Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Si Memey Dalam Roda-Roda KL 2

Selasa, 7 April 2009

Si Memey muncul kembali dalam membintangi drama aksi Roda-roda KL 2 ataupun pegawai polis traffic perempuan yang berjaya dan penuh kontroversi. Walaupun orang ramai tidak menyukainya, namun dia boleh menyaman kereta anda juga di mana-mana. Haha. Drama Roda-roda KL 2 ini akan ditayangkan setiap hari Rabu, jam 10.30 malam dengan mengetengahkan 13 episod-episod berbeza. Anda yang betul-betul sakit hati atau rindu dengan si Memey, digalakkan untuk melihat aksinya nanti. Ahaks.

Gambar Peragaan Nikki Palikat

Nikki ni juga salah seorang yang mahu popularitinya menaik dengan teknik pengayaan fesyen dan imej seksinya. Memang tidak salah, namun caranya mungkin kurang menarik perhatian peminatnya yang ingin mahu dia berada di alam nyayian dan bukan dalam bidang fesyen semata-mata. Namun Nikki bukan seperti begitu, dia juga tahu membahagikan masanya untuk peminat. Tapi bila lah mahu kahwin dengan si Mok ni, cakap je ke ni. Ahaks.

Gambar Yasmin bercuti Bercuti di Thailand

Alamak. Yasmin Hani kini makin seksilah pula. Tambahan lagi bila dia pergi bercuti ke Thailand. Dengan mengikut trend pelancong berpakaian bra dan berseluar pendek di tepi-tepi pantai yang cukup indah. Ikut maklumat juga, dia bercuti dengan someone atau seorang jejaka di sana. Dan tidak dapat dipastikan tujuannya di sana adalah untuk urusan lakonan atau urusan perniagaan atau juga hanya untuk bercuti. Dia ni sudah kahwin ke belum erk. Ahaks.

Mentor: Awie Minta Lelaki Pulang, Perempuan Mari

Sabtu lalu, Awie telah melengkapkan pencarian protégé-nya dengan menguji bakat lebih 80 peserta wanita. Seperti yang telah diwar-warkan melalui promo, dia hanya ingin mencari peserta wanita yang boleh diketengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi rock.

Oleh itu, apabila sekumpulan lebih 15 orang lelaki hadir untuk sesi uji bakat, mereka disuruh pulang oleh Awie. Namun, kesemua peserta lelaki tersebut dipanggil dan diterangkan mengapa dia enggan mengujibakat mereka sebelum disuruh pulang.
“Seperti yang telah saya nyatakan, saya ingin mencari seorang penyanyi rock wanita. Ini adalah kerana saya ingin melahirkan penyanyi rock wanita sebagai pelapis yang bakatnya mungkin lebih baik, setanding atau tidak jauh dengan ratu rock Ella. Saya tidak bermaksud untuk menandingi Ella tetapi untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air. Selama ini, industri kita telah banyak melahirkan penyanyi rock lelaki tetapi tidak wanita. Itulah sebabnya saya hanya menguji bakat peserta wanita sahaja,” terang Awie.


-Ehsan Gua-

Puput Melati Sekarang Bertudung Dulu Seksi

Isnin, 6 April 2009

Puput Melati merupakan artis atau aktress Indonesia yang terkenal dengan gaya seksi. Sekali pandang, kepingin terus dong. Namun begitulah kehendak Ilahi, hidayah telah datang kepadanya. Kini dia sudah mula bertudung dan menutupi mana yang wajib ditutup. Pun begitu dia akui kemungkinan akan jarang membintangi mana-mana filem lagi dan akan terus sukses dengan perusahaannya. Ahaks.
Dahulu

