Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Mawi Kagum Dengan Semangat Pak Lah

Jumaat, 3 April 2009

Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah beralih tangan kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkuatkuasa hari ini (3/4).

Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menerajui negara selama lebih lima tahun. Bagi penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Raja SMS’ Asmawi Ani atau Mawi, dia kagum dengan semangat Pak Lah.
“Saya kagum dengan diri, semangat dan kerja Pak Lah.

“Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah sepanjang beliau menjalankan pemerintahannya,” luah Mawi yang sedang sibuk dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008).


-Ehsan mStar-

Zahida Rafiq Pakai Skirt Pendek ke Majlis Amal

Walaupun dah berlalu, namun ianya masih segar lagi diingatan. Manakan tidak Zahida Rafiq, aktres terkenal yang tak seberapa lah juga, membuat kejutan pada Majlis Sirah Junjungan. Ceritanya begini, pada mulanya ini adalah tayangan amal yang diarah oleh Erma Fatima, membariskan pelakon-pelakon yang membintangi kisah-kisah perjuangan Nabi dan bermotifkan agama Islam.

Pula dah ada suprizee. Suprizee nyer tu adalah harijadi Erma Fatimah. Dan sekali membawa kek coklat. Datuk Siti pun ada turut datang dan juga turut menyanyikan lagu selamat harijadi kepada Erma Fatima. Tapi yang lebih suprizee, kek yang dibawa tu merupakan Zahida Rafiq yang memakai skirt pendek. Kiranya juga ianya sesuatu yang tidak menghormati majlis amal ini dengan statusnya sebagai artis. Tidak tahulah pula kalau tujuannya nak mendapat publisiti. Tak Caya? tengoklah gambar ni.

Anak Perempuan Datuk Yusof Haslam Besosial

Gambar ini dikatakan adalah anak perempuan kepada Datuk Yusof Haslam, jutawan seni itu. Dengan maklumat yang diterima, dia sekarang berada di luar negara kalau tak silap di Australia. Almaklumlah dah bergaul dengan orang putih, gaya pun dah berubah juga kan. Agaknya adat Melayu dah dilupakan kot. Nama anak perempuan DYH ni kureng penulis kenal sikit, tapi mungkin anda dah mengenalinya dahulu lagi. Ahaks.

Siti Nurhaliza Jumpa Tuan Guru Nik Aziz

Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (2/4) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K.

Siti Nurhaliza yang lebih mesrad dengan panggilan Siti mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel (1/4).Sempena dengan kunjungan julung kali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.Menurutnya,selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya".

Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.


Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemud engan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Sarimah Ibrahim Merajuk Tinggalkan Diari AF

Khamis, 2 April 2009

AF7 sekarang makin hari atau makin setiap minggu makin panas dengan gosip dek jurinya mahupun pesertanya. Namun lain pula dengan kes mengenai pengacara Diari AF7, Sarimah Ibrahim yang enggan lagi mengacarakan program harian (setiap Isnin - Jumaat) itu.

Kejadian ini berlaku (1/4) apabila Sarimah menghantar SMS kepada Penerbit Eksekutif AF7, Sooraj Nair, ketika mesyuarat mingguan AF berlangsung di Pusat Penyiaran Asia (ABC) petang semalamnya juga.Sooraj pun naik panik dah. Ia terus membuatkan Sooraj meninggalkan mesyuarat itu buat seketika untuk mendapatkan penjelasan daripada Sarimah tentang perkara yang mengejutkan itu.

"April Fool.....!" demikian jerit Sarimah sebaik sahaja mendengar suara penerbit berkenaan di telefon.


Hai, begitulah nakalnya Sarimah yang berjaya mengenakan Sooraj sempena April Fool semalam, iaitu 1 April. Apabila Sooraj kembali semula ke mesyuarat itu, dia terus ketawa dan menggelengkan kepala. Itulah antara mangsa April Fool Sarimah Ibrahim.

-Ehsan Murai-

Remy Ishak Playboy, Ummi Nazeera Perampas

Sana sini heboh peminat dalam industri hiburan mula bercakap mengenai aktor dan aktres baru yang pernah digandingkan dalam drama bersiri popular, Awan Dania iaitu Remy Ishak dan Ummi Nazeera. Mereka dikatakan sedang hangat bercinta sekalipun acap kali mereka terus menafikannya apabila diasak pertanyaan daripada pihak wartawan.

