Pada:
Sabtu, 4 April 2009
>Mengerti bahawa tiada gunanya terlalu memikirkan tentang apa yang terjadi, Rizu menerima semuanya dengan hati yang terbuka. Lagipun adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Harapannya agar rakan-rakan lain meneruskan perjuangan mereka dengan baik.Tidak perlu dibimbangkan tentang Rizu. Pengalaman di OIAM3 tidak akan sia-siakan. Di sinilah dia menjumpai dirinya yang sebenar. Sudah ada perancangan yang dibuat untuk dirinya. Yang pasti, kerjaya nyanyian diteruskan. Agenda pertama adalah mengeluarkan album yang sudah enam tahun terperap dengan secepat mungkin. Selain itu, akan diadakan perbincangan dengan Broadway Entertainment sama ada untuk meneruskan kerjasama mereka kerana kontraknya akan tamat sekitar bulan ini.
Tag : Berita Artis

