Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Salwa dan Datuk Azizul Khamis

Selasa, 6 Oktober 2009

Ekeleh baru dapat jadi Datuk bukan main action artis2 sekarang. penulis maksudkan iaitu Salwa Abdul Rahman penyanyi yang top pada era 80-an telah mendapat pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) sempena ulang tahun keputeraan Sultan Sulu dan Borneo Utara, Sultan Rodinood Kiram II. Penulis terbaca kat sebuah akhbar menyatakan si Salwa nie telah meluahkan kata2 egonya iaitu “Saya Datuk tau!” hot kan..hot kan.. memang penlis hot kata2 macan tue.. macam tak bersyukur la pulak..

Petikan dari sebuah akhbar: “Saya Datuk tau!” Lebih kurang beginilah bunyinya kata-kata daripada seorang artis yang baru memikul gelaran Datuk dari sebuah kerajaan. Boleh dikatakan setiap kali jumpa orang, itulah yang terpacul daripada mulutnya.

Cerita ini disampaikan seseorang yang pernah bergelar kawan kepada Datuk ini baru-baru ni. Bukan dengki, malah mulanya dia bangga apabila kawannya sendiri dianugerahkan gelaran sedemikian. Namun bangga bertukar meluat apabila empunya badan terlalu mengagung-agungkan sehingga geli telinga mendengarnya.

Dalam cerita lain seorang artis menolak untuk bersama artis Datuk baru itu dalam satu sesi fotografi baru-baru ini kerana tidak mahu tekak loya dengan uar-uar yang sepatutnya tidak perlu itu.

Hafiz AF tengah kemaruk Bercinta

Ada seorang rakan yang memberitahu satu gosip tentang Hafiz. Katanya, sejak akhir-akhir ini, Hafiz sudah berubah, tidak macam dalam akademi dulu. Apa dah jadi Hafiz?

"Aku dengar cerita, Hafiz ni tengah kemaruk bercinta. Setiap malam dia selalu keluar dating dengan awek tu sampai lewat malam. Itu tak kisahlah sebab hal peribadinya tetapi disebabkan tengah khayal bercinta, Hafiz mula hilang fokus kepada kerjayanya. Antaranya, dia tak sempat membuat homework sehinggakan waktu show, dia asyik terlupa lirik lagunya sendiri," kata sumber itu.
Difahamkan apabila perkara ini menjadi bualan ramai, Hafiz pernah menangis dan meminta peminatnya faham dengan situasinya yang masih merangkak dalam bidang seni. Pun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang gadis tersebut tapi sumber tadi berkata, nama gadis itu bermula dengan huruf F. Dia bukanlah artis tetapi Hafiz dikatakan sudah kenal F lama sebelum dia masuk ke AF7 lagi. Namun, waktu itu mereka hanya teman biasa saja.

Bakal Suami Rebecca Kaki Pukul

“SAYA tak percaya dia kaki pukul kerana dia seorang yang lemah-lembut dan baik hati..,” kata pelakon cantik campuran Indonesia -Arab-Melayu-Cina, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad setelah ditanya tentang bakal suaminya, duda anak dua.Persoalan itu timbul setelah ada dakwaan daripada sumber yang tidak dikenali mengatakan Rabecca disyaki sedang bercinta dan bakal berkahwin dengan lelaki yang didakwa kaki pukul itu.

Semuanya gara-gara Rabecca pernah menyebut tentang pilihan hatinya iaitu duda anak dua dalam sebuah akhbar tabloid.Malah, sumber itu juga menjelaskan yang anak duda itu memberitahu pernah melihat gambar Rabecca berpelukan dengan bapanya.



Nama dan pekerjaan lelaki itu juga didedahkan oleh sumber itu tetapi setelah disahkan dengan gadis yang mesra dengan gelaran Becca ini, dia menafikannya.Sambil ketawa, Becca memaklumkan yang lelaki itu bekerja sebagai peguam dan merupakan sepupu kepada salah seorang penyanyi terkenal.





