Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby Mahu Saman Wartawan Utusan?

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kini pasti yang sudah tidak duduk senang bila mengutarakan soal Abby Abadi. Pasti kini isu yang melibatkan Abby adalah politik yang dia sertai. Dan nama Abby juga sudah melonjak naik di mata orang apatah lagi ahli-ahli politik yang remaja hingga yang ke retua.

Terbaru mengenai Abby yang dipetik melalui laman Twitter dan direpost oleh blogger parti pro-pembakang, MiloSuam adalah berkaitan artikel di Utusan yang dikatakan tidak menyenangkan hati Abby. Abby dikatakan oleh blog berkenaan, akan mengambil tindakan undang-undang aka saman diatas penayangan artikel berkenaan oleh wartawan yang terlibat.

Nak komen apa lagi, itu semua terserah Abby, kami tak masuk campur, cuma nak berharap kami mahu Abby jadi seperti dahulu, berlakon seperti sedia kala, jangan macam PRU yang lalu, selebriti ramai yang bangun sorak2 dan ceramah2, laa dah berlalu 4 tahun, ramai juga yang tenggelam tak muncul-muncul akhirnya. Zz

Ustaz Don Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Pengacara dan juga pendakwah terkenal tv alHijrah, Ustaz Don Daniyal atau nama sebenarnya dalam kad pengenalan, Don Daniyal Don Biyajid yang berusia 28 tahun bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan gadis pilihan yang bernama, Husna.

Berita baik ini pastinya sudah dikongsikan bersama oleh fan-fan Ustaz Don di laman-laman Twitter dan juga Facebook.

Inilah yang dinamakan jodoh, maka tidak perlu resah dan takut untuk mengikut sunah Nabi ini. Bukti pengesahan pernikahan Ustaz Don ini adalah pengedaran kad jemputan ke majlis berkenaan oleh beberapa orang kenalan rapat, suadara mara dan juga pastinya kakitangan tv alHijrah. -credit gambar melyssanadiea.blogspot.com

Rini AF Selamat Melahirkan Anak Sulung

Jumaat, 10 Ogos 2012

Berita baik ini disahkan sendiri oleh portal MediaHiburan yang mana bekas pelajar Akademi Fantasia, Rini dikhabarkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu di Hospital Putrajaya pada jam 10.10 pagi semalam.

Bayi perempuan seberat 4.25kg atau bersamaan dengan 8 paund itu diberi nama, Maryam Joanna binti Johanis. Rini berkahwin dengan Johanis pada 16 julai 2011 yang lalu.

Dan ini adalah komentar Rini yang sempat dirakamkan..

"Pertama kali tengok wajah anak, saya menangis terharu sebab dia selamat dan berada dalam keadaan sihat. Sekarang, baru saya faham bagaimana perasaan seorang ibu yang melahirkan anaknya. Suami juga kelihatan teruja bergelar ayah. Lebih menarik, sebaik saja lahir, 'baby' kami sudah pandai menyusu badan,"

Dato Siti Nurhaliza Ketika Ambil Lesen Memandu

Zaman sekarang pastinya Dato' Siti Nurhaliza sudah pandai membawa kereta apatah lagi kereta bukan calang-calang, mewah, sporty dan mahal sudah tentu Dato' Siti pernah duduk, drive dan merasainya. Namun itulah kemanisan yang boleh dirasai daripada berkat usahanya sendiri.

Menyingkap kembali nostalgia lama ketika suasana beliau dalam aktiviti memandu, ada beberapa keping foto lama yang telah dikongsi oleh forumer portal Cari ketika Siti menghadiri kelas mengambil lesen memandu beberapa tahun yang lalu sebelum menjadi isteri kepada orang lain.

Waktu latihan Siti kelihatan masih boleh bersenyum,.












Nurul Syuhada Kini Bertudung?

Makin hari makin ramai selebriti yang mahu berubah kepada arah kepada kebaikan. Dan yang terbaru adalah personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain yang memakai tudung. Kelibat Nurul mengenakan tudung itu diketahui setelah dia muncul semalam dalam rancangan TV, Malaysia Hari Ini.

Akibat daripada tindakan atau perubahannya itu, maka ramai orang yang rasa terkejut dan memberikan respon yang positive melalui akaun Twitter dan Facebook. Tapi tidak diketahui samaada ianya akibat dek sponser atau pon betul-betul punya perubahan. Apa-apa pon, syukurlah Alhamdulillah yang termampu terkata kalau ianya satu perubahan.

Yuna di Festival Lollapalooza, Chicago

Khamis, 9 Ogos 2012

Pasti ramai yang ingin mengetahui perkembangan Yuna kan. Yang terbaru mengenai Yuna adalah dia masih lagi berada di Amerika untuk mencari rezeki di sana, dan usahanya untuk mengembangkan kerjaya muziknya begitu berjalan lancar dan diterima oleh orang sana.

