan rumahtangga atau bernikah pada 7 Jun 2013 ini bertempat di masjid kawasan Wangsa maju. Dan 8 Jun pula adalah resepsi mereka di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat Ampang.

Mengikut portal Murai, perkenalan Linda dengan Beego bermula ketika Linda menunaikan umrah di Makkah pada April 2011 dimana Beego menelefon Linda ketika Linda berada dihadapan Kaabah.
"Saya terkejut apabila ketika berada di hadapan Kaabah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor Malaysia yang tidak dikenali.

"Kebiasaannya, saya tidak akan angkat telefon bila terpapar nombor yang tidak dikenali. Tapi tak tahu mengapa, saya tergerak untuk menjawab panggilan itu dan rupanya pemanggil itu adalah Beego.

"Saya rasa pelik mengapa Beego yang sebelum ini tidak pernah menghubungi saya itu tiba-tiba telefon bertanya khabar ketika saya berada di tanah suci," -Linda Hashim
Lain pula kisahnya di dengan Beego, dimana dia menelefon Linda kerana terjaga dari bermimipi pelakon jelita itu.
"Saya sebenarnya sudah lama menaruh harapan cinta kepada Linda tetapi belum pernah secara serius memberitahunya. Namun saya terkejut apabila mimpikan dia dan bila bangun pagi saya terus membuat panggilan kepada Linda untuk bertanyakan khabar.

"Tak sangka pula, dia ketika itu sedang berada di Mekah mengerjakan umrah.Bila saya dapat tahu dia di sana, saya dengan berseleroh berkata minta-minta nampaklah wajah saya di sana sebagai jodohnya," -Beego
 Dan tanpa membuang masa mereka bertunang pada Oktober 2012. Sweet kan?

Bila Sehaheizy Sam Memasak

Memang jarang melihat selebriti lelaki memasak, tip top Shaheizy Sam sebenarnya pandai juga memasak. Bahan-bahan yang disediakan seperti gambar dibawah dan akhirnya siap menjadi satu hidangan digambar yang seterusnya.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman sosial itu menunjukkan yang Sam berada di rumahnya kemungkinan untuk makan malam bersama keluarganya.



Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu

Rabu, 6 Mac 2013

Akhirnya desas desus mengenai isu prosiding perceraian bagi aktress Jeslina Hashim dan Dion Andrew Vercoe telah mendapat keputusannya.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam, 5 Mac memutuskan yang mereka berdua sah bercerai talak satu dan tempoh edah selama 3 bulan kepada Jeslina bermula hari yang sama.

Antara persetujuan lain yang dipersetujui adalah hak penjagaan anak dimana, penjagaan anak mereka yang berusia 5 dan 3 tahun itu bergilir-gilir dengan diberi hak lawatan, selain daripada tuntutan edah bernilai RM5,000 dan muta'ah bernilai RM150,000. sumber Malaysian Digest.

Post Pertama Wardina Isu Lahad Datu?

Kenyataan pengacara Wardina ini ada kemungkinan yang pertama mengenai isu pencerobohan pengganas di Sabah. Dan seperti difahamkan kenyataan ini keluar melalui laman sosial media milik Wardina Safiyyah OfficialPage pada 5 Mac 2013, untuk menjawab persoalan dari seorang peminat Wardina yang menyoalkan mengenai kenapa Wardina tidak 'updates' isu berkenaan dalam laman sosial.

Namun Wardina bukanlah seorang selebriti yang mahu menunjuk-nunjuk dan fanatiknya dalam laman sosialnya mengenai isu pencerobohan berkenaan, namun Wardina hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk apa yang terjadi. Korang nak tahu isinya, baca kat bawah ni ek.


Gambar Neelofa di FFM25

Gambar dibawah adalah gambar Neelofa di majlis gilang gemilang bersempena Festifal Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang semua dah tahu filem Bunohan merangkul pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan.

Namun kelibat Neelofa juga tidak kurang hebatnya, dengan pemakain yang boleh dikatakan pakaian 'terbaik' pada malam itu, fesyen rambut juga boleh tahan, nampak seperti old school. Hehe.


Gambar Fouziah Gous Bertudung

Cantiknya pelakon Fouziah Gous bila bertudung. Tapi gambar dia bertudung yang dimuatnaik dalam laman Instagram ni rata-rata dalam set pengembaraan drama/filem.

Dan belum lagi dalam proses memakai sepenuhnya. Namun kita yakin, Insyallah, Fouziah akan memakai tudung satu hari nanti.


Adik Remy Ishak ke Lahad Datu

Dikhabarkan adik kepada pelakon Remy Ishak bernama Mohammad Fairul Azmi Ishak (Lans Koperal) kini telah dalam misi ditugaskan menjaga keselamatan dari pencerobohan Sulu.

Dalam portal mStar semalam, difahamkan Fairul merupakan seorang anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan.
“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,

“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.

"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat,"-Remy
ehsan portal Murai


Bront Hiasi Majalah Glam, Kacak!

Selasa, 5 Mac 2013

Memang kelihatan hensem dan kacak sekali melihat pelakon, Bront menghiasi majalah Glam Lelaki edisi Mac 2013 ini. Tak tahu nak kata apa, korang nilai lah sendiri gaya, style Bront yang boleh mencairkan hati wanita.



Gambar Amy Search di Tanah Suci Makkah

Baru-baru ini Amy Search dan juga beberapa rakannya termasuklah, Akhil Hayy pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Melihat episod mereka disana, Amy sempat mengambil beberapa keping photo untuk dijadikan kenangan dan juga tatapan umum peminat-peminatnya melalui laman sosialnya.

Gambar Khai-Rosma 2013

Sudah lama kita tidak melihat pasangan selebriti Khai dan Rosma. Tip top rasanya usia rumahtangga yang mereka bina kini sudah mencecah usia 5 tahun dan dikurniakan seorang anak bernama Muhammad Amzar Danish, berusia 4 tahun. Tempoh hari Rosma hamil anak ke-2, namun disahkan keguguran.

Gambar Wan Sharmila Tanpa Make-up?

Lumrah selebriti atau sesiapa sahaja terutama wanita jika tidak bersolek/berdandan atau dalam bahasa canggihnya 'make-up' pastinya akan menampakkan sedikit kelainan daripada biasa.

Namun ada juga sebilangan yang jika tidak menggunakan make-up itu semua, mereka masih lagi kelihatan seperti menggunakan make-up. Photo pelakon Wan Sharmila tidak bermake-up sudah pastinya memperlihatkan kelainan pada wajahnya.

Tapi tak pasti samaada ini dia bermake-up dan guna 3rd software untuk mengedit atau faktor kurang cahaya. Geh Geh..