Pada:
Jumaat, 2 Oktober 2009

Tetapi jika artis berwajah cantik disertai pula liuk seksi atau gosip dan kontroversi yang menjadi buah mulut masyarakat, tidak mustahil artis itu akan mendapat perhatian sekaligus menaikkan lagi popularitinya walaupun kualiti kerja yang dipersembahkan sekadar ada sahaja.

“Kecewa sudah semestinya. Siapa yang tidak kecewa dan kecil hati andai bakat yang ada tidak dilihat oleh orang di luar sana. Namun, saya tidak boleh mengikut rentak kecewa kerana kelak akan merugikan diri sendiri. Lara hati biarlah saya menanggungnya, namun untuk berhenti daripada menyanyi dan berkarya, tidak mungkin sama sekali,” jelas Amylea.Jarang membuat kemunculan di layar kecil bukan bermakna gadis kecil molek ini sudah jauh meninggalkan dunia hiburan.
“Persembahan pentas masih berjalan, cuma ianya tidak mendapat liputan media. Kadang-kadang kecewa juga apabila ramai mendakwa saya sudah tidak aktif menyanyi lagi,” tambahnya.
Tag : Akademi Fantasia , Amylea , Berita Artis , Penyanyi