Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nurhaliza di KB Mall

Selasa, 8 Mei 2012

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil ketika Siti Nurhaliza, David Teo, Khairul Fahmi dan Leuniey yang turun untuk uji bakat SimplySiti Star Search di KB Mall, Kelantan. Memang tak perlu dinafikan, Siti Nurhaliza bertudung litup ketika dan berada di negeri Kelantan ni. Ramai mek klate juga yang mengambil kesempatan untuk melihat kelibat Dato' Siti ketika itu. Enjoyed it..

Fasha Sandha makan kuih terjatuh di lantai!!

Memetik daripada portal GUA, dikatakan Fasha Sandha sanggup mengutip kuih di dalam tong sampah untuk dimakan gara-gara kerana lapar sangat. Malah, dikatakan juga sanggup mengutip kuih yang terjatuh di lantai untuk mengalas perut. Insiden ini bukan sekadar gosip, tetapi realiti dan telah pun berlaku. Namun korang semua jangan dulu angap yang Fasha ni mempunyai sikap semulajadinya yang sedemikian namun ini semua adalah satu adegan yang dilakonkan dalam drama bersiri terbaru ‘Seindah Sakura’ yang akan bersiaran di TV3 bermula 7 Mei hadapan, jam 7.00 malam. Suspen tak? hehe..

“Sebenarnya En. Zulhuzaimy tidak pernah menyuruh saya makan kuih yang dikutip dalam tong sampah dan di atas lantai itu. Dia hanya minta saya gigit sedikit. Tapi, saya rasa kalau buat macam itu, nampak macam tidak semulajadi. Sebab itu saya terus makan sehingga habis. Memanglah kotor, tetapi saya tidak kisah asalkan adegan itu boleh memberi impak kepada lakonan saya. Saya mahu penonton puas hati,” ujar Fasha

Scha terharu Awal nyanyikan Sedetik Lebih

Pada malam resepsi Awal Ashaari dan Scha al Yahya yang lalu, ada satu babak sedih dan tersentuh hatinya dimana Scha kelihatan terharu apabila Awal dengan semangatnya menyanyikan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Siap kucup-kucup lagi pasangan ni, memang sweet dan mendapat perhatian ramai pada malam itu. Jum kita tonton video yang telah sempat dirakamkan itu.

Foto Bugil mirip Dewi Cinta tersebar?

Isnin, 7 Mei 2012

Penyanyi dari Indon, Dewi Cinta mendapat liputan meluas apabila foto wanita bogel/bugil yang didakwa mirip Dewi Cinta.

Menurut laman detikHot, terdapat beberapa foto tanpa seurat telah tersebar dan diantaranya foto yang menampakkan seorang wanita 'berpose' di hadapan cermin di dalam tandas dan satu lagi foto seorang wanita yang dikatakan mirip Dewi dilihat hanya memakai coli berwarna hitam.

Dan ini jawapan yang selalu keluar dari kebanyakkan artis dari negara seberang itu.

"Saya tak mahu memberi apa-apa kenyataan lagi buat masa sekarang ini," ujarnya. -Via

Fedtri Yahya jadi ayah, timang anak sulung

Pengacara TV terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dikhabarkan baru-baru ini selamat menimang anak dan juga puteri sulung mereka pada 30 April yang lalu. Bayi seberat 3 kilogram itu dinamakan dengan nama Indah Sutera Jannah. Isteri Fedtri selamat melahirkan Indah di Hospital Pusrawi, Kota Damansara. Tahniah diucapkan.

Gambar Persandingan Awal Ashaari, Scha al Yahya

Mungkin agak terlewat sedikit tetapi kepada mereka yang belum melihat majlis persandingan atau malam berinai Awal Ashaari dan Scha al Yahya selepas mereka dinikahkan pada hari Jumaat yang lalu, kini dilampirkan khas mereka berdua bersanding dengan bertemakan warna hijau bergemelapan bagai anak raja dengan sang puteri. Gambar milik penuh GUA

Gambar pengebumian Almarhum Bob Kuman

Ahad, 6 Mei 2012

Jenazah Bob Kuman yang meninggal dunia semalam (3/5), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau jam 11 pagi (4/5). Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis.

Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas.

“Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon.

“Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis,” kata Apek. -Bernama

Gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza tanpa make-up

Sabtu, 5 Mei 2012

Gambar dibawah adalah gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang diambil melalui Twitter miliknya. Gambar ini dikatakan gambar Siti tak bermake-up dan super natural, berbanding memakai make-up yang tentunya lagi cantik dan anggun. Jum layan.

Gambar Pernikahan Awal Ashaari, Scha al Yahya

Jumaat, 4 Mei 2012

Dengan sekali lafaz, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada 9.15 PM , Jumaat ini di Hotel Pullman Lakeside PutraJaya.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.
-Via | gambar OhBulan & GUA

Suhaimi lebih popular dari Aaron Aziz

Memetik daripada portal Murai, Suhaimi yang juga ahli kumpulan SuperSpontan, Angsa Ganas dikhabarkan merupakan seorang selebriti yang cukup terkenal di Singapura. Malah dikatakan lebih popular berbanding Aaron Aziz di sana.

Selain itu juga tahap populariti Suhaimi lebih top daripada Siti Nurhaliza di sana. Selain itu, Suhaimi dikenali oleh orang India, Cina dan orang putih yang menetap di sana disebabkan dia telah sapu semua prorgam TV di Singapura.

Suhaimi kini sudah menetap di Malaysia berikutan dia asyik mendapat tawaran berlakon di Malaysia. Khabarnya, tawaran itu bukan saja untuk program TV, malah ada juga untuk drama dan filem tempatan.

Soal bayaran pula, Suhaimi tidak cerewet dan cukuplah apa yang diterima itu setimpal dengan inisiatif dirinya yang sanggup meninggalkan periuk nasi di Singapura.

Maya Karin, Farid Kamil skuba bersama

Dalam ABPBH 2011 yang lalu, kita sudah ternampak gelagat pelakon, Farid Kamil dengan diapit oleh Maya Karin ketika menghadiri majlis berkenaan. Tapi kali ini, mereka berdua dikatakan bersama lagi dalam akitiviti skuba di sebuah lokasi menyelam yang tidak diketahui ramai. Mungkin ini satu bukti lagi yang mereka berdua sudah mula memutik episod cinta baru. hehe.

Bob Kuman Meninggal Dunia

Khamis, 3 Mei 2012

Sumber memetik dari mStar, Bob Kuman disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara. Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Presiden Seniman, Harun Salim Bachik mengesahkan juga berita tersebut. Al Fatihah di ucpakan.

Rozita Che Wan hiasi Majalah Glam

RCW atau Rozita Che Wan memang seorang yang cukup gah sebagai seorang model dan juga pelakon. Yang terbaru mengenai dirinya, dia telah dijemput untuk menghiasi majalah GLAM. Yang rata-rata tidak dipastikan lokasi itu benar-benar di lokasi asal atau hanyalah kecanggihan proses 'edit' gambar. Gambar RCW dengan lelaki tu cukup menyentap jiwa dan raga kaum lelaki, janggut model berkenaan dibelai manja oleh RCW.

Era FM kini radio no. 1

Kini Era FM telah kembali merampas gelaran sebagai radio nombor satu Malaysia. Keputusan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen untuk fasa pertama tahun 2012 menunjukkan yang 5 daripada 8 stesen radio kelolaan AMP menduduki carta 10 radio paling popular di’Malaysia.

Era FM dengan mencatatkan jumlah pendengar seramai 4.8 juta dan diikuti rapat oleh Sinar FM yang mencatat 4.7 juta pendengar serta THR (Raaga & Gegar) dengan 1.73 juta pendengar yang majoriti berada di Pantai Timur.