Ternyata Becca lebih mengenali duda itu setelah berkenalan sejak dua tahun lalu. Dia juga mengaku rapat dengan dua orang anak duda itu yang berusia 13 tahun dan 7 tahun termasuk ahli keluarganya yang lain.

Abby Fana tahun 1987

Isnin, 5 Oktober 2009

Siapa tidak kenal dengan pengacara dan pelakon tv yang sudah lama menapak sebagai anak seni, Abby Fana. Sekarang dia sedang menjadi dejjay bagi radio Sinar FM. Dahulu Abby, memang seorang yang terkenal dengan kecantikkannya ketika mengacarakan rancangan TV3, sekarang almaklumlah, makin berusia dah, video ni pun dah 22 tahun yang lalu. Mungkin ada yang belum lahir lagi pembaca di izyan.com ni kot. Jom imbas kenangan silam Abby Fana.


Iqram, Fouziah Berbaik Semula

Dalam beberapa bulan lalu, Iqram Dinzly dan Fouziah Gous dikatakan sudah berlaga angin. Seorang Angin Barat Daya dan seorang lagi Angin Timur Laut. Dengan erti kata lain, mereka dikatakan telah berkrisis atas sebab-sebab peribadi. Masing-masing tidak lagi bertegur sapa sedangkan tahun lalu, mereka ngam sangat sampaikan majlis rumah terbuka pun dibuat bersama-sama.

Jadi, dalam satu majlis sebelum hari raya, baru-baru ini, informer terus terkam apabila ternampak kedua-dua mereka yang datang berasingan. Di luar ballroom, informer itu menarik kedua-dua mereka ke satu sudut dan bertanyakan sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku.
"Oooh... sebenarnya kami bukan gaduh besar. Cuma krisis biasa-biasa saja. Apa yang berlaku, kami mahu memberi ruang kepada diri masing-masing untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu ada rasa yang kurang menyenangkan (cemburu?) serta tidak mahu terlalu mengongkong," kata Fouziah.
Iqram juga mengiyakan perkara itu dan berkata apa yang terjadi bukanlah sesuatu yang serius sehingga mereka harus memutuskan ikatan silaturrahim.
"Kalau berdendam atau marah, takkanlah kami boleh mengambil gambar bersama-sama hari ini. Pada hari baik bulan baik ini, kami ingin terus menjalinkan persahabatan kami dan semoga ia berkekalan," ujar Iqram.

Nor Aliah Lee Kahwin Hujung Tahun?

Sejak menjadi menjanda, cerita mengenai Nor Aliah Lee (Vee) semakin hangat diperkatakan. Baik positif mahupun negatif, wanita cantik ini mencuri perhatian ramai, termasuk kononnya dia menjalin cinta dengan seseorang di sebuah penyiar televisyen.

Bagaimanapun, khabar angin itu tidak tepat sama sekali. Ketika menghadiri majlis pertunangan Umie Aida, Selasa lalu, seorang teman sempat menjeling ke arah pelakon dan penerbit itu yang duduk dengan seseorang yang dikatakan kini menjadi teman rapatnya.

Lelaki kacak yang turut menggemari sukan polo berkuda itu khabarnya bersedia melamar Vee dan Vee juga bersetuju. Ini yang didengar daripada seorang rakan artis dan mereka akan menamatkan zaman duda dan janda sebelum hujung tahun ini. Tahniah Vee, akhirnya Vee kembali bertemu lelaki yang mampu memberinya kebahagiaan dan yang penting boleh menerima Vee seadanya, termasuk anak.

Linda Onn Tidak Tahu Scha, Fahrin Pisah

"Betul, saya tak tahu," ujar Linda Onn apabila ditanya jika sudah mendengar khabar angin yang bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad dan Scha tidak lagi berpacaran.