Baru-baru ini Yuna telah memeriahkan festival muzik Lollapalooza 2012 yang berlangsung di Chicago. Sempat juga dia menyanyi di atas pentas menghiburkan orang di sana. -gambar Time Out Chicago


Farid Kamil Nikah Dengan Nadia Nissa

Farid Kamil suatu nama yang tidak asing lagi. Seorang pelakon yang kacak dan memiliki kemampuannya sendiri dalam arena anak seni. Auranya juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pelakon tempatan yang sudah mendapat tempat dihati peminat.

Dalam diam-diam Farid Kamil sudah bernikah. Siap pakai baju pengantin biru sedondon. Dan ini menamatkan spikulasinya dirinya yang sebelum ini dianggap sebagai menjalinkan cinta atau kekasih kepada Diana Danielle. Dan kini memilih pelakon baru, Nadia Nissa menjadi pilihan dihatinya.

Ops tapi ini semua bukan betul admin sahaja buat suspen sedikit untuk menguji kesabaran korang dibulan Ramadan ni, ini semua cuma adegan lakonan sahaja untuk filem Pengapit yang bakal ditayangkan tahun hadapan nanti. -gambar Utusan

Faezah Elai Sahkan DIri Hamil Anak Sulung

Ini berita yang sungguh mengembirakan kepada peminat lakonan Faezah Elai. Dikhabarkan Faezah sudah hamil atau mengandung anak sulung setelah setahun berkahwin dengan suaminya, Heykal Hanafiah.

Kesahihan berita ini juga telah dikongsi bersama oleh Faezah melalui laman sosial Twitter miliknya beberapa jam yang lalu. Namun tidak diketahui berapa usia kandungan berkenaan. Apa-apa pun tahniah diucapakan atas berita gembira ini.

Farah Asyikin kini Bertudung kerana?

Rabu, 8 Ogos 2012

Lagi seorang selebriti tempatan kita sudah beralih arah bertudung. Sudah seperti perlumbaan bertudung pula sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan menampakkan ramai selebriti yang mahu berbuat demikian. Namun tidak tahu samaada ianya satu keikhlasan kerana Allah Taala atau hanya terikut-ikut ketika masuk parti politik tertentu.

Dan yang terbaru adalah Farah Asyikin mula bertudung pada usia 33 tahun. Namun pengkaitan dirinya berhijrah ada kaitannya dengan beberapa aktiviti yang dia sertai anjuran parti politik tertentu. Soal itu pastinya yang nombor dua, yang pasti kita dapat melihat seorang lagi selebriti berubah kepada kearah kebaikan.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," -Farah Asyikin, baca lagi di HarakahDaily..

Sinar Ini - Yasin ft. Maya Karin

Entry lalu telah menceritakan saat-saat pembikinan single lagu diantara Yasin dengan Maya Karin di studio. Kini lagu yang telah dibuat bersama-sama itu telah pon di muatnaik di laman YouTube. Lagu yang bertajuk Sinar Ini berdurasi 4 minit itu menampilakn Maya dan Yasin sendiri selaku penyanyinya. Jom layan lagu ini, pastinya membawa satu mesej yang mendalam.

Gambar Sekitar Ulang Tahun ke-31 Awal Ashaari

Pada tanggal 6 Ogos yang lalu, Awal Ashaari telah menyambut ulang tahun buat dirinya yang ke-31. Bahkan majlis sambutan itu dikatakan merupakan kejutan buat Awal oleh isterinya, Scha al Yahya. Scha juga dikatakan menghadiahkan hadiah berjenama Louis Vuitton atau LV kepada suaminya itu di lama sosial Instagram.

Turut hadir rakan artis, Dynas Mokhtar untuk meraihkan bersama-sama seorang lagi yang sama tarikh lahir dengan Awal, pereka fesyen, Saiful Baharim.

gambar Budiey.com

Majalah Hiburan Dedah Aurat: HARAM!

Lain negeri lain peraturanya, ada yang sama ada juga yang tak sama. Begitulah peraturan terbaru yang dikeluarkan oleh pentadbiran Majlis Fatwa negeri Kedah Darul Aman mengenai isu penerbitan berunsur pendedahan aurat adalah haram. Dan itu adalah yang terjadi rasanya bukan sahaja untuk majalah Mangga tapi kepada keseluruhan penerbitan hiburan tempatan.

Mungkin masih ada juga yang penerbitan yang mahu meluaskan jualan di negeri berkenaan, namun ianya tertakluk kepada rakyatnya yang mahu membeli atau tidak dengan perlaksanaan fatwa terbaru itu untuk umat Islam khas di negeri itu, umum untuk satu Negara.

