Pada:
Isnin, 6 April 2009
Namun, mengenangkan liku-liku perjalanan yang harus ditempuhinya buat masa ini, lebih elok dia merancang dulu. Tidak terniat di hatinya mahu melambat-lambatkan proses berkenaan, sebaliknya demi masa depan anaknya, lebih baik ia ditangguhkan dulu.
“Siapa yang tidak mahukan anak. Merekalah yang menjadi penyeri hidup di kala sunyi. Melihat rakan mengecap bahagia bersama cahaya mata masing-masing, sudah pasti jauh di lubuk hati ini tersentuh.“Begitupun, bagi saya tidak mengapa jika ia dirancang. Lagipun melihat keadaan persekitaran sekarang, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan kesibukan kerja membuatkan saya berfikir panjang.
“Saya tidak mahu anak yang dilahirkan nanti terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapa. Memikirkan masa depan anak membuatkan saya takut untuk memilikinya sekarang,“Insya-Allah, apabila bersedia sepenuhnya, saat bahagia itu akan datang jua. Saya dan suami juga tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata pertama kami.” katanya.
Tag : Berita Artis , Maya Karin