Pun begitu, apabila mengimbas kembali kenyataan daripada kedua-duanya, besar kemungkinan mereka kini berada di alam percintaan walaupun tidak mengaku secara terbuka, cover line lah tu! Namun, ada seseorang yang memperkenalkan dirinya mendakwa sebagai kawan baik kepada teman wanita Remy iaitu Nurul Huda Hamidon berusia dalam lingkungan awal 20-an atau Miss x.Miss X memberitahu, sebenarnya Remy dan Nurul sudah lama menjalin hubungan percintaan iaitu sejak mereka sama-sama bertugas di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur. Difahamkan, Nurul yang juga anak seorang pesara diplomat yang kini menetap di Putrajaya, bertugas di bahagian meja penyambut tetamu di hotel berkenaan, manakala Remy di bahagian room service (makanan dan minuman). Pun begitu, ketika ini Nurul tidak lagi bertugas di hotel berkenaan, dia sudah berpindah ke hotel lain.

Kata cerita Miss X lagi, sewaktu Remy berkawan rapat dengan Ummi, dia masih meneruskan perhubungannya dengan Nurul, fuyoo... memang hebat Remy bercinta dengan dua wanita sekali gus! Sekiranya apa yang disampaikan Miss X ini benar-benar berlaku pada diri Remy, rasanya tak salah kita menggelarkan Remy sebagai playboy musim baru, manakala Ummi tanpa disedarinya menjadi perampas!

Ummi jadi perampas tanpa disedari kerana sepanjang perhubungan Remy bersama Nurul, Remy tidak pernah mengaku kepada Ummi, dia sebenarnya sudah ada teman istimewa. Biasalah tu, gila nak mengaku! Pun begitu, apabila media massa menggembar-gemburkan gosip percintaan antara Remy dan Ummi, Remy hanya memberitahu Nurul, semua itu adalah permainan pihak wartawan untuk melariskan jualan akhbar dan majalah hiburan. Ikuti sedutan dari email berkenaan.

“Nak dijadikan cerita, baru-baru ini Nurul melawat Remy di rumahnya di Ampang, disebabkan Remy free tak ada shooting, mereka pun pergi lunch di Ampang Point. Selepas makan, Nurul kembali ke rumah Remy sebab adik beradik Remy dari Melaka bertandang ke rumahnya, maklumlah cuti sekolah. Manakala Remy keluar semula sebab katanya ada urusan di Subang Jaya.

“Sementara menunggu kepulangan Remy, Nurul ambil kamera kepunyaan buah hatinya itu dan ‘view’ semua gambar yang ada di dalamnya. Alangkah terkejutnya Nurul apabila dia melihat sendiri berlambak gambar mesra percutian Remy bersama Ummi di Genting Highlands pada penghujung Februari lalu.

“Apa lagi, terus Nurul desak Remy buat pengakuan dan akhirnya Remy mengaku dia bercinta dengan Ummi! Yang buat Nurul bertambah kecewa apabila Remy tidak pernah menceritakan kepada Ummi akan kewujudan Nurul dalam hidup Remy selepas empat tahun mereka bercinta. Remy curang! Ummi pula kena kelentong dengan Remy. Sekarang Remy dan Nurul dah break off, itu pun dalam telefon saja,” cerita Miss X, geram!


Kini, terpulanglah kepada Remy merencanakan masa depan bersama kisah peribadi, maklumlah kariernya baru saja nak bermula.

Ehsan Bharian

Gambar Comel Gita Gutawa

Gita Gutawa merupakan artis remaja yang sedang menaik namanya. Walaupun masih muda lagi, namun dia mempunyai sifat fizikal yang menarik dari segi paras rupa dan juga bodynya. Pun menarik juga melihat lesung pipinya itu. Tidak hairanlah kenapa banyak syarikat nak 'melamar' dia. Nak lihat lagi aktres comel dari Indonesia ini dengan lebih dekat?