Soal agama admin no komen, tepuk dada tanya iman kita sendiri. Selamat beramal~

Shila Amzah Nekad Bertudung! Syukurlah

Selasa, 7 Ogos 2012

Sebelum ni ada admin postkan yang Shila Amzah mengenakan tudung pada dirinya di post ini. Episod itu berlaku pada awal bulan puasa Ramadan yang kita jalani saat ini. Tapi dikhabarkan yang entry itu merupakan gambar Shila hanya suka-suka pakai tudung.

Namun setelah suka-suka memakai tudung berkenaan, maka Shula nekad untuk memakai tudung Insyallah untuk jangka masa yang panjang. Gambar-gambar Shila memakai tudung banyak di muatnaik di dalam laman sosialnya.

Shila memberikan ujian pada dirinya sendiri yakni dengan membuat 15 hari ujian percubaan bertudung, namun segala ujian itu dirasakan membawa perubahan yang sungguh drastik pada dirinya. Hari bersejarah itu berlaku apabila Shila mahu keluar berbuka puasa dengan kekasihnya aka buah hati, Sharnaaz.
"Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya." -mStar

Fizz Fairz Beli Kondo Mewah di Mont Kiara

Pelakon kacak, Fizz Fairuz diaktakan sudah selesai untuk urusan membeli sebuah kondominium yang terletak di penempatan elit, Mont Kiara, Damansara bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebagai anak seni.

Tindakan Fizz ini rupanya ada asasnya, dia mahu agar supaya hidupnya tidak melarat pada hari tua. Pelaburan diusia muda lah katakan, rumah kan makin hari makin naik harga.

Baguslah kalau macam tu, jangan beli kereta mewah-mewah, cukup kereta tempatan jew, janji ada kondo mewah. Hehe.

“Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis. Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh,

“Semasa tengah “laku” dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang (rumah) saya itu.

“Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian” -mStar

Tauke RL Nikah 3 kali, Kahwin di Thailand

Terkejut juga membaca artikel yang dilampirkan di portal Murai baru-baru ini yang mengatakan pelawak, Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya dalam ic, Zamatul Amri dah nikah hampir tiga kali.

Yang terbaru dia bernikah dengan isteri barunya yang bernama Nurul Ameera atau Meera di Thailand. Pernikahan itu dikatakan telah dilakukan sebelum Tauke masuk ke dalam program rancangan TV, SuperSpontan.

Isteri pertama sudah lama bercerai manakala isteri kedua Tauke dalam proses perceraian atas sebab-sebab tertentu.

Tapi yang malangnya lagi, Tauke dikatakan sudah mengalami krisis rumahtangga dengan Meera. Hampir sebulan lebih tidak tinggal sebumbung dan ianya dikatakan berpunca daripada pihak ketiga.

Kita doakan agar perkahwinan kali ni tak lah runtuh seperti perkahwinan yang sebelumnya, dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Gosip Bercinta Dengan Beego, Linda 'no komen'!

Isnin, 6 Ogos 2012

Pelakon manis, Linda Hashim dikatakan mengakui yang dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Beego sejak kebelakangan ini, tapi biasalah artis, pastinya perkataan yang keluar 'no komen' walaupun ada juga komen sedikit.

Isu hubungan itu diutarakan apabila pada hari Ahad yang lalu, sebuah akhbar mingguan melaporkan bahawa Beego dan Linda dikaitkan menjalinkan hubungan cinta. Dakwaan akbar itu lagi, mereka berdua ditemui dengan berpimpinan tangan mesra di sekitar Kota Damansara.

Dan ini komen Linda melalui portal mStar.....
"Saya selesa berkawan dengan dia dan kami dah lama kenal serta kerap berlakon bersama.

"Memandangkan dia adalah rakan saya, kami juga pernah keluar sama seperti teman-teman yang lain. Cuma diakui, sejak kebelakangan ini, hubungan kami lebih rapat.

"Bagaimanapun, saya enggan mengulas sama ada kami bercinta atau tidak. Kita lihat sahaja apa yang bakal berlaku nanti,"

Gambar anak ke-2 Dynas Mokhtar

Gambar dibawah merupakan gambar anak ke-2 pelakon dan juga pengacara, Dynas Mokhtar yang selamat dilahirkan pada 15hb Jun lalu. Gambar pertama yang beredar di internet ini dikongsikan bersama oleh sisipan yang dikeluarkan oleh MediaHiburan.

Nama anak ke-2 Dynas ni adalah Mohamed Haqaish Bin Mohd Hafizy. Sebelum ini Dynas telah dikurniakan seorang cahaya mata puteri, yang diberikan nama, Khyra Khalyssa. Apa macam comelkan Haqaish ni.

