Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar pertunangan Jimmy Shanley, Suhaila

Rabu, 16 Jun 2010

Jimmy Shanley yang selamat ditunangkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, menafikan Jimmy memilih anak jutawan itu kerana harta. Menurutnya, tiada istilah mencari kekayaan dalam memilih kekasih terutamanya dengan wanita yang bakal berkongsi hidup dengannya. Jimmy yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini selamat bertunang dengan Nursuhaila Eliani di rumah pihak perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Jumaat lalu, 11 Jun 2010.

Gambar pelakon Linda Hashim

Selasa, 15 Jun 2010

Kenal pelakon muda dan manis, Linda Hashim? sekarang ni dia bakal nak mempopularkan diri dengan menarik ribuan peminat daripada Facebook. Linda Hashim baru sahaja melancarkan fan Facebook miliknya. Memang baru diakui agaknya yang laman web sosial ini mampu mengeratkan diantara peminat dengan artis kesayangan mereka. Tak pun mungkin Linda Hashim dapat jodohnya di sana, seperti Harith Iskander dan isterinya baru-baru ni yang kahwin dan sebelumnya berkenalan melalui Facebook. Gambar di bawah adalah sebilangan kecil dalam Facebook milik Linda Hashim.

Gossip Awal, Ashraf dating bergiliran?

Ada seorang mamat ni kebetulan berada di Papa Rich Kopitiam, Damansara. Dalam tidak disangka-sangka mamat ni terserempak dengan dua artis lelaki yang popular pada masa kini, Awal Ashaari dan Ashraf Muslim. Namun tidak dikenali pula siapa wanita yang berada disamping mereka ketika itu yang berada di tempat yang sama. Sepertinya orang lain dan bukan daripada artis sahaja. Kalau dari artis dah sah mamat tue dapat tangkap siapa gerangan wanita berkenaan kan. Di bawah ini ada situasi yang mamat berkenaan nampak..

Artis A : Awal asyari masuk dulu, bawa awek yang agak gempal,nampak lebih berumur dari dia, awek tu kira kaya pakai beg LV, cari port yg tepi dinding, nak cover lah tu, dia bawa BMW 2 pintu, plat no AW41..
Artis B : Ashraf Muslim masuk 20 min kemudian, dia bawa awek yg lebih muda, macam2 budak kolej jer, juga cari port hujung.. -Forum Cari
Dan yang paling sedih kata mamat tue adalah awek-awek tue tak cun sangat. Adess...

Gambar aksi manja Natasha Hudson

Gambar di bawah tidak lah keterlaluan sangat. Memang aksinya begitu tidak disangka-sangka juga, diambil daripada Utusan edisi kelmarin, akhbar Melayu yang popular. Disana diceritakan mengenai kekasih Natasha Hudson yang berada di Jakarta. Mengikut sumber daripada pihak yang terbabit, Natasha Hudson didakwa berulang alik daripada Kuala Lumpur ke Jakarta banyak kali. Memang tidak dinafikan lagi, sumber berkenaan melihat mereka berdua di sana. Memang kalau dah cinta, sehari tak jumpa memang tak boleh, Natasha Hudson juga yang ulang alik sana mari.

Lagi gambar tanpa tudung Nur Fathia pelakon Nur Kasih

Isnin, 14 Jun 2010

Sebelum ni ada menayangkan gambar yang pertama sekali Nur Fathia tak pakai tudung. Dalam drama/iklan dia pakai tudung tapi diluar set dia tak pakai, dan rambut jelas diwarnakan menjadi keemas-emasan. Tapi jangan kita silap menyangka pula, mungkin memang itu yang diingikan oleh Nur Farthia sebagai trend dan strategi penarik peminatnya, yang terkenal kerana lakonannya dalam Nur Kasih dan juga iklan Sunsilk (futsal). Sapa-sapa pembaca yang 'ustaz' or 'ustazah' boleh lah ceramah cikit. Hehe.

Perkahwinan Anne Hot.FM

Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000.

Anne turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,181 sebagai simbolik hari lahir Anne pada 11 Januari 1981. Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran antaranya sebentuk cincin De Gem, jam tangan Tag Hauer, dompet Prada, senaskah Al-Quran, sireh junjung, coklat Patchi, kek cawan dan set wangian Gucci. Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan berkonsepkan warna merah jambu dan perak, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan tengah hari (13/6) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Damansara. -Gua

Saiful Apek direman polis miliki 40g Ganja

Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam (12/6). Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini (13/6)" kata Zainal.
Gambar lama Apek dituduh hisap dadah