"Serius ke ni? Tapi bagi saya, saya taknak tahu dan kalau boleh saya tak mahu ambil tahu. Di antara saya dan dia (Fahrin), itu semua 'history'.
"Perhubungan dia dengan orang lain, saya taknak masuk campur dan saya taknak komen apa. Saya zip mulut," katanya yang ditemui petang tadi ketika Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.
Tahun lalu, apabila tersebarnya berita bekas 'teman tapi mesra' ini tidak lagi bersefahaman, Linda dilihat ramai sebagai puncanya. Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, mungkinkah Fahrin yang selama ini bermasalah?
"Bila berita kami berpisah dihebohkan, saya mengambil keputusan mendiamkan diri. Tetapi akibatnya, saya yang disalahkan. Wartawan pun marah dan 'condemn' saya.
"Bagi saya, biarlah masa tunjukkan kebenarannya. Hari ini dan untuk masa yang akan datang, biar orang yang menilai apa yang berlaku. Saya kekalkan pendirian saya untuk berdiam diri. Apa (cerita) yang keluar itu, bukan dari mulut saya."
Mungkinkah apa yang berlaku ini membuka ruang untuk mereka kembali bersama, seperti yang diharapkan sebilangan orang?

"Bila kita bersama, orang tanya mengapa dengan dia. Bila kita dah berpisah, orang tanya mengapa tidak dengan dia. Orang ni sampai bila-bila pun cakap. Pentingnya, kita tahu apa yang terbaik buat diri kita," katanya yang kini lebih selesa bersendirian.

Anak Pelakon, Mandi Pakai Bra

Ahad, 4 Oktober 2009

Pelakon veteran TV, yang cuma dikenali atau nama singkatannya 'R' merupakan seorang artis pelakon yang sudah lama masih bertahan dalam dunia industri seni. Namun apa yang terjadi kepada anaknya pula, yang bernama Sofia Arshad? memang diakui mandi laut memang berpakaian renang dan sebagainya. Tapi bila tengok Sofia ni, cara pakaian renang dia sebijik dengan orang putih, pakai bikini aka bra jerk. Kalu orang Malaysia, pakai baju atau t-shirt. Seorang ibubapa harus tahu, anak-anak yang melakukan dosa, mereka juga akan diheret bersama nanti kerana dosa anak-anaknya. Nauzubillah.

Fasha Sandha, Nora Danish berlakon bersama

laporan Harian Metro hari yang sudah-sudah mengesahkan yang Fasha Sandha akan berlakon bersama Nora Danish dalam musim terbaru Spa Q. Pengambaran Spa Q 3 yang akan bermula 15 Oktober ini akan menampil Fasha Sandha sebagai Freeda yang menurut Fasha sebuah watak yang antagonis.

“Saya difahamkan musim terbaru Spa Q ini turut menampilkan Nora Danish dan seperti pernah dinyatakan Nora dan saya sebelum ini kami tiada masalah bekerjasama,” ulas Fasha Sandha tentang kehadiran Nora Danish dalam drama ini.


Penulis dinyatakan bahawa watak Fasha Sandha dan Nora Danish tidak akan bertindan dalam mana-mana episod di spa Q ini, jika ada pasti akan menjadi hipokrasi paling epik dalam sejarah televisyen. Dan diharap kedua-duanya lebih professional dan tidak mencampurkan hal pribadi dengan kerjayua sebagai pelakon.

Ozlyn Mengandung 2 Bulan

Tahniah lah kepada isteri Johan Raja Lawak, Ozlyn kerana berbadan dua. Usia kandungan Ozlyn masuk 2 bulan dah semenjak mereka berkahwin pada akhir bulan Julai 2009 lalu. Di dakwa mereka waktu perkahwinan mereka, mereka cuma membelanjakan hanya RM70 sahaja. Mungkin yang selebihnya disponsor oleh pihak-pihak tertentu, patutlah sederhana sahaja perkahwinan mereka. Tak lama lagi Johan bakal menjadi ayah, tahniah lah juga kepada Johan.