Bila Lisa Surihani, Yusry ber-Whatsapp

Suami isteri, Lisa Surihani dan Yusry KRU sememangnya pasangan yang cukup bahagia saat ini. Kadang-kadang masing-masing sibuk dengan kerjaya namun laman sosial juga menjadi pengerat hubungan mereka berdua itu.

Dengan ber-Whatsapp percuma di alat handphone anda zaman ini, pastinya ianya digunakan untuk berkomunikasi dengan lancar dan stabil. Lisa dan Yusry juga tidak mahu melepaskan peluang ini dengan menggunakan perisian ini. Tambahan lagi mereka berdua menggunakannya untuk satu 'chat' yang cukup sweet dan menarik.

Baguslah kalau suami atau isteri korang macam ni, siap kalau boleh ada bacaan doa lagi nak berbuka tu.

Hairie Othman Gurau Tak Bertempat?

Macam-macam hal bila kita terlalu taksub dengan penglibatan diri dalam arena politik. Dari level selebriti yang kita tahu mereka memang berbakat berseni, tak juga kurangnya bila mereka ni masuk ke kancah politik negara.

Sampai terlalu taksub, kadang-kadang ada juga yang sempat memaki, menyindiri dan menggunakan segala media sosial untuk meluahkan rasa ketidakpuashatian. Yang pasti ianya cukup membuatkan kita menunding jari mengapa ini sering terjadi dengan memerhatikan kredebiliti dan kematangan seorang selebriti tempatan.

Yang terbaru, dikatakan Hairie Othman seorang pelakon yang memasuki parti politik pembankang yang lebih Islamik telah menggunakan media sosial untuk menyindir sesama pemimpin orang Islam sendiri apatah lagi pemerintah yang banyak menolong rakyat dalam melaksanakan nikmat suasana yang aman dan damai yang kita sekarang rasai.

Paling malang lagi, perkara ini berlaku di bulan Ramadan. Dan sikap Hairie itu ramai yang membidas dan tidak bersetuju dengan tindakannya yang belum setahun jagung berada di arena politik namun sudah mula tunjuk taring. Bergurau kena pada tempat bro, soal agama jangan dijadikan senjata gurauan. gambar dari BuahMulut.com

Anne Ngasri: 'Daddy' gelaran Aliff Aziz

Ahad, 5 Ogos 2012

Anne Angasri mengakui hubungan cintanya dengan penyanyi Aliff Aziz semakin hari semakin rapat. Dan yang terbaru petikan portal mStar, Aliff dipanggil dengan nama manja, 'daddy' oleh ketiga-tiga orang anak Anne sendiri iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

Kemungkinan Aliff dapat memikat hati anak-anak Anne dengan gaya tersendiri sehinggakan mendapat gelaran sedemikian. Kerana Aliff merupakan seorang yang minat dengan kanak-kanak.

Walaupun ramai menyedari beza usia Anne dengan Aliff adalah 7 tahun dimana Anne boleh dikatakan 'kakak' kepada Aliff kalau diikutkan kata sebenar. Namun begitulah hebatnya cinta, cinta menjadi buta melihat usia.

Korang diluar sana, usah memilih jodoh, yang muda apa juga salahnya, asalkan matang dan ada kerja sudah cukup. Jangan letak mas kahwin tinggi-tinggi, korang juga akan membujang sampai tua lebih-lebih lagi wanita. hehe.

Tiga Selebriti Anggun Hiasi Majalah

Sabtu, 4 Ogos 2012

Tiga selebriti yang manis dan anggun, Siti Saleha, Fazura dan juga Izara Aishah telah menjadi penghias muka hadapan majalah untuk edisi terbaru ini. Dimana Siti Saleha menjadi penghias majalah Lisa manakala Fazura dan Izara bersama-sama untuk menjadi penghias majalah Nona dengan dua versi cover yang berbeza. Yang mana satu pilihan di hati anda? undi untuk ketiga-tiga selebriti penghias majalah di bawah ini. Jangan lupa beli di pasaran juga.


Rumah Aznil Dpecah Masuk, Rugi RM40k

Rumah Pak Nil atau Aznil Nawawi di Taman Yarl Kuala Lumpur dipecah masuk penjenayah semalam menyebabkan Pak Nil rugi sebaganyak kira-kira RM40,000. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di rumah. Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa. Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap. -Kosmo
_________________________________

PS: syukurla tiada apa-apa menyebabkan kemalangan jiwa, anda yang mahu pulang kampung, berhati-hati, kunci rumah anda dengan penuh selamat, buat pintu kebal kalau boleh.