Gambar Siti Nurhaliza naik Helikopter

Ahad, 13 Jun 2010

Sudah lama kita tidak mendengar khabar penyanyi nombor satu negara. Mungkin disebabkan laman Facebooknya yang telah meng-block blogger/forumer daripada mengambil gambar disana. Namun baru-baru ini dalam Facebook milik pengurus Siti Nurhaliza, Rozi, terdapat berita baru mengenai penyanyi ini. Menaiki helikopter bersama-sama Rozi pergi ke Rompin untuk sebuah konsert amal. Tidak dapat dikenalpasti kenapa tidak menggunakan kenderaan darat, mungkin kerana jalan yang tak stabil, atau kesuntukan masa, atau tajaan mana-mana pihak atau tak pun keluarga Datuk K punya helikopter. :P

Gambar isteri Harith Iskander Musa

Sekian lama membujang, kini pengarah, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim selesai majlis pernikahan kedua mempelai di Kota Damansara, Kuala Lumpur kelmarin. Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing.

Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.

Harith yang diapit sahabat baiknya, Hans Isaac turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senaskhah al-Quran dan satu persalinan kain kepada pihak perempuan. Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran antaranya tali leher Louis Vuitton, kasut Valentino, set wangian Dunhill, buah-buahan dan manisan Paatchi Chocolate. -mStar

Fasha Sandha, Tiz Zaqyah bergaduh kerana Jejai

Sabtu, 12 Jun 2010

Dek kerana geram sangat dengan tindakan pelakon muda yang mula dikenali ramai melalui drama bersiri 'Nur Kasih', Fasha telah ke Twitter-nya untuk menyelar tindakannya serta memberi amaran keras agar jangan di kacau haknya. Berikut disertakan empat 'posting' Twitter Fasha, semuanya dibuat pada 9 Jun lalu. Memang menarik untuk dibaca. Selain daripada memberi pendedahan - jika apa yang ditulis itu benar - kepada siapa Tiz disebalik watak Nur Amina, yang turut menarik perhatian adalah pengakuan Fasha tentang status Jejai di dalam hidupnya. -Gua

Hari yang indah..My love just made a confession ths morning. Eventhough its was lil hurt, but I can forgive him. The best part was, perempuan tu called my love at 4am. I found out about it last month n I asked her. Then perempuan tu bagi alasan to me that she called on behalf of someone else. Finally my love told me the truth, that she called to ajak lepak with her in subang. To that lady, u better watch out, don't mess with me ya. I got all the prove in the world. Dulu u dah call bf almy nadia pukul 3pg, n semua org production tau. Jgn sampai aku n almy reveal everything!

Yup, desperate gila. Dulu masa almy cerita I dengar je.. Bila kena kat batang hidung sendiri baru I tau. Dia ingat semua org nak dia kot. So pathetic RT @Natasya Syaa: @NurFashaSandha eeeuuuuu mmg x th malu punya pompuan...apelah call guy at 3 to 4 am n ajak lepak, aiyooooo desperate ea..

I tak sangka, selalu nak ajak I keluar with her, rupanya ada intention nak try my bf. Not only that, dia tu dari dulu memang kaki club, tapi ada pulak isu kononnya I ni yg ajar dia buat itu ini. I ramai saksi that she was the one yg selalu sangat beriya iya ajak ajak I lepak with her. Crazy lady. RT @SitiTakhirah: @nurfashasandha good choice. hope that woman finds her own life.

I yang ajar dia pergi club??? Excuse me... Ramai saksi2 yg tau..., siapa yg selalu ajak siapa. Dia tu bukan budak kecik. Memang dia dah dewasa. Kenapa pulak I nak ajar dia pergi club? Sebelum I kenal dia, mmg dia dah kenal..apa itu club. Sekian,terima kasih. RT @nurazreena: @NurFashaSamdha Sapa laa orang tu. @TizTIzTiz ke? Sebab dulu penah dengar gosip u yang ajaq dia clubbing semua. -Twitter FS

Johan saman RM1 Juta akibat baling gelas

Pelakon dan pelawak, Muhammad Yazid Lim, 26, atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak melalui peguamnya Zahrin Ishak memberi tempoh tujuh hari kepada pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar, 33 untuk membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan. Menurut Zahrin dari Zahrin Emrad & Sujaihah, notis tuntutan agar Javed berbuat demikian telah diserahkan pada 10 Mei lalu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta. Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik. Sementara itu, Johan yang ditemui pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut kecewa dengan tidakan Javed yang menyebarkan berita tidak benar kepada semua media dan persatuan-persatuan dalam industri hiburan.