Sekarang


Abby Abadi Nafi 'Famous'kan Zul

Selepas perceraiannya dari Norman Hakim, diingatkan drama dalam hidup Abby Abadi sudah berakhir. Namun, sebaliknya yang terjadi. Lepas satu, satu kontroversi yang timbul, semuanya gara-gara persahabatannya dengan Zulkifli Ariffin, teman lakon terbarunya dalam drama bersiri ‘Gerak Khas’. Perhubungan mereka mula diperkatakan orang apabila dilihat ke mana-mana bersama, lebih-lebih lagi ketika itu Abby masih dalam tempoh edah.Pada bulan Januari lalu, perhubungan mereka sekali lagi dipersoalkan ramai selepas paparan ‘Melodi’ yang telah merakamkan detik mereka keluar bersama dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang selepas pulang dari Guangzhou, China. Bila diminta menjelaskan keadaan, mereka memberitahu lawatan ke Guangzhou ditemani dua orang rakan dan tujuannya atas urusan perniagaan.

Yang terbaru, Ahad lalu dalam akhbar Utusan Malaysia, dikatakan Abby kini seakan ‘pegawai promosi’ Zul, sibuk menolongnya mencari peluang berlakon. Ikutkan cerita, Abby telah mendesak seorang produser untuk mengambil Zul berlakon bersamanya dalam satu telemovie. Akhirnya, produser tersebut terpaksa bersetuju disebabkan “pujukan demi pujukan” Abby, walaupun perancangan awalnya ingin mencari pelakon lain.

“Ia (artikel itu) seakan-akan cuba menjatuhkan imej saya. Saya tak rasa benda ini ke tahap ‘pegawai promosi’. Saya cuma bagi cadangan pada produser. Ini bukan satu perkara baru. Pernah sebelum ini bila sebuah syarikat produksi itu mengambil saya berlakon, ada ditanya saya untuk mencadangkan pelakon-pelakon lain. Saya ada ‘recommend’ tapi ia terpulang pada produser untuk terima atau tidak. Dan bukan nama Zul sahaja yang pernah saya cadangkan,” jelas Abby bila ditemui petang semalam semasa sidang akhbar ‘Segalanya Ku Terima’.

“Cerita yang dikeluarkan kelihatan seakan saya merayu untuk digandingkan dengan Zul. Saya boleh berlakon apa-apa watak dan dengan sesiapa saja. Bila diminta menjelaskan perkara tersebut, penulis itu mengatakan ia sekadar gosip tapi ia menjatuhkan maruah saya, menampakkan yang saya ini tak laku. Bila menulis tu, perlulah berpada-pada, jangan berlebih-lebih. Tidak difikirkannya yang saya ada family, status saya...

“Sepanjang karier saya, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Saya tak suka gaduh-gaduh dengan sesiapa. Lagipun wartawan dan artis saling memerlukan. Saya tak kisah diusik. Dan saya tak rasa ini ikutan dari status saya sebagai janda. Sudah menjadi permainan dunia artis. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja. Satu ketika dulu saya melihat ini semua sebagai gurauan. Tapi bila ia sudah sampai tahap mengaibkan saya, rasanya tindakan perlu diambil. Buat masa ini, saya sedang mendapatkan nasihat dari orang sekeliling dan mereka yang lebih berpengalaman.”

Zul, yang turut berada di sidang akhbar tersebut, bila diminta memberi komennya, menyoal kewibawaan produser tersebut. “Pelik bukan kerana dari penulisan itu nampak sejauh mana kuasa produser tersebut. Sepatutnya dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat produknya. Jika sudah “terpaksa”, jangan guna kami.”

Tambahnya, jika benarlah penulisan itu ditulis sebagai gosip, mana mungkin informasinya begitu teliti sekali dari tajuk telemovie, untuk siaran dimana dan terang-terang menamakan orang yang terlibat.

“Perkara ini bukan main-main. Ia melibatkan kerja dan hidup. Penulisan itu bukan saja mencemarkan reputasi saya dan Abby malah mengganggu kerja kami. Ia juga memberi gambaran seakan kami ‘desperate’. Bila kami menerima tawaran itu, kami telah memberikan komitmen sepenuhnya. Tawaran-tawaran lain ditolak. Jadi bila perkara ini berlaku, ruginya kami,” terang Zul lagi.