Amy Mastura dan Anak, Berlakon

Sabtu, 3 Oktober 2009

Amy Mastura antara salah satu selebriti yang penulis suka kerana pandai mengasingkan keluarga dan kerjaya seninya. Namun kali ini, agak menyedihkan sedikit apabila pelakon, Amy Mastura bakal membawa masuk anak tercintanya ke dalam dunia seni. Suaminya juga diantara paling cool dengan membiarkan Amy Mastura seorang sahaja yang dikejar-kejar oleh pihak media, tidak seperti segelintir suami selebriti yang lain, kuat interframe dan mengambil kesempatan tumpang populariti.

Difahamkan Amy Mastura dan anak keduanya Adalia, 4 akan berlakon bersama dalam teater Gamat arahan Zaifri Husin. Teater ini akan di’pentaskan di Istana Budaya pada 3 – 8 Oktober dan 11 – 12 Oktober hadapan.

Persandingan Pelakon Didie Alias

Didie Alias, pelakon lama dikhabarkan akan bersanding pada hari ini mengikut sumber yang disahihkan melalui facebook Didie sendiri. Bakal suami Didie merupakan orang Nogori. Pernikahan dibuat dalam masa 5 bulan yang lalu dengan senyap-senyap. Selain daripada itu juga, kesahihan maklumat ini dibuktikan dengan apabila radio Hot FM menghubungi Didie sendiri. Kalau benar berita ini, tahniah lah dari izyan.com

Rambut Baru Anith OIAM

Bekas pelajar OIAM musim yang dahulu ini sememangnya jarang didengar di mana-mana media massa. Tidak tahu kenapa sedemikian, mungkin kerana kurang publisiti yang tidak diusahakan. Namun Anith ni seorang yang comel dan berjiwa rock. Rambutnya sahaja dah nampak kelainan sehinggakan di warnakan menjadi pearang. Gambar di ambil ketika dia berada di rumahnya, mungkin cuti Raya baru-baru ini.

Nabila Huda Mengandung

Berita yang baru keluar dari sumber tertentu menyatakan Nabila Huda kini sedang mengandung anak pertama sejak berkahwin hujung tahun lalu. Kandungan Nurul Huda di katakan baru berusia beberapa minggu dan nampaknya tidak lama lagi Amy Search bakal bergelar datuk. Sebarang perkembangan terkini akan kami updatekan di sini secepat mungkin. Jika mencari gambar Nabila Huda mengandung, pasti belum ada, masih kecil perutnya tu kawan.

Kerana Jerawat, Betty Jadi Peguam India

Jumaat, 2 Oktober 2009

Impian aktres Betty Banafe untuk membuat penonton ketawa akhirnya terlaksana setelah melihat reaksi penonton di dalam pawagam ‘tidak kering gusi’ ketika menonton watak lakonannya dalam filem ‘Jin Notti’ yang sedang ditayangkan sekarang. Bagi penyanyi berwajah campuran Arab-Melayu-Jawa ini, dia memang menyukai cerita komedi namun belum pernah diberikan peluang untuk melakonkan genre itu.

Sehinggalah selepas dia berlakon dalam ‘Jin Notti’, barulah sekarang ini ada produser dan pengarah yakin untuk memberikannya berlakon dalam cerita komedi. Watak peguam India dalam 'Jin Notti' yang dilakonkan oleh Betty, pada asalnya, watak itu merupakan watak peguam Melayu. Namun, disebabkan mahu menutup jerawat yang ada antara keningnya, timbullah idea Betty untuk meletak ‘pottu’.

“Tugas seorang pelakon adalah sebagai pemerhati dan menjadi lebih kreatif. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah ‘Jin Notti’, Zack (Azhari Zain) kerana dia memberi saya peluang untuk membawakan watak orang India. Ikutkan, kerjasama yang baik dengan pengarah memang perlu diterapkan oleh seseorang pelakon itu,” katanya yang akui gemarkan filem bergenre komedi ringan itu.