Abby Belum Bersedia Nak Kahwin Lagi

Kegagalan rumahtangganya bersama aktor Norman Hakim telah meninggalkan impak besar buat diri Abby Abadi, 33. Setelah kecewa dengan apa yang berlaku, Abby akui dia kuatkan diri untuk bangkit semula apatah lagi memikirkan masa depan anak-anaknya.

Lantaran itu apabila diajukan tentang subjek 'kahwin', sambil tersenyum, Abby berkata, dia belum lagi terlintas untuk berkahwin lagi walaupun gosip hubungannya dengan Zul yang berusia 23 tahun itu masih terus diperkatakan."Masing-masing ada hak untuk berkawan. Saya tidak rasa satu kesilapan besar untuk berkawan dengan Zul. Dia tidak bagi masalah kepada saya pun.

"Tetapi tentang perkahwinan, saya rasa masih jauh lagi untuk saya bercakap tentang hal itu. Ia tidak termasuk dalam agenda saya ketika ini.

"Perkahwinan bukanlan satu perkara yang mudah. Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding dulu.

"Banyak perkara yang saya perlu buat. Saya ingin mengembangkan lagi karier saya," kata Abby.

Ehsan mStar

Gambar Salima AF Tidak Bertudung

Gambar kontroversi Salima tak bertudung bukan isu yang remeh temeh. Nak dibincangkan perlu ada pengetahuan hukum agama. Ini soal tudung, aurat, rambut, pahala dan dosa. Penulis pun tak reti sangat dalam bab ni sebab benda ni kena tanya orang alim atau ulama. Sebelum ini kecoh pasal isu Salima marah kepada astro kerana menyiarkan gambar-gambar Salima yang tidak bertudung dalam program Fail Sulit AF.

Nama pun dah sulit jadi, diorang ni nak tayang benda yang sulit jugaklah. Baru power. Saya bangga dengan Salima ketika itu kerana mempertahankan maruah diri dan menjaga imej wanita bertudung. Tetapi bulan lalu, lain pula jadinya… Salima dah tak bertudung? Tidak, cuma dalam pementasan teater je. Soalnya, mengapa Salima sanggup memakai rambut palsu semata-mata ingin membawa watak Permasuri Tanjung Karang dalam teater Rangkas Putera. Kata Salima, dia rasa menayangkan dan menggunakan rambut palsu itu tidak salah kerana dia masih menutupi rambut asal. Apa pendapat anda pula?

Klik Untuk Besarkan Jika Perlu

Aznil Jadi Mekanik Tukar Tayar Kereta

Al kisah tersebutlah ketika dalam perjalanan pulang dari Penang, dalam 1KM lagi nak sampai ke R&R Ulu Bernam, Aznil yang duduk di bahagian belakang MPV tiba-tiba terasa semacam ada yang tidak kena pada kelancaran kenderaan yang dipandu oleh pembantu dan juga staf Aznil.

Aznil pun minta pembantu peribadinya berhenti ke tepi lebuhraya. Sedang kenderaan diperlahankan, tayar kereta Aznil meletop, BOOM! Nasib baik kenderaan sedang bergerak agak perlahan. Bila berhenti di sahkan tayar belakang meletup. Cincai-cincai kena tukar tayar ganti juga. Agaknya seperti senang tapi kereta MPV buatan Jepun ni agak berteknologi sedikit jadi kena ada buku manual, tapi buku tu dalam bahasa Jepun dah, nasib badan ada juga gambar dalam buku tu. Jom tengok gambar Aznil jadi mekanik pula.

Ehsan Blog Aznil

Haliza Misbun Belum Mahu Kahwin

Haliza Misbun, 36, bekas aktor Gerak Khas, yang sebelum ini lebih gemar menjalin hubungan cinta dengan lelaki bangsa asing tidak mahu menjadikan angka sebagai taruhan untuknya terburu-buru mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Haliza dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia berdarah kacukan Jerman, Ari Wibowo.

Malah, pernah juga dia menjalin hubungan dengan dua jejaka Inggeris, seorang dari Austria dan terbaru, lelaki berasal dari Eropah.

Berulang kali ditanya, berkali-kali juga Haliza meluahkan untuk tidak berkahwin.