Kemungkinan besar faktor kejayaan Era FM ni adalah kemunculan Johan bersama-sama Era FM. :)

Aishah ketika perhimpunan Bersih 3.0

Walaupun episod demo Bersih 3.0 sudah lama berlalu, namun kadang-kadang ada juga yang masih mahu mengingati perkara ini, biasalah, kita tak buat sesuatu tu, maka tak la lahir 'sejarah' kan. Tapi tak nak sebut pasal politik, yang nak sebut disini penglibatan penyanyi Aishah yang menyertai demo berkenaan. Mengikut perkembangan sediada, media hanya dapat mengesan kehadiran selebriti, Aishah sahaja. Sebelum ini dikhabarkan yang Aishah telah pun menyertai PAS

Gambar Perkahwinan Watie Elite. Joey

Rabu, 2 Mei 2012

Watie Elite (janda anak satu) dan Joey akhirnya mendedahkan tarikh pernikahan sebenar mereka selepas hampir lima bulan berteka-teki. Watie dan Joey telah selamat bernikah pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dengan berwalikan adik Watie.

Baru-baru ini mereka telah mengadakan majlis resepsi yang diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Watie dan Azza dengan Azlan Zulaily teruja dapat bersanding bersama-sama.

Pada majlis tersebut, turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah kerabat diraja Pahang iaitu Datuk Tengku Kamaruzaman. Manakala artis yang turut hadir adalah Mawi dan isteri, Ekin, Haiza, Maya, Zain Saidin, Sasha (Elite) dan Zila Bakarin. -Via

Gambar Nora Danish pergi umrah

Kisah Nora Danish pergi umrah bukan semata-mata lari dari kekecewaan melihat bekas suami bernikah dengan orang lain, namun mungkin disudut hatinya dia mahu ketenangan diri dari pelbagai belengu masalah dan juga untuk mendekatkan diri kepadaNYA. Niat baik, mungkin satu hari nanti, Nora juga mendapat balasan yang tidak disangka. Gambar umrah Makkah dan Madinah ini diambil melalui Fan Page Facebook Nora Danish. Cantik dan sungguh anggun Nora memakai tudung, semoga kekal setelah sampai ke tanah air. :)


Kes Cerai Tangguh, Aidil muncul berdepan Rita

Sebutan kes tuntutan lafaz cerai yang difailkan oleh Aidil Zafuan Abd Razak terhadap Rita Rudaini terpaksa ditangguhkan kerana Rita tidak bersetuju dengan alasan penceraian yang diberikan oleh pihak plantif. Pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan tarikh 16 Mei depan bagi pasangan tersebut menghadiri proses Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan kes penceraian mereka.

"Rita redha dengan apa yang terjadi tapi tidak adil untuk Rita diceraikan tanpa sebab. Alasan dia kami tiada persefahaman dan tak serasi itu, Rita tidak boleh terima kerana sebelum dia keluar rumah, hubungan kami elok saja. Alasan dia tidak masuk akal kerana jika ada pergaduhan, Rita boleh terima, tapi ini tidak ada pergaduhan langsung.

"Tiba-tiba saja dia nak bercerai, jadi Rita terpinga-pinga kenapa perkara ini boleh berlaku. Rita rasa tak berbaloi untuk Rita setuju sebab Rita masih waras. Selagi tidak mendapat satu alasan yang kukuh untuk bercerai, Rita tidak akan setuju. Rita tak boleh hidup dalam keadaan tak tahu sebab. Rita nak tahu dulu apa alasan kukuh dia supaya Rita boleh terima," ujar Rita -Via

Gambar Pra-Perkahwinan Awal Ashaari, Scha al Yahya

Selasa, 1 Mei 2012

Pasangan merpati dua sejoli ini pasti sedang tidak sabar menghitung hari untuk diijabkabulkan. Kini, gambar pra-perkahwinan mereka telah diriliskan untuk tatapan semua.

Bertemakan "Best Man Win" kerana mahu memberikan gambaran mengenai kesungguhan Awal Ashaari dalam menambat hati Scha Al-Yahya.

Pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang pada 4 Mei ini kelihatan anggun dan segak di dalam gambar mereka apabila Awal memakai sut tentera, manakala Scha pula tampil seperti perempuan Melayu terakhir dengan berkebaya putih.

Lokasi yang dipilih pula adalah di stesen keretapi.

Awal dan Scha juga sempat menguhiasi cover Majalah Remaja untuk kali terakhir