Zizan Raja Lawak Cari Jodoh

Rupanya Zizan Raja Lawak masih menyolo sejak tragedi Hari Raya tahun lepas. Memang sukar difahami apakah yang dimaksudkan dengan tragedi berkenaan. Namun itu kisah lalu, bagi Zizan, dia mahu membuka lembaran baru dengan kekasih baru yang masih dicari-carinya lagi, memandangkan Johan, rakan selawaknya sudah bernikah dan dikhabarkan isterinya sudah disahkan hamil. Zizan juga trauma bila mendengar perkataan cinta.

"Sekarang saya tengah cari calon selepas kejadian buruk yang berlaku raya tahun lepas. Memang saya sedih, kawan-kawan rapat saja yang tahu keadaan saya.
"Lepas kejadian itu, saya tak fikir untuk bercinta. Bila bercinta semuanya indah sebab cinta itu buta, oleh itu saya perlukan kawan-kawan untuk turut menilai wanita yang rapat dengan saya.
"Saya beringat sebab saya berkahwin bukan untuk diri saja tetapi untuk keluarga," ujar Zizan yang pernah digosipkan bercinta dengan Leez AF suatu ketika dulu.

Amylea Kecewa Diri Kurang Famous

Suara yang mantap serta persembahan bertenaga belum tentu menjamin kejayaan dan populariti seseorang artis jika tidak disertai dengan pakej lain seperti cantik dan seksi. Inilah senario yang melanda industri hiburan tanahair. Jika adapun artis kurang cantik berjaya, bilangannya amatlah sedikit.

Tetapi jika artis berwajah cantik disertai pula liuk seksi atau gosip dan kontroversi yang menjadi buah mulut masyarakat, tidak mustahil artis itu akan mendapat perhatian sekaligus menaikkan lagi popularitinya walaupun kualiti kerja yang dipersembahkan sekadar ada sahaja.

Bagi penyanyi yang dilahirkan menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia 3 (AF 3), Amylea Azizan, kemunculannya dalam sebuah lagi rancangan realiti terbitan 8TV, One In A Million 3 (OIAM3) masih tidak dapat menaikkan popularitinya sebagai penyanyi berbakat.
“Kecewa sudah semestinya. Siapa yang tidak kecewa dan kecil hati andai bakat yang ada tidak dilihat oleh orang di luar sana. Namun, saya tidak boleh mengikut rentak kecewa kerana kelak akan merugikan diri sendiri. Lara hati biarlah saya menanggungnya, namun untuk berhenti daripada menyanyi dan berkarya, tidak mungkin sama sekali,” jelas Amylea.
Jarang membuat kemunculan di layar kecil bukan bermakna gadis kecil molek ini sudah jauh meninggalkan dunia hiburan.
“Persembahan pentas masih berjalan, cuma ianya tidak mendapat liputan media. Kadang-kadang kecewa juga apabila ramai mendakwa saya sudah tidak aktif menyanyi lagi,” tambahnya.

Awal Ashaari Kekasih baru Scha?

Belum sempat melihat sepasang kekasih, Scha dan Fahrin mengacarakan program Sehati Berdansa, dikhabarkan pasangan itu sebenarnya sudah putus cinta beberapa hari selepas umat Islam menyambut 1 Syawal. Betul ke? Tak dapat nak pastikan tentang khabar ini. Yang penting hal ini sudah tersebar di kalangan teman-teman media, cuma belum mendapat kepastian lagi daripada tuan empunya diri.

Aduh, takkanlah, kita nak lihat Fahrin sering bertukar pasangan dalam program Sehati Berdansa? diharap Scha dan Fahrin dapat menjelaskan hal sebenar tentang status mereka berdua. Tapi kalau boleh, biarlah mereka kekal bahagia sebab mereka tampak begitu sepadan terutama dalam iklan Celcom baru-baru ini. Tapi kalau jodoh tak kesampaian, takkan nak dipaksa bukan.