Mengakui masih berhubung, barangkali, Haliza punya alasan sendiri dalam membuat keputusan besar yang bakal mempengaruhi perjalanan hidupnya kelak.

"Sebenarnya, dalam perhubungan saya banyak korbankan kepentingan saya sendiri demi menjayakan banyak perkara, sebab itu saya rasa tidak mahu berkahwin.

"Ini apa yang saya rasa sekarang. Saya terlalu pentingkan diri dan sentiasa mahu menang dalam segala segi.

"Saya tidak tahu apakah ada lelaki yang boleh mengubah sikap saya. Bukan kerana saya kecewa tetapi saya terfikir adakah di kalangan lelaki di luar sana yang boleh menerima saya yang sentiasa nak menang kerana saya jenis yang tidak suka dikongkong," jelas Haliza tentang situasi hubungan cintanya.

Video Ezzah Aziz Fauzy Tahun 1988

Rabu, 1 April 2009

Memang seronok dan mencuit hati betul video lama-lama lagi ni. Apatah lagi rakaman ini diambil ketika penulis masih kanak-kanak lagi. Video ini adalah gelagat kesalahan Ezzah ketika mengambil pengambaraan di Nona ketika itu. Memang betul-betul kelakarlah. Anda saksikanlah sendiri yer.


Kekasih Wana MyStarz LG2?

Wah dah fresh dalam dunia hiburan ni selepas menjuarai MyStarz LG2, Wana makin popular pulak. Dulu digosipkan bercinta dengan peserta di MyStarz LG pula, sekarang datang pula 'orang baru' wa cakap sama lu beb.

Memang hencem orangnya mengalahkan yang digosip tempoh ari di MyStarz LG lalu. Mungkinkah ini kekasih barunya atau melepaskan si Hairi berambut grebo?Macam sepadan pulakan? Jangan salah sangka pulak. jejaka ini ialah saudara kepada salah seorang krew Road Show Soyo, URTV 2009 semasa ke Jitra baru-baru ini.

Mungkin cuma mengambil gambar sahaja dengan Wana yang comel tu. Siapa tak mahu amik gambar dengan orang popular kan.

-Ehsan ManggaOnline-

Servis Setup Blogger Wordpress

Penulis juga menyediakan perkhidmatan servis yang murah dan berpatutan untuk pengguna baru atau yang mahu berjinak-jinak dalam dunia blogger.

1. Setup nama blogger ke nama domain (.com, .org, .net, .info dll)
= RM10

2. Setup blogger menjadi lebih cantik dan menawan
= RM10

3. Setup blog wordpress termasuk juga theme dan seumpamanya.
= RM20

Berminat?
Pergi isi borang online di sini. Dan pastikan isikan dengan betul dan TIDAK ditinggalkan kosong atau main tipu, jika berlaku seperti ini, kami TIDAK akan melayan kemahuan anda serta merta.

Acha Ada Kekasih Baru, Irwansyah tumpang Senang

Putus hubungan cinta bukan bererti harus berakhir dengan permusuhan. Itu yang dilakukan Irwansyah dan ex-kekasihnya, Acha Septriasa. Walaupun sudah tidak memiliki hubungan, dan kini Acha sudah punya kekasih baru lagi, Irwan tetap mengharapkan yang terbaik buat ex-nya.

Irwan menaanggap santai soal Acha yang kini telah ada pasangan baru, "Alhamdulillah, kalau Acha sudah dapat pasangan, sekarang aku sudah dilamar sama PIS, bukan sama Acha. Sekarang Acha sudah senang, dia sudah ada kerjaya, mungkin itu salah satu alasan dia cuti kuliah,"

Nampaknya, Irwan berniat dalam dunia politik, sehingga belum memikirkan mencari pasangan baru. Pun begitu dia masih menjalin hubungan baik dengan Acha. "Statusnya PIS-man. yang pasti hubungan kita baik-baik saja, kita bukan lagi pacaran, tapi masih tetap berkomunikasi, kerana dia adalah orang yang pernah saya cintai," tambahnya.

Video Porno Nafa Urbach dan Zack Lee?