Kata Abby, penulis itu ada meminta maaf dengannya namun semuanya sudah terlambat. Ceritanya lagi, nama Zul sebenarnya yang lepas dulu untuk produksi tersebut sementara namanya tidak. Tetapi produser tersebut mengatakan dia boleh ‘adjust’ skrip untuk memasukkannya sekali.

“Dia yang nak ambil kami berdua tapi lepas tu, lain pula ceritanya. Awalnya, ada timbul masalah komunikasi dengannya tentang jadual dan bayaran tapi diingatkan semuanya sudah diselesaikan dengan baik.

“Dan nak saya jelaskan juga, tidak adil bagi orang untuk cakap yang apa Zul dapat semuanya kerana saya. Saya cadangkan dia sebab rasakan dia ada kelebihannya, ada pakej. Tapi itu hanya cadangan. Kata putusnya pada produser. Kalau dia dapat job itu, itu rezeki dia, tidak boleh pertikaikan.”

Ekoran dari laporan itu, Abby dan Zul telah menarik diri dari produksi tersebut - “Saya yang tarik diri dulu. Zul buat keputusan itu atas dirinya sendiri.” Jelas Abby, apabila produser sendiri sudah nampak buruk pada dirinya, sukar untuknya terus bekerja dengannya. Menurutnya juga, produser itu kini nak saman mereka.

-Ehsan Gua-

Siti Nurhaliza akui Dia Orang Kuat UMNO

Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai PAS.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

"Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya.

"Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang untuk melawatnya lebihlebih kami diberitahu boleh melawat beliau di pejabat," katanya.

Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah.

Ehsan Bernama

Maya Karin Tangguh Nak Dapatkan Anak

Bagaimanapun, lumrah kehidupan suami isteri itu tidak akan lengkap tanpa kehadiran anak. Akui Maya Karin, naluri kewanitaannya kuat mahukan cahaya mata. Lebih-lebih lagi anak itu anugerah Tuhan yang tidak terhingga besarnya bagi pasangan yang berkahwin.

Namun, mengenangkan liku-liku perjalanan yang harus ditempuhinya buat masa ini, lebih elok dia merancang dulu. Tidak terniat di hatinya mahu melambat-lambatkan proses berkenaan, sebaliknya demi masa depan anaknya, lebih baik ia ditangguhkan dulu.“Siapa yang tidak mahukan anak. Merekalah yang menjadi penyeri hidup di kala sunyi. Melihat rakan mengecap bahagia bersama cahaya mata masing-masing, sudah pasti jauh di lubuk hati ini tersentuh.

“Begitupun, bagi saya tidak mengapa jika ia dirancang. Lagipun melihat keadaan persekitaran sekarang, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan kesibukan kerja membuatkan saya berfikir panjang.“Saya tidak mahu anak yang dilahirkan nanti terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa. Memikirkan masa depan anak membuatkan saya takut untuk memilikinya sekarang,

“Insya-Allah, apabila bersedia sepenuhnya, saat bahagia itu akan datang jua. Saya dan suami juga tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata pertama kami.” katanya.

(Gambar) Raja Ema Kembali Seksi

Siapa tidak kenal dengan Raja Ema. Bintang atau artis yang terkenal seksinya sampai nak meletop meledak zaman era tahun 80-an dahulu. Gambar ni didapati oleh seorang yangterdekat dengan Raja Ema atau mungkin keluarga terdekatnya. Walaupun begitu Raja Ema masih juga nampak cun, dan pada hakikatnya juga usianya sudah lanjut bak dimamah zaman. Ahaks.

Fizz Fairuz Peluk Norman Hakim?

Sekali lagi dunia hiburan tempatan digemparkan dengan aksi luar biasa Norman Hakim dan Fizz Fairuz. Tidak seperti dalam suasana lakonan, namun memang ketara dalam aksi bergambar biasa. Tapi tengoklah kemesraan yang mereka lakukan. Agak seperti sepasang kekasih sahaja. Ahaks.

