Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Khadijah Ibrahim yang Panas

Isnin, 6 Julai 2009

Khadijah Ibrahim memang seorang ibu dan juga artis veteran yang semakin panas. Tidak kira dari segi pemakaian yang dipakai dan juga teknik serta kepakarannya dalam bidang memasak (memasak memang panas kan3). Kini Khadijah mempunyai restorannya yang tersendiri, dengar-dengar satu di luar negara satu lagi di dalam negara, Khadijah's Kitchen bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Selain itu, kepada sesiapa yang mahu mendirikan rumah tangga, perlu lah belajar memasak, dan dengan itu u'all tontoni lah Khadijah di TV3 dalam rancangan Resipi Nikmat Kehidupan Bersama Khadijah Ibrahim. Ngeh3.

Scha, Saya Tak Boleh Hidup Tanpa 'Dia'

Bukan main lagi langkah berani mati Scha al Yahya apabila mengungkap kata-kata agung yang jarang-jarang boleh disebut dan didengar. Manakan tidak 'dia' yang dimaksudkan amat bermakna dalam hidupnya seharian, selain daripada mendampingi dan membantu Scha menjadi seorang yang boleh dijadikan artis bertubuh romantik (oh ya?). Tapi siapa 'dia' yang dimaksudkan Scha ni, Fahrin Ahmad ker? ataupun orang lain yang telah mencuri hatinya secara senyap-senyap. 'dia' yang dimaksudkan Scha adalah..

“Saya tak boleh hidup tanpa ayam. Walaupun saya makan makanan lain, terutama makanan Itali yang menjadi kegemaran saya, saya masih perlu makan ayam untuk melengkapkan hari saya. Saya gemarkan ayam dari Nando’s.” -kata Scha
Ceh ayam rupanya, kuat makan ayam juga Scha ni erk. Syarikat Nando nampaknya akan rugi jika Scha jadi dutanya, habis ayam dibawa balik tiap-tiap hari oleh Scha diberi kepada jiran-jiran. Hehe.

Ekin Bakal di Saman, Langgar Kontrak

Ahad, 5 Julai 2009

Selepas berkahwin dengan Mawi pada akhir tahun 2008, Raja SMS yang (dahulunya) popular dan sekarang makin merundum, Ekin turut menerima tempias kemasyuran suami beliau. Ekin seperti yang kita sedia maklum telah menjadi duta untuk beberapa produk yang sesuai dengan status dan penampilan baru beliau.

Apa yang tidak sedapnya adalah Ekin enggan untuk mengikuti rangka promosi yang telah di rencanakan mengikut kontrak yang telah Ekin tandatangani sebelumnya. (sepertinya mahu lepas tangan)

Sumber turut menyatakan ia masih dalam peringkat awal dan jika boleh syarikat berkenaan mahu berbincang dahulu dengan Ekin sebagai penyelesaian.

Jika benar cerita yang di sampaikan ini, nampaknya Mawi kena buat sesuatu untuk menjaga imej bersih beliau. Jangan kerana sang isteri, orang pandang serong dengan awak.

Gambar dan Video Lucah Farawahida?

“Ya Allah...kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat,” kata komposer Julfekar Ahmad, 45, mengulas tindakan penyanyi Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya. Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan.

“Biar saya selesaikan dulu (rujuk peguam)...kemudian baru kita tengok macam mana,” kata Jul.
Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

Julfekar seterusnya berkata, dia sebelum ini ada mendengar khabar angin Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 24, membuat laporan polis terhadapnya, namun tidak mahu melatah sehingga ia betul-betul sahih.
“Sehingga kini polis belum menghubungi saya, tapi saya juga akan membuat laporan polis,” kata Jul lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan sekitar jam 7.45 malam.
“Pegawai penyiasat sudah berusaha menghubungi individu yang dimaksudkan dalam laporan terbabit, namun masih gagal menghubunginya. Namun, polis akan berusaha mencarinya bagi membantu siasatan,” kata ketua polis berkenaan.
Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu, bagaimanapun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

Julfekar sebelum ini dilaporkan berkata syarikat tidak menghalang jika Farawahida mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida `09.
“Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 (+231,000) lagi atas segala kepayahan saya menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis,” tambah Jul. -hMetro

Peminat Anuar Zain Luahkan Rasa Cinta

Ketawa besar The Most Eligible Bachelor, Anuar Zain, apabila mendengar peminat menjerit, "Will You Marry Me Anuar?" di Istana Budaya (IB), 2 Julai 2009. Soalan nakal itu dilontarkan peminat wanita tatkala Anuar berkomunikasi di celah-celah persembahannya. Selain itu, jeritan "I love You!" dan aksi melayangkan flying kiss dapat didengar dan disaksikan di segenap ceruk panggung 3 tingkat itu. Ia sentiasa dibalas dengan "I Love You Too" oleh Anuar.