Bintang pop, Nafa Urbach dan pelakon berstatus suami, Zack Lee kini mengikut jejak Dhea Imut dan Inul Daratista sebagai mangsa apabila seseorang telah menghantar dan mengulas satu lagi video mengenai orang-orang terkenal seperti artis. Terdapat belum masih ada pengesahan sama ada perilaku daripada Zack atau Nafa sendiri.Pakar seni porno, Roy Suryo menyatakan yang dia tidak boleh memberikan apa-apa ulasan tentang skandal ini," Saya benar-benar tidak tahu tentang Video Mesum Nafa Urbach, sama ada ia adalah sebenar atau palsu tetapi saya benar-benar pasti lelaki dan wanita pada video sebenarnya adalah mirip Nafa dan Zack."

Diana Rafar & Zamarul Kahwin Mei

Selepas lapan tahun memadu kasih, pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 27, dan Zamarul Hisham, 38, yang juga dramatis terkenal dijangka melangsungkan perkahwinan pada awal Mei depan.

Majlis perkahwinan mereka dikatakan mendahului majlis perkahwinan Emelda Rosmela dan Adlin Aman Ramlie serta Darling Ngasri dan pasangannya yang diadakan pada bulan sama.Khabar perkahwinan pasangan popular itu disampaikan peminat selepas beberapa kali terserempak Diana membelek kain untuk dibuat baju pengantin di Maya Fabrik, Shah Alam.

Diana sudah merancang mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal di Shah Alam, Shahril Nordin untuk menempah baju pengantinnya.

Dia sudah menyerahkan borang pengesahan untuk berkahwin di pejabat agama Shah Alam dan menjalani ujian HIV.

Diana yang agak lama menunggu lamaran Zamarul juga berhasrat mengadakan perkahwinan dalam taman dan sedang mencari lokasi sesuai di Shah Alam.

Keluarga Zamarul pula akan mengadakan majlis sambut menantu di Bangi, Selangor.

Sumber itu berkata, Diana dan Zamarul mendapatkan khidmat Kuzie Catering untuk menyediakan hidangan istimewa pada hari berbahagia mereka.

Walaupun Diana dan Zamarul dijangka mengikat janji sebagai suami isteri, Mei depan, mereka masih merahsiakannya.

Ini kerana Zamarul dikatakan tidak mahu menghebohkan perkahwinan itu disebabkan enggan menerima penaja mana-mana pihak.

-Ehsan Hmetro-

Rahsia Bob AF2 Semakin Slim

Bob sekarang semakin hari semakin susut badannya. Walaupun belum lagi boleh dkatakan langsing namun Bob sudah nampak banyak perubahan.

Apa amalan Bob ya? Jangan pula buat fitnah Bob sedut lemak pula, sia-sia Bob berhempas pulas di pusat kecergasan Finess First."Sekarang berat badan saya sekitar 80kg sahaja, dulu saya pernah mencecah 95kg. rahsia saya... saya amalkan dietlah, bukan tak makan nasi langsung, tapi makan juga sekali sekala dalam jumlah yang sikit.

"Saya juga aktif di gym. Kalau tak sibuk, saya akan ke gym lah. Kalau ada banyak kerja sebelah siang, saya ke gym lewat sikitlah," kata Bob yang seronok bercerita pasal berat badannya.

Sekarang Bob sudah boleh bergaya dengan baju yang mengikut susuk tubuh. Bob akui sejak badan semakin kurang berat ini dia boleh bergerak dengan lebih aktif.

-Ehsan ManggaOnline-

Nabila Huda Sudah Hamil?

Pernikahannya dengan Zaidi Zailani pada 2 Disember tahun lalu tidak menggubah diri Nabila secara keseluruhan. Apa yang berubah hanya tanggungjawabnya yang semakin bertambah dan saiz badannya yang semakin berubah.

Tubuhnya semakin hari dilihat semakin berisi. Justeru, mungkinkah pertambahan berat badannya ada kena mengena dengan kehamilan?

Nabila bagaimanapun hanya tertawa apabila diusik dengan persoalan tersebut dan sekadar mengatakan dia manusia paling gembira andai perkhabaran itu menjadi kenyataan.