Ehsan MediaMalaya.izyan.com

Gambar Terbaru Agnes Monica - Rambut Pendek

Ahad, 5 April 2009

Ifa Raziah Akui Setanding Artis Popular

Saripah Raziah Mustapha, 32, mungkin ramai yang terpinga-pinga. Namun bila sebut Ifa Raziah, sudah tentu akan terbayang di fikiran seorang penyanyi dan pelakon yang sering dibualkan orang.

"Orang mungkin kenal saya sebagai ratu kontroversi dan gemar mencari publisiti murahan. Tapi mereka tak pernah nampak bakat sebenar saya.

"Sudah 15 tahun saya merangkak dalam industri ini, sekarang baru nama saya orang iktiraf."Dulu mungkin saya tak ada rupa, kurang menyerlah, tapi kini saya sudah mampu berdiri setanding artis popular lain," ujarnya yang berlakon dalam drama bingkisannya sendiri, Ratu Cantik di saluran Astro.

Dia juga bakal menjalani penggambaran filem bergenre seram pada April ini.
Ehsan Kosmo

Akademi Fantasia: Rubisa Dan Zizi Tersingkir

Semalam telah berlangsung konsert minggu ke-4 Akademi Fantasia 7 dengan menyaksikan 2 orang lagi pelajar perempuan telah disingkirkan iaitu Zizi dan Rubisa. Sebelum penyingkiran AC Mizal juga telah memanggil Qhaud yang menjadi antara 3 orang peserta terendah. Mungkin satu hukuman di mana Qhaud terpaksa menyanyikan lagu Di Taman Teman sebanyak 2 kali atas sebab teknikal dan nyanyian kedua Qhaud ternyata gagal melakukan yang terbaik sebab terlupa lirik.Nasib tidak menyebelah Zizi yang membawa lagu Aku Dah Bosan walaupun sedaya upaya meyakinkan penonton dengan keluar dari pentas dan meluru ke depan tenaga pengajar dan pengkritik serta buat gimik menjadi pembonceng motosikal. Satu persembahan yang bertenaga juga dari Zizi.
Rubisa
Rubisa pula menyanyi lagu Tiada Lagi seolah menyatakan beliau memang tidak ada lagi dalam Akademi Fantasia.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan menerusi tema persembahan di mana pelajar telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu nyanyian Dato’ Siti dan Amy Search.

Sebagai kelainan, kesemua pelajar lelaki tampil membawakan lagu Dato Siti, manakala pelajar perempuan pula mendendangkan lagu Amy. Namun mereka yang telah membuat persembahan dengan cemerlang adalah Claudia, Isma, Akim dan Hafiz.

Persembahan pelajar lelaki lain malam tadi adalah Hafiz (Cinta Ini), Akim (Destinasi Cinta), Yazid (Aku Cinta Padamu), Sidi (Kumilikmu) serta Aril (Lakaran Kehidupan).

Manakala persembahan pelajar perempuan adalah Claudia (Suralaya Dalam D Major), Aishah (Mentari Merah Di Ufuk Timur) dan Isma (Kerja Gila). Lagu bonus, Isabella dan Jerat Percintaan, berjaya disampaikan dengan mantap oleh kesemua mereka.
Zizi
Dengan penyingkiran Zizi dan Rubisa itu, bermakna tinggal 9 lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato’ Siti dan Amy sendiri.

Konsert malam tadi turut mencetuskan suasana panas apabila 2 tenaga pengajar mencapai mikrofon dan bangun membidas kenyataan pengkritik. Mereka adalah Cikgu Fatimah Abu Bakar yang menegaskan bahawa AF7 bukan sekadar pertandingan nyanyian semata-mata, sebaliknya turut menitikberatkan corak persembahan selain vokal.

Cikgu Siti Hajar pula berkata, pemilihan lagu-lagu malam tadi bukanlah pilihan pelajar terbabit namun ditetapkan oleh pihak produksi sebagai satu cabaran kepada mereka.

Ning Baizura Terserlah Kehitamannya?