Ternyata peminat Anuar bukan sahaja memuja lagu-lagunya tetapi juga kalau mampu, ingin memiliki hati adik penyanyi Ziana Zain yang kacak itu. Dialah umpama Darling kepada setiap audien.

Jeritan histerikal turut terdengar sewaktu Anuar yang sedikit kepanasan, membuka kot kelabu dan hitamnya. Dengan gaya rambut pendek yang dipotong kemas, ia menambahkan lagi gaya kacak serta aura beliau di mata semua penonton malam tadi. Sampaikan Anuar berseloroh dan mengusik untuk membalingkan tudung plastik botol air mineralnya itu kepada mereka!

Jadi kita dapat membayangkan kenapa Anuar, 39, pernah dipeluk dan dicium peminatnya ketika membuat persembahan di ibu negara dulu. Ia tidak ubah seperti melihat seorang superstar dari Hollywood dan Hong Kong beraksi. -Murai

Achik Spin dan Isterinya, Tasha

Lama sudah tidak melihat vokalis kumpulan SPIN, Achik berada di umum, yang ada cuma dia melakonkan satu drama berkonsep komedi di TV3 baru-baru ini (lupa tajuk). Baru-baru ini Achik dan isterinya, Tasha atau nama sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati telah dijemput di dalam rancangan Sehati Sejiwa di RTM1 (penulis tak tengok kemunculan mereka, kalau u'all ada melihatnya mesti kelihatan maniskan Tasha). Meraka bernikah pada 18 November 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Rania yang berusia 2 tahun.

Diana Danielle Semakin Ayu

Sabtu, 4 Julai 2009

Haha. Susah mahu percaya artis yang berusia bawah 20-tahun ini semakin hari semakin ayu. (oh ya). Namun itulah hakikat, bahawa, Diana pandai amik pose ketika bergambar, dan nampak kelihatan ayu, mengalahkan Ayu OIAM. Hehe. Ini adalah gambar Diana selepas menamatkan sesi PLKN sesi 2009 Mei lalu. Lepas ini mahu buat apa? apply UPU atau jadi pelakon terus. Ngeh3..

Fesyen Bulu, Ayu OIAM

Peh apa nak jadi dengan dunia fesyen sekarang, makin hari makin kureng kainnya bila ditinjau-tinjau ke sana ke sini. Namun lain pula kes Ayu ni, apabila mengayakan fesyen bajunya ini, bukan kureng kain atau sebaliknya atau apa-apa jerk, tapi ada penambahan kain (ok aper), yakni bulu apa-apa ntah yang dijadikan fesyen yang Ayu gayakan ini. Tak seswai dengan kulit Ayu yang gelap lah nampak gayanya. Hehe. Jangan marah erk Ayu.

Linda Jasmine Sarat Mengandung

Akhirnya perut Linda Jasmine aka Juri Professional AF dah menampakkan isi. Dikatakan berbadan dua hasil perkahwinannya dengan pelakon serba sedikit kacak, Que Haidar. Linda juga telah megatasi ramai artis popular lain dalam versi mengandung, dengan mengambil kira masa dan tempoh perkahwinan. Kata Que, wat fening kepala dibuatnya apabila menyedari dirinya bergelar seorang ayah buat pertama kalinya.
“Susah nak jaga isteri mengandung ni sebab macam-macam perkara pelik dia buat, tetapi ‘interesting’ bagi saya sebab saya dapat jumpa orang baru, karakter baru yang lain dari Linda yang sebenarnya”

Memey, Norman Bebas Tuduhan Khalwat?

Mahkamah Syariah Gombak Timur, (3/7) diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs), Abdul Rahman Lai Abdullah mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Abdul Rahman memberikan keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu.