"Kalau betul, saya gembira sangat tetapi mana ada, saya dan suami kalau boleh memang nak anak cepat tetapi mungkin bukan rezeki kami lagi.

"Mungkin sebab saya asyik duduk di rumah dan kuat makan, itu yang badan naik dengan cepat. Nampaknya lepas ini kenalah senaman dengan lebih kerap sebab ramai juga yang menegur perubahan saiz badan saya," tuturnya yang bahagia dengan kehidupannya sekarang ini.

Link Exchange With izyan.com

Mahu bertukar link dengan izyan.com? dan menerima limpahan traffik yang tak terhingga oleh kedua-dua pihak?

Boleh sahaja asalkan anda memahami krateria yang dikenakan seperti dibawah ini:
1. Mestilah blog dan bukan dalam bentuk laman web.
2. Kunjungan pelawat adalah 1000 ke atas sehari.
3. Jumlah page dibuka melebihi 10,000 ke atas sehari (dipertimbangkan).
4. Updates setiap hari atau 2 kali sehari.
5. Kemas dan cantik dalam berblogging, theme atau penyusunan data.
Pastikan anda sediakan bukti seperti statistik dan juga laman web berkenaan, kegagalan memenuhi 5 krateria di atas, akan disebabkan permohonan anda menjadi sia-sia. Penukaran sebegini memerlukan keseimbangan kedua-dua pihak, bukan berat sebelah dengan memberi penukaran kepada blog yang kurang berpotensi besar.

Sila isi butir yang diperlukan dalam form yang disediakan, bagitau dengan seyakin mungkin kepada penulis agar penukaran dapat dijalankan dengan sukses. -FORM-

Mila Tubuhkan Syarikat LuvMILA Corporation

Wah Mila kini makin maju ke hadapan. Mila atau nama sebanarnya Noorsyarmilla Jirin, merupakan salah satu peserta wanita pertama yang menjuarai Akademi Fantasia. Kini Mila lebih berfikiran hadapan dan berkerjaya dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Dia juga telah menubuhakan syarikat yang diberi nama sempena namanya juga iaitu, LuvMILA Corporation Sdn Bhd.Pelbagai jenis produk ditawarkan di bawah jenama LUVMILA seperti penjagaan kesihatan, kulit dan kecantikan yang berasaskan bioteknologi herba dari alam semulajadi.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenainya, anda juga digalakkan sergah/terjah seperti Melodi segera ke laman website-nya di www.luvmila.com atau kepada pengemar blog atau berkomen ke alamat blog www.luvmilaproduct.blogspot.com untuk menjadi pertama dalam merasai produk Mila. Info lanjut, anda juga bolehlah menghubungi talian 016-2631987 (Lembah Klang), 012-2332092 ( Zon Pantai Timur) dan 019-4430415 (Zon Utara).

KENALI PRODUK LUVMILA

1. LuvMILA Feminine Wash - Dirumus khusus untuk membersihkan bahagian peribadi wanita dengan bersih dan selamat kerana ia dirumus menggunakan ekstrak serta herba semulajadi seperti ekstrak serai wangi dan Kacip Fatimah untuk menambahkan lagi kesegaran.

2. LuvMILA Intimate Spray - Diperkenalkan dalam bentuk semburan wangi bagi memudahkan penggunaannya dan sesuai bagi golongan wanita yang sibuk dengan kerjaya.

3. LuvMILA Honey Prune - Kaya dengan kandungan potassium dan anti-oksidan dan pengambilan seharian Honey Prune ini diakui dapat menyihatkan badan dan mengekalkan kecantikan.

Minggu Pertama Diana Danielle di PLKN

aH Ha. Diana Danielle semakin serasi dengan keadaan sekeliling sewaktu menjalani PLKN. Kali ini dia tidak seperti bermasalah dari segi bentuk fizikal seperti 'kehangusan kulit'. Namun masih maintain seperti dahulu. Ye lah kn baru seminggu belum ketara sangat kot. DD sepertinya mendapat akses melayari internet, tidak tahu lah kalau ada perubahan sekarang untuk PLKN untuk menggunakan kemudahan sekarang. Ahaks.