Iskh3. Gambar ini memang sangat-sangat pelik dan ganjil sedikit. Manakan tidak, Ning Baizura yang terkenal dengan kehitaman manisnya tue, sekali lagi bertambah kehitamannya tu. Apa kata orang, sepertinya macam berjemur di cahaya matahari terik atua kena panggang. Nak kata cuaca panas di siang hari tak juga, nampak seperti di Hotel yang berhawa dingin. Alahai, fesyen-fesyen. Gambar terbaru Ning Baizura ni diambil ketika dia menghadiri suatu majlis dalam STYLO 2009 baru-baru ini. Korang tak percaya? tengok lah sendiri. AHaks.

Majlis Perkahwinan Yatt dan Abdul Mutalib

Sabtu, 4 April 2009

Yatt atau Haryati Hamzah, 29, kelihatan anggun dengan gaun pengantin berwarna putih rekaan Lynda Rahim pada majlis persandingannya dan suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, yang berkonsepkan moden dan santai itu bertempat di De'Seri Endon Puspanitapuri (4/4), Kuala Lumpur.

Sekitar 500 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna putih dan ungu itu.Resepsi kedua di sebelah pihak Yatt turut berlangsung di lokasi yang sama pada sebelah malam.

Butik Lynda Rahim adalah penaja utama sebagai perancang perkahwinan, persalinan dan hiasan majlis persandingan. D&D Beauty House pula menaja pelamin nikah manakala hiasan majlis pernikahan sebelum ini ditaja oleh Butik Pesona Anggun.

Antara penaja lain ialah Saddiq Solutions (kad jemputan), Den Wahab dan Udaimatunnur (persalinan nikah), Amy Janz dan Fiza Zainudin (solekan), Chef Zainal Tanjung Puteri (kek perkahwinan), My Aroma dan KK Cleaning Services (cenderahati), Kickstart Gymnastic (persembahan), Skin Basic (rawatan pelansingan badan) dan Seri Keningau Catering (katering).
Ehsan mStar

Adik Faizal Tahir, Anas Tahir Tiru Aksi Izu

Beginilah hasilnya apabila isu yang melibatkan Izu bekas penyanyi vokalis Saujana masuk ke dalam OIAM ujibakat dengan perubahan dramastik ke atas dirinya, dan kesempatan itu juga maka terciptalah video yang dijadikan bahan lawak rakaman 2 orang pelajar (mungkin) yang bernama Anas dan Akbar, meniru aksi Izu ketika ujibakat OIAM 3 berkenaan. Bukan sahaja meniru lengok suaranya, malah dengan aksi tangan serta beberapa spoiler turut menjadi bahan ketawa penulis, sumpah lawak gila. Tonton sendiri, dan cuba tahan gelak 2 minit.
<



OIAM3: Rizu Tersingkir

Terdiam seketika majoriti penonton bila nama Rizu diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini (3/4). Amylea tidak dapat menahan sebaknya atas penyingkiran Rizu yang dianggap seperti adiknya apabila berterusan mengalirkan air mata. Saban minggu penyanyi kenit yang bersuara besar ini menerima setiap kritikan juri dengan senyuman dan semangat yang tak pernah lentur. Tetapi nampaknya, kerja kerasnya tidak cukup untuk memenangi hati penonton, sekaligus memastikan dia kekal di dalam pertandingan.>Mengerti bahawa tiada gunanya terlalu memikirkan tentang apa yang terjadi, Rizu menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Lagipun adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Harapannya agar rakan-rakan lain meneruskan perjuangan mereka dengan baik.

Tidak perlu dibimbangkan tentang Rizu. Pengalaman di OIAM3 tidak akan sia-siakan. Di sinilah dia menjumpai dirinya yang sebenar. Sudah ada perancangan yang dibuat untuk dirinya. Yang pasti, kerjaya nyanyian diteruskan. Agenda pertama adalah mengeluarkan album yang sudah enam tahun terperap dengan secepat mungkin. Selain itu, akan diadakan perbincangan dengan Broadway Entertainment sama ada untuk meneruskan kerjasama mereka kerana kontraknya akan tamat sekitar bulan ini.