Peguambela syarie Norman-Memey, Fakhrul Azman Abu Hassan telah menyoal Abdul Rahman dalam sesi soal jawab hari ini.

Fakhrul: Kalau ikut maklumat yang diterima daripada pengadu, berdasarkan fakta, maklumat itu palsu, adakah anda bersetuju atau tidak maklumat itu palsu?

Abdul Rahman: Betul tiada lelaki semasa kami jumpa tertuduh perempuan (Memey), tetapi saya tidak setuju mengatakan maklumat itu salah.

Fakhrul: Setuju atau tidak jika saya katakan aduan yang awak terima ini hanyalah 'hearsay' ataupun dengar cakap sahaja?

Abdul Rahman: Ya, betul.

Fakhrul: Berdasarkan keterangan awak, awak mengatakan telah menjumpai tertuduh lelaki (Norman) pada pukul 3.00 pagi, sedangkan tertuduh lelaki tiada di premis di tingkat bawah bersama tertuduh perempuan (Memey), jadi boleh saya katakan yang pertuduhan ini adalah salah?

Bagaimanapun perbicaraan ini telah ditangguhkan ke tarikh 31 Julai nanti berikutan waktu yang tidak mencukupi.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Norman dan Memey berkata mereka dinasihatkan agar tidak memberi sebarang komen oleh peguambela mereka.
"Saya berharap ia akan berakhir dengan baik kerana masa akan datang akan menjadi lebih baik dari hari ini." kata Norman.
Memey pula berharap apa yang telah berlaku ke atas dirinya akan berakhir dengan cepat.

Kedua-dua pelakon ini juga mengucapkan terima kasih dan bersyukur terhadap rezeki yang Tuhan beri kepada mereka walaupun kes mereka masih dibicarakan.

Ini kerana menurut mereka, mereka masih lagi menerima tawaran berlakon. -mStar

Buah Dada Linda Onn Diraba

Jumaat, 3 Julai 2009

Wah bukan main hangat lagi kes ni. Linda dengan spontan memberi lampu hijau kepada seseorang ini untuk meraba mahligai setiap wanita, buah dada linda onn. Linda Onn tanpa segan dan tidak ada rasa marah ketika diraba oleh seseorang nie, senyum lagi muka nya apabila dibuat demikian. Apa nak jadi ni wei..

Rebecca Nur Al-Islam amat Memalukan?

Dah ramai aduan dan lahirnya komen-komen yang kurang mengenakkan mula kedengaran apabila menyebut artis bernama, Rebecca Nur Al-Islam. Apa tidaknya, aksi seksinya makin lama makin hot apabila berada di khalayak umum. Itu sudah menjad hak Rebecca Nur Al-Islam dalam berfesyen, namun yang menjadi isunya di sini, nama Rebecca mengandungi Islam, jadi sepertinya tidak mengambarkan Islam dalam penampilannya. Lain pulak di sebalim tabir, dalam sebuah paper hiburan di bahagian sms, ada orang prihatin suruh menggugurkan nama Islam dr nama Rebecca, tambahnya memalukan agama sahaja. Ngeh3..

Elyana Bertunang dengan Jejaka Spek

Memang benarlah teka teki selama ini yang Elyana bakal mengakhiri zaman singlenya bersama kekasih nya yang pakai spek. Pakai spek? Elly Iskandar ker?. Bukan, tekaan ini sudah semestinya silap. Bakal tunang Elyana ini hanya mahu dikenali sebagai K sahaja. (Nak berahsia lah tue, Last2 kantoi).

Jejaka ini berusia 34 tahun berbanding Elyana yang baru berusia 22 tahun. Elyana akan bertunang pada 11 Julai 2009 ini di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur. Elyana juga mengirimkan kad jemputannya mengikut trend masa kini (pakai email tue) kepada kawan-kawan dan media-media. Saper2 xda e-card tue, datanglah juga itupun kalau xder rasa malu ke majlis pertunangan Elyana. Ngeh3.

Norish Karman Dating dengan Lokman?

Kisah hangat pelakon Norish Karman dan bekas suami masih belum selesai di mahkamah. Masih ada tuntutan yang belum diselesaikan termasuk tuntutan hak penjagaan anak serta tuntutan harta.