(((( Actually kengkawan terapat Awal mengesahkan Awal now yang kecoh-kocoh in love tu sebenarnya now bercinta dengan Scha!!. Awal ngan Scha main balas-balas status kat BBM (Blackberry Messenger). Siapa yang ada Blackberry dan ada awal and Scha dalam list dia tau la kesah ni. Hehehe.. Tunggu sikit hari lagi untuk terbongkar.. ngeh ngeh ngeh.. -Peminat)))

Baju Siti Nurhaliza Nampak Bra

Khamis, 1 Oktober 2009

Buat pertama kalinya sejak penampilan Siti Nurhaliza memakai tudung dengan fesyen bajunya yang sentiasa di-updates, ternampak coli aka branya dengan pemakaian baju yang sangat nipis. Memanglah tiada yang menghairankan apabila memandangnya, cuma status Siti yang terkenal dan sudah menjadi bualan mulut orang, setiap gerak gerinya menjadi persoalan. Namun itu semua adalah hak Siti, kita tidak boleh menghalang apa yang dia mahu lakukan. Siti nampak seksilah~

Gambar Kekasih Black Mentor

Black yang sememangnya telah naik namanya, sekarang sudah tidak segan silu lagi mendedahkan sana sini tentang hal-hal pribadinya. Mengenai skandalnya dengan Mas Idayau yang di gembar gemburkan banyak pihak, Black bakal membangkang andaian itu dengan mengeluarkan gambar dengan kekasihnya, yang cun juga lah. Ok lah tue cara bergambar yang spontan dan bersahaja, tapi diharap selepas ini tiada lah pula gambar hot-hot yang terlepas dalam internet ni dah lah.






Gelagat Nakal Sharifah Aleeya

Gambar dibawah diakui adalah gambar lama Sharifah Aleeya dengan suaminya, Ashraf yang ketika itu status mereka masih lagi sepasang kekasih. Alhamdulillah sekarang mereka sudah menjadi sepasang suami isteri yang sah dan dikurniakan anak kembar. Zaman kekasih mereka amat tidak dapat diungkap kata-kata, bahagia sungguh. Selepas kahwin pun mereka masih mempertahankan title berkenaan. Namun sekurang-kurangnya, mereka mengakhirinya dengan suatu ikatan yang sah, bukan main putus-putus macam segelintir artis lain.

Rafidah 3R jadi Pensyarah

Wajah gadis berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab, Rafidah Abdullah telah menghiasi program berbentuk infortainmen, 3R selaku pengacara sejak sembilan tahun lalu. Benar, sepanjang tempoh itu selain mengacara, wanita berusia 32 tahun itu pernah terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam filem Gol & Gincu yang kemudiannya di bawa ke kaca televisyen sebagai drama bersiri.

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa dia juga sebenarnya merupakan penulis skrip bagi filem arahan Bernard Chauly itu. Mengacara sudah, berlakon pun sudah dan baru-baru ini berita yang kedengaran, Rafidah sudah melangkah ke satu lagi cabang kerjaya iaitu sebagai pensyarah.

Pada majlis berbuka puasa 3R yang berlangsung di perkarangan syarikat penerbitan, Red Communications Sdn. Bhd., di Petaling Jaya baru-baru ini, ketika bertemu Rafidah, dia mengesahkan khabar tersebut. Menyingkap perihal kerjaya barunya itu, kata Rafidah, dia merupakan pensyarah untuk subjek Analisa Skrip Filem di Sunway University sejak 19 Ogos lalu.

"Saya ingin memanfaatkan segala ilmu yang saya peroleh ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang penulisan skrip di Goldsmiths College, University Of London.
"Jujurnya saya baru lagi mengajar. Buat masa ini saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri sebagai pensyarah dan berhadapan dengan pelajar yang bukan sahaja dari negara ini tetapi juga dari Brunei dan Norway.
"Nak kata gementar memang saya akui gementar sebab bukan senang untuk mengajar kerana tidak tahu sama ada pelajar boleh faham atau tidak segala yang cuba saya sampaikan.