Bapa Linda Onn Tak Kisah Soal Jodoh

Tanpa berselindung, pengacara dan penyampai radio popular, Linda Onn akhirnya mengaku dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Bapa Linda, Onn Chik, 76, pula menyerahkan soal jodoh kepada anaknya sendiri, lebih-lebih lagi perkara tentang perkahwinan melibatkan kebahagiaan mutlak Linda sendiri.

"Saya tidak masuk campur dalam soal pemilihan menantu. Siapa sahaja yang Linda pilih, saya menerima dengan hati terbuka dan restu dengan keputusannya.

"Semuanya terpulang kepada Linda, malah saya selalu berdoa kepada Tuhan supaya anak saya mendapat lelaki yang baik hati dan bertanggungjawab.

"Saya tidak boleh cakap suka atau tidak tentang pilihan Linda. Sebagai manusia biasa, masing-masing ada kelemahan sendiri, siapa-siapa sahaja boleh jadi suami Linda," jawabnya jujur.

Sambung Onn lagi, Linda sebelum ini tidak pernah bercerita terus kepadanya tentang lelaki yang bertakhta di hatinya.

"Barangkali dia segan untuk berkongsi cerita dengan saya. Namun, siapa tahu suatu hari nanti apabila dia sudah sedia, kemungkinan dia akan beritahu kepada saya juga," ujarnya.

Apabila ditanya tentang James, bapa Linda pantas menjawab: "Saya tidak mahu komen. Saya cuma mahukan dia dapat jodoh dengan orang baik-baik. Itu sudah memadai untuk saya serta keluarga."

Ehsan Kosmo

Gambar Keluarga Hamdan Aku Kaya

Hamdan menjadi terkenal selepas filem Aku Kaya The Movie ditayang suatu masa dahulu. Dan terbaru dia membintangi drama komedi Pemanduku Jutawan di TV3. Yang mana dia mempunyai pemandu yang memiliki harta yang banyak lakonan FBI. Namun itu soal kerjayanya, dan yang ini adalah gambar keluarganya. Memang mesra dan muka-muka pun seiras dengan Hamdan juga. Ahaks.

Danny X-Factor Tunda Nikah Kerana Belukar

Jumaat, 3 April 2009

Sudah rezeki, Danny diberi peluang bersama Jason Chong untuk menerbitkan sebuah filem. Menurut Danny, memang sudah menjadi impiannya untuk jadi penerbit filem, tetapi dia tidak sangka pula ada pihak yang percaya dengan keupayaannya dan sedia memberi tajaan untuk merealisasikan hasrat berkenaan. Danny yang terkejut apabila ada pihak yang sedia memberikan dana untuk Danny dan Jason menerbitkan Belukar.Bagaimanapun kerana ‘Belukar’, Danny menyatakan dia terpaksa menunda majlis pertunangannya yang dirancang pada tahun ini. Apabila majlis ini ditunda, ia sekali gus bermakna majlis pernikahan dan persandingannya juga menerima nasib yang sama. Danny yang sudah merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini tetapi beliau terpaksa tangguhkan dulu majlisnya kerana ingin memberi fokus kepada satu-satu perkara dahulu dan mahu ‘anak sulung’ nya lahir dengan sempurna kemudian barulah dia akan fikirkan tentang hal peribadi. Lagipun, buah hati si Danny masih lagi belajar.
Ehsan Krsuicide

Arumi Buchin Memakai Cermin Mata Hitam Besar

Kali ini cermin mata hitam yang besar nampaknya menjadi ikutan semua orang untuk menjadi terkenal. Sebagai contoh, Laudya Cynthia Bella, satu daripada yang golongan wanita comel dalam industri hiburan Indonesia, sedang dilihat memakai cermin mata hitam terbesar, yang membuat pandangannya benar-benar mengujakan. Mengambil satu pandangan di gambar di bawah, model Arumi Buchin (dikhabarkan baru-baru ini bertemu janji dengan Afgan). Dia cukup berani untuk memakai satu pasangan klasik cermin mata hitam sangat besar, yang bertujuan untuk famous dan kelihatan lebih comel.