Namun nampaknya Norish masih bisa berhibur. Baru-baru ini kelihatan kelibat Norish dan lelaki yang pernah disebut sebagai buah hatinya, Lokman menonton Konsert Mini Cerita Cinta Rossa di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

Malah bekas suaminya pernah menyebut nama lelaki itu sebagai teman lelaki Norish semasa bercerita kepada media pasal kemelut rumah tangga mereka baru-baru ini.

Norish macam tidak kisah kemesraannya diperhatikan oleh pihak media apabila dia duduk di bangku belakang tempat media dikumpulkan sepanjang konsert berlangsung. Selain Lokman, ada beberapa lagi rakan yang bersama-sama Norish menonton konsert tersebut. -ManggaOnline

Jehan Miskin Disamping Wanita Hot

Khamis, 2 Julai 2009

Kata orang, disebabkan gambar inilah Jue Aziz berpisah dengan Jehan Miskin. Tidak tahulah kan, kata orang, almaklumlah, banyak spikulasi kalau tersebar gambar negative. Tapi kalau dilihat dari gambar ini, Jehan seperti rapat sangat dengan wanita hot (nampak 'apel') bila bergambar. Mungkin keadaan masa itu mendesak Jehan untuk bergambar dengan rapat2. Tapi apa-apa ja lah, kes Jue Aziz dan Jehan dah lama berlalu, namun gambar ini menjadi pilihan untuk dilihat. Ngeh3.

Dee yang semakin Seksi

Kenal Dee lagi tak? ala pelakon yang dah 'convert' jantina tue. Penulis tahu mengenai Dee pada waktu dahulu ketika dia berlakon dalam sitkom komedi yang bertajuk "Jangan Ketawa". Selepas itu, ntah tak tahu lagi ke mana pergi Dee. Tapi baru-baru nie, Dee sempat menghadiri satu majlis bersempena Sambutan Malam Anugerah ABPBH 2008 Rafflesia. Bukan main kembang lagi dah si Dee bila penulis tengok. Dah lah kembang, makin seksi seksa oO nampaknya. Ramai orang kata '-' kat Dee ni, tapi tak tahu lah yang tue hal masing-masing. Ngeh3.

Majlis Amal, Stacy Seksi Siot

Tak penulis sangka, melihat dari banner di belakang pentas tertera perkataan "Malam Amal.... Buah Pinggang...." dan si Stacy terlebih sudah bah dia. Bukan main seksi lagi pakaian dia di atas pentas walaupun memakai seluar hitam. Aduhai, ini konsert ker atau Malam Amal yang berkonsepkan gelek-gelek. Patah pinggang pesakit2 disana, tak jadi matlamat Malam Amal ni. Ngeh3..

Gambar Terbaru Maya Karin

Maya Karin makin hari makin mengancam lah. Walaupun dah ada hubby dan bergelar isteri, namun dirinya seperti anak dara sahaja. Penampilannya memang sungguh seksi dan bersahaja. Tidak kira dimana-mana, wajah itam manis Maya Karin menjadi pujaan orang ramai terutama lelaki yang gatal. Hehe. Walaupun memiliki pakej yang menarik, namun jarang sekali Maya terpilih untuk membintangi sesebuah filem, kenapa erk? mahal bayaran kot. Ngeh3..

Syamsul Yusof Mahu Jadi Penyanyi

Rabu, 1 Julai 2009

Syamsul yang kini sibuk dengan proses pasca produksi filem Evolusi KL Drift 2 dan dalam masa yang sama sedang menulis skrip filem seram pertamanya yang berjudul Kurafat turut juga bergelar penyanyi tidak lama lagi.

Hai Syamsul, ikut jejak bekas buah hati ke? Kalau benar, nampaknya bukan suara Diana seorang sahaja yang boleh dinikmati peminat, Syamsul juga bakal mengikut jejaknya.

Bicara Syamsul, dia bukannya nak mengikut jejak sesiapa tetapi bidang nyanyian merupakan minat pertamanya sebelum jatuh cinta dengan dunia filem.