"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon. Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran. Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah.
Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya. -mStar

Lesbian minat kat Marsha Londoh

Jumaat, 11 Jun 2010

Bukan mudah menjadi wanita cantik, sering mendapat godaan dari golongan lelaki adalah sesuatu yang normal namun bagi Marsha Milan Londoh yang mengakui dirinya sering mendapat perhatian dari golongan Lesbian. Walau bagaimanapun, menurut Marsha, dia tidak pernah memberi sebarang reaksi negatif kepada golongan ini, malah menganggap mereka sebagai peminat yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

gambar hiasan
"Saya hairan juga kemana sahaja saya pergi sering mendapat perhatian, bukan dari lelaki tetapi kaum wanita. Tapi saya tidak pernah menghindari mereka malah menghargai salam perkenalan yang dihulurkan dan menganggap mereka sebagai kenalan baru," jelas Marsha.
"Entahlah, saya juga tidak tahu kenapa, mungkin sifat mesra saya kepada semua orang telah disalah anggap oleh mereka. Tapi apa pun selagi tidak menganggu keselamatan saya tidak kisah," jelasnya lagi.

Gambar anak perempuan Yatt

Siapa tak kenal dengan pelakon Yatt atau nama ic nya, Haryati Hamzah. Bernikah dengan suami tercinta pada akhir bulan Mac 2009 dan mendapat anak pada akhir bulan Feb 2010. Memang genap usia setahun perkahwinan, baru dapat anak perempuan yang bernama Suci Hanania Malika Bt. Abdul Mutalib. Anak perempuannya itu yang merangkap anak sulung pasangan berkenaan, diabadikan dalam sesi photo oleh pihak photographer yang diupah oleh pasangan berkenaan. Memang cun dan menarik, apatah lagi anak mereka kelihatan gemuk dan sihat. :) -digitaliRis & Buttet

aksi Bung Mokhtar, Zizie gembira kes ditangguhkan lagi

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang sepatutnya membuat keputusan kelmarin mengenai permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan tidak dapat berbuat demikian kerana kes itu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Permohonan tersebut adalah selari dengan seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Kelmarin sebelumnya (9/6), mahkamah menetapkan pada hari ini untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen itu dengan Zizie yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu. Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap anggota parlimen itu kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu. Ekoran itu, Bung Mokhtar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara mendengar permohonan rayuan. -mStar

Adi 6ixth Sense dengan cewek janda dari Sabah

Khamis, 10 Jun 2010

Kumpulan 6ixth Sense memang tidak pernah mengundang kontroversi sepanjang tempoh berada dalam industri. Ahli kumpulan ini memang bijak membawa diri. Mereka popular kerana muzik, bukan kerana gosip. Jika gambar-gambar ini mula diedarkan di Internet, pasti ramai peminat 6ixth Sense, khususnya peminat Adi akan terkejut dengan perkara ini. Bahkan, tidak mustahil ada peminat yang akan marah. Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapakah gadis di sisi Adi Priyo Sambodo itu?
“Saya akui gambar-gambar itu adalah gambar saya dengan teman wanita saya. Namanya Zita dan dia berasal dari Sabah. Sebenarnya gambar itu kami ambil ketika saya terlibat dengan satu persembahan di Sabah tahun lalu. Zita telah ‘upload’ gambar-gambar ini di laman Facebook miliknya. Bagaimanapun, saya sudah pun menyuruh Zita buang gambar-gambar itu kerana tidak mahu timbul gosip seperti ini dan dia pun sudah lakukannya. Tidak sangka pula, gambar itu akhirnya dapat juga dikesan pihak lain,” jelas Adi.
Dengan timbulnya gambar-gambar seperti itu, sedikit sebanyak ia memberi gambaran tentang tingkah-laku Adi yang sebenar. Jika sebelum ini Adi dikenali sebagai seorang yang pemalu, mungkin selepas ini tidak lagi. Pendek kata, ia boleh menjejaskan reputasi Adi.

“Saya akui itu kesilapan saya dan teman wanita. Sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Memang gambar-gambar itu diambil di sebuah bilik dan ada yang di atas katil, tetapi ini tidak bermakna saya dan Zita tidur bersama. Zita hanya naik ke bilik seketika untuk mengambil saya keluar bersiar-siar. Memang perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan saya mohon maaf kepada semua. Saya harap peminat faham dengan situasi ini. Saya bukan sengaja mencari publisiti murahan,” jelas Adi lagi. -Gua

Doa Kak Pah untuk Siti Nurhaliza

Luahan Peminat: Tadi pagi book store belek2 magazine, then terbelek URTV latest issue cover rossa.. then belek2 kt dalam tu, ada satu page artikel menarik pasal sharifah aini yang membuatkan aku terus nak beli dan tak sabar nk blk umah semata2 nak bukak thread nie.. Tajuk yg ekslusif tuh berbunyi: DOA SHARIFAH AINI UNTUK SITI NURHALIZA.. artikel dia lebih kurang macamnie, Sharifah Aini kagum dengan kejayaan artis-artis muda seperti Datuk Siti Nurhaliza yang sudah masuk 15 tahun dalam dunia hiburan..

Pastu ada jugak statement sharifah aini bila URTV suruh komen pasal siti nie, dia mendoakan agar Siti terus cemerlang and paling best ada gak quote nie..
"Kak Aini mendoakan Siti sentiasa dalam kesihatan yang baik dan akan mendapat anak dalam masa yang terdekat, insya ALLAH" ujarnya..
Kalau betul dorang dah berbaik2 memang syukur sangat. Dua diva dari dua generasi seharusnya saling sokong menyokong satu sama lain.. Tak nak berburuk sangka and harap ini semua bukan statement PROPAH...

Gambar terbaru M. Rajoli

Rasanya semua pihak telah sedia maklum bahawa pelakon yang sering membawakan watak ustaz, M. Rajoli sudah sekian lama mengalami masalah kesihatan. Kini beliau hanya terlantar lemah di kediamannya yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Menurut beberapa exco Seniman yang berpeluang menziarah pelakon tersebut sebelum ini, keadaan M. Rajoli semakin tenat jika dibandingkan dengan beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana selain daripada susuk tubuhnya yang semakin kurus, dia juga lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur. Malah dia hanya bangun pada waktu makan atau minum sahaja. Itupun setelah dikejutkan oleh isterinya, Hashimah Mat Din. Isterinya ketika ditemubual mengakui perkara tersebut namun tidak dapat mengesahkan mengenai taraf kesihatan M. Rajoli yang sebenar. Katanya, kadang-kadang suaminya itu kelihatan baik dan kadang-kadang pula kelihatan terlalu lemah. -Gua

Rozita Che Wan pakai tudung dalam Oasis

Rabu, 9 Jun 2010

Drama bersiri Aku Terima Nikahnya yang mengisahkan seorang anak dara muslimah yang mencari cinta. Sinopsisnya begini, Sabrina merupakan seorang wanita cantik, lemah-lembut dan bekerjaya sebagai editor majalah muslimah. Sabrina telah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki gara-gara teman lelakinya berlaku curang. Tue ler sinopsis yang ringkas sahaja, ngeh3. Walaupun dah sebulan dua dah main kat Astro Oasis, namun ianya masih lagi menghangatkan jalan ceritanya dengan kemunculan Rozita Che Wan. Manis bertudung labuh di rumah mahupun diluar rumah. Kalau diluar set begini gak kan elok, janji dia pas umrah juga tertunai. :)

Gambar anak ke-4 Edry KRU

Anak ke-4 kepada komposer, pengarah dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Edry KRU itu adalah perempuan seberat 3.34 kg dan dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada pukul 8.30 pagi baru-baru ini. Nama anak ke-4 ini adalah Elya yang mempunyai gabungan nama dengan isteri, Milia Mohamad, 35, sama seperti nama anak-anaknya yang lain iaitu Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3. Tahniah lah diatas kelahiran cahaya mata ke-4 ini.

Radhi OAG sah talak 1 dengan Shazlin (berpeluk selepas cerai)

Mahkamah Rendah Syariah PJ, membenarkan sekaligus mengesahkan bekas vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali, 33, bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif, 32, dengan talak satu. Hakim Syarie, Tuan Fazil Che Hasan membuat keputusan tersebut selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak plaintif dan defendan menerusi peguam bela masing-masing. Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang manakala Shazlin diwakili Rubiah Jaffar.

Musa mengesahkan anak guamnya (Radhi) bersedia untuk menceraikan plaintif (Shazlin) secara persetujuan bersama dengan terma-terma yang dipersetujui dalam perjanjian persetujuan di antara kedua-dua pihak pada 16 Oktober 2009 untuk bercerai secara baik. Radhi hadir mengenakan baju Melayu rona hitam dan berselendang putih manakala Shazlin memakai baju kurung merah jambu dan bertudung putih.

Radhi dalam lafaz sumpahnya di mahkamah berkata:
"Saya Radhi menceraikan isteri saya, Shazlin Sharif dengan talak satu." -mStar

Gambar Lisa Surihani yang terbaru

Selasa, 8 Jun 2010

Baru-baru ni ada diadakan pratonton filem Kapoww di Malam Gala & Karpet Merah filem lakonan Zizan Raja Lawak di TGV KLCC. Filem ini adalah daripada drama bersiri Kapoww dalam rancangan Astro. Tapi sekarang dah di filem kan yang akan ditayangkan pada 17 Jun 2010 nanti. Tak lupa kepada pelakon Lisa Surihani yang membawa watak heroin dalam filem berkenaan, Siti Nurhasnita. Makin cantik dan tembam pula melihat Lisa ni. Kalau Zizan lah kekasihnya kan best juga. Hehe.