Malah, sehingga kini dia sudah menyimpan banyak melodi lagu yang dicipta sendiri kala ada masa terluang.
"Dulu sebelum jadi pelakon dan pengarah, saya memang nak menyanyi tetapi ayah membantah dan ingin melihat saya fokus dalam produksi terlebih dahulu.
"Jadi apabila hasratnya sudah tercapai saya cuba tunaikan pula hasrat saya untuk jadi penyanyi. Dalam filem Evolusi KL Drift 2 pun saya ada sumbangkan suara dan tidak lama lagi saya akan muncul dengan lagu single pertama berjudul Bidadari," katanya yang akan mengusung genre R&B dalam perjuangannya melalui dunia nyanyian. -Kosmo

Inilah Kekasih Tony Eusoff

Kenal Tony Eusoff, agaknya memang tak kenal kot sebut sahaja nama ni. Tapi bila tengok sahaja gambar di bawah, mesti u'all tahu, dia seorang pelakon drama/filem. Nak bagitaw sini, nama kekasih Tony ni, Dawn Jeremiah (pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008). Dikhabarikan hubungan mereka berdua ni bermula diputik-putik selepas membintangi Sadiq & Co dan mula semakin serius sejak awal tahun lalu. Dah lama bercinta tue, agak-agak kahwin lah cepat-cepat. Tak pun, ada masalah erk?..Ngeh3..

-Budiey

Jasmin Hamid Seorang Yang Sombong?

Jasmin Hamid dikatakan seorang yang sombong (dalam bahasa halusnya). Ini cerita bukan direka-reka oleh penulis taw. Ini dari seorang insan yang bergelar peminat artis yang meluahkan rasa hatinya yang dek terluka. Mana tidaknya, dia akan kata Jasmin Hamid sombong, senyuman yang dilemparkan insan ini tidak dibalas oleh Jasmin Hamid. Kelakar juga. Nak tahu kisah lanjut? baca statement yang dikeluarkan oleh insan tersebut..

Bkn ape aku just nk cite pasal seorang pelakon ...
Ari ahad lepas aku gi umah akak aku, ade buat mkn2 semperna besday husband dia...

Dan mmg mase tu umah akak aku tgh ade org shooting drama... Drama utk cerekarama tv3 pd 11/7 nie...Tajuk dia apentah..Tp belakang dia Babysitter...camtu la tajuk dia.. Ntie korang tgk la gazet dlm TV3.... Abg ipar aku mber kpd producer citr tu..tu yg bagi umah dia utk shooting....

Pelakon yg ad mase tuh, Jasmin Hamid, Norman Hakim, Iqram Dinzly, Lisdawati... tp mase aku dtg, Lisdawati dh blek..

Bkn la ape, aku ingat nk brgambar la dgn si Jasmin ( Datin Wanabe ) tuh... aku suka gak tgk lakonan dia...

Tapi malangnye, tersangat la eksyen.. langsung x senyum bila aku senyum kt dia... Mcm cilake..!!Langsung aku malas nk amik gmbr dorang.. tau la dia artis, tp si Norman dgn iqram tu ok je, x sombong... Iqram siap masok dapor salam kitorang kt situ...

Tp aku segan nk tngkap gmbr dgn dia... mmg aku xde gmbr nk di tunjukkan... tggu ntie gmbr dlm camera akak aku... dorang brgambar mase tgh mkn2 tu...

Anak buah aku pon ade brlakon gak dlm drama tuh...huhu...
Errr...JH tu a smoker ek...baru aku tau..

Senarai Facebook Artis Malaysia


Hari ini dah masuk bulan Julai 2009 dan begitu juga hubungan peminat dan selebriti semakin hari semakin mudah. Terima kasih kepada Facebook yang menjadikan hubungan dua hala peminat dan artis menjadi lebih mudah.

Maka tergumpulnya beberapa orang selebriti yang ada dalam senarai Facebook dan boleh kongsikan bersama anda peminat hiburan tanah air.

Senarai ini bukan dari jumlah keseluruhan. Jika anda ada mengetahui mana-mana Facebook artis/selebriti Malaysia yang masih belum tersenarai, kongsikan di’ruangan komen.

Namun bergantung kepada anda jika anda tidak di approve oleh selebriti berkenaan. Ngeh3.


jika berkongsi bersama, anda boleh letakkan code ini di komen anda,
<a href="link+facebook+artis">Nama